Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

download Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

of 20

Transcript of Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    1/20

    SEJARAH PENULISAN DAN PERKEMBANGAN RASM UTHMANI

    Penulisan Al- Quran bermula Sejak Al -Quran diturunkan. Usaha tersebut

    diteruskan oleh Saidina Abu Bakar. Setelah khalifah Abu Bakar wafat pada tahun 13

    hijrah beliau diganti oleh califa Umar bin al-Khattab dan tugas menyimpan suhuf

    diambil oleh beliau. Selepas kewafatan khalifah Umar, suhuf tersebut disimpan pula

    oleh anak perempuannya Hafsah binti Umar sehingga beliau meninggal dunia.

    Kemudian suhuf tersebut diambil oleh Marwan al-Hakim yang menjadi gabenor

    Madinah dan terus membakarnya.

    Pembakaran ini dilakukan selepas suhuf tersebut dijadikan rujukan untuk

    menulis mashaf imam pada zaman saidina Usman. Pada permulaan zaman Saidina

    Usman berlaku penaklukan islam ke beberapa buah negara di sekitarnya dan ramai

    penduduk negara-negara yang ditawan memeluk islam. Berikutan itu banyak berlaku

    perbezaan pada pembacaan al-quran kerana penduduk di setiap kota islam

    mempelajari al-quran dengan wajah qiraat tertentu daripada sahabat yang berbeza.

    Pada tahun ke-25 hijrah satu jawatankuasa al-quran telah dibentuk di bawah

    pengawasan Saidina Usman untuk menyusun dan menyalin semula supaya bacaan

    dan penulisan al-quran diseragamkan. Penulisan al-quran yang di satu dan

    diseragamkan melalui beberapa kaedah ini dikenali rasm Uthmani.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    2/20

    Penulisan dan pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w

    Menurut ahli sejarah, penulisan Al-Quran bermula dari zaman Nabi

    Muhammad s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w menerima wahyu baginda terus

    menyampaikan kepada para sahabat dan menerangkan tentang pengertian serta

    rahsia wahyu tersebut.Bentuk pengajaran ini berbentuk Talaqqi atau

    Munahadah.Melalui penjelasan Rasulullah s.a.w para sahabat dapat memahami

    ilmu-ilmu Al-Quran dengan sempurna.

    Sikap para sahabat yang penuh keyakinan dan kecintaan terhadap Al-Quran

    telah bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran daripada Rasulullah s.a.w dengan

    penuh minat.

    Antara penulis wahyu yang terkenal ialah:

    o Abu Bakar as-Siddiq

    o Umar bin al-Khattab

    o Uthman bin Affan

    o Ali bin Abi Talib

    o Zaid bin Thabit

    o Ubai bin Ka'ab

    o Thabit bin Qais

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    3/20

    Oleh kerana pada zaman itu tiada kertas, maka penulis wahyu telah

    mencatatkan ayat-ayat Al-Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan

    batu, tulang dan lain-lain.Kemudian catatan itu disalin semula oleh sebahagian

    sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

    Penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq

    Selepas kewafatan Rasulullah,para sahabat melantik Saidina Abu Bakar

    sebagai khalifah Islam yang pertama.Pada zaman berkenaan wujudnya peperangan

    Yamamah pada tahun 11 Hijrah iaitu memerangi golongan riddah.Golongan riddah

    ini ialah orang yang murtad, mengaku sebagai nabi dan golongan yang tidak

    membayar zakat.Dalam peperangan tersebut seramai 700 orang hafiz Al-Quran telah

    syahid.

    Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya sebab-sebab yang

    berlatarbelakangkan pengumpulan naskah-naskah Al- Quran yang terjadi pa da masa

    Abu Bakar iaitu Atsar yang diriwatkan dari Zaid bin Tsabit r.a. yang berbunyi:

    "Suatu ketika Abu bakar menemuiku untuk menceritakan perihal korban pada

    perang Yamamah , ternyata Umar juga bersamanya. Abu Bakar berkata :" Umar

    menghadap kapadaku dan mengatakan bahawa korban yang gugur pada perang

    Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al- Quran, aku

    khawatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al- Quran di beberapa

    tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al- Quran,

    menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpul-

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    4/20

    kan Al- Quran, la lu aku berkata kepada Umar : " Bagaimana mungkin kita melakukan

    sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S. A. W. ?" Umar menjawab:

    "Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan".

    Selanjutnya Umar selalu saja mendesakku untuk melakukannya sehingga

    Allah melapangkan hatiku, maka aku setuju dengan usul umar untuk mengumpulkan

    Al-Quran.

    Zaid berkata: Abu bakar berkata kepadaku : "engkau adalah seorang pemuda

    yang cerdas dan pintar, kami tidak meragukan hal itu, dulu engkau menulis wahyu

    (Al-Quran) untuk Rasulullah s. a. w., maka sekarang periksa dan telitilah Al -Quran

    lalu kumpulkanlah menjadi sebuah mushaf".

    Zaid berkata : "Demi Allah, andaikata mereka memerintahkan aku untuk

    memindah salah satu gunung tidak akan lebih berat dariku dan pada memerintahkan

    aku untuk mengumpulkan Al- Quran. Kemudian aku teliti Al -Quran dan

    mengumpulkannya dari pelepah kurma, lempengan batu, dan hafalan para sahabat

    yang lain).

    Berdasarkan peristiwa itu, Saidina Umar telah mencadangkan beberapa kali

    agar diadakan usaha pengumpulan Al-Quran kerana dikhuatiri Al-Quran akan

    terhapus kerana ramai Qurra' yang gugur syahid

    Saidina Abu Bakar berasa ragu-ragu dengan cadangan Saidina Umar pada

    permulaannya kerana perkara ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

    Tetapi akhirnya Khalifah Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut dan

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    5/20

    mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran yang telah ditulis dan

    dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu beberapa sahabat yang

    lain.Melalui usaha itu, maka terkumpullah Al-Quran dalm bentuk suhuf.

    Selepas Khalifah Abu Bakar wafat suhuf tersebut disimpan di rumah Saidina

    Umar.Selepas kewafatan Saidina Umar lembaran suhuf itu tadi telah disimpan pula

    oleh Ummul Mukminin Hafsah binti Umar al-Khattab.

    Sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a

    Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan empayar Islam telah

    berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan tempat-tempat lain

    termasuk Armenia, Arzebaijan dan Khurasan.Umat Islam Islam di wilayah-wilayah

    tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan

    Rasulullah s.a.w melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

    o Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab dan

    Saidina Umar al-Khattab.

    o Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saidina Uthman bin Affan dan

    Abu Darda'

    o Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saidina Umar al Khattab,Ubai bin

    Ka'ab,Zaid bin Thabit,Saidina Uthman bin Affan,Saidina Ali bin Abi Talib dan Abu

    Musa al-Asha'ari.

    o Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,Saidina Ali

    bin Abi Talib,Saidina Uthman bin Affan,Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    6/20

    Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu saat Hudzaifah yang

    pada waktu itu memimpin pasukan muslim bagi wilayah Syam untuk menakluki

    Armenia, Azerbaijan dan Iraq, menghadap Uthman dan menyampaikan kepadanya

    atas realiti yang terjadi di mana terdapat perbezaan bacaan Al- Quran yang

    mewujudkan perselisihan.

    Ia berkata : " wahai Uthman, cubalah lihat rakyatmu, mereka berselisih gara-

    gara bacaan Al- Quran, jangan sampai mereka terus menerus berselisih sehingga

    menyerupai kaum Yahudi dan Nasrani ".

    Pada tahun 25 Hijrah, telah berlaku pertelingkahan antara umat Islam

    mengenai perbezaan tulisan dan bacaan Al-Quran sehingga hampir tercetusnya

    peperangan. Hasil daripada cadangan Huzayfah Al-Yamani seorang panglima

    tentera Iraq, Saidina Uthman telah mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai

    Jawatankuasa Penulisan Al-Quran untuk menyusun satu mashaf agar tidak berlaku

    lagi perbalahan.Antara sahabat lain yang turut terlibat ialah:

    o Abdullah bin Zubair

    o Said bin Al-'as

    o Abdul Rahman bin Harith bin Hisham

    Saidina Uthman telah mengingatkan kepada Jawatankuasa Penulisan Al-

    Quran bahawa asal rujukan mereka ialah bacaan daripada para Qurra'. Jika terdapat

    perbezaan bacaan, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy

    kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa itu.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    7/20

    Menurut pendapat muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan

    menyalin sebanyak 6 mashaf. Sebuah mashaf dinamakan "Mushaf al-Imam" untuk

    kegunaan Saidina Uthman sendiri dan mushaf lain dikirimkan ke Mekah, Syam,

    Basrah, Kufah dan Madinah beserta imam (qari) yang adil dan mutqin untuk

    mengajar penduduk berkenaan.

    a) Abdullah bin Saaib (Mekah)

    b) Al-Mughirah bin Abi Syahab (Syam)

    c) Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami (Kufah)

    d) Amru bin Qais (Basrah)

    e) Zaid bin Thabit (Madinah)

    Selepas itu, Saidina Uthman memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran

    yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau

    bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah

    berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang telah ditulis pada

    zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a bacaan itu telah diterima dari baginda

    Rasulullah S.A.W secara mutawatir.

    Usaha-usaha pengumpulan al-Quran dilakukan pada zaman Khalifah Uthman

    bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya

    dari segi:

    Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

    Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang

    penulisan al-Quran.

    Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    8/20

    Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.

    Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada

    sekarang.

    Sejarah penulisan Al-Quran pada zaman Bani Umayyah.

    Pada zaman Bani Umayyah, mereka menggunakan naskhah yang telah

    dihantar olek Khalifah Uthman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam

    keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan titik. Pertambahan umat islam

    daripada kalangan bukan arab telah merubah keadaan. Isimilasi bahasa berlaku

    antara orang arab dengan orang bukan arab. Ini telah memberi kesan kepada

    bahasa arab yang asli.

    Kebanyakan orang bukan arab sukar untuk membezakan kalimah al-quran

    dan huruf-hurufnya.Ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang baris dan titik. Jika

    perkara ini berlaku berterusan ia akan menjejaskan sebutan al-quran dan mengubah

    kalimah al-quran yang asal. Keadaan ini disedari oleh pemerintah islam pada masa

    itu. Mereka telah membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-quran agar

    terus berkekalan.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    9/20

    Antara usaha tersebut ialah:

    memperkenalkan dhobt al-quran iaitu meletakkan tanda baris seperti sukun (baris

    mati), sabdu, mad dan sebagainya. Ia telah dilaksanakan oleh Abu Aswad al-Duali

    semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Usaha ini telah diteruskan

    oleh ulama terkemudian dengan membuat penam bahan terhadap tanda-tanda

    tersebut.

    Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada huruf ba, ta, sa

    dan lain- lain. Ia dilaksanakan oleh Nasr bin Asim dan Yahya bin Yamur. Ia dilakukan

    pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan bantuan Hajjaj

    bin Yusuf Saqafi.

    Proses penambah baikan tanda-tanda al-quran telah diteruskan pada zaman

    Abasiyah. Ia dilaksanakan oleh Khalil bin Ahmad al-Basari. Ia telah membuat sedikit

    pengubahsuaian terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh Abu Aswad al-Duali

    dan tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    10/20

    RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANNYA

    Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada

    junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi

    Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci

    yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman

    Allah Surah Al-Isra ayat 9

    Maksudnya: Sesungguhnya Al -Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurusdan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh,

    bahawa bagi mereka ganjaran yang besar.

    Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

    Sesiapa yang membaca satu huruf da ripada kitab Allah Taala, maka baginya satu

    kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak

    mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf danMim satu huruf.Riwayat Ibnu Masud.

    Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat

    pada rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

    1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.

    Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullahkepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak

    mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu

    daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi:

    Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad

    S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng

    (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    11/20

    ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam )

    menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama

    ada al- quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

    2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.

    Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya

    akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-

    Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah

    satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang

    dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang

    disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada

    pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan menerima perbuatan dan amalan

    tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran hanya dianggap betul

    sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja.

    3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran

    Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan

    dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang

    pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang

    menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda

    baginda S.A.W yang bermaksud:

    Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah

    menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd

    Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah

    S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka akusentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya

    ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.

    Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara

    bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad,

    muthanna atau jama dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal,

    nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    12/20

    4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

    Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan

    dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir

    Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah

    melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit

    turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk

    menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah

    Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar

    semasa pembentangan terakhir.

    5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.

    Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui

    oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap

    huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat

    Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya

    bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan

    keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut betul

    mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan

    sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.

    6. Mengikut Sunnah Rasulullah

    Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    13/20

    PENGERTIAN RASM

    Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah

    atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikansebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.

    PENGERTIAN RASM QIASI DAN RASM ISTILAHI

    i. Rasm Qiasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan huruf

    ejaannya,dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimah

    tersebut.Ia juga ditakrifkan dengan membentuk atau menggambarkan satu kalimahberpandukan huruf-huruf ejaannya,supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut

    dengan sebutannya.Rasm juga dinamakan sebagai Rasm Imlai iaitu penulisan yang

    berpandukan kepada huruf-huruf ejaanya.Oleh sebab itu,cara penulisannya tidak dikaitkan

    dengan ziyadah,hadhaf,ibdal dan sebagainya.

    ii. Rasm Istilahi / Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama

    dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah

    seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf danpenulisan Hamzah

    Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan bermashaf

    Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan, penentuan Rasulullah s.a.w.),

    maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi tidaklah diharuskan.

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    14/20

    KAEDAH PERTAMA: AL-HAMZ / HAMZAH

    DEFINISI

    Definisi Al-Hamz pada bahasa bermaksud tekanan atau tolakan. Manakala definisi Al-Hamz

    pada istilah pula bermaksud bertutur dengan huruf Hamzah ( ).

    PEMBAHAGIAN

    Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :1. Hamzah Wasal ( )

    2. Hamzah Qata ( )

    H amzah Wasal ( )

    Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf alif

    kepada sod yang kecil. Hamzah wasal ditulis dengan Alif samada sebelumnya didahului oleh

    kata sendi ( ) atau tidak. Hamzah wasal kekal bunyinya ( sebutannya ) ketika dimulai

    dengannya dan dia gugur atau tidak disebut ( hilang ) apabila disambungkan dengan kalimah

    sebelumnya. Hamzah ini berada di awal kalimah sahaja. Contohnya .

    Pembahagian Hamzah Wasal

    1. Hamzah wasal ditulis dengan Alif dan di atas Alif diletak tanda hamzah wasal ( ) iaitu

    kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal.

    Contohnya .

    Contoh Lain :

    Kalimah Surah / Ayat

    Terdapat di mana-mana tempat di dalam

    Al-Quran

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    15/20

    2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf bentuknya terjadi pada lima keadaan :

    i) Hamzah wasal pada Fa al -Kalimah ) ( yang terletak di antara huruf ataupun

    dengan hamzah. Contohnya; Asal ditukar kepada .Contoh Lain :

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Al-Baqarah 2:189 )

    ( Al-Baqarah 2:223 )

    ii) Hamzah wasal terletak pada Fiil Amar pada kalimah soal, ( ) sebelumnya juga

    terdapat huruf ataupun . Contohnya; Asal ditukar kepada .

    Contoh Lain :

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Yusuf 12:82 )

    ( Al-Ahzab 33:53 )

    iii) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif ( ) sebelumnya terdapat huruf Lam

    Ibtida ( ) atau Lam huruf Jarr ( ). Contohnya; Asal ditukar kepada

    .

    Contoh lain :

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Ali Imran 3:193 )

    ( Al- Anam 6:32 )

    ( Al-Dhuha 93:4 )

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    16/20

    iv) Hamzah wasal yang terletak pada Fiil ( ) sebelumnya terdapat hamzah Istifham

    ( ). Contohnya; Asal ditukar kepada .

    Contoh Lain :

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Al-Baqarah 2:80 )

    v) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur ( ) dengan yang

    disandarkan kepada Lafz Jalalah. Contohnya; Asal ditukar kepada .Contoh Lain :

    Hamzah Qata ( )

    Cara mengenal Hamzah Qata di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di

    atas

    ( ), ( ) dan ( ) dengan huruf hamzah yang kecil. Hamzah Qata kekal sebutannya sama

    ada ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya. Hamzah

    Qata berada pada awal, tengah atau pada akhir kalimah.

    Contohnya; .

    Pembahagian Hamzah Qata

    Pembahagian Hamzah Qata terbahagi kepada tiga tempat, iaitu pada awal kalimah, pada

    pertengahan kalimah, dan pada akhir kalimah.

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Al-Naml 27:30 )

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    17/20

    Hamzah Qata Pada Awal Kalimah

    i) Hamzah Qata ditulis dengan suurah Alif ( ).

    Bentuk Contoh Surah / Ayat

    ( Maryam 19:38 )

    ( Al-Fatihah 1:5 )

    ii) Hamzah yang berhubung dengan Huruf Tambahan ( ).

    Bentuk Contoh Surah / Ayat

    ( Al- Araf 7:146 )

    ( Al-Hasyr 59:10 )

    Hamzah Qata Pada Pertengahan Kalimah

    a. Hamzah yang didahului dengan Fathah ditulis dengan suurah Alif ( ).

    Contohnya;

    Contoh Surah / Ayat

    ( Al- Nisa 4:153 )

    ( Ali Imran 3:36 )

    Dengan Fathah

    Dengan Kasrah

    Dengan Dhammah

    ( Al- Nisa 4:11 )

    Dengan Fathah

    Dengan Kasrah

    Dengan Dhammah

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    18/20

    b. Hamzah Dhammah selepas Fathah ditulis dengan suurah Wau ( ).

    Contohnya;

    c. Hamzah Fathah selepas Dhammah ditulis dengan suurah Wau ( ).

    Contohnya;

    d. Hamzah Kasrah selepas Fathah atau Dhammah atau Kasrah atau berbaris Fathah atau

    Dhammah selepas Kasrah ditulis dengan suurah Ya ( ). Contohnya;

    Contoh Surah / Ayat

    ( Al-Nur 24:8 )

    Contoh Surah / Ayat

    ( Ali Imran 3:145 )

    Contoh Surah / Ayat

    ( Al-Baqarah 2:54 )

    ( Ali Imran 3:13 )

    ( Al-Mumtahanah 60:13 )

    ( Al-Takwir 81:8 )

    ( Al- Ala 87:6 )

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    19/20

    e. Hamzah yang berbaris Fathah sebelum Alif ( ) dibuang suurah ( ) Hamzah.

    Contohnya;

    f. Hamzah yang berbaris Dhammah sebelum Wau ( ) dibuang suurah ( ) Hamzah.

    Contohnya;

    g. Hamzah yang berbaris Kasrah sebelum Ya ( ) dibuang suurah ( ) Hamzah.

    Contohnya;

    h. Hamzah yang didahului tanda Sukun dibuangkan suurah ( ) Hamzah.

    Contohnya;

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Sad 38:25 )

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Al-Taubah 9:13 )

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Al- Araf 7:165 )

    Imlai / Ejaan Asal Uthmani Surah / Ayat

    ( Al-Baqarah 2:49 )

    ( Al- Maidah 5:31 )

    ( Fussilat 41:38 )

  • 8/13/2019 Sejarah Penulisan Dan Perkembangan Rasm Uthmani

    20/20