Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

download Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

of 25

Transcript of Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    1/25

    1

    SKRIP MAJLIS KONVOKESYEN KE 14JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN19 APRIL 2012

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    Assalamualaikum dan Salam Hormat

    Selamat datang kepada semua ke Majlis KonvokesyenKe-14 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN. Istiadatkonvokesyen akan bermula sebaik perarakan masukcokmar dan berakhir selepas perarakan keluar graduan.Sepanjang majlis berlangsung, mohon perhatiantuan/puan dan para graduan sekelian terhadap beberapaperkara penting yang perlu dipatuhi bagi memastikan

    Konvokesyen ini berjalan lancar dan sempurna.

    1. Sila pastikan semua telefon bimbit berada dalammod senyap atau silent mode.

    2. Hanya jurugambar profesional yang dilantik sahajadibenarkan mengambil gambar di dalam dewan ini. Olehyang demikian, jurugambar persendirian adalah tidakdibenarkan.

    3. Tiada sorakan atau seumpamanya dibenarkanketika graduan naik ke pentas.

    4. Semua yang berada di dalam dewan perlumeminimakan pergerakan terutamanya keluar/masukdewan

    5. Mohon kerjasama semua bagi memastikanketertiban majlis.

    Sekian dan semoga majlis bagi menghargai graduansekelian hari ini dapat dijalankan dengan sempurnahingga akhirnya.

    Terima kasih.

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    2/25

    2

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    1 Mengumumkan perarakan masuk

    YANG BERBAHAGIATUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    Diiringi oleh

    PENGARAH

    Dan TIMBALAN PENGARAH

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

    Perarakan didahului oleh

    KETUA-KETUA JABATAN

    dan Pembawa Cokmar Konvokesyen

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

    Para hadirin dipersilakan berdiri.

    PO beri isyaratmula, MCmemulakanmajlis.

    MARIA

    2 SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANGSIRIH BERSULAM INTAN MUTIARAPEMANIS KATA SELAMAT DATANGAWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

    MC memulakanucapan sebaiksahaja muzikberhenti danminuman telahdisediakan

    MAZ

    3 BERSULAM INDAH INTAN MUTIARALAMBANG MEGAH WARISAN BANGSADI HARI INI KEJAYAAN DICIPTATERLAKAR BAHAGIA BANGGA DI DADA

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    3/25

    3

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    4 YANG BERBAHAGIATUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMKETUA PEGAWAI EKSEKUTIFPihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    YANG BERUSAHATUAN HAJI AZIZI BIN LINPengarahPOLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    YANG DIHORMATITUAN HAJI SAHUL HAMEED BIN ABDUL WAHABTimbalan Pengarah AkademikPOLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    YANG DIHORMATIPUAN HAJAH SUZANAH BINTI HASHIMTimbalan Pengarah Sokongan AkademikPOLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    Pengarah-pengarah Politeknik danPengarah-pengarah Kolej KomunitiKementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau wakilnya,

    Pengetua-pengetua dan Guru Besar Sekolah

    Ketua-ketua jabatan,

    Wakil-wakil industri

    Dif-dif kehormat, Para ibu bapa, Para pensyarah

    Graduan yang diraikan dan,

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

    Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuhdanSalam Satu Malaysia

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    4/25

    4

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    5 Alhamdulillah,

    Syukur kita ke hadrat Allah SWT

    kerana dengan limpah dan hidayah-Nya,maka kita dapat berkumpul

    di Dewan Serbaguna POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    pada pagi ini

    untuk meraikan para graduan

    JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

    sesi Disember 2010 dan Julai 2011

    Konvokesyen Ke-14 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

    MARIA

    6 Majlis merakamkan setinggi-tinggi

    penghargaan dan terima kasih kepada

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    di atas kesudian beliau untuk bersama-sama

    di majlis yang penuh bermakna ini.

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    5/25

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    6/25

    6

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    8 Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

    15 Disember 2011 yang lalu

    Politeknik Johor Bahru

    telah melakar satu sejarah baru

    dengan berlangsungnya

    Majlis Pengisytiharan Politeknik Ibrahim Sultan.

    Majlis Pengisytiharan ini

    telah merubah nama Politeknik Johor Bahru kepada

    Politeknik Ibrahim Sultan secara rasminya.

    Oleh yang demikian,

    Konvokesyen ke-14 kali ini

    adalah amat bermakna

    kerana inilah julung-julung kalinya

    Majlis Konvokesyen ini

    dimeterikan di bawah nama

    Politeknik Ibrahim Sultan.

    MAZ

    9 Bagi memulakan dan memohon keberkatan majlis,

    marilah kita bersama-sama

    mengaminkan bacaan doa

    yang akan dipimpin oleh

    ______________________________

    Dengan segala hormatnya dipersilakan

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    7/25

    7

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    10 Majlis mengucapkan ribuan terima kasihkepada Al-Fadil Ustaz di atas bacaan doa tadi.

    Bagi meneruskan majlis,dengan segala hormatnya di persilakan

    YANG BERUSAHATUAN HAJI AZIZI BIN LINPENGARAH POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    untuk menyampaikan Ucap Aluan.

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    MAZ

    11 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

    TUAN PENGARAH

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    di atas ucapan tadi

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Bagai yang dinantikan,

    majlis dengan segala hormat dan takzimnya

    mempersilakan

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

    Majlis Konvokesyen ke-14 Politeknik Ibrahim Sultan.

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    8/25

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    9/25

    9

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    16 Sebagai makluman,

    semenjak tahun 1999,

    Politeknik Ibrahim Sultan

    telah menawarkan 3 kursuskepada golongan bermasalah pendengaran iaitu:

    Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering)

    Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Grafik)

    dan

    Sijil Kemahiran Khas (Rekaan Pesyen dan Pakaian

    Dan sesungguhnya

    Politeknik Ibrahim Sultanamat berbangga dengan kejayaan

    membantu golongan istimewa ini

    MAZ

    15 Untuk makluman para hadirin,

    Graduan yang memakai pingat pada hari ini

    merupakan barisanpenerima Anugerah Ketua Jabatan

    dengan pencapaian

    Himpunan Purata Nilai Mata 3.50 dan ke atas.

    MARIA

    16 Tanpa melengahkan masa,

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

    YANG BERUSAHA

    TUAN HAJI AZIZI BIN LIN

    Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan

    untuk mengiringi

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    10/25

    10

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    YANG BERBAHAGIATUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    Bagi menyempurnakan penyampaian Diploma dan Sijil

    kepada para graduan.

    Dengan segala hormatnya dipersilakan.

    17 Majlis dengan ini mempersilakan dengan hormatnya

    CIK HAJAH ROSNAH BINTI RAHMAT

    Ketua Jabatan

    JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

    untuk memulakan acara.

    MARIA

    (KJ JPH membacakan teks, memaklumkan dan

    menjemput graduan Jabatan menerima Diploma dan Sijil)

    18 Dipersilakan graduan

    SIJIL KEMAHIRAN KHAS HOTEL DAN KATERING

    MAZ

    19 Dipersilakan graduan

    DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    11/25

    11

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    20 Dipersilakan graduan

    DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN

    MAZ

    21 Dipersilakan graduan

    SIJIL PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING

    MARIA

    22 Dipersilakan graduan

    SIJIL PENGURUSAN PELANCONGAN

    MAZ

    23 Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian

    YANG BERBAHAGIATUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    Menyampaikan Diploma dan Sijil

    kepada graduan kami sebentar tadi.

    (VIP DUDUK)

    MARIA

    REHATMONTAJ DIMAINKAN

    24 Sidang Hadirin Sekalian,

    Persembahan montaj sebentar tadi

    telah disediakan oleh

    Unit Instruksional dan Multimedia

    Politeknik Ibrahim Sultan

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    12/25

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    13/25

    13

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    28 Dipersilakan graduan

    SIJIL PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING

    MAZ

    29 Dipersilakan graduan

    SIJIL PENGURUSAN PELANCONGAN

    MARIA

    30 Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian

    YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    Menyampaikan Diploma dan Sijil

    kepada graduan kami sebentar tadi.

    (VIP DUDUK)

    MAZ

    31 Hadirin yang dihormati sekelian

    Alhamdulillah

    Demikianlah tadi barisan graduanJabatan Pelancongan dan Hospitaliti

    yang telah berjaya menamatkan pengajian

    dan dianugerahkan Diploma dan Sijil untuk sesi kali ini.

    MARIA

    32 Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada

    YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    di atas penyampaian Diploma dan Sijil

    kepada para graduan

    yang amat kami banggakan.

    (VIP DUDUK)

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    14/25

    14

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    33 Majlis Konvokesyen akan berehat seketika.

    Sidang hadirin akan disajikan dengan persembahan

    _____________.

    MARIA

    REHAT (PERSEMBAHAN________________)

    34 Para hadirin yang dihormati sekalian.

    Bidang pengajian di Jabatan Pelancongan dan Hospitalititelah menjadi nadi penggerak dalam sistem pendidikanmasa kini.

    Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti ditunjangi oleh stafdan pelajar yang kreatif dan inovatif ini telah mencorakkanwarna-warna kejayaan jabatan.

    Penglibatan dalam pelbagai pertandingan di peringkatkebangsaan dan antarabangsa telah membuktikankeupayaan staf dan pelajar di Jabatan ini dalam usahamengaplikasikan kemahiran yang dimiliki.

    3 orang pelajar Program Pengurusan Hotel dan Kateringiaitu Hairul Syazwan Kamoordin, Mohamad Riduan binBerahim dan Mohamad Sharul Hamisan di bawahbimbingan Tuan Hj Nor Hairul Palal, Pn.Ruhaizah, Pn. NorMarlina, Cik Nurul Badariah dan Pn.Siti Norizan telahberjaya mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultandengan membawa pulang 2 pingat perak dan 1 diploma didalam Pertandingan Culinaire Malaysia 2011 yangdiadakan pada September lalu di Kuala Lumpur

    Convention Centre.

    Program tahunan ini merupakan pertandingan peringkatkebangsaan dan terbuka kepada penyertaan dari InstitusiPendidikan dan Industri. Program ini turut mendapatpengiktirafan dari World Association of Chef Societies.

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    15/25

    15

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    35 Selain daripada itu, Mohamad Sharul Hamisan danAhmad Fadzir Izam Zamri pelajar Diploma PengurusanHotel dan Katering di bawah bimbingan En. Mohd AminZakaria, Pn.Siti Norizan dan Cik Nurul Badariah, telah

    berjaya mempamerkan kehebatan dan kehandalanapabila berjaya merangkul kejuaraan dalam Akademi SeniKulinari 2011 yang berlangsung di Furniture TechnologyCentre (FITEC) pada Oktober tahun lalu.

    Berkat kesungguhan, kesabaran dan semangat juangyang tinggi, mereka berjaya mengalahkan 100 pesertadaripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi yangmengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

    Johan pertandingan ini telah membawa pulang hadiahberupa wang tunai RM5,000 beserta piala dan sijil.

    MARIA

    36 Malaysian Technology Expo 2012 memberi ruang danpeluang kepada pensyarah Program Pengurusan Hoteldan Katering untuk mengetengahkan hasil inovasipensyarah iaitu Lemon Grass Powder, Legendary

    Bamboo Park dan Kiub Masak Lemak Cili Api. Hasilinovasi ini telah mendapat pengiktirafan apabila berjayamemperoleh 2 anugerah bronze medal.

    MAZ

    37 Sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudangkali ke-17, seramai 9 orang pensyarah dan 53 pelajarJabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah bersama-samamenyumbang tenaga menjadi Liaison PesertaAntarabangsa dan Petugas Padang Antarabangsa

    Kumpulan petugas ini telah memberi khidmat kepadasejumlah 230 orang pelayang antarabangsa dari 33 buahNegara. Di antara Negara yang menyertai festival padatahun ini ialah Jepun, United Kingdom, Afrika Selatan danbeberapa buah Negara lain.

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    16/25

    16

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    38 Terkini, pada 5 April 2012, para pelajar Semester 3 danSemester 5 Diploma Pengurusan Hotel dan Katering sertakerjasama dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudangtelah menempa sejarah apabila telah berjaya menciptarekod baru Malaysia Book of Record apabila berjayadalam pembuatan kek gulung atau swiss rollterpanjang diMalaysia iaitu 464.48 meter.

    Rekod ini berjaya memecahkan rekod lama yangdisandang oleh Golden Screen Cinema (GSC) MidValleyMegamalls Kuala Lumpur dengan catatan kepanjangan300 meter.

    Kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko kurikulumini menjadi pemacu dan pemangkin kepada

    kecemerlangan jabatan khususnya dan kecemerlangan

    politeknik secara keseluruhannya.

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    17/25

    17

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    39 Para hadirin sekalian,

    Majlis Konvokesyen POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah-anugerah

    Kecemerlangan.

    Anugerah ini diwujudkan bagi

    menghargai dedikasi dan kesungguhan pelajar dalam

    bidang akademik dan kokurikulum.

    Politeknik Ibrahim Sultan amat bersyukur

    kerana dengan pendekatan yang mesra

    dan terbuka dengan pelajar

    Pelabagai manfaat dan sumbangan

    telah mereka kembalikan kepada kami

    MARIA

    40 Bagi penyampaian anugerah-anugerah

    Sekali lagi dengan homatnya dipersilakan

    TUAN PENGARAH

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    untuk mengiringi

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMbagi menyampaikannya

    Dengan segala hormatnya dipersilakan.

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    18/25

    18

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    41 Dimulakan dengan

    ANUGERAH PROJEK TERBAIK

    JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

    Bagi Sesi Disember 2010

    Dipersilakan (DRUM ROLL)

    SAUDARA MUHAMMAD ZAKIE BIN SELAMAT

    SAUDARI SITI SABIHAH BINTI SHAMSUDIN

    Dan

    SAUDARI NOR ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI

    Dari Diploma Pengurusan Hotel dan Katering.

    MARIA

    42 Seterusnya

    ANUGERAH PROJEK TERBAIK

    JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

    Bagi Sesi Julai 2011

    Dipersilakan (DRUM ROLL)

    SAUDARA/SAUDARI___________________________

    Dari Diploma Pengurusan ______________________.

    MAZ

    43 Para hadirin sekalian

    Tibalah masanya untuk acara kemuncak

    Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan ke-14

    dengan penyampaianAnugerah Akademik Terbaik Peringkat Jabatan.

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    19/25

    19

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    44 Anugerah Akademik Terbaik Kategori Diploma

    Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti

    BAGI Sesi Disember 2010

    Disandang oleh. (DRUM ROLL)

    SAUDARA MOHAMMAD AKMAL BIN ROSEDI

    Dari Diploma Pengurusan Pelancongan

    MAZ

    45 Anugerah Akademik Terbaik Kategori Diploma

    Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti

    BAGI Sesi Julai 2011

    Disandang oleh. (DRUM ROLL)

    SAUDARA/SAUDARI___________________________

    Dari Diploma Pengurusan ______________________.

    MARIA

    46 Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah

    dan setinggi-tinggi penghargaan kepada

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    di atas penyampaian anugerah sebentar tadi

    (VIP DUDUK)

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    20/25

    20

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    47 Hadirin yang dihormati sekelian,

    Keupayaan graduan Politeknik Ibrahim Sultan hari ini

    bukan sahaja dibentuk

    melalui aktiviti akademik di bilik kuliah sahaja.Pendedahan dengan alam kerjaya

    terutamanya ketika menjalani Latihan Industri

    banyak membuka minda pelajar tentang

    implimentasi sebenar segala teori yang dipelajari.

    Sokongan dari pihak industri

    sememangnya sesuatu yang amat berharga buat

    Politeknik Ibrahim Sultan.

    Oleh yang demikian,

    Konvokesyen kali ini telah mengiktiraf sumbangan yang

    telah diberikan oleh

    Asmadi Group Travel and Tours Sdn. Bhd.

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    21/25

    21

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    48 Ditubuhkan sebagai Aladdin Travel & Tours pada tahun

    2001 dan kini dikenali sebagaiAsmadi Group Travel &

    Tours Sdn. Bhd.

    Syarikat ini merupakan100% milik bumiputerayang berpengalaman mengendalikan pakej Haji dan

    Umrah semenjak 8 tahun yang lalu.

    Tanpa membataskan perkhidmatan

    kepada penganjuran Haji dan Umrah,

    Asmadi Group Travel & Tours Sdn. Bhd.

    turut menguruskan urusan penempahan hotel

    dan menyediakan pelbagai khidmat laindi tanah suci Mekah Al Mukarramah.

    Asmadi Group Travel & Tours Sdn. Bhd. Kini turut

    melebarkan sayap dalam menyediakan perkhidmatan

    pelancongan di dalam dan luar Negara. Mereka juga kini

    merupakan sebuah pusat sehenti untuk aktiviti

    pelancongan dalam dan luar negara.

    Asmadi Group Travel & Tours Sdn. Bhd. sentiasa

    menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar Program

    Pengurusan Pelancongan khususnya dan Politeknik

    amnya untuk memperkasakan persediaan pelajar

    sebelum menceburi bidang kerjaya sebenar.

    Sokongan dari Asmadi Group Travel and Tours Sdn. Bhd

    sememangnya sesuatu yang amat berharga dan kami

    sanjungi.

    Oleh yang demikian, dengan bangganya mengumumkan

    Anugerah Syarikat Cemerlang Majlis Konvokesyen ke-14

    Politeknik Ibrahim Sultan diberikan kepada

    Asmadi Group Travel and Tours Sdn. Bhd

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    22/25

    22

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    49 Bagi menyampaikan penghargaan kami,

    sekali lagi dipersilakan

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    diiringi Pengarah POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    tampil menyampaikan anugerah.

    MARIA

    50 Dipersilakan dengan segala hormatnya ke pentas

    TUAN HAJI ASMADI BIN HAJI MOHD AMIR

    Pengarah Urusan

    Asmadi Group Travel and Tours Sdn. Bhd

    MAZ

    51 Setinggi-tinggi penghargaan kepada

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

    Di atas penyampaian Anugerah sebentar tadi

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    23/25

    23

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    52 Hadirin yang dihormati sekelian

    Kami seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan amat

    berbangga untuk menyatakan bahawa iltizam untuk

    menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai sebuah

    Politeknik yang cemerlang dan ternama telah berjaya

    dilaksanakan.

    Sokongan daripada semua pihakterutamanya tetamu kehormat Majlis Konvokesyen Ke-14

    ini pasti akan menambah kegigihan kami untuk

    melakarkan lebih kejayaan pada masa akan datang.

    MAZ

    53 Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga

    dari POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN dan para graduan

    pada hari ini,

    Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

    YANG BERUSAHA

    PENGARAH POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    untuk menyampaikan cenderamata kenangan

    Konvokesyen ke-14 kepada

    YANG BERBAHAGIA

    TUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    Dengan segala hormatnyadipersilakan .

    MARIA

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    24/25

    24

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    54 Majlis mengucapkan terima kasihdi atas penyampaian cenderamata itu tadi.

    Hadirin yang dihormati sekalian,Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada

    YANG BERBAHAGIATUAN HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

    di atas kesudian beliaumenyempurnakan penyampaian Diploma dan Sijilgraduan Konvokesyen ke-14POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.

    Seterusnyapenghargaan yang tidak terhinggakepada semua pihak yang terlibatdalam menjayakan Konvokesyen ini.

    MAZ

    55 PUCUK PAUH DELIMA BATUANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGANBIAR JAUH BERIBU BATUHILANG DI MATA DI HATI JANGAN

    MARIA

    56 TERTUNAI SUDAH IKRAR DAN JANJI

    DOA DAN USAHA TERAS KEJAYAANTIADA BANDING TINGGINYA BUDIILMU DI DADA JADI BEKALAN.

    MAZ

  • 7/31/2019 Skrip Majlis Konvokesyen Ke 14 Jph Rev

    25/25

    BIL AKTIVITI TINDAKAN

    57 Konvokesyen ke-14

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTANtelah sampai ke penghujungnya.

    Hadirin sekelian dipersilakan berdiri

    untuk bersama-sama menyanyikan

    laguBangsa Johordan Negaraku.

    MARIA

    58Mengumumkan perarakan keluarCokmar Konvokesyen

    POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

    MAZ

    59 Mengumumkan perarakan keluar

    Graduan JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

    MARIA

    60 Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian,

    Sehingga di sini Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan.

    Sehingga kita berjumpa lagi

    Wabilahi Taufik Walhidayah

    Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh

    MAZ