Sinopsis 3

3
1. Nama Mohamad Yusof b Arshad 2. Judul Mencari Ketenangan Jiwa 3. Bidang: Ibadah 4. Pengarang K H Abdullah Gymnastiar 5. Muka Surat: 159 6. Terbitan Stromreader Sdn. Bhd 7. Sinopsis : Siapa yang menolak untuk menjadi jutawan? Semua orang pasti ingin menjadi kaya. lelaki ingin kaya, perempuan ingin kaya, orang kampung ingin kaya dan orang kota pun mahu kaya. Seseorang dengan wang melimpah boleh membeli apa yang dihajatinya. Mahukan baju yang berjenama, kita boleh membelinya di kedai ternama di kota. Inginkan rumah mewah, ia boleh membeli rumah di kawasan elit yang didiami oleh orang yang berpangkat. Bagaimana dengan nasib orang miskin? Jangankan untuk membeli baju berjenama atau rumah mewah, untuk nasi bungkus saja mereka harus bekerja seharian, baru mereka boleh makan. Tidaklah salah jika seseorang bercita-cita menjadi orang kaya. Yang salah adalah jika ada yang menyatakan bahawa kekayaan adalah kemuliaan dan kemiskinan adalah suatu kehinaan. Tapi sebenarnya, kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah SWT bagi hamba-hambaNya. Ironinya, jika Allah SWT mengujinya dengan memberikan kesenangan, maka ia akan berkata bahawa Allah SWT telah memuliakannya, sedangkan jika Allah SWT mengujinya dengan membatasi rezekinya maka ia berkata,"Allah telah menghinaku!". Orang sebegitu adalah orang yang mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. Sebahagian orang menganggap menjadi kaya adalah mudah, sebab yang sukar adalah menjadi orang kaya yang soleh. Kalau hanya sekadar kaya, orang boleh mengumpulkan harta kekayaan dan menggunakannya dengan apa cara pun. Tapi, bagaimana caranya agar harta yang kita miliki ini bernilai barakah? 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Sebagai seorang hamba Allah yang bertakwa, kita perlu beramal

description

share

Transcript of Sinopsis 3

Page 1: Sinopsis 3

1. Nama Mohamad Yusof b Arshad

2. Judul Mencari Ketenangan Jiwa 3. Bidang: Ibadah

4. Pengarang K H Abdullah Gymnastiar 5. Muka Surat: 159

6. Terbitan Stromreader Sdn. Bhd

7. Sinopsis :

Siapa yang menolak untuk menjadi jutawan? Semua orang pasti ingin menjadi kaya. lelaki ingin

kaya, perempuan ingin kaya, orang kampung ingin kaya dan orang kota pun mahu kaya.

Seseorang dengan wang melimpah boleh membeli apa yang dihajatinya. Mahukan baju yang

berjenama, kita boleh membelinya di kedai ternama di kota. Inginkan rumah mewah, ia boleh

membeli rumah di kawasan elit yang didiami oleh orang yang berpangkat. Bagaimana dengan

nasib orang miskin? Jangankan untuk membeli baju berjenama atau rumah mewah, untuk nasi

bungkus saja mereka harus bekerja seharian, baru mereka boleh makan.

Tidaklah salah jika seseorang bercita-cita menjadi orang kaya. Yang salah adalah jika ada yang

menyatakan bahawa kekayaan adalah kemuliaan dan kemiskinan adalah suatu kehinaan. Tapi

sebenarnya, kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah SWT bagi hamba-hambaNya. Ironinya,

jika Allah SWT mengujinya dengan memberikan kesenangan, maka ia akan berkata bahawa Allah

SWT telah memuliakannya, sedangkan jika Allah SWT mengujinya dengan membatasi rezekinya

maka ia berkata,"Allah telah menghinaku!". Orang sebegitu adalah orang yang mencintai harta

benda dengan kecintaan yang berlebihan.

Sebahagian orang menganggap menjadi kaya adalah mudah, sebab yang sukar adalah menjadi

orang kaya yang soleh. Kalau hanya sekadar kaya, orang boleh mengumpulkan harta kekayaan

dan menggunakannya dengan apa cara pun. Tapi, bagaimana caranya agar harta yang kita miliki

ini bernilai barakah?

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai seorang hamba Allah yang bertakwa, kita perlu beramal soleh ke

jalan Allah. Setiap amalan yang dilakukan pasti ada pembalasannya dan

sebagai hamba Allah perlu sentiasa bermuhasabah diri dan berusaha

memperbaiki diri dalam kehidupan seharian.    

Sedihnya kita hari ini, ramai yang sudah berilmu tinggi namun masih belum

tentu tinggi amalannya berdasarkan ilmu yang diperolehi. Jadilah insan yang

berilmu dan beramal dengan ilmunya walaupun sedikit, bukan sekadar

Page 2: Sinopsis 3

berilmu tetapi menyimpan ilmu tersebut tanpa diamalkan! Berilmu tidak

beramal umpama pohon tanpa buahnya.

10 Kesimpulan

Secara izharnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan bahasa yang

mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh dari al

Quran, al Sunnah serta kontemporari,  ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang

agak santai tetapi padat dengan nilai-nilai keilmuan.

Page 3: Sinopsis 3