Soalan 2 New

download Soalan 2 New

of 3

description

Q

Transcript of Soalan 2 New

Soalan 2Menurut kamus Dewan (2005), kepelbagaian membawa maksud perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh dari sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar sekeliling. Menurut Kroeber dan Kluckhohn (1952), segala yang diterima, dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat itu mestilah berterusan atau diulangi oleh generasi berikutnya, jika tidak ia dianggap terkeluar daripada kelompok budaya. Keseluruhannya bahawa kebudayaan berfungsi melindungi diri terhadap alam, mengatur hubungan manusia sebagai wadah bagi segenap lapisan masyarakat. Budaya tersebar melalui perlakuan manusia, sama ada baik ataupun buruk. Budaya ialah keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun pengahasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi ssecara turun temurun. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting bagi membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain dalam sesebuah negara."Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia,"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak(2012)Berikut merupakan antara petikan ucapan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sambutan Hari Malaysia pada tahun 2012. Beliau membuat kenyataan ini demi memastikan kelangsungan keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Menurut Banks (1993), pendidikan multi-budaya merupakan visi sekolah berdasarkan idea demokrasi yang mementingkan keadilan dan kesamarataan. Oleh yang demikian, pemahaman antara satu sama lain adalah sangat penting. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan masyarakat tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu,saya berasa setiap lapisan masyarakat perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk. Tanpa kita sedar ataupun tidak kepelbagaian budaya kita juga telah banyakmenyumbang dalam sektor ekonomi, terutamanya sektor perlancongan yang telah meningkatpembangunanya dari tahun ke tahun disebabkan oleh kedatangan pelancong asing untuk melihat sendiri keunikan budaya masyarakat diNegara kita contohnya,persembahan teatertradisional seperti bangsawa, makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Selain itu ada jugapelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita di kampung untuk merasai kehidupan kita dengan mengikutiprogram-program yang mampu menjana pendapatan penduduk luar bandar. Tidakkurang pula yang merakamkan perkahwinan kaum majmuk mereka mengikut adat resam mereka. Jadi, saya berpendapat bahawa kepelbagaian sosiobudayapenting untuk mengembangkan pelancongan merancakkan lagi ekonomi Negara . Selain itu, budaya penting untuk dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melaluikepelbagaian budaya , kita dapat mengetahui asal usul kita dan cara hidup masyarakat kita yang unik dan penuh dengan kepelbagaian. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bagaimana yangbanyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dankejatuhannya, yangakanmenimbulkan kesedaran agar tidak dijajah oleh bangsa lain yang bersikap menanam tebu di tepi bibir. Kita jugaboleh mengambil pengajaran diripada peristiwa tersebut agar tidak bersikap seperti lembu dicucuk hidung yang hanya menuruti arahan orang lain.

Oleh itu budaya kita haruslah dikekalkan agar menjadi iktibar generasi akan datang.Selama ini, Negara kita telah cuba menyatupadukan semua rakyat yang pelbagai budaya melalui program-program perpaduan. Namun, pendekatan yang telah dirancang lebih menekankan toleransi dan menghormati kumpulan etnik yang lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup berharmoni. Sejak kemerdekaan, Negara telah Berjaya memupuk perpaduan dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan kini konsep 1 Malaysia. Rakyat telah hidup aman damai dan wujudnya kestabilan dalam Negara.

Wawasan 2020 bermatlamat untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara.Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah cabaran terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020. Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama.Seterusnya, aspek identiti. Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia. Kebudayaan telah membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat unik sekali. Identiti ini seterusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat di negara kita. Keunikan identiti ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan. Justeru, hal ini merupakan simbol keagungan negara di mata dunia sebagai sebuah negara multikultural yang disanjung tinggi serta dihormatiSaya amat setuju dengan laungan Bersatu Teguh Bercerai Runtuh. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat.