Soalan Trial Pp Penggal 1 2016

3
SULIT* 2 STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT* Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Berikan maksud untung dan huraikan empat kepentingannya kepada perniagaan [5] (b) Nyatakan lima kesan terhadap pengaruh perkembangan dalam penggunaan teknologi kepada perkembangan perniagaan. [5] (c) Jelaskan perhubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, kewangan dan sumber manusia. [6] (d) Huraikan susun atur proses. [4] (e) Terangkan strategi pemasaran berikut: i. Strategi pembangunan pasaran ii. Strategi pembangunan produk iii. Strategi pempelbagaian [2] [2] [2] (f) Jelaskan maksud harga psikologi dan berikan satu contoh. [4] (g) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan prinsip doktrin punca terdekat. [4] (h) Secara umumnya, prinsip takaful berbeza dengan prinsip insurans konvensional kerana prinsip takaful mematuhi syariah yang telah ditetapkan. Terangkan 3 prinsip takaful yang bercanggah dengan prinsip insurans konvensional. [6] (i) Huraikan tiga kepentingan program latihan dan pembangunan kepada pekerja dalam sesebuah organisasi. [6] (j) Nyatakan empat jenis hukuman yang berkaitan dengan disiplin [4]

description

stpm

Transcript of Soalan Trial Pp Penggal 1 2016

Page 1: Soalan Trial Pp Penggal 1 2016

SULIT* 2

STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian A

[50 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Berikan maksud untung dan huraikan empat kepentingannya kepada perniagaan [5]

(b) Nyatakan lima kesan terhadap pengaruh perkembangan dalam penggunaan teknologi

kepada perkembangan perniagaan.

[5]

(c) Jelaskan perhubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, kewangan dan sumber manusia.

[6]

(d) Huraikan susun atur proses. [4]

(e) Terangkan strategi pemasaran berikut:

i. Strategi pembangunan pasaran

ii. Strategi pembangunan produk iii. Strategi pempelbagaian

[2]

[2] [2]

(f) Jelaskan maksud harga psikologi dan berikan satu contoh. [4]

(g) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan prinsip doktrin punca terdekat. [4]

(h) Secara umumnya, prinsip takaful berbeza dengan prinsip insurans konvensional kerana

prinsip takaful mematuhi syariah yang telah ditetapkan. Terangkan 3 prinsip takaful

yang bercanggah dengan prinsip insurans konvensional.

[6]

(i) Huraikan tiga kepentingan program latihan dan pembangunan kepada pekerja dalam

sesebuah organisasi.

[6]

(j) Nyatakan empat jenis hukuman yang berkaitan dengan disiplin [4]

Page 2: Soalan Trial Pp Penggal 1 2016

SULIT* 3

STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Bahagian B

[50 markah]

Jawab semua soalan.

“Burger Ramly”

2 Dimiliki Ramly Food Processing Sdn Bhd yang diasaskan pada 1984, produk keluaran Ramly

semakin meluas dipasarkan di serata Malaysia serta beberapa negara Asean dan menjadi pilihan utama

bagi kebanyakan peniaga burger secara gerai. Pengasasnya, Datuk Ramly Mokni berkata, kerjaya sebagai

penyelia bahagian daging di sebuah pasar raya sebelum itu banyak membantunya mengumpul

pengetahuan serta pengalaman berkaitan produk berasaskan daging dan ayam. Katanya, idea

mengusahakan pengeluaran daging burger tercetus ketika pelanggan pasar raya bertanya jika ada

Bumiputera menghasilkan produk daging kendaliannya.

“Pada 1984, keinginan mengkomersialkan produk ini mula timbul dan operasi pengeluaran

kemudian dipindahkan ke kilang baru di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur) yang

berkeluasan 10,000 kaki persegi dan nama syarikat juga ditukar kepada Ramly Food Processing Sdn Bhd.

“Ketika ini, produk Ramly dipasarkan melalui lebih 70 pemborong yang berdaftar di bawah anak syarikat

Ramly Food Processing Sdn Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd yang bertanggungjawab menawarkan

khidmat jualan, pemasaran dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.

Selaras konsep halal yang dititikberatkan, syarikat induk Ramly menubuhkan Jabatan Halal & Hal

Ehwal Islam yang diketuai kakitangan berkelulusan syariah ke arah memastikan proses pengeluaran

mengikut manual standard Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sijil Pengesahan Halal

setiap dua tahun. Menurut Ramly, syarikatnya ditubuhkan bagi memastikan produk Ramly mudah

diperoleh, manakala dua lagi anak syarikat iaitu Ramly Halal Mart Sdn Bhd dan Ramly Halal Kiosk Sdn

Bhd dipertanggungjawabkan untuk menawarkan perkhidmatan jualan sejuk beku melalui pasar mini dan

jualan masak melalui kafe atau kios kepada pembeli. Malah, kata beliau, syarikat induk turut menubuhkan

makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) baru untuk mengkaji dan menginovasikan produk sedia

ada daripada segi ramuan dan proses supaya dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan kos

minimum, selain mengeluarkan produk baru yang bernutrisi dengan harga kompetitif.

“Keselamatan makanan serta sistem kawalan mutu turut ditekankan dan makmal mikrobiologi

disediakan sebagai langkah memastikan produk kami menepati kriteria keselamatan makanan yang

digariskan, sesuai dengan pengiktirafan diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV)

melalui Sijil Program Keselamatan Makanan Mengenai lokasi dan cara bekalan daging diperoleh serta

memastikan haiwan disembelih mengikut hukum syarak, Ramly berkata, bekalan daging diperoleh

daripada pembekal yang mendapat kelulusan JAKIM dan pengesahan kualiti oleh JPV. “Bagi pembekal

luar negara, syarikat akan memastikan pembekal mendapat kelulusan badan Islam negara masing-masing,

di mana badan berkenaan juga mesti diiktiraf JAKIM,” katanya.

Dengan slogan ‘Pastikan Ramly baru beli’, Ramly memegang prinsip Halal, Bersih dan Bermutu

bagi setiap produk yang dikeluarkan, baik daripada segi produk, tempat perniagaan, peralatan, sumber

kewangan, logistik dan penyimpanan.

Sumber: (diubahsuai dari http://www.hmetro.com.my ,4 Disember 2013)

Page 3: Soalan Trial Pp Penggal 1 2016

SULIT* 4

STPM 946/1 [Lihat sebelah *Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

Berdasarkan kes di halaman sebelah,

(a) Terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Ramly Food Processing Sdn Bhd. [6]

(b) Jelaskan kaedah-kaedah kawalan yang boleh digunakan dalam perniagaan Ramly Food Processing

Sdn Bhd. [9]

(c) Jelaskan tiga campuran pemasaran yang telah digunakan bagi memasarkan Burger Ramly. [15]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3(a) atau soalan 3(b).

3 (a) Jelaskan jenis-jenis susun atur pengeluran yang boleh dilaksanakan oleh seseorang pengurus

jabatan pengeluaran. [20]

(b) (i) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna. [12]

(ii) Huraikan strategi penyasaran pasaran yang dilaksanakan oleh seorang pengurus

pemasaran yang bertanggunghjawab meningkat keuntungan syarikat. [8]