skrip aq

4
SOALAN 1: (Panel 1) Assalamulaikum dan selamat malam saya tujukan kepada saudari pengerusi majlis, ahli-ahli panel dan tidak lupa juga kepada penonton sama ada di studio atau di rumah. Berdasarkan soalan yang diajukan saudari pengerusi kita tadi, saya berpendapat bahawa persepsi masyarakat terutama terhadap kebolehan lelaki dan perempuan di peringkat pengajian tinggi sangat memberi impak apabila kita menyentuh tentang faktor yang menyumbang tehadap ketaksamaan peluang pendidikan terutama di pusat-pusat pengajian tinggi. Seperti yang kita semua sedia maklum, persepsi seperti ini memang wujud dari dahulukala lagi di mana wujudnya terma seksisme yang merujuk kepada perbezaan kepercayaaan atau sikap bahawa sesuatu jantina ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah dari jantina yang lain (dalam kes ini merujuk kepada jantina lelaki dan perempuan). Jadi bagaimana yang boleh dikatakan bahawa faktor persepsi masyarakat ini mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi? Pertama-tamanya, saya percaya bahawa persepsi yang berbaur diskriminasi terhadap kebolehan lelaki dan perempuan terhadap bidang yang ingin diceburi boleh menjejaskan peluang pendidikan seseorang. Contoh yang dapat saya berikan di sini adalah sesuatu yang sudah saban kali kita dengar iaitu golongan lelaki sesuai untuk menceburi bidang teknologi, pembuatan, pemasangan dan bidang-bidang ini pula tidak begitu memerlukan pencapaian akedemik yang tinggi. Manakala bagi golongan perempuan pula, setinggi mana pun pelajaran yang diperoleh akhirnya masih ke dapur juga. Selain itu, ketaksamaaan peluang pendidikan dari segi jantina di peringkat pengajian tinggi juga boleh berlaku atas persepsi masyarakat bahawa keseimbangan jantina menjadi aspek utama pemilihan kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi dan bukannya kelayakan akademik yang dicapai. Pesepsi seperti ini sangat dapat menjejaskan peluang pendidikan yang mana pelajar berputus asa sebelum mencuba terutama bagi golongan wanita. Jadi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa faktor persepsi masyarakat sememangnya menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina terutama di institut pengajian tinggi.

description

skrip

Transcript of skrip aq

Page 1: skrip aq

SOALAN 1: (Panel 1)

Assalamulaikum dan selamat malam saya tujukan kepada saudari pengerusi majlis, ahli-

ahli panel dan tidak lupa juga kepada penonton sama ada di studio atau di rumah.

Berdasarkan soalan yang diajukan saudari pengerusi kita tadi, saya berpendapat

bahawa persepsi masyarakat terutama terhadap kebolehan lelaki dan perempuan di peringkat

pengajian tinggi sangat memberi impak apabila kita menyentuh tentang faktor yang

menyumbang tehadap ketaksamaan peluang pendidikan terutama di pusat-pusat pengajian

tinggi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, persepsi seperti ini memang wujud dari

dahulukala lagi di mana wujudnya terma seksisme yang merujuk kepada perbezaan

kepercayaaan atau sikap bahawa sesuatu jantina ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah dari

jantina yang lain (dalam kes ini merujuk kepada jantina lelaki dan perempuan).

Jadi bagaimana yang boleh dikatakan bahawa faktor persepsi masyarakat ini

mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi? Pertama-

tamanya, saya percaya bahawa persepsi yang berbaur diskriminasi terhadap kebolehan lelaki

dan perempuan terhadap bidang yang ingin diceburi boleh menjejaskan peluang pendidikan

seseorang. Contoh yang dapat saya berikan di sini adalah sesuatu yang sudah saban kali kita

dengar iaitu golongan lelaki sesuai untuk menceburi bidang teknologi, pembuatan, pemasangan

dan bidang-bidang ini pula tidak begitu memerlukan pencapaian akedemik yang tinggi.

Manakala bagi golongan perempuan pula, setinggi mana pun pelajaran yang diperoleh akhirnya

masih ke dapur juga.

Selain itu, ketaksamaaan peluang pendidikan dari segi jantina di peringkat pengajian

tinggi juga boleh berlaku atas persepsi masyarakat bahawa keseimbangan jantina menjadi

aspek utama pemilihan kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi dan bukannya kelayakan

akademik yang dicapai. Pesepsi seperti ini sangat dapat menjejaskan peluang pendidikan yang

mana pelajar berputus asa sebelum mencuba terutama bagi golongan wanita.

Jadi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa faktor persepsi masyarakat

sememangnya menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina

terutama di institut pengajian tinggi.

Page 2: skrip aq

SOALAN 4: (Panel 1)

Pada pandangan saya , yang menjadi masalah atau punca ketaksamaan peluang

pendidikan dari segi jantina yang berlaku di Institut Pendidikan Tinggi(IPT) sekarang ada

hubung kaitnya dengan kos atau kursus yang ditawarkan di IPT itu sendiri.

Jika kita lihat sekarang atau pun suatu masa dahulu, majoriti atau kebanyakan penuntut

yang memenuhi IPT adalah dari golongan wanita, dan golongan lelaki hanyalah segelintir

sahaja. Keadaan ini berpunca dengan kursus yang diambil. Sebagai contoh, banyak kursus

yang lebih mengutamakan wanita, seperti undang-undang, rekaan fesyen, pendidikan,

perubatan, jahitan, dan sebagainya. Sedangkan kursus untuk golongan lelaki hanyalah sedikit,

dan yang paling popular adalah kejuruteraan dan dan IT.

Kemasukan pelajar ke IPT adalah tidak seimbang dari sudut kursus serta

kekosongannya. Saya berasakan tindakan ini agak berat sebelah. Manakala bidang masakan

pula kebanyakkannya adalah dari golongan wanita. Jika kita lihat sekarang, bidang yang

dimonopoli oleh kaum lelaki iaitu kejuruteraan, walaupun ada segelintirnya adalah wanita,

namun begitu pemilihan dan kepercayaan dari segi peluang telah diberi kepada kaum adam.

Dari sini kita dapat lihat bahawa ketaksamaan peluang pendidikan di IPT memang wujud sejak

dulu lagi dan pada saya pemikiran sebegini harus diubah.

IMPLIKASI

SOALAN 1: (Panel 1)

Apabila kita melihat implikasi isu ini kepada individu itu sendiri,menurut pengalaman

saya, ketaksamaan peluang pendidikan ini secara tidak langsung dapat menjejaskan peluang

pelajar untuk meningkatkan pengetahuan, taraf hidup dan sebagainya. Namun, apa yang saya

ingin sentuh berdasarkan kepada implikasi terhadap individu ini, saya sebenarnya lebih melihat

kesan tersebut dari aspek motivasi individu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang

akademik yang mana iai mungkin berkurangan dan mungkin juga bertambah bergantung

kepada bagaimana individu tersebut menerima isu ini.

Implikasi ini ingin saya tegaskan para hadirin sekalian, boleh dilihat dari kedua-dua

sudut positif dan negatif. Sebagai contoh, jika dilihat dari sudut yang negatif, golongan lelaki

akan mudah berasa rendah diri dengan kelayakan atau pencapaian akademik yang mereka

Page 3: skrip aq

peroleh manakala golongan wanita pula mudah berputus asa dengan peluang yang tidak

setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Ini berbeza pula jika dilihat dari sudut yang positif

yang mana golongan lelaki mungkin akan merasa tercabar dan berusaha dengan lebih gigih

untuk memajukan diri manakala golongan wanita pula akan cuba untuk meningkat usaha

mereka dalam bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang ingin mereka ceburi.

SOALAN 4: (Panel 1)

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan Pengerusi, ahli-ahli panel dan juga para

penonton sekalian. Isu gender bias ini jika dibincangkan pasti tidak akan habis-habis kerana

manusia pada asasnya dijadikan tidak sempurna, punya kekurangan dan kelemahan.

Seperti mana siang dan malam, bulan dan bintang, Allah menjadikan semua manusia itu

berpasang-pasang serta saling melengkapi antara satu sama lain. Begitu juga dalam hal-hal

pendidikan. Sepertimana yang telah di jelaskan oleh panel-panel hakim kita tentang sektor-

sektor pekerjaan misalnya, ada sektor yang dimonopoli oleh kaum wanita dan ada pula sektor-

sektor tertentu dimonopolikan oleh kaum lelaki. Secara fitrahnya, manusia ini saling melengkapi

dan tidak boleh dan tidak mampu seseorang individu itu hidup dengan sendirinya.

Jadi berbalik kepada isu yang sedang kita bincang ini, bagaimana isu ketaksamaan gender ini

boleh memberi kesan terhadap ketidakseimbangan ekonomi. Saya melihat isu ini dari dua

sudut. Yang pertama, dengan bertambahnya bilangan wanita di IPT tempatan, maka bilangan

wanita cerdik pandai semakin bertambah di negara ini. Dengan bertambahnya bilangan wanita

yang cerdik pandai maka harga diri dan nilai wanita itu sendiri semakin tinggi. Tambahan lagi,

tenaga kerja manusia di negara ini turut meningkat dan ini secara tidak langsung memberi

kesan terhadap sistem dan perkembangan ekonomi negara.

Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan-kejayaan ini, ada pula golongan yang semakin

ketinggalan kebelakang iaitu lelaki. Siswa-siswa hari ini dilihat kurang berdaya saing serta

mudah goyah dalam menghadapi cabaran semasa. Akibat daripada kekurangan tenaga guna

manusia daripada pihak lelaki, maka negara akan menjadi kurang produktif dan hasilnya sistem

ekonomi negara turut terjejas.

Dalam hal ini saya kira, lelaki mahupun wanita haruslah meletakkan usaha pada tahap tertinggi

agar modal insan negara menjadi semakin bertambah dan bermutu. Sekian, terima kasih.