Seni Karangan Esei

download Seni Karangan Esei

of 13

Transcript of Seni Karangan Esei

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    1/13

    11

    1.0 PENGENALAN

    Karangan adalah satu jenis gerak kerja penting dalam aspek penulisan. Karangan ialah

    penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru

    dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Secara tidak

    langsung murid murid diberikan kebebasan melahirkan fikiran, pendapat, komen, cadangan

    dan ulasan ketika menjawab karangan. Dari aspek yang lain pula, fikiran mereka dikawal

    oleh tajuk atau topik karangan yang telah disediakan oleh guru.

    Pengajaran dan pembelajaran karangan bagi semua peringkat sama ada sekolah rendah atau

    sekolah menengah adalah penting kerana ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa

    iaitu kemahiran bahasa tulisan. Loban (1964) berpendapat, kemahiran bahasa adalah

    terbahagi kepada empat. Pertama, kemahiran mendengar; kedua, kemahiran bertutur; ketiga,

    kemahiran membaca; dan keempat, kemahiran menulis.

    Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih kerana ia penting

    dimiliki oleh setiap orang murid. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan

    kerja kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat,

    idea,peranan, dan pendapat. Ishak Harun (1979) bersependapat dengan pernyataan ini.

    Menurut beliau, kemahiran menulis karangan adalah penting dalam kegiatan kegiatanpendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah

    memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain lain yang disampaikan melalui

    kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal.

    Kecekapan mengarang juga penting dalam kehidupan seharian untuk melicinkan

    perhubungan formal dalam bentuk surat menyurat, laporan, pernyataan perasaan dan

    penglibatan dalam aktiviti aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif

    (kesussasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah. Selain daripada itu, pengajaran karangan

    kepada para pelajar ini bukan sahaja dapat menyediakan pengalaman pengalaman sebenar

    yang berguna kepada murid murid dalam kehidupan sehari hari, tetapi juga kita berusaha

    memberikan kemahiran kemahiran bahasa serta pengetahuan am dan khusus mengenai

    kehidupan dan persekitaran mereka. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa pembelajaran

    karangan di kalangan pelajar pelajar adalah penting sekali sebagai menyediakan mereka

    menghadapi masa hadapan yang lebih sempurna dan berkesan.

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    2/13

    11

    2.0 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    Analisis teks dilakukan terhadap karangan pelajar sekolah rendah tahun tiga yang bertajuk

    Perpustakaan.

    2.1 Sistem Pemerengangganan

    Pemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang

    mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna

    terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya

    diwujudkan. Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pengenalan, isi dan

    penutup.

    2.1.1 Perenggan pengenalan

    Perenggan pengenalan adalah permulaan yang amat penting. Perenggan

    ini akan memberikan gambaran awal daripada keseluruhan karangan kepada

    pembaca. Perenggan permulaan harus dapat menarik minta minat pembaca

    untuk terus menelaah karangan.

    Contoh perenggan permulaan :

    Perpustakaan adalah tempat di mana semua jenis bahan bacaan boleh

    didapati.

    2.1.2 Perenggan pengembangan

    Perenggan ini sebagai kesinambungan perenggan permulaan yang akan

    mejelaskan pokok perbincangan. Perenggan ini akan mengemukakan inti

    persoalan, memberi ilustrasi dan contoh, menjelaskan isu serta juga

    mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan.

    Berdasarkan analisis ini, pelajar telah menghasilkan perenggan

    pengembangan secara ringkas iaitu mempunyai fakta, huraian serta contoh.

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    3/13

    11

    Pembinaan perenggan pengembangan ini sesuai dengan tahap pelajar sekolah

    rendah.

    Selain itu, pelajar membina perenggan dalam karangan ini menggunakan

    teknik penglibatan pembaca. Ini bermakna pelajar melibatkan pembaca dalam

    karangan ini untuk tujuan menarik perhatian.

    Contoh ayat :

    Kita juga boleh membuat ulang kaji dengan selesa. Sekiranya kita

    ingin membawa buku cerita balik ke rumah, kita perlu kad khas untuk

    membuat pinjaman.

    2.1.3 Perenggan Penutup

    Perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi kandungan. Pelajar

    telah membuat kesimpulan yang tidak terlalu panjang tetapi dapat

    mencerminkan seluruh isi kandungan dan memberi kesan kepada pembaca.

    Contoh perenggan penutup :

    Oleh sebab perpustakaan itu penting, kita haruslah menggunakannya

    dengan betul. Patuhi semua peraturan agar semua pengguna dapat manfaat

    yang sepatutnya daripada penggunaan perpustakaan

    Dalam penganalisisan perenggan dan jenis-jenisnya, pelajar telah menghubungkaitkan

    perenggan permulaan, pemgembangan dan penutup.

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    4/13

    11

    2.2 Pendekatan Retorika

    Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu

    penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada

    input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta

    kemahiran menulis yang dimiliki.

    Berdasarkan analisis yang dikaji, pelajar mengunakan retorik pemerian dalam

    menghasilkan karangan. Ini kerana pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang

    berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Selain itu, ia bertepatan

    dengan karangan pelajar yang menyampaikan fakta dan maklumat mengenai

    perpustakaan.

    Contoh ayat :

    Semasa berada di perpustakaan, kita dikehendaki mematuhi peraturan yang

    disediakan. Antaranya ialah, tidak dibenarkan makan dan membuat bising,

    menggunting dan mengoyakkan gambar di dalam bukuserta membaa keluar apa-apa

    bahan dari perpustakaan tanpa kebenaran.

    Jika dilihat pada ayat di atas, pelajar menggunakan bahasa yang jelas dan tersusun

    untuk menggambarkan idea mengenai perpustakaan. Karangan yang dihasilkan oleh

    pelajar dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Di samping itu, karangan ini dapat

    memberi gambaran secara realistik mengenai perpustakaan berdasarkan fakta-fakta

    konkrit.

    2.3 Pendekatan Elektika

    Dalam karangan ini, pelajar menggunakan pendekatan proses iaitu kebebasan menulisuntuk menggarap hasil penulisan. Selain itu, pendekatan ini menitikberatkan proses

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    5/13

    11

    pembaikan sesebuah penulisan secara berterusan. Ini kerana pelajar boleh

    bereksperimen dengan segala bentuk maklumat dan fakta.

    2.4 Stilistika

    Stilistika atau stilistik merupakan salah satu ranting dalam ilmu retorika. Stilistik

    berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa supaya tampak

    menarik bahkan maknanya akan lebih mudah difahami dan lebih memberi kesan

    kepada pembaca.

    Berdasarkan analisis yang saya kaji, karangan ini mempunyai gaya stilistik yang baik

    kerana terdapat lima unsur iaitu kejujuran, kesantunan, kejelasan, kesingkatan dan

    menarik. Penggunaan stalistik yang baik oleh pelajar dalam karangan ini dapat

    menarik perhatian pembaca.

    2.5 Wacana

    Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit

    tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat

    direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa.

    Berdasarkan analisis, pelajar telah menggunakan wacana tulisan untuk menghasilkan

    karangan yang memberi makna kepada pembaca. Wacana tulisan ini ialah wacana

    yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan

    pembaca.

    Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk

    menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis dalam

    sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    6/13

    11

    kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan.

    Antara contoh penanda wacana dalam karangan ini ialah dan, oleh sebab dan semasa.

    Contoh ayat :

    Oleh sebab perpustakaan itu penting, kita haruslah menggunakannya dengan

    betul.

    Kita boleh membaca buku cerita dan membuat rujukan di perpustakaan.

    Berdasarkan karangan ini, murid sudah mampu menggunakan wacana dengan betul

    mengikut tahapnya.

    2.6 Logika

    Logika berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan

    jelas. Sekiranya terdapat penggunaan kata atau frasa yang tidak membawa makna

    yang sesuai dengan maksud maka bahasa itu tidak sempurna. Contoh ayat logik

    dalam berbahasa.

    Sekolah-sekolah di Negara ini mempunyai perpustakaannya sendiri untuk

    kegunaan murid-murid dan guru-guru.

    Berdasarkan ayat di atas, pelajar telah membina ayat yang bernas dengan

    mengeluarkan idea tersendiri dan mempunyai makna yang sesuai.

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    7/13

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    8/13

    11

    . kita haruslah menggunakannya dengan betul.

    kitajuga boleh membuat ulang kaji dengan selesa.

    3.0 ANALISIS KARYA KLASIK MELAYU

    Analisis teks dilakukan terhadap karya klasik Melayu yang diambil daripada buku Sulalatus

    Salatin (Sejarah Melayu) keluaran pada tahun 1986 yang diselenggarakan oleh A.Samad

    Ahmad. Analisis ini dipetik dari bab 5 iaitu dari muka surat 89 hingga 107.

    3.1 Strategi Pemerengganan

    Berdasarkan analisis yang saya kaji, tiada ketetapan yang menghadkan panjang

    sesuatu perenggan dalam karya ini. Oleh itu, perenggan-perenggan adalah panjang

    dan mengelirukan. Walaubagaimanapun, karya ini masih mempunyai perenggan

    permulaan, perenggan pengembangan dan perenggan penutup.

    Dalam karya ini, penulis menggunakan permulaan ayat dan pengenalan bagi

    perenggan permulaan dengan perkataan maka, adapun, hatta dan alkisah. Bagi

    perenggan penutup pula, penulis menggunakan ayat-ayat seperti maka sembahnya,

    maka kedengaranlah dan hatta maka.

    ALKISAH, maka tersebutlah perkataan raja benua Siam; daripada zaman

    dahulukala. Negara siam itu

    Hatta maka Seri Nara pun berpindah ke sebelah kanan, maka jadi Paduka

    Raja dududk di tempat Bendahara.

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    9/13

    11

    3.2 Pendekatan Retorika

    Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sebagai

    sesuatu jenis penulisan. Dalam karya ini, penulis menggunakan retorika penceritaan

    iaitu menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa yang

    berkaitan dalam satu plot yang logik. Tujuan penulis adalah untuk menceritakan

    semula peristiwa- peristiwa yang telah berlaku menurut suasana kronologi peristiwa-

    peristiwa itu terjadi. Karya ini mempunyai bahagian permulaan, perkembangan,

    cerita, konflik dan peleraian dalam membentuk satu cerita.

    Maka setelah baginda mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh

    menghimpunkan segala rakyat di teluk rantau, mudik ke Melaka.

    3.3 Stilistika

    Berdasarkan analisis yang saya kaji, karya klasik Melayu ini menggunakan

    pendekatan stilistik untuk memantapkan penulisan. Stilistik merupakan salah satu

    ranting dalam ilmu retorika. Tanpa stilistik sesuatu teks akan kelihatan kaku, sterotaip

    dan mendatar.

    Karya ini mempunyai gaya stilistik yang baik kerana terdapat lima unsur iaitu

    kejujuran, kesantunan, kejelasan, kesingkatan dan menarik.

    3.4 Wacana

    Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit

    bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu

    wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan,

    satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

    Dalam karya ini, penulis telah menggunakan wacana bertulis yang bertujuan

    untuk menyampaikan cerita sejarah Melayu kepada pembaca. Ini secara tidak lansung

    telah menghubungkan penulis dan pembaca secara bertulis.

    3.5 Logika

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    10/13

    11

    Logika berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan

    jelas. Sekiranya terdapat penggunaan kata atau frasa yang tidak membawa makna

    yang sesuai dengan maksud maka bahasa itu tidak sempurna.

    3.6 Gaya Bahasa

    Hashim Awang (1987:29) menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan

    kata kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan

    penyusunan kata bagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat

    individu pengarang, fikiran dan tujuannya.

    Berdasarkan karya ini, penulis memasukkan unsur unsur gaya bahasa yang dapat

    menarik minat pembaca seperti metafora, personafikasi, simile dan pengulangan

    cerita pada fenomena yang sama.

    3.6.1 Metafora

    Dalam karya ini, penulis menggunakan unsur metafora. Metafora merupakan

    perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada

    sifat kesamaannya.

    Maka laksamana pun memakai destar bunga dikarang gajah gemulong

    3.6.2 Smile

    Gaya bahasa perbandingan iaitu simile atau asosiasi. Simile atau asosiasi merupakan

    penyamaan satu benda dengan benda yang lain. Simile benda yang kedua, ada

    hubungan dengan benda yang pertama atau yang telah disebut terdahulu.

    Maka Seri Betara pun terlalu marah seperti ular berbelit belit

    .maka Seri Betara pun terlalu marah seperti api bernyala nyala dan

    seperti harimau akan menerkam,.

    3.6.3 Struktur ayat

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    11/13

    11

    Ciri utama yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu adalah penggunaan ayat yang

    panjang, berulang-ulang dan berbelit malah pembentukan ayat lebih kepada pasif

    daripada aktif.

    Contoh struktur ayat :

    Maka oleh Seri Nara Diraja akan Maharaja Dewa Sutra

    dipenjarakannya di hujung balai, tempatnya duduk diadap orang banyak; tetapi

    sungguhpun dipenjarakannya, seperti adat kerajaan Maharaja Dewa Sutra itu tiada

    diubahnya; diberinya bertilam dan berbantal besar.

    Struktur ayat yang menggunakan bahasa Melayu klasik mempunyai perbezaan dengan

    bahasa Melayu moden.

    3.6.4 Bahasa istana

    Bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa istana. Ini kerana karya Sejarah Melayu

    kebanyakan cerita berkisarkan kepada kisah dan peristiwa yang dialami dalam

    kalangan raja di istana. Contoh penggunaan perkataan ialah beta, sembah, baginda

    dan berangkat.

    Maka baginda pun terlalu sukacita; baginda memberi anugerah persalinan

    akan Bendahara Paduka Raja

    3.6.5 Unsur interior-monolog

    Dalam perlukisan watak-watak dalam karya ini, penulis memasukkan unsur-unsur

    perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog. Unsur ini berbeza

    daripada unsur monolog kerana ia fikiran di dalam hati yang tidak diucapkan. Unsur-

    unsur tersebut telah digarap melalui watak oleh penulis dengan licin dan meyakinkan.

    Maka Sang Aji Jaya Ningrat fikir dalam hatinya, Betapa peri aku memecat

    Patih Aria Gajah Mada ini ?

    4.0 PENUTUP

    Kesimpulannya, penulisan yang mantap mesti mempunyai ciri-ciri bahasa yang baik iaitu darisegi aspek strategi pemerengganan, pendekatan retorika, pendekatan elektika, gaya stilistika,

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    12/13

    11

    wacana, logika dan gaya bahasa sama ada bahasa Melayu moden ataupun bahasa Melayu

    klasik. Disamping itu, penulis telah memilih kata yang yang baik dan dalam menyampaikan

    kandungan penulisan kepada pembaca.

    RUJUKAN

    A. Samad Ahmad. (1986). SALALATUS SALATIN (Sejarah Melayu). Selangor Darul

    Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    S. Nathesan. (1995). LARAS BAHASA ILMIAH. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Hj. Mohd Hussein Hj. Baharuddin. Bahasa Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Affluent Master

    Sdn. Bhd.

  • 7/22/2019 Seni Karangan Esei

    13/13

    11

    LAMPIRAN