Soalan_Objektif.docx

4
MEMBINA INSTRUMEN – INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN ITEM PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL BERDASARKAN JENIS-JENIS INSTRUMEN YANG BERIKUT : SOALAN OBJEKTIF : Soalan 1 : Aras Pengetahuan Rajah 1 Apakah nilai yang terkandung di dalam Rajah 1 di atas? a. rajin b. harga diri c. kasih sayang d. kepercayaan kepada Tuhan Soalan 2 : Aras Kefahaman Jayden selalu membantu ibu dan ayahnya menyiram pokok bunga pada waktu petang. Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Jayden. a. malas b. rajin c. amanah d. hemah tinggi

Transcript of Soalan_Objektif.docx

MEMBINA INSTRUMEN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN ITEM PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL BERDASARKAN JENIS-JENIS INSTRUMEN YANG BERIKUT :SOALAN OBJEKTIF :Soalan 1 : Aras Pengetahuan

Rajah 1Apakah nilai yang terkandung di dalam Rajah 1 di atas?a. rajinb. harga diric. kasih sayangd. kepercayaan kepada Tuhan

Soalan 2 : Aras KefahamanJayden selalu membantu ibu dan ayahnya menyiram pokok bunga pada waktu petang. Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Jayden.a. malasb. rajinc. amanahd. hemah tinggi

Soalan 3 : Aras Aplikasi

Roger seorang pengawas di SK Sarikei. Ketika dia sedang melakukan rondaannya di sekitar kawasan sekolah pada waktu rehat, dia ternampak dua orang pelajar sedang mengangkut dan membuang sampah di belakang Makmal Sains.

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Roger untuk mengelakkan kejadian di atas berulang lagi demi menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar? a. Roger berdiam diri tanpa berbuat apa-apab. Roger turut membuang sampah di tempat yang samac. Roger mengajak rakan lain untuk membuang sampah di tempat samad. Roger membuat laporan kepada guru disiplin mengenai kejadian tersebut

Soalan 4 : Aras AnalisisSebagai rakyat Malaysia yang jujur, amanah dan patuh akan peraturan dan undang-undang negara, bagaimanakah cara anda untuk menunjukkan anda patuh kepada peraturan dan undang-undang negara?i. Memfitnah antara satu sama lainii. Memandu mengikut had laju yang ditetapkaniii. Menjual atau membocorkan rahsia negara kepada pihak musuhiv. Berhenti di belakang garisan putih semasa lampu isyarat merah dinyalakan

a. i dan iib. ii dan ivc. i, ii, dan iiid. Semua di atas

Soalan 5 : Aras SintesisBerikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan Afiqah seorang sentiasa bersih dari segi mental dan fizikalnya dalam pergaulan seharian kecuali

a. Sentiasa merasa iri hati dengan kejayaan rakan sekelasnyab. Sentiasa berpakaian kemas dan bersih ke sekolahc. Sentiasa bersikap rasional semasa membuat keputusand. Sentiasa menerima pandangan rakan sekelas dengan hati yang terbuka

Soalan 6 : Aras Penilaian

Tugu Negara merupakan peringatan kepada lebih 11 ribu parajurit tanah air kita yang terkorban dalam perang yang siap dibina pada 8 Februari 1966 yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pada 11 November setiap tahun, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Setiap patung tugu melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan parajurit kita.

Dengan merujuk kepada pernyataan diatas, ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak menyemai dan mengamalkan semangat cinta akan negara dalam diri kita.a. Rakyat hidup dalam keadaan yang harmonib. Negara sentiasa dikunjungi pelancong luar negarac. Negara kita akan sentiasa digeruni oleh pihak musuhd. Pihak musuh akan lebih senang untuk menjajah semula negara kita

Skema Jawapan :1. d2. b3. d4. b5. a6. d