Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

download Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

of 10

Transcript of Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    1/10

    SKEMA JAWAPAN KERTAS GEOGRAFI STPM 942/2 (PENGGAL 2 2013 )

    Bahagian A

    1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera ?

    [ 3 ]Satu lapisan udara yang nipis (1m) yang mengelilingi dan meliputi bumi (1m), terdiri daripada

    juzuk gas dan bukan gas (1m) danbergerak seiring dengan putaran bumi akibat tarikan daya

    graviti bumi (1m

    b) Jelaskan peranan wap air yang terkandung dalam atmosfera.[ 4 ]

    B1 menggalakkan pembentukan awan (pemeluwapan) dan kerpasanB2 peratus wap air akan mempengaruhi sejatanB3 jumlah wap air menentukan kadar kelembapan udaraB4 menyederhanakan suhu kerana wap air menyerap bahangan matahari

    c) Ozon adalah salah satu lapisan gas yang membentuk atmosfera

    Apakah pengaruh lapisan ozon terhadap atmosfera[ 2 ]

    Ozon berperanan menapis, menyerap, menyerak dan memantulkan sinaran UV

    mengurangkan sinaran UV berlebihan dan merendahkan suhu

    d) Bagaimanakah ketidakstabilan udara boleh terjadi?[ 2 ]

    Ketidakstabilan udara boleh terjadi apabila Kadar Tukaran Sekitaran (KTS) melebihi Kadar

    Tukaran Adiabatik (KTA)Panduan guru:KTS kenaikan 165m suhu jatuh 1 C ( 1m = 0.006 C)KTA kenaikan bungkusan udara 1000m suhu jatuh 10 C (1m = 0.01 C)

    KTS < KTA = udara stabilKTS> KTA = udara tidak stabil

    e) Jelaskan ciri-ciri udara yang tidak stabil.Mana-mana 2 isi [ 4 ]

    E1 pemeluwapan giat menyebabkan kejadian hujanE2 berlaku pergerakan udara secara menegak menyebabkan kejadian ribut.E3 berlakunya petir atau guruh dan kilat akibat pertembungan cas negetif dan positif dalam udara

    (kesan tiupan angin yang kencangE4 pemeluwapan giat berhampiran permukaan bumi membentuk kabus dan kabut.

    2. a) Apakah maksud pemanasan global ?

    Pemanasan global bermaksud peningkatan purata suhu permukaan bumi dan lautan

    daripada keadaan normal di seluruh dunia.[ 3 ]

    b) Jelaskan punca-punca berlakunya fenomena pemanasan global. [10]

    1

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    2/10

    B1 Lapisan ozonsemakin nipis

    Penipisan lapisan ozon menyebabkan banyak sinar UV matahari

    masuk ke atmosfera bumi dan meningkatkan suhu

    Berlaku peningkatan intensiti bahangan suria ke atmosfera

    Pembebasan CFC menyebabkan gas O3 dalam ozon semakin

    terhakis.

    B2 Kesan rumah

    hijau (KRH)

    Haba panas((Bahang matahari dan bahang bumi) yang

    terperangkap di dalam sesuatu ruang atmosfera akibat halanganlapisan gas rumah hijau dan memanaskan ruang udara tersebutsehingga meningkatkan suhu.

    Peningkatan gas rumah hijau dalam udara (gas Co2 ) oleh

    aktiviti penyahhutanan dan pembakaran terbuka,

    B3 Pembakaranbahan api fosil

    pembakaran petrol dan arang batu menggalakkan pembebasan

    gas rumah hijau ke dalam udara

    bahan nitrogen dioksida dan karbon dioksida bertambah dalam

    udara lalu meningkatkan suhu

    B4 Peningkatanpencemaranudara

    Pertambahan bahan pencemar udara seperti habuk, debu, asap

    dan gas ke dalam udara menyebabkan bahang bumi danbahang matahari terperangkap dalam ruang atmosfera.

    Bahan pencemar juga menjadi penyerap dan penyerak haba lalu

    meningkatkan suhu udara.

    B5 Letusangunung berapi

    Sebaran asap, debu dan abu gunung berapi akan menghalang

    kemasukan bahangan suria ke atmosfera bumi menyebabkansuhu atmosfera rendah dan tidak menggalakkan pembentukangas ozon oleh itu ozon menjadi semakin nipis sinar UV akanlebih banyak masuk ke atmosfera.

    c) Huraikan kesan pemanasan global terhadap fenomena cuaca dan iklim. [12]

    C1 Fenomenajerebu

    Udara kering menggalakkan sebaran habuk, debu dan asap

    terampai-ampai di ruang udara membentuk jerebu

    Pembakaran terbuka, perindustrian menyumbangkan asap yang

    banyak

    Perlombongan, kuari, pembinaan menyumbangkan habuk dandebu yang banyak ke ruang udara

    C2 Ribut / siklon Suhu tinggi menyebabkan pemanasan melampau lalu

    mewujudkan zon TUR di tengah lautan menggalakkan kejadianribut

    Angin akan menyerbu ke arah zon TUR dan berpusar

    mengelilingi TUR membentuk ribut

    C3 Hujanberkurangan

    Suhu tinggi menyebabkan wap air hasil sejatan kering sebelum

    sempat dipeluwapkan di Zon Takat Embun

    Kehilangan wap air sebelum dipeluwapkan menyebabkan

    pembentukan awan tidak berlaku hujan berkurangan

    C4 Kemarau Pemanasan jangka panjang menyebabkan ketiadaan hujan

    berlaku fenomena kemarau sejatan tinggi menyebabkan airtanah kering tanah jadi gersang

    C5 Fenomena elnino

    Pemanasan berlebihan meningkatkan suhu di lautan

    mewujudkan zon TUR di barat Pasifik menyebabkanperubahan angin timuran bertiup ke arah barat keadaan inimenyebabkan bahagian timur Pasifik ( Asia Tenggara )mengalami kurang hujan dan kemarau.

    2

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    3/10

    C6 Bahanganbumi(telestrial)meningkat

    Pertambahan bahang suria telah meningkatkan kadar serapan

    haba oleh bumi menjadi haba pendam oleh itu bahanganbumi yang dibebaskan ke atmosfera akan meningkat

    3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran hidrologi? Merujuk kepada pergerakan, dan pertukaran sifat air secara berterusan ( kitar) dalam

    pelbagai bentuk ( cecair, pepejal, dan wap ) dan dalam pelbagai ruang ( ruang

    hidrosfera, atmosfera, biosfera, dan litosfera ). ATAU

    Pergerakan air secara berterusan dari bumi ke atmosfera melalui proses sejatan serta

    sejatpeluhan dan pergerakan air dari atmosfera kembali ke bumi melalui kerpasan .[ 3 ]

    b) Lukis gambar rajah kitaran hidrologi [ 2 ]

    [ 2 ]

    b) Berdasarkan gambar rajah dalam soalan b(i) di atas, huraikan empat proses menegak

    dalam kitaran hidrologi. [ 8 ]

    B1 Sejatan proses pertukaran sifat air daripada bentuk cecair kepada wap

    air .

    Berlaku akibat bahang matahari memanaskan permukaan air

    secara berterusan dan maksimum menyebabkan tekanan wap

    permukaan tinggi lebih tinggi daripada tekanan udara atmosfera

    berhampiran permukaan air.

    B2 Pemeluwapan Proses pertukaran sifat air daripada wap kepada bentuk cecair

    apabila wap air tiba pada suhu takat beku ( atau Zon Takat

    3

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    4/10

    Embun )

    Wap air bertukar menjadi bintik-bintik air terkumpul membentuk

    awan ( atau berdasarkan terori Begeron ia membeku menjadi

    butir ais membentuk awan )

    B3 Kerpasan Apabila bintik-bintik air atau butir ais bercantum menjadi lebih

    berat dari daya tampung udara, ia akan jatuh dari ZTE sebagai

    kerpasan iaitu hujan .

    Di kawasan beriklim panas hujannya dalam bentuk cecair dan di

    kawasan beriklim sejuk buiran ais kekal sampai ke bumi

    membentuk hujan salji.

    B4 Resapan

    atau susupan

    Proses pergerakan air hujan masuk ke dalam tanah melalui

    ruang rongga tanah atau melalui liang pori tanah.

    Semakin banyak rongga dan liang pori, semakin banyak kadar

    susupan air ke dalam tanah.

    B5 Sejatpeluhan Proses udara menyejat atau menyerap peluh dari liang stoma

    daun atau badan hidupan masuk ke dalam udara.

    Perpeluhan berlaku apabila tenaga digunakan dalam jasad

    tumbuhan atau hidupan

    B6 Pintasan

    silara

    Proses daun tumbuhan memintas atau menghalang jatuhan

    hujan sebelum tiba ke bumi.

    Pintasan silara berlaku melalui proses pintasan daun, aliran

    ranting, aliran dahan dan aliran batang.

    c) Jelaskan kesan kurangan air terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia di kawasan

    tropika lembap[ 12 ]

    C1

    ASF

    Hujan

    berkurangan

    Hujan kurang menyebabkan udara kering meningkatkan

    sejatan tetapi wap air hilang atau kering dalam udara kerana

    suhu tinggi pemeluwapan tidak berlaku hujan tidak menjadi

    C2 Kelembapan

    Bandingan

    jatuh

    Air permukaan kering kerana ketiadaan hujan wap air kurang

    disejat ke dalam udara udara menjadi kering peratus KB

    udara rendah

    C3 Peingkatan

    suhu

    Udara menjadi panas kerana kurang wap air disejat masuk ke

    dalam udara udara jadi kering dan panas

    C4 Kemerosotan

    kualiti tanah

    Kadar air tanah merosot menyebabkan proses pereputan

    organik lambat berlaku pengembalian nutrien tanah secara

    semula jadi berkuranganC5 Ekosistem

    terjejas

    Paya,sungai, tasik kering menjejaskan habitat hidupan akuatik

    Hutan mati akibat kemarau berpanjangan menjejaskan habitat

    haiwan dan rantaian makanan terputus

    C6 Kitaran

    hidrologi

    terganggu

    Proses kitaran air terganggu kerana bekalan wap air melalui

    sejatan/ s/peluhan berkurangan menyebabkan hujan

    berkurangan

    Kitaran air akan terjejas apabila hujan berkurang atau imbangan

    4

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    5/10

    air tidak seimbang.

    ASM

    C7

    Pertanian

    terjejas

    aktiviti pertanian terjejas khususnya tanaman padi sawah yang

    memerlukan banyak air semasa musim menanam.

    Kemarau yang berpanjangan juga mengganggu proses

    fotosintesis , pertumbuhan terbantut dan tanaman mati.

    C8 Akuakultur

    terjejas

    kuantiti air permukaan berkurangan menyebabkan BOD air

    terjejas.

    Tanah kering aras air tanah jatuh jauh ke dalam tanah

    menyebabkan kolam ternakan kering

    C9 Menjejaskan

    sektor

    pelancongan

    Sungai kering menyebabkan aktiviti jelajah sungai , berkayak ,

    meredah jeram tidak dapat dijalankan

    Air terjun kekurangan air ketiadaan tempat berkelah

    C10 Pengangkutan

    air terganggu

    Aras sungai jatuh memutuskan aliran sungai tidak dapat dilalui

    oleh bot atau feri pengangkut

    Sungai jadi cetek tidak boleh dilalui oleh bot

    C11 Krisis air

    bersih

    Bekalan air bersih kepada penduduk / domestik berkurangan

    Catuan air mengikut masa atau kawasan petempatan

    Menjejaskan perniagaan makanan, perkhidmatan pembersihan

    dan dobi

    Catatan: 3 kesan fizikal + 3 kesan manusia (6 isi x 2m = 12m)

    Bahagian B

    4. a) Takrifkan konsep bioteknologi .[ 3 ]

    Teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda hidupatau tumbuhan dalam bidang pertanian dan pembuatan.

    ATAU

    Penggunaan sistem biologi, organisma hidup atau terbitannya untuk membuat atau

    memproses bagi sesuatu kegunaan

    b) Huraikan dua kategori bioteknologi yang diamalkan dalam pertanian ladang di Malaysia[ 4 ]

    B1 Pengklonan proses menghasilkan anak pokok atau haiwan daripada tisu pokok

    5

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    6/10

    atau haiwan berkenaan yang sama kandungan genetik dengan indukbertujuan menghasilkan jumlah yang lebih banyak

    B2 Kacukanatau hibrid

    proses pemindahan genetik secara semula jadi daripada dua organismayang sama untuk menghasilkan anak baharu (Transgenik

    c) Terangkan dua impak positif perkembangan bioteknologi kepada pertanian ladang diMalaysia

    [ 4 ]

    C1 Pelbagaiproduk

    Sektor pertanian boleh menghasilkan pelbagai produk pertanian

    bermutu dan pelbagai jenis.

    contoh buah tomato daripada pokok lada

    C2 Tanamantanpa tanah

    penggunaan kaedah Hidroponik, kaedah Agrobi dan kaedah

    Aeroponik tidak memerlukan tanah untuk tanaman.

    C3 Produkmesra alam

    Benih yang penyakit mengurangkan penggunaan racun serangga

    Teknologi tanaman tanpa tanah mengurangkan penerokaan tanah

    mengelakkan hakisan, mengurangkan penerokaan hutan

    C4 Produkberkualiti

    Penghasilan benih yang bermutu akan menghasilkan buah yang

    berkualiti - berbuah lebat, tahan penyakit dan cepat mengeluarkanhasil. Contohnya betik exotica, tembikai madu

    C5 Produk yangbanyak

    Berupaya menghasilkan produktiviti yang banyak dalam masa

    singkat. benih atau baka baharu yang bermutu tinggi dan cepatmatang. Cth: kelapa sawit p456, klon getah RRIM 300001 dansebagainya

    d) Aktiviti pertanian telah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar fizikal.

    Jelaskan.[ 4 ]

    D1 Perubahanlandskap

    Perubahan landskap hutan kepada landskap pertanian

    Cerun bukit bertukar menjadi bertangga-tangga akibat peneresan

    Hutan asal dengan pelbagai spesis tumbuhan berubah menjadihutan sekunder dengan spesis yang seragam

    D2 Hakisantanah giat

    Penerokaan hutan mendedahkan permukaan bumi kepada aliran

    permukaan dan titisan hujan

    Berlaku hakisan tipis, percikan, galur dan galir akibat limpahan air

    permukaan.

    D3 Pencemaransungai

    Sisa penerokaan tanah dibawa air hujan ke dalam sungai

    mengeruhkan air sungai dan mencetekkan dasar sungai

    Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai

    mencemarkan air sungai

    D4 Pencemaranudara

    Penyemburan racun serangga dan racun rumpai akan

    mencemarkan udara

    Pembakaran sisa pertanian seperti jerami, pembakaran hutan untuk

    pertanian pindah menyumbangkan asap, debu dan abu ke dalamudara menggalakkan kejadian jerebu.

    D5 Kemusnahanekosistem

    Penerokaan hutan memusnahkan habitat haiwan

    Rantaian makanan terjejas

    Kepupusan spesis pokok kepupusan sumber pelbagai biologi

    D6 Gangguan Kemusnahan hutan menjejaskan kawasan tadahan air sumber air

    6

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    7/10

    kitaranhidrologi

    tanah menjadi kering menjejaskan air sungai

    Hutan berkurangan menjejaskan kadar sejatpeluhan

    mengurangkan turunan hujan

    D7 Perubahansuhusetempat

    Penerokaan hutan meningkatkan suhu setempat kerana

    kekurangan sejatpeluhan udara kering

    Suhu tanah tinggi meningkat contoh Cameron Highlands

    (Pilih mana-mana 2 isi beserta huraian X 2m)

    5 a) Nyatakan lima ciri perikanan laut dalam. [5]

    Isi utama Huraian Markah

    a1 Lokasi Di kawasan Zon Ekonomi Ekluksif (ZEE) yang melebihi30 batu nautika dari pinggir pantai. 1

    a2 Teknologi Menggunakan teknologi moden seperti alat ecosoner dan bot yang menggunakan enjin berkuasa tinggi.Bot-bot nelayan mempunyai peti dingin beku agar ikantidak mudah menjadi busuk, rosak dan tahan lebih

    lama.

    1

    a3 Orientasi tangkapan Pasaran tempatan. Untuk pasaran seperti pasaraneksport. Kuantiti tangkapan banyak. 1

    a4 Modal Modal besar dimiliki oleh syarikat atau persatuan

    nelayan.

    1

    a5 Jangkamasa operasi Berminggu-minggu di laut dan dijalankan secaraberkumpulan. 1

    a6 Hasil / Jenistangkapan

    kuantiti banyak. Ikan tuna, paus dll1

    a7 Penggunaan buruh Tenaga buruh mahir / import. Bilangan yang ramai.1

    Mana-mana 5 isi = 5m

    b) Mengapakah sektor perikanan di Malaysia perlu ditransformasikan. [10]

    Isi utama Huraian Markah

    b1 memberi peluangpekerjaan kepadapenduduk

    peluang pekerjaan sebagai nelayan bagi penduduk yangterlibat dan pekerjaan sampingan seperti pekerja di kilangmemproses ikan dan pekerjaan dalam perkhidmatan yangberkaitan perikanan.Cth membuat kapal, jarring, bekerja di pelabuhan

    pendaratan ikan dan lain-lain.pengurangan kadar pengangguran dan peningkatan tarafhidup.

    2

    b2 meningkatkanKDNK negara

    pengeksportan hasil tangkapan ke Negara luar sptSingapura, Hong Kong, Rusia dan China. 2

    b3 Sumber Protein sumber protein utama kepada penduduk

    7

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    8/10

    2

    b4 Kesan Pengganda member kesan pengganda kepada sektor lain selain IKSiaitu makanan berasaskan ikan.sektor perkilangan sardin

    2

    b5 meningkatkan

    pembangunankawasan

    meningkatkan pembangunan infrastruktur seperti elektrik,

    air, jalan raya, dll.

    2

    b6memperkembangkanteknologi R&D

    teknologi pengawetan dan pembungkusan untuk menjaminkesegaran terutama untuk pasaran eksport.

    2

    b7 pasaran danpermintaan yang tinggi

    pasaran dalam dan luar Negarapilihan/memenuhi citarasa

    2

    b8 sumber lautanyang luas

    sumber lautan yang luas mengelilingi negara di benus Asialautan yang luas membolehkan jumlah tangkapan yangbanyak.member keuntungan kepada nelayan laut dalam. 2

    Mana-mana 5 isi = 10m

    c) Jelaskan sebab sektor perikanan pinggir pantai di Malaysia semakin merosot.

    [10]

    Isi utama Huraian Markah

    c1 Kekurangan modal Kebanyakan nelayan miskin tidak ada modal memilikisampan.

    Sukar memperolehi pinjaman dan kurang berpengetahuan2

    c2 Kekuranganteknologi dankepakaran

    Teknologi tradisional menyebabkan tangkapan sedikit.

    Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendahmenyebabkan nelayan tidak mampu mengendalikan alatberteknologi tinggi.

    2

    c3 Tenaga buruh Ramai anak-anak muda berhijrah ke bandar dan tertarikkepada peluang ekonomi sektor sekunder dan tertier.

    Generasi muda tidak berminat2

    c4 Masalah cuaca Musim tengkujuh menyebabkan nelayan tidak dapat turun

    ke laut.

    Banjir yang berlaku menyebabkan muara sungai menjadicetek menyukarkan nelayan untuk menangkap ikan.

    2

    c5 Kepupusan sumberperikanan

    Penangkapan ikan berlebihan akan menjejaskan hasil

    tangkapan nelayan.

    Penggunaan pukat harimau / pukat jerut akan

    mengakibatkan kepupusan sumber kerana semua ikan

    8

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    9/10

    tidak kira saiz kecil atau besar akan ditangkap bersama-

    sama.

    2

    c6 Kerosakan habitatikan

    Aktiviti pembangunan pinggir pantai akan memberi kesanterhadap habitat pinggir pantai.

    Pembinaan kawasan perlancongan serta pemlombonganakan memberi impak terhadap habitat di pinggir pantai.

    2

    c7 Masalah kerjasamaantarabangsa atauantara negara

    Berlaku pencerobohan kawasan di sempadan perairan.

    Ancaman keselamatan oleh lanun-lanun. 2

    c8 Masalah orangtengah

    Hasil tangkapan oleh nelayan akan dijual terus kepadapelanggan tetapi dengan adanya orang tengah merekaakan menawarkan harga yang lebih murah.

    Ini akan menjejaskan mata pencarian nelayan tradisional.2

    Mana-mana 5 isi = 10m

    6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi ekonomi ?

    [ 3 ]Globalisasi ekonomi bermaksud pasaran ekonomi bebas tanpa sempadan di mana tiada

    lagi sekatan atau batasan terhadap pengeluaran dan perdagangan antara negara-negara

    melalui sokongan kemajuan teknologi telekomunikasi (ICT).

    6 b) Bukti wujudnya saling kebergantungan antara kawasan dalam globalisasi ekonomi

    melibatkan:

    B1 Sumbangan

    modal

    Negara maju boleh menyumbangkan modal untuk membangunkan

    sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian atau perlombongan

    melalui pelaburan asing atau pinjaman modal

    B2 Pemindahan

    teknologi

    Pemindahan teknologi moden dalam sektor pertanian, perindustrian

    atau perlombongan dilakukan melalui pinjaman pakar, pembelian

    alatan Pemindahan teknologi berlaku melalui pembinaan kilang

    B3 Pergantungan

    pasaran

    Saling memasarkan barangan antara negara terlibat

    Perluasan pasaran ke negara luar

    Peningkatan eksport dan import dagangan dua hala

    B4 Perkongsian

    buruh

    Terdapat pergerakan masuk buruh asing ke negara terlibat teruama

    dalam sektor pembinaan dan pertanian

    Wujud kerjasama bekalan buruh seperti persetujuan bekalan buruh

    9

  • 7/30/2019 Skema PC geografi p2 2013 Stpm (Kedah)

    10/10

    pembantu rumah antara Malaysia- Indonesia ; Malaysia- Filipina

    B5 Pergantungan

    bahan mentah

    Negara yang mempunyai bahan mentah boleh mengeksport bahan

    tersebut ke negara terlibat seperti mineral, hasil pertanian atau sumber

    air. Contohnya perjanjian bekalan air Malaysia-Singapura.

    6c) Kesan globalisasi ekonomi terhadap pembangunan di Malaysia

    C1 Peningkatan

    pembangunan

    infrasturktur

    Pertambahan kawasan industri akibat pelaburan asing memerlukan

    pembinaan jalan perhubungan menggalakkan pembinaan jalan raya

    dan lebuh raya menghubungkan kawasan industri dengan bandar-

    bandar

    Peningkatan keupayaan bekalan elektrik melalui pembinaan empangan

    hidro yang baru

    C2 Kemasukan

    buruh mahir

    Perkembangan teknologi dan kemajuan industri memerlukan buruh

    mahir kerjasama antara negara membolehkan pergerakan masuk

    buruh mahir ke Malaysia.

    Buruh mahir Malaysia pula boleh masuk ke Indonesia, Myanmar,

    Brunei atau Singapura.B2 Pemindahan

    teknologi

    Pemindahan teknologi moden dalam sektor pertanian, perindustrian

    atau perlombongan dilakukan melalui pinjaman pakar, pembelian

    alatan

    Pemindahan teknologi berlaku melalui pembinaan kilang di negara

    berkenaan.

    C4 Menggalakkan

    pelaburan

    asing

    Perluasan pasaran di negara terlibat memerlukan pembinaan kilang di

    negara berkenaan bagi mengurangkan kos pengangkutan.

    Buruh yang ramai di negara terlibat memudahkan pengeluaran lebih

    menjimatkan kos apabila pelaburan dibuat di situ

    C5 Dagangan dua

    hala

    Persefahaman dan kerjasama ekonomi membolehkan dagangan

    seimbang atau dua hala antara negara. Misalnya dagangan Malaysiadengan Cina ; Malaysia dengan Korea

    10