struktur linguistik

2
Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Linguistik juga diterjemahkan sebagai suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984). Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Secara umumnya, keenam-enam struktur linguistik Bahasa Melayu mempunyai pendefinisian yang berbeza antara satu sama lain. Perbandingan definisi struktur bahasa boleh dilihat menerusi kajian fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan analisis wacana dalam sesebuah bahasa. Struktur ini akan memberi peraturan dan kaedah penggunaan dalam sesebuah bahasa. Berikut adalah definisi ringkas struktur-struktur linguistik dan kajian yang berkaitan dengan bahasa. Struktur Linguistik Definisi Ringkas Fonologi Ciri-ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Morfologi Struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis Hubungan antara satu kata dengan kata lain, dan cara hingga menjadi satuan ujaran. Semantik Makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. Pragmatik Kajian yang berkaitan dengan penentuan hubungan antara simbol dan cara penggunaan simbol tersebut.

Transcript of struktur linguistik

Dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Linguistik juga diterjemahkan sebagai suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984). Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

Secara umumnya, keenam-enam struktur linguistik Bahasa Melayu mempunyai pendefinisian yang berbeza antara satu sama lain. Perbandingan definisi struktur bahasa boleh dilihat menerusi kajian fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan analisis wacana dalam sesebuah bahasa. Struktur ini akan memberi peraturan dan kaedah penggunaan dalam sesebuah bahasa. Berikut adalah definisi ringkas struktur-struktur linguistik dan kajian yang berkaitan dengan bahasa.

Struktur LinguistikDefinisi Ringkas

FonologiCiri-ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan.

MorfologiStruktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.

SintaksisHubungan antara satu kata dengan kata lain, dan cara hingga menjadi satuan ujaran.

SemantikMakna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.

PragmatikKajian yang berkaitan dengan penentuan hubungan antara simbol dan cara penggunaan simbol tersebut.

Analisis WacanaUnit tertinggi dalam bahasa yang melebihi batas ayat.