Sinopsis

10
Tajuk : KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan Pengarang : Ahmad Faizal Mohamed Yusup Terbitan : Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd Genre : Motivasi Harga : RM14.00 Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari. Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang- pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13. Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan? Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan. Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

description

book review

Transcript of Sinopsis

Tajuk:KELUAR DARI TEMPURUNGPembentukan Diri Ke Arah KecemerlanganPengarang:Ahmad Faizal Mohamed YusupTerbitan:Utusan Publication and Distributors Sdn BhdGenre:MotivasiHarga:RM14.00

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayudipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yangsibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikutsaranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dapatkan naskah anda sekarang. Hubungi,

Faizal Yusup

Penulis:Syed Alwi AlatasTerbitan:Galeri Ilmu Sdn BhdTahun:2012

Buku ini merupakan buku ketiga Syed Alwi yang saya ladeni selepas Bila Allah Menduga Kita(2010) dan Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu(2011).

Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang dilalui penulis dan orang terdekat beliau juga kisah tauladan dari sirah,zaman silam dan selainnya.Kesemua kisah tersebut mengandungi tauladan yang tidak terhingga nilainya kerana ia memperingatkan kita tentang kesukaran dan kemudahan.

Ringkasnya saya melihat pengalaman selepas membaca buku ini sangat unik sekali.Ia bagaikan satu sinambungan kepada Senyum.

Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu perkara itu mudah,walaupun terkadang ada perkara susah dilalui seperti perkara yang baru pertama kali dilakukan,perkara yang tidak suka dilakukan atau perkara yang tidak suka untuk dilakukan atau dilalui jadi, kita perlu belajar meraikan pengalaman-pengalaman baru dalam hidup kita.Lantaran ia akan dapat dilalui dengan lebih mudah.

Sungguhpun demikian,bukan semua perkara boleh kita pandang mudah.Perkara tentang dosa pahala,halal haram bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dipemudahkan-mudahkan.Contoh sudah Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita mudahkan jadi tiga,dua dan sebagainya.Kalaupun menjadi dua rakaat pada keadaan tertentu keadaan yang membolehkan solat qasar.

Ada kalanya,kita mempunya sikap terlalu memikirkan perkara yang belum tentu kita lalui.Terkadang memikirkannya secara berlebihan mendatangkan keburukan kepada kita seperti terlalu risau kalau sakit,kalau rumah dimasuki pencuri,kalau gagal dalam peperiksaaan dan sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi.Untuk itu kita perlu banyak beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada Allah.Lantaran itu kita turut perlu berusaha seperti menjaga kesihatan,mengambil langkah-langkah keselamatan juga berusaha untuk menghadapi peperiksaan berbanding hanya rasa takut tanpa sebarang persediaan atau persiapan.

Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,perlu memudahkan urusan orang lain seperti kita suka orang lain memudahkan urusan kita.Nah!pada detik membaca bahagian ini saya terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan karenah birokrasi sangat menyusahkan pelanggan misalnya,namun dari satu sudut yang lain prosedur yang adakala menyusahkan itu ada pula kebaikannya.

Ada masanya dalam kehidupan kita,kita terpaksa melalui kesusahan.Kita perlu lalui kesusahan itu tanpa kompromi.Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah menguji kita dengan kesusahan,pasti mereka yang bertabah tidak dipersia-siakan nilai ketabahan mereka itu oleh Allah SWT.Pada saat kita ditimpa sesuatu,mari kita sama-sama tanamkan pertahanan bahawa Allah sedang memilih kita untuk diberi pahala yang berlimpah-ruah.Pada satu ketika yang lain kita diberi dengan kesenangan,bolehkah kita bersyukur?Jadi mungkin ada lebih baiknya kita diuji supaya kita lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.

Apatah lagi,jika kita bandingkan kesusahan yang kita lalui tidaklah sehebat yang Rasulullah saw lalui.Jika kita difitnah pula,tidaklah sedahsyat fitnah yang dihadapi Nabi Allah Yusuf.Itulah antara cara untuk kita lebih bersyukur tatkala membandingkan kesusahan kita dengan para aulia 'alaihimusolatu wassalam.

Ringkasnya,kesusahan yang Allah berikan pada kita,ternyata bersesuaian dengan kemampuan kita menghadapinya.Yakinlah dengan itu,yakinlah dengan pertolongan Allah.Jika kita pening-peningkan kepalapun,ia tidak mampu mengubah sesuatu yang susah menjadi senang,bahkan mungkin jadi lebih susah lagi.

Amalkan doa supaya Allah tidak menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan kita.Dan...cubalah kita renung-renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui beberapa siri kesedihan dan kedukaan,itulah tanda Allah sedang berkomunikasi dengan kita dan beruntunglah bagi mereka yang mengambil peluang keemasan ini dengan tabah dan redha.

Sebagai penutupnya,mari kita tanamkan dalam diri semangat,aku boleh,dengan bantuan Allah SWT,InsyaAllah semuanya akan jadi senang dan mudah.

Penulis:Syed Alwi Al AtasPenerbit:GAleri Ilmu Sdn BhdCetakan Pertama:2011Genre:Motivasi(psikologi) dan 'Self-realization'(psikologi)Harga:Semenanjung Malaysia:RM21.00Sabah/Sarawak:RM 23.00Tebal:300 muka surat.

Buku ini merupakan sebuah buku yang membincangkan persoalanmasalah.Ia tidak mengajak pembaca bertindak lari daripada masalah ataupun terlalu memikirkan masalah,apatah lagi mencari masalah, bahkan ia menjemput pembaca supaya melihat setiap masalah yang dihadapi dengan cara pandang yang baru atau dari persepsi yang positif.

Buku ini dibahagikan kepada enam bab tidak termasuk pendahuluan dan penutupnya.Seperti buku karangan penulis terdahulu iaituBila Allah Menduga Kita,buku ini turut diselang-selikan dengan kisah benar berkaitan topik yang dibincangkan.Penulis juga meletakkan ayat al Qur'an serta hadith yang bersesuaian dengan pengkisahan serta puisi yang bersesuaian dalam buku ini.Selain memasukkan pengalaman sebilangan orang yang pernah berdepan dengan masalah- masalah besar dalam hidup mereka,penulis turut tidak lokek berkongsi pengalamannya sendiri.Ini bersesuaian dengan perbidalan yang menyatakan pengalaman adalah guru yang terbaik.

Pada bab pertama buku ini menghuraikanbagaimana cara kita melihat masalah.Bab ini menghuraikan cara untuk mengenalpasti masalah.Ia menjelaskan kepada kita kebiasaannya apabila dilanda masalah emosi seperti marah,sedih kecewa,tekanan dan sebagainya akan muncul secara spontan.Kita perlu bijak mengawal emosi kerana emosi yang berlebihan boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan.Kita perlu memahami bahawa masalah dan ujian hidup sama seperti nikmat dan kesenangan iaiatu sebahagian daripada ketetapan Allah yang sering mendatangi kita.Lantas kita sepatutnya berusaha agar berjaya mengawal emosi dengan baik samada masalah itu berpunca kehilangan tahap peribadi, hubungan mahupun impian.Pendek kata, jangan terlalu bersedih atas faktor kehilangan yang bersifat material dan fizikal tapi khuatirlah jika yang hilang itu adalah iman dan kekuatan rohaniah.

Bab yang kedua pula berkongsi dengan kita betapaYang Lebih Penting Adalah Tindak Balas Kita.Apapun masalah yang kita hadapi dalam melalui hidup ini tidak sepenting bagaimana tindak balas kita terhadap masalah tersebut.Ini menekankan bagaimana masalah sebenarnya bersifat relatif.Relatif di sini merujuk kepada bagaimana cara kita memandang dan bertindak balas ke atasnya.Walaupun sesetengah buku psikologi menyatakan masalah bersifat neutral atau sebahagian yang lain menyebut masalah bersifat negatif,namun penulis menerangkan masalah bersifat relatif.Dua orang yang menghadapi masalah yang serupa mungkin memandang masalah tersebut dengan dua cara yang berbeza.Walaupun kebanyakan masalah yang kita hadapai sehari-hari mempengaruhi hidup kita,tetapi tindak balas kita terhadap masalah itu jauh lebih banyak menentukan keadaannya samada baik atau sebaliknya.Oleh itu kita sangat memerlukan kekuatan spiritual dengan mengubahnya menjadi sesuatu yang lebih positif.

Bab ketiga merujuk kepadaMengambil Manfaat daripada Permasalahan Hidup. Bab ini menerangkan betapa masalah mempunyai banyak manfaat.Sebenarnya masalah sangat diperlukan dalam hidup ini(TIDAK TERMASUK MASALAH YANG DICARI).Masalah dapat menjadikan kita insan yang lebih bersungguh-sungguh,lebih kuat,lebih banyak belajar,lebih tekun,lebih menghargai kesenangan,boleh berempati terhadap orang lain yang sakit atau kekurangan,boleh menjadi penghapus dosa,boleh menjadi sedekah, boleh mendekatkan diri lebih lagi terhadap Allah.Membaca pengalaman penulis yang melalui pelbagai kesusahan dalam menghasilkan bukuBila Allah Menduga Kitayang beberapa kali sebelumnya ditolak memberi satu keinsafan yang besar.Pelbagai rintangan yang dilalui penulis sebelum buku tersebut akhirnya menjadiBest Seller bookdi rangkaian kedai buku MPH dan Popular.Sehingga kini, buku tersebut sudah diulang cetak beberapa kalih dan saya sendiri dapat melihat dengan jelas ia masih menjadi buku pilihan di MPH dan Popular.Apa akan jadi kalau penulisnya berputus asa?Mungkin kita sendiri tidak dapat membaca buku tersebut apatah lagi untuk mengambil pengajaran daripadanya dan mustahil juga jika penulis tidak bersungguh-sungguh menjadikan buku tersebut menarik perhatian pengunjung toko-toko buku dalam keadaan ratusan buku yang dicetak setiap tahun.

Bab Empat menghuraikan soalUbat Paling Mujarab.Sungguh!Ubat yang paling mujarab untuk semua masalah dan ujian yang kita lalui adalah kesabaran.Walaupun kebanyakan manusia akan cenderung untuk mengeluh dan berputus asa,namun kedua-dua sikap itu tidak mampu mengubah atau membantu sama sekali bahkan mungkin kekusutan yang kecil menjadi semakin besar.Dalam menghadapi musibah atau masalah, kita dianjurkan supaya bersangka baik dengan Allah dan bersabar.Itulah cara bagi mengatasinya.Biarpun sesetengah orang berpandangan bahawa sifat sabar adalah pasif dan menunjukkan ketidakupayaan, hakikatnya ia adalah satu kekuatan yang aktif dan mampu meneutralkan musibah serta meraih apa yang diinginkan.Ringkasnya,orang yang sabar memiliki kecerdasan emosi yang sangat tinggi dan kesabarannya itulah kekuatan yang tidak semua orang dapat memilikinya.

Bab lima pula menyebutKita memang Sering Menemui Masalah.Dalam bab ini kesabaran masih menjadi topik penting.Kita disarankan supaya bersabar dalam menghadapi keadaan tidak menyenangkan yang sudah terjadi dalam masa yang sama kita perlu sabar dalam mencapai keadaan yang dicita-citakan.Setiap masalah yang kita hadapi perlu diselesaikan dengan sabar agar tidak berkembang menjadi sesuatu yang lebih buruk.Biarkan yang telah berlalu dan fokuskan perhatian pada yang ada di hadapan kerana kita tidak dapat mengubah apa-apa yang sudah terjadi.Yang dapat kita lakukan adalah bersabar dan menerima seadanya tanpa keluhan.

Pada bab akhir iaitu bab Enam:Allah Lebih Mengetahuimengajak kita sama-sama mengatasi masalah hidup dengan usaha dan doa.Ini merupakan cara yang sangat efektif untuk menghadapi permasalahan dan untuk mencapai suatu tujuan.Apapun usaha dan doa memerlukan kesabaran.Apapun yang kita lalui dlaam hidp ini Allah lebih Mengetahui.Siapa kita untuk mempersoalkannya?Marah- marah jika melalui ujian samalah seperti menyalahkan Tuhan.Na'uzubillah min Zalik.

Akhir sekali pada bahagian penutupnya penulis menekankan bahawa masalah dan ujian,tidaklah seburuk yaang disangka selama ini.Cara kita memandang masalah itu dan apakah tindakan kita dalam mencari solusinya lebih utama.Usaha kita dalam melalui ujian dan musibah adalah dengan sentiasa berdoa dan berusaha.Pandanglah masalah dari satu sisi yang terlindung,insyaAllah keluh-kesah tidak akan muncul.Belon emosi dapat dikempiskan dengan baik dan masalah tersebut sesekali penting untuk kita lebih menghargai makanan yang enak saat kita terpaksa menjamu kentang rebus sahaja.Pada masa yang sama kita tidak boleh menyebut masalah adalah sesuatu yang neutral kerana itu tidak adil bagi orang yang sedang melalui masalah itu,tetapi kita boleh sifatkan masalah sebagai relatif atau subjektif kerana masalah perlu dibezakan atas pandang sisi orang yang menghadapinya.Apapun yang berlaku,Senyumlah...apapun masalahmu ia pasti akan berlalu.

Cadangan:Buku ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah buat teman-teman.Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan umum terutama di kalangan pelajar dan pesakit.Saya juga berharap pihak penulis atau penerbit memperbanyakkan genre sebegini dan dijadikan hadiah atau bacaan umum di wad-wad pesakit.Pada pengalaman saya ketika terlantar di rumah sakit, kebanyakan buku dan majalah yang saya lihat didermakan atau disediakan adalah inisiatif petugas hospital dan kebanyakannya bersifat hiburan dan kurang bermanfaat.Pada hemat saya,buku motivasi sebegini pun sesuai dihadiahkan di pusat-pusat perubatan mahupun hospital terutama bagi mereka yang perlu melalui tempoh yang lama di hospital.Ini bukan sekadar dapat memenuhi masa senggang mereka dengan lebih baik,bahkan dapat memberi semangat dan motivasi pada mereka.Terima kasih buat penulis buku ini dan semua krew penerbitan.Allah sahaja yang selayaknya membalas budi baik kalian mengusahakan buku bernilai seperti ini.Di sebaliknya:Buku Supaya Gelisah Bernilai Ibadah adalah terjemahan dari judul"Agar Gelisah Bernilai Ibadah" yang ditulis oleh Prof Dr.Soeharso.Penulis terjemahan ialah Dr Ibrahim Fiqhy.Buku setebal 177 halaman ini diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd.Ia boleh diperolehi di rangkaian kedai buku Popular.Harganya RM15.00(bagi bukan ahli Popular)

Istimewa:Selain buku ini diterjemah daripada bahasa Melayu Indonesia,buku initurut mengambil pandangan sisi:TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.Buku ini merupakan karya yang memberi pesan bagi mereka yang dilanda gelisah dan gundah.Dalam buku ini turut dipaparkan metode Islami atasi Depresi.

Ringkasan Pandang sisi TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat:Dalam bahagian pandang sisi atau kata penghantar oleh TG,beliau menerangkan tentang keperluan kita sebagai hamba Allah untuk memahami bahawa hidup ini penuh dengan rahsia dan hikmah.Apapun yang menimpa kita adalah satu kepastian bahawa kehidupan kita dilingkari kehendak qada' dan qadar Allah.Maka,kita sewajarnya yakin bahawa semua yang berlaku adalah di bawah pengetahuan Allah.

Orang yang beriman sewajarnya yakin bahawa semua ujian yang dilaluinya adalah daripada Allah.Antara tujuan manusia diberi ujian adalah untuk membezakan antara orang yang beriman dengan orang yang kurang beriman.Maka sebagai orang yang beriman,apabila ditimpa apa-apa ujian kita perlu segera sedar semuanya daripada Allah dan kembali kepadaNya dalam melalui ujian-ujian tersebut.

Di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2=3 Allah menempelak mereka yang tidak tahan dengan ujianNya yang sedikit berbanding nikmatNya yang melimpah-ruah:

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan)mengatakan:Kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji lagi.Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".

Melalui ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menguji hambaNya bagi membezakan di antara mereka yang beriman dengan mereka yang kurang beriman.Sebagai orang yang beriman,yakinlah bahawa segalaujian adalah ketentuan daripada Allah SWTdan segera kembali kepadaNya.Dalam pandang sisi tersebut TG menurunkan sebahagian daripada doa yang boleh membantu dan memujuk hati yang gelisah dalam berhadapan dengan situasi getir yang merunsingkan.

Sebagaimana yang dimaklumkan,salah satu tujuan ujian ialah bagi mengasingkan atau membezakan antara mereka yang beriman dan yang kurang beriman.Maka sebagai orang yang beriman,kita perlu perlusegera ingat kepada Allah dan kembali kepadaNyaapabila ditimpa musibah.Dengan kembali kepada Allah,kita sudah berada pada landasan keimanan dan ia merupakan satu ibadah.Sewajarnya orang yang beriman mengambil kesempatan di atas kegelisahan dan kesedihannya dalam melalui musibah dengan menggantikannya dengan kebijaksanaan iaitu dengan mengingati Allah SWT.

Orang yang beriman wajarmengadu kepada Allah SWTtatkala didatangi musibah.Ini kerana Allah sahaja yang dapat melapangkan kembali serta mendengar pengaduan hambaNya.Mungkin benar boleh meluahkan kepada manusia,tetpai kadarnya adalah terbatas kerana kudrat manusia untuk membantu dan meghilangkan kegelisahan itu juga terbatas.

Adalah menjadi satu langkah yang baik apabila seseorang hamba diuji,beliau merenungkan dan mebandingkan ujian yang dihadapi oleh para Nabi dan rasul yang jauh lebih teruk dan dahsyat.Ada yang ditimpa kelaparan,kehilangan ahli keluarga dan sanak-saudara yang ramai,diuji dengan penyakit yang kronik,dicampak ke api,dihumban ke perigi,difitnah,diboikot dan lain-lain lagi.Maka,apabila orang yang beriman merenungnya,hati mereka akan lebih tenang dangelisah tadi bertukar menjadi ibadah.

Sebagai orang yang beriman,kita juga perlu sedar bahawa Allah menguji bukan kerana Dia membenci hambaNya,tetapi ujianNya itu sebagai tanda hamba tersebut dirahmati dan Allah memberi peluang baginya untuk bersabar.Sabaritulah yang bernilai ibadah.Hatinya menjadi lapang menerima ketentuan kerana yakin bahawa itu tanda perhatian dan kasihsayang Allah SWT.

Ringkasnya,penerimaan hamba tentang musibah yang menimpanya,yang membuatkan hatinya gelisah adalah bergantung kepada ilmu dan kefahamannya.Ilmu memerlukan usaha dan usaha pula perlukan keikhlasan.Tanpa keikhlasan pertolongan Allah dalam melalui kegelisahan tersebut dengan tenang,amat payah.Itulah yang menyebabkan ada yang keliru sebelum,semasa dan sesudah dilanda musibah.Alangkah rugi bagi mereka yang ditimpa musibah dan tidak ingat kepada Allah danmusibah tidak memimpinnya untuk beribadat.

Buku ini mengupas tentang kesedihan,ketidakmampuan hamba menghadapi musibah dan menguasai suasana.Turut dipaparkan bagaimana merubah kesedihan tersebut menjadi ibadah.Ia turut menasihatkan supaya orang yang bersedih tidak terlalu meratap masa lalu kerana ia tidak akan berulang lagi.Sewajarnya orang yang diuji lebih aktif dan menggunakan masa lapangnya dengan baik supaya tidak memberi ruang untuk syaitan mengganggunya dengan meratapi nasib dan musibah yang menimpa.Dengan itu,kita akan menjadi insan yang tabah dan tidak akan mengalami tekanan jiwa untukl selama-lamanya.

Sedih yang timbul boleh menyebabkan fikiran dan jiwa kacau dan keliru.Kita perlukan cara yang tepat untuk menguasai keadaan tersebut supaya tidak terlalu lama dikepung rasa sedih dan gelisah.Buku ini membantu kita dalam mengatasi kesedihan.Kegelisahan dan kesedihan boleh bertukar nilainya kepada ibadah jika kita melihatnya dengan ilmu dan kefahaman.Mudah-mudahan gelisah bertukar menjadi ibadah,membimbing fikiran yang kacau,meluput sedih yang berputik,insyaAllah.