SOALAN KK

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) NAMA GURU PELATIH RODZIAH BT ZAINAL TAJUK KURSUS: BMM3163 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu SEMESTER : 8 TARIKH MULA: 24 Jan 2015 TARIKH HANTAR: 7 Mac 2015 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah; 2. Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu (sastera) sekolah rendah; 3. Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah; 4. Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah, sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja; 5. Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3 Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

description

Pengajaran Sastera

Transcript of SOALAN KK

Page 1: SOALAN KK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU(PPG)

NAMA GURU PELATIH

RODZIAH BT ZAINAL

TAJUK KURSUS:

BMM3163 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

SEMESTER : 8

TARIKH MULA: 24 Jan 2015 TARIKH HANTAR: 7 Mac 2015

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah;

2. Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu (sastera) sekolah rendah;

3. Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah;

4. Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah, sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja;

5. Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Memahami kandungan ilmu karya kesusasteraan yang terdapat dalam Pro Forma Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu.

2. Menganalisis secara mekanis struktur tersurat dan tersirat yang terdapat dalam pelbagai karya genre kesusasteraan.

3. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam pelbagai genre kesusasteraan kanak-kanak.

Page 2: SOALAN KK

TUGASAN 1 – Esei Bertulis (80%)

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang menjadikan bahasa sebagai medium pengantarnya. Sastera mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya.

Justeru, penggunaan Sastera Melayu dalam kurikulum bahasa Melayu dapat mengukuhkan pengajaran bahasa, menyemai sikap minat membaca dan menekankan nilai-nilai murni. Perancangan yang jitu, tekal dan menyeluruh untuk menerapkan pengajaran sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu secara konsisten merupakan perkara yang harus diambil kira oleh para pendidik dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan secara analitik kepentingan penggunaan bahan berunsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

(20%)

2. Anda dikehendaki memilih satu prosa moden (novel kanak-kanak) bertemakan kemanusiaan yang ditulis oleh tokoh sastera kanak-kanak. Anda dikehendaki menganalisis struktur novel tersebut menggunakan peta pemikiran i-Think yang bersesuaian. Sertakan juga biodata dan sumbangan penulis novel tersebut.

(20%)

3. Anda juga dikehendaki menyediakan satu langkah pengajaran dan pembelajaran yang lengkap menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang menarik menggunakan bahan novel tersebut.

(40%)

TUGASAN 2 – Forum (20%)

Soalan forum akan dijawab menerusi e-pembelajaran. Pelajar dikehendaki menjawab dua soalan forum dalam portal e-pembelajaran PPG. Soalan forum meliputi tajuk pendekatan pemahaman teks dan apresiasi teks sastera sekolah rendah. Forum akan dijalankan untuk menilai pelajar pada interaksi dua dan interaksi tiga.

Page 3: SOALAN KK

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:3.1 Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang

berikut, Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan/Unit Kod dan Nama Kursus Nama Pensyarah Kursus Tarikh Hantar

3.2 Fon Arial.3.3 Saiz huruf – 11.3.4 Langkau 1.5 baris.3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)3.6 Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan.3.7 Lampiran disertakan jika ada.3.8 Jawab dalam Bahasa Melayu.

4. Panjang tugasan antara 15-20 muka surat (termasuk persembahan visual)

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu.

8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda hendaklah meliputi perkara berikut:

Perbincangan secara analitik tentang kepentingan pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendak.

Analisis struktur novel menggunakan peta pemikiran i-Think yang tepat

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

sumbangan tokoh sastera kanak-kanak dalam membina sikap membaca dan spiritual murid-murid sekolah rendah.

3. Bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.

Page 4: SOALAN KK

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan berbahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan. (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, dan bahan bercetak yang lain)

Kriteria Pemarkahan

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Tugasan PPG (Tugasan Bertulis dan Forum) seperti yang dilampirkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(HAJAH AMANAH MOHD NOOR) DR. MARIDAH BINTI ALIAS)Penyelaras Kursus BMM3163 Pakar Bidang (SME)Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

(AZMI BIN AYUB)Ketua JabatanJabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Raja Melewar