T1A3.docx
-
Upload
gouri-vediappan -
Category
Documents
-
view
229 -
download
1
Transcript of T1A3.docx
JURNAL REFLEKSI
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti
masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Pada mulanya persepsi saya mengatakan
bahawa adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu.
Semasa saya membuat aktiviti 1 (kajian dokumen) dengan aktiviti 2 proses merakam
istiadat perkahwinan kaum India di sebuah tempat iaitu di Sungai Petani, Kedah perasaan saya
amat gembira dan sifat ingin tahu mengenai adat perkahwinan kaum India amat tinggi. Pada
mulanya saya berasa keliru bagaimana hendak memulakan mencari maklumat tersebut. Mujur
ada sahabat saya berbangsa India sentiasa memberi maklumat dan jawapan setiap kali soalan
diajukan kepadanya. Untuk aktiviti 1 saya mencari maklumat di dalam internet dan soal jawab
dengan bersama rakan saya. Apa yang saya perolehi dari maklumat di atas, memang banyak
upacara sebelum, semasa dan selepas adat perkahwinan kaum India di negara India dan
Malaysia. Secara tidak langsung saya boleh mengetahui segala adat resam kaum India melalui
pencarian maklumat tersebut. Saya juga kurang memahami mengenai istilah dalam bahasa Tamil
mengenai sesuatu upacara dalam perkahwinan. Lantas masalah tersebut dapat di atasi dengan
bantuan rakan saya yang berbangsa India menerangkan maksud istilah dan perjalanan upacara
tersebut secara ringkas.
Ternyata ada perbezaan fakta dengan upacara di Malaysia mungkin kerana masyarakat di
sini ingin menyesuaikan keadaan di sini dan terdedah dengan pelbagai adat dari kaum lain. Ini
dapat dibuktikan melalui aktiviti 2 proses membuat rakaman adat perkahwinan kaum India di
Malaysia. Saya berasa bersyukur berada di bumi Malaysia kerana masyarakat pelbagai budaya
saling memahami antara satu sama lain. Semasa berada di tempat tersebut, pihak keluarga tuan
rumah memahami tentang kehadiran saya untuk membuat rakaman dan mereka memberi
kerjasama yang baik. Begitu juga dengan makanan yang dihidangkan mereka memahami
makanan yang dimakan oleh kaum lain seperti saya dengan tidak menghidangkan makanan yang
diharamkan oleh agama Islam. Saya berasa kagum dengan penuh hormat di atas layanan yang
diberikan oleh pihak keluarga berkenaan.
Dalam aktiviti 2, proses rakaman yang dibuat ialah semasa majlis perkahwinan sedang
berlangsung. Apa yang saya lihat dan bandingkan dengan aktiviti 1 iaitu kajian dokumen saya
melihat kaum India di Malaysia masih mengekalkan pakaian, makanan, upacara dan adat
perkahwinan kaum India. Saya mendapati tiada perubahan dan perbezaan semasa upacara
perkahwinan berlangsung yang diamalkan kaum India. Kebanyakkan majlis perkahwinan
masyarakat India dilakukan di kuil dan dewan yang disewa dan jarang sekali dibuat di rumah
kecuali bagi mereka yang menganut agama lain sudah pasti upacara mereka berlainan tempat.
Misalnya masyarakat India yang menganut agama Kristian melakukan upacara perkahwinan di
gereja.
Antara perbezaan yang saya dapat perolehi ialah sewaktu acara perkahwinan selesai di
mana pasangan pengantin pulang ke rumah. Pengantin perempuan akan mengikuti pengantin
lelaki ke rumah pihak lelaki sebagai tanda penghormatan kepada pasangannya. Di sini saya lihat
adegan rakaman yang memaparkan upacara bayar tol yang merupakan pemberian wang dalam
bentuk sampul angpau kepada pihak keluarga lelaki. Melalui aktiviti 1 saya tidak memperolehi
maklumat yang mengatakan kaum India amalkan upacara bayar tol kepada pihak keluarga lelaki.
Ini sudah pasti upacara ini diserapkan dalam kaum india yang pada asalnya berasal dari adat
kenegerian masyarakat Melayu Selatan Semenanjung Malaysia iaitu sekitar negeri Melaka
hingga ke Johor.
Dari segi makanan India saya dapati kebanyakkannya berunsurkan dari India Selatan
sebuah kawasan dipenuhi pokok kelapa dan sawah padi kerana di sana kaya dengan hidangan
nasi. Ini secara tidak langsung makanan utamanya juga tidak banyak berbeza dengan makanan di
negara kita. Cuma perbezaannya ialah kuantiti dan keaslian rempah yang digunakan kerana ia
ditanam sendiri seterusnya menjurus kepada citarasa pedas dan lemak santan. Untuk makanan
manisan pula ada yang berunsurkan dari India Utara yang banyak menggunakan hasil tenusu
iaitu laddu, payasam dan jelebi. Saya berpendapat masyarakat India di sini telah mengabungkan
masakan India Utara dan Selatan bagi mengekalkan tradisi makanan tradisional mereka misalnya
nasi biryani dimakan bersama tandori yang berempah.
Dari segi refleksi individu dalam membentuk generasi yang akan datang, antara
pengalaman yang diperolehinya iaitu bergaul antara kawan-kawannya dari pelbagai kaum dapat
memberi pengetahuan mengenai adat resam kaum lain dan ini memupuk semangat hormat-
menghormati sesama mereka. Sebagai contoh seorang bangsa India mengadiri majlis jamuan
makanan kaum melayu yang terdiri dari makanan berdaging, maka pihak tuan rumah
menghormati adat mereka dengan menyediakan menu khas berasingan daging untuknya. Ini
memberi kelebihan dalam membentuk generasi akan datang dengan cara ini membentuk generasi
yang saling bertoleransi. Kekurangan yang diperolehi oleh individu tersebut ialah ruang masa
untuk bersama kaum lain dalam membantu kerja-kerja dalam majlis tersebut kerana dia hanya
dijemput untuk makan sahaja. Cadangan individu tersebut ialah menjemput dia membantu dalam
menjayakan majlis tersebut. Secara tidak langsung nilai-nilai murni dapat dipupuk dan perasaan
syak wasangka dapat dielakkan di antara kaum yang lain dalam generasi yang akan datang.
Untuk refleksi ibu dan bapa, mereka memang mendidik anak mereka mengenai adat dan
pantang larang dalam kaum India dalam memelihara generasi yang akan datang. Ini penting
untuk ibu bapa kerana dengan didikan mereka mampu memberitahu asal-usul keturunan dan adat
mereka kepada anak mereka. Contohnya institut keluarga amat penting dalam masyarakat India.
Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan
dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti
seorang ibu di dalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan
terutama ketika mereka masih dara. Kelebihan yang boleh diperolehi di sini ialah ibu bapa
mampu menangkis gejala masalah sosial masa kini yang menyerang anak mereka seperti
masalah penagihan dadah dan keruntuhan akhlak. Kekurangannya pula masalah kesempitan
hidup dan ekonomi mendorong ibu bapa banyak menghabiskan masa bekerja dan ini masa
bersama dengan anak mereka amat terhad. Cadangan mereka memohon kepada pihak berkuasa
menguatkuasa undang-undang terhadap masalah jenayah penagihan dadah dan laman web yang
ditapis dengan kadar segera.
Manakala refleksi dari seorang anak pula, dia sangat memerlukan panduan dari orang tua
mereka bagi mengenali salasilah dan adat resam mereka secara turun-temurun. Kelebihan yang
diperolehinya amat banyak maklumat dan pengalaman cara hidup sekiranya dia diberi panduan
oleh orang tua mereka. Sekiranya seorang anak tidak didedahkan dengan nilai-nilai adat maka
sudah pasti mereka hilang nilai jati diri mereka yang sebenar. Contohnya sekiranya mereka
mengamalkan cara hidup moden dari segi perbualan pesanan ringkas (SMS) dan meninggalkan
adat resam mereka yang sopan dan kaya nilai budi bahasa maka sudah pasti pengaruh dari luar
mudah masuk dan ini mengikis sedikit demi sedikit adab-adab pergaulan dalam komunikasi
mereka. Cadangan dari seorang anak mengharapkan agar pihak kerajaan atau pihak berkuasa
tempatan membuat program yang boleh mengeratkan sesama kaum dan juga membuat hari
terbuka untuk memperkenalkan sesuatu kaum kepada masyarakat lain. Ini penting bagi
mengekalkan tradisi dan adat yang diamalkan sesuatu kaum dapat dipelihara untuk generasi yang
akan datang.
Saya juga mendapat respon refleksi dari ahli masyarakat majmuk di negara kita berkaitan
membentuk generasi yang akan datang. Antaranya seorang berbangsa Cina memberi refleksinya
iaitu tanggungjawabnya penting untuk memelihara adat mereka. Dia menceritakan perasaannya
rasa bersyukur dapat hidup harmoni di negara kita berbanding dengan nasib kaumnya di negara
lain yang terpaksa bertarung dengan kaum lain dalam mencapai keharmonian sesama mereka.
Kelebihan apa yang diberitahunya ialah dia dapat mengetahui adat resam kaum lain seperti
Melayu dan India. Bukan itu sahaja, dia mendapat rakan dari pelbagai kaum lain tanpa rasa syak
wasangka malah bekerjasama menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Contohnya
mereka sepakat membuat kerja gotong royong membersihkan taman di mana tempat mereka
tinggal dan tidak ada alasan untuk mereka tidak menyertai aktiviti tersebut. Kelemahannya pula
ialah sekiranya terdapat perkahwinan campur maka sedikit ada konflik kepada anak yang bakal
dilahir hasil perkahwinan campuran tersebut. Walaubagaimanapun, melalui kesepakatan sesama
kaum tidak ada masalah untuk itu. Cadangan dia untuk membentuk generasi yang akan datang
ialah mengharapkan agar ketua komuniti setiap kaum saling bekerjasama dan sepakat menangkis
ancaman budaya barat yang semakin menyerang melalui media masa di peranti teknologi
maklumat masa kini.
Refleksi terakhir yang saya perolehi dari seorang guru di sekolah menengah di mana
pelajarnya terdiri dari pelbagai kaum. Guru tersebut menceritakan memang ada masalah
perkauman antara pelajar di mana mereka hanya bergaul sesama bangsa mereka sahaja sepanjang
hari persekolahan mereka. Walaubagaimanapun masalah tersebut dapat dikurangkan dengan
mengasingkan mereka dan bercampur dengan rakan dari pelbagai bangsa tidak kira dalam kelas
atau aktiviti berkumpulan di sekolah. Guru tersebut memberitahu kelebihannya ialah dengan
memberikan pendidikan mengenai adat resam sesuatu kaum ini sudah menjurus ke arah
pembentukan generasi yang akan datang. Contohnya membuat Hari 1 Malaysia peringkat
sekolah di mana setiap pelajar akan berpakaian tradisional dari bangsa yang berlainan dan
membuat tarian dan memainkan alat muzik dari kaum lain. Secara tidak langsung, pendidikan
yang berterusan ini mampu memupuk sahsiah diri dan nilai kemanusiaan sesama mereka wujud.
Antara respons kekurangannya pula penglibatan dari pihak agensi swasta atau pihak komuniti
amat kurang dalam menjayakan program sekolah mereka. Ini membantutkan sedikit perjalanan
program dalam mengekalkan konsep kebudayaan sesuatu kaum.
Oleh itu, kita semua masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
pembentukan generasi yang akan datang. Sekiranya kita tidak merancang dan mengekalkan nilai
adat resam yang kita amalkan sekarang akhirnya kita akan jadi satu kaum yang hilang identiti
asal dan hidup dengan mengamalkan adat atau budaya luar oleh generasi lain. Dengan program
dan aktiviti yang menyemai nilai-nilai adat dalam perkauman masing-masing sudah pasti ada
usaha dalam membentuk generasi yang akan datang. Melalui persefahaman dan hidup
bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di negara ini maka masalah perkauman dan menjaga
sensitiviti kaum dapat dipelihara. Akhir sekali kesan ini akan melahirkan pemimpin yang
bertoleransi antara masyarakat lain seterusnya memimpin menjadi sebuah negara maju dan
berdaya saing akan menarik pihak pelabur untuk masuk ke negara kita.