Tajuk 3_Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

19
Tajuk 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

description

,jgjkgkg

Transcript of Tajuk 3_Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

  • Tajuk 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

    Perkembangan Kanak-kanak

    Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

  • Kontroversi Baka dan Persekitaran Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak

    perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu-bapa.

    Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula,

    berpendapat bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil dari pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan asuhan kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan kualiti sekolah.

  • Renungkan Persoalan Ini

  • Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti selain perkembangan fizikal.

    Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh persekitaran.

    Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan individu.

  • Baka

    Baka atau heredity berasal daripada perkataan Latin heres.

    Baka adalah melibatkan pemindahan sifat-sifat fizikal dan personaliti serta pembawaan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.

    Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5

  • Baka

    Baka adalah ciri-ciri yg diturunkan melalui ibu bapa kpd anak-anaknya melalui gen.

    Ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yg sama sprt warna mata, kulit dan rambut,kecerdasan dan sbg.

    Kajian ahli psikologi tlh membuktikan bhw tdk ada 2 org individu mempunyai kadar perkembangan yg sama

    Baka adalah faktor-faktor utama yg menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu dia ntara satu sama lain.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6

  • Faktor Baka Faktor baka kini dikenali sbg gen yg terdiri drpd nukleoprotein yg menentukan baka atau ciri keturunan.

    Ia terletak di lokus kromosom.Ia kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA yg mengandungi sifat-sifat baka.

    Individual yg normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom.

    Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma dengan sel ovum bersama membentuk zigot.

    Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom drpd ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri.

    Kemudian diwarisi oleh bayi yg akan lahir pd masa kelak. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7

  • Ciri-ciri Baka

    1.Baka diturunkan melalui gen ibu bapa kpd anak-anak.

    2.Ciri-ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa,cth: warna mata.

    3.Baka menentukan potensi seseorang individu,cth:bakat & kebolehan.

    4.Menentukan skruktur organ seseorang individu.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8

  • Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9

    KROMOSOM

    HORMON KELENJAR

    GEN

    faktor baka

  • Dalam sel badan kita terdapat pusat aktiviti yang

    disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen dan gen inilah yang mengawal sifat kita.

    Sebagai contoh, ia mengawal rambut seseorang sama ada kerinting atau tidak.

    Gen juga merupakan bahan baka yang membawa maklumat genetik yang terletak dalam kromoson. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.

    Kromosom dan Gen

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10

  • Gen yang terkandung dalam kromosom adalah pembawa baka kanak-kanak.

    Seseorang membawa 23 pasang kromosom yang diwarisi dari ibu dan ayah mereka.

    Kromosom yang ke 23 dikenal dengan kromosom gender atau yang menentukan jenis jantina.

    Apabila seorang ayah menurunkan kromosom X maka akan menghasilkan kombinasi XX dan jenis kelamin anak akan menjadi perempuan.

    Dan apabila menurunkan kromosom Y maka akan terjadi kromosom XY untuk anak laki-laki.

    Kromosom

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11

  • induk

    kromosom

    anak

    Penentuan Jantina

    XX

    X

    XX XX XY XY

    Y X

    XY

    X

    P L L P

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

  • Gen

    Gen disifatkan sebagai penentu oganisma. Gen ialah butir-butir halus dan bilangannya ialah lebih

    kurang 30000. Gen-gen seseorang individu adalah unik bagi dirinya. Interaksi di antara berbagai-bagai gen mempengaruhi

    pertumbuhan kesemua struktur fizikal di seluruh anggota badan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13

  • Kelenjar

    Kanak-kanak dilahirkan dengan kelengkapan sistem-sistem yang terdiri daripada sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman makanan dan kelenjar.

    Kelenjar mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14

  • Hormon

    Hormon adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam badan dan disalurkan oleh peredaran darah ke organ-organ lain untuk melicinkan perkembangan badan.

    Contoh: insulin-mengawal kadar gula di dalam darah.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15

  • Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah seseorang itu.

    Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam. Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cerdas juga.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16

  • Kesan Baka Ke Atas Perkembangan

    Ciri fizikal Warna kulit (hitam,putih,coklat)

    Warna dan bentuk mata

    Warna rambut

    Jenis darah (A,O,AB,B)

    Ciri fisiologi

    Kanak-kanak drpd ibu bapa yg sihat merupakan individu yg sihat.

    Penyakit sprt diabetes,hemofilia adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17

  • Kesan Baka Ke Atas Perkembangan

    Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yg resesif drpd kedua-dua ibu-bapa yang mempunyai tali persaudaraan yg rapat.

    Kecacatan mental

    Walaupun sahsiah seseorang byk dipengaruhi persekitaran,baka juga memainkan peranan yg penting.

    Cth:seseorang yg cepat marah atau selalu berasa bimbang. Sahsiah

    Ketika lahir,seseorang bayi mewarisi bentuk fizikal bersama dengan kelenjar deria,otak dan struktur lain yg penting utk perkembangan kecerdasan.

    Jika kesemua faktor ini sihat maka kecerdasan juga akan berkembang dgn baik.

    Kecerdasan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18

  • Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989)

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19

    Mikrosistem : Persekitaran terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa.

    Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem.misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah.

    Ekosistem : Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.

    Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.

    Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.