STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER … Sinergi Kaunseling Isu 03... · Pengurusan dan...

8
1 I S U 0 3 / 2 0 1 7 B P S M . n r e STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017 YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan 5 Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). KENALI STRES ANDA ……… 3 & 4 TERAPI KETAWA ……… 5 PENERIMAAN SIJIL PENARAFAN BINTANG STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN P SIKOLOGI SUMBER MANUSIA ( SKPPSM) 2017 1 & 2 “...perkhidmatan psikologi dalam pengurusan modal insan negara ini terus diperkasakan bagi memastikan keseimbangan fizikal, emosi, tingkah laku dan spiritual warga kerja negara ini berada di tahap yang terbaik”. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi BENGKEL DASAR PEMISAH DAN KURSUS PEMANTAPAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017……….... 6 PERASMIAN BILIK AKRAB PERHILITAN ….. 6 PERANAN AKRAB …. 8

Transcript of STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER … Sinergi Kaunseling Isu 03... · Pengurusan dan...

1

I S U 0 3 / 2 0 1 7 B P S M . n r e

STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN

PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017

YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan 5 Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KENALI STRES ANDA

……… 3 & 4

TERAPI KETAW A

……… 5

PENERIMAAN SIJ IL PENARAFAN BINTANG STANDARD KUALIT I PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017……1 & 2

“...perkhidmatan psikologi dalam pengurusan modal insan negara ini terus diperkasakan bagi memastikan keseimbangan fizikal, emosi, tingkah laku dan spiritual warga kerja negara ini berada di tahap yang terbaik”.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

BENGKEL DASAR PEMISAH

DAN KURSUS PEMANTAPAN

RAKAN PEMBIMBING

PERKHIDMATAN AW AM

TAHUN 2017……….. . .6

PERASMIAN BILIK

AKRAB PERHILITAN…..6

PERANAN AKRAB …….8

KEJAYAAN MEMPEROLEH PENARAFAN 5 BINTANG

Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling

di bawah Seksyen Pembangunan Modal Insan

(SPMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

telah menerima penganugerahan penarafan lima

(5) bintang Standard Kualiti Perkhidmatan

Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017 oleh

Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan

Perkhidmatan Awam. Trofi dan sijil penarafan

tersebut telah disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri

Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana

Menteri Malaysia kepada YBhg. Dato’ Seri Azizan

bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE

di Persidangan Psikologi Modal Insan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsan

Putrajaya (PICC) pada 09 Oktober 2017 yang lalu.

2

Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling telah memenangi anugerah tersebut melalui

Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Tahun 2017 yang telah dilaksanakan

pada 04 Ogos 2017 di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 9, Wisma Sumber Asli.

Kejayaan ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan NRE pada masa akan datang

khususnya dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi dan secara langsung memantapkan

pembangunan modal insan.

3

Stres merupakan fenomena biasa yang mungjkin tidak dapat

dielakkan dalam kehidupan seseorang manusia dan ia tidak

semestinya berbahaya. Dalam keadaan tertentu stres diperlukan

sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan dan kesejahteraan diri

seseorang. Walau bagaimanapun, jika stres berlebihan dan

melampaui keupayaan seseorang, ia boleh menimbulkan gejala

negatif. Stres yang keterlaluan dan berterusan boleh menjadi satu

gangguan dan membantutkan perkembangan diri seseorang serta

boleh membawa padah yang tidak diingini seperti kesengsaraan dan

penderitaan jiwa.

Hampir kesemua jenis pekerjaan boleh menimbulkan stres kepada

seseorang pekerja. Tinggi atau rendah stres itu bergantung kepada

reaksi pekerja tersebut terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Antara

perkara yang boleh menimbulkan stres dalam alam pekerjaan

termasuklah beban kerja, tindakan dan ekspektasi ketua yang sangat

tinggi, perpindahan, komunikasi, pertukaran jenis kerja, kenaikan

pangkat dan sebagainya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

(Surah Al- Baqarah 2:286)

STRES ALAM PEKERJAAN

... bersambung di muka surat 4

KENALI STRES

ANDA

“Kehidupan ini

tidak dapat

dipisahkan

daripada ujian

dan cabaran.

Seorang yang

berjaya

merupakan

individu yang

menghadapinya

dengan hati yang

cekal.”

... bersambung dari muka surat 3

4

KESAN STRES KEPADA ORGANISASI

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kecergasan, keintelektualan,

kebijaksanaan, kreatif, inovatif dan tinggi nilai modal insan di dalam organisasi tersebut.

Pengurusan dan pentadbiran yang dinamik serta berkesan berupaya menghasilkan produktiviti dan

tenaga kerja berprestasi tinggi di kalangan anggota organisasi. Pengurusan yang ceria dan mesra

pekerja akan mengujudkan suasana kerja yang kondusif dan selamat.

Sebaliknya, jika pengurusan dan pentadbiran tidak diurus dengan baik dan banyak kelemahan,

sudah tentu perkara ini akan menimbulkan banyak masalah kepada pekerja. Para pekerja akan

berasa tertekan dan kecewa. Perkara ini akan menghalang mereka menumpukan perhatian yang

penuh kepada kerja mereka. Perasaan kecewa ini boleh menjadikan seseorang itu bertingkah laku

agresif seperti ia mungkin merosakkan harta benda organisasi tersebut. Ada kalanya akibat

daripada perasaan tertekan, seseorang itu mengambil sikap untuk mengundur diri. Tindakan ini

boleh menyebabkan hasil kerja yang tidak produktif kerana kurang kerjasama yang diharapkan.

Jika keadaan in berterusan maka produktiviti sesuatu organisasi tersebut akan merosot.

4

5

umor atau ketawa adalah salah satu cara

yang baik untuk mengurangkan tekanan

dan merupakan penawar kepada

kesedihan. Pakar menyatakan bahawa

ketawa adalah kebaikan untuk merelakskan

otot-otot yang tegang, menambahkan

kemasukan oksigen yang lebih kepada

dalam darah dan boleh merendahkan tahap

tekanan darah. Apabila seseorang itu

gembira, ia bagai satu mekanisme semula

jadi di dalam badan dan seterusnya sistem

imun akan meningkat.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa akan mencetuskan pengeluaran dua bahan

kimia neuropeptide yang dinamakan Endorphin dan Enkefalin. Kedua-dua bahan kimia yang

dihasilkan dikenali penawar kesakitan semula jadi badan. Sehubungan itu, dipercayai bahawa

ketawa yang menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin

dan non-adrenalin dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Dapatan daripada kajian

(University of California, Amerika Syarikat), mendapati bahawa menonton video berbentuk humor

selama sejam dapat mengurangkan penghasilan hormon stres dan membantu sistem imun badan

menentang virus dan bakteria.

Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun banyak ketawa dari orang dewasa iaitu

400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika

orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Kesimpulannya, ketawa adalah baik untuk kesihatan

kerana ia boleh mengurangkan tekanan sama ada dari

segi fizikal atau mental dan menggerakkan semua

organ dalam anda. Meskipun begitu, ketawa yang sihat

dilakukan secara tanpa paksaan sehingga anda

merasa bahagia. Mereka dengan tahap humor yang

tinggi biasanya lebih fleksibel dan mampu melihat

segala sesuatu dari sudut yang lebih positif.

K ementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan Bengkel Dasar Pemisah bersekali dengan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing

Perkhidmatan Awam (AKRAB) Tahun 2017. Program ini melibatkan Pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) semua jabatan/agensi di bawah NRE, Pegawai Penilai Prestasi Khas I dan II, AKRAB Care dan juga ahli-ahli AKRAB. Taklimat berkaitan pelaksanaan dasar pemisah telah disampaikan oleh Puan Siti Mahani binti Muhazir dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, manakala slot ceramah Laughter Therapy bagi kursus AKRAB telah disampaikan oleh Dr. Norzah binti Abd Ghani dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Encik Sadli bin Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam yang bertajuk Tanggungjawab AKRAB Care. Program ini juga turut melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan pelajar dari Ma’ahad Miftah Al-Ulum, Bukit Canggang, Dengkil Selangor. Antara objektif program ini dijalankan:- Memberi pemahaman kepada Pegawai Khidmat Pengurusan Jabatan/ Agensi

di bawah NRE, PPPK I/ II dan AKRAB Care yang dilantik agar berperanan sewajarnya berlandaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam;

Memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli AKRAB mengenai fungsi dan

peranan mereka di Jabatan/ Agensi masing-masing; dan

Meningkatkan kemahiran bimbingan dalam melaksanakan fungsi sebagai ahli AKRAB.

Secara keseluruhannya, Bengkel Dasar Pemisah dan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi tahun 2017 telah dapat dilaksanakan melalui perkongsian bijak (smart partnership) bersama AKRAB Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Paya Indah Wetlands.

BENGKELBENGKEL

DASAR PEMISAH DASAR PEMISAH

DAN DAN

KURSUS KURSUS

PEMANTAPAN PEMANTAPAN

RAKAN RAKAN

PEMBIMBING PEMBIMBING

PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN

AWAM AWAM

TAHUN 2017TAHUN 2017

NRENRE

10 10 -- 13 OKTOBER 201713 OKTOBER 2017

PAYA INDAH PAYA INDAH

WETLANDS WETLANDS

(PIW)(PIW)

Majlis Perasmian Bilik AKRAB PERHILITAN telah disempurnakan oleh

YBrs. Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu

Hashim pada 09 Jun 2017 di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah I, Encik Fakhrul Hatta bin

Musa, Timbalan Ketua Pengarah II, Encik Hasnan bin Yusop, Pengerusi

AKRAB PERHILITAN, Encik Noor Alif Wira bin Osman dan Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan, Pn Priscilla Bong Anak Samson Onggie. 6

PERASMIAN BILIK

AKRAB PERHILITAN

7

PERASMIAN BILIK

AKRAB PERHILITAN

8

Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)