Stres Guru Membimbangkan

download Stres Guru Membimbangkan

of 1

Transcript of Stres Guru Membimbangkan

  • 7/29/2019 Stres Guru Membimbangkan

    1/1

    Stres guru membimbangkan -- Akibat banyakperubahan dan bebanan tugas yang

    keterlaluan - NUTPOleh ABDUL MUIN SAPIDIN

    KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres dikalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yangmeningkat.

    Presiden NUTP, Ismail Nihat berkata, guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahandalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.

    ``Apabila ada pegawai baru di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri atau di peringkat

    kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru.

    ``Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlahmurid, projek banyak tetapi guru sedikit,'' katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya,Lok Yim Pheng di sini, hari ini.

    Sidang akhbar itu bertujuan menjelaskan beberapa isu melibatkan golongan guru yang akan dibentangkan padaPersidangan Perwakilan NUTP ke-17 yang bermula esok hingga 22 Ogos ini.

    Menurut Ismail, walaupun kedengaran pelik tetapi semua pihak harus menerima hakikat bahawa masalah yangdihadapi oleh golongan guru menjurus kepada tekanan mental dan emosi berbanding fizikal.

    ``Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat

    melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti,'' katanya.

    Selain itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru iaitu:

    * Harapan ibu bapa terlalu tinggi kepada guru kerana sering mahukan pencapaian terbaik pelajar.

    * Masalah disiplin pelajar yang semakin sukar dikawal termasuk melibatkan keselamatan guru.

    * Pelajar-pelajar semakin cerdik berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas.

    Sehubungan itu katanya, NUTP akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan satukajian khas mengenai tahap sebenar tekanan di kalangan guru.

    ``Kita sedang berunding dengan JPA tetapi kami sudah menyediakan set soalan khas untuk menjayakan kajiantersebut.

    ``Sebagai permulaan kita akan agih-agihkannya kepada 220 delegasi yang menghadiri persidangan itu nanti,''ujarnya.

    Tambah beliau, kajian itu penting untuk membantu kerajaan meneliti langkah-langkah penyelesaian yang sesuai.

    Artikel

    Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Ha

    dapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjk

    Utusan Melayu (M) Bhd

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjkhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjkhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjkhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjkhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjkhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2aIub0rjk