Tajuk 4 Penyelidikan Tindakan Definisi Dan Konsep

18
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) TAJUK 4 PENYELIDIKAN TINDAKAN: DEFINISI DAN KONSEP 4.1 Sinopsis Tajuk ini menerangkan definisi dan konsep, kepentingan penyelidikan tindakan, ciri-ciri penyelidikan tindakan dan kepelbagaian model- model Penyelidikan Tindakan. 4.2 Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan 2. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan 3. Membanding beza model penyelidikan tindakan 4.3 Kerangka Tajuk 4 DEFINISI DAN KONSEP 35 MODEL PENYELIDIKAN KEPENTINGAN PENYELIDIKAN CIRI-CIRI PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Transcript of Tajuk 4 Penyelidikan Tindakan Definisi Dan Konsep

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 4PENYELIDIKAN TINDAKAN: DEFINISI DAN KONSEP

4.1 Sinopsis Tajuk ini menerangkan definisi dan konsep, kepentingan penyelidikan tindakan, ciri-ciri penyelidikan tindakan dan kepelbagaian model-model Penyelidikan Tindakan. 4.2 Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan 2. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan 3. Membanding beza model penyelidikan tindakan

4.3 Kerangka Tajuk 4

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN DEFINISI DAN KONSEP

PENYELIDIKANTINDAKAN

MODEL PENYELIDIKANCIRI-CIRI PENYELIDIKAN

4.4 Penyelidikan Tindakan

4.4.1 Sejarah Awal

Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946. Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen Corey, Kenneth,Benne dan Hilda Taba (Teachers College, Columbia) bagi menjalankan penyelidikan pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme Pensyarah. Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950-an. Pada tahun 1970-an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa. Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975) yang memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai penyelidik dan melihat penyelidikan tindakan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan kurikulum. Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah dalam proses penyelidikan adalah suatu faktor penting yang boleh membawa kepada pembaharuan kurikulum. Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-1976), menyiasat penggunaan kaedah pengajaran pembelajaran inkuiri. Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network (CARN) untuk menyokong Pensyarah-Pensyarah yang terlibat dalam Ford Teaching Project. Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem pendidikan Malaysia. Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme perpensyarahan ialah dengan menjalankan penyelidikan tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran Research is systematic self-critical inquiry atau penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri yang kritis yang sistematik (British Journal of Educational Studies, 29(2) Jun 1981. PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial, bertujuan untuk memperbaiki amalan-amalan dalam konteks sosial dan pendidikan.

4.4.2 Definisi Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi. Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki dari segi amalan sosial dan pendidikan kendiri, kefahaman terhadap amalan kendiri, situasi di mana amalan tersebut dijalankan.Definisi yang lain:Mengikut Kurt Lewin (1947)

Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the result of a action

Mengikut Stephen Corey (1953)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.

Mengikut Carl Glickman (1992)

Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction

Mengikut Emily Calhoun (1994)

Action Research is a fancy way of saying lets study whats happening at our school and decide how to make it a better place.

Penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik yang digunakan untuk menguji hipotesis.Mengikut Blum

Mengikut Stenhouse (1975)

Penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.

Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Mengikut McNiff (1988)

Mengikut Somekh (1989)

Penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

4.4.3 Konsep Penyelidikan Tindakan

Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial.

Tujuan: i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiriii. meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988)

Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

4.5 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan Menyebarkan dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat. Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment. Kolaborasi dengan mewujudkan suatu komuniti berfikiran kritis - dilakukan oleh guru dalam konteks harian. Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan kefahaman praktis untuk memperbaiki amalan pendidikan. Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran.

4.6 Kepentingan penyelidikan tindakan

Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya; Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan; Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri; Dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif; Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum; Dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan Dapat merapatkan tali silaturrahim dalam kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

4.7 Model Penyelidikan Tindakan Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik yang boleh membantu guru untuk menjalankan kajian dalam bilik darjah.

Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

4.7.1 Model Stephen Kemmis

Refleksi

KITARAN 1Peran-cangan

Pemerhatian

Tinda kan

Refleksi

Semakan semula peran-cangan

KITARAN 2

Pemerhatian

Tindakan

4.7.1.1 Fasa Perancangan

Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah guru memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru memberi focus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu merancang bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat. Perancangan ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian. Antara soalan utama yang boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:1. Ada atau tidak orang yang boleh membantu memberikan maklumat atau data yang relevan untuk dibuat inkuiri?2. Kepada siapakah dan apakah yang perlu dirujuk?3. Adakah cara untuk mendapatkan maklumat ini boleh dilaksanakan?4. Berapa banyak waktu yang anda ada?5. Bagaimanakah masa yang ada akan dibahagi-bahagikan?

4.7.1.2 Fasa Tindakan

Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera, ada kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang lebih penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya menyelesaikan masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan menghasilkan sesuatu perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang memerlukan kitaran kedua kajian dibuat.

4.7.1.3 Fasa Pemerhatian

Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu menggunakan lebih daripada satu cara mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk memperolehi data dalam sesuatu kajian.

4.7.2 Grundy dan Kemmis (1981)

Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki. Mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan.

4.7.3 Henry dan Henry (1982)

Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan merefleks serta menjana pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan Elliot (1991) berkata sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran

4.7.4 Model John Elliott

John Elliott telah mengemukakan satu model seperti berikut: Mengenal pasti idea umum Mencari atau mendapatkan persetujuan Peninjauan (reconnaissance) iaitu meneliti amalan dengan lebih terperin

Kitaran Tindakan 1 Perancangan umum Memantau pelaksanaan kesan pelaksanaan tersebut Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

Kitaran Tindakan 2 Menyemak semula perancangan Memantau pelaksanaan dan kesannya Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

4.7.4.1 Model John Elliot digambarkan seperti gambar rajah di bawahKitaran pertamaReconnaissanceKenalpasti dan analisis data

Kenalpasti idea permulaan

Pelan Umum

Langkah Tindakan 1

Langkah Tindakan 2

Langkah Tindakan 3

MelaksanaPelan Tindakan 1

Memantau pelaksanaan dan kesan

Reconnaissance(Menerangkan sebarang kegagalan untuk Pelaksanaan & Kesan)

Pengkajian semula idea umum

Pelan Diubahsuai

Langkah Tindakan 1

Langkah Tindakan 2

Langkah Tindakan 3

Memantau Pelaksanaan & Kesan

Reconnaissance(Menerangkan sebarang kegagalan untuk Pelaksanaan & Kesan)

Melaksana Pelan Tindakan 1

Ke Kitaran ketiga

Model Penyelidikan Tindakan John Elliot (dalam Ebbutt, 1985)

4.7.5 Model Dave EbuttIdea umum

Perancangan umum yang diubahsuai

Tinjauan

Perancangan umum yang diubahsuai

TINDAKAN 2

Dan seterusnya

Perancangan keseluruhan

TINDAKAN 1

Tinjauan dan pemantauan

Sama ada

TINDAKAN 2

Dan seterusnya

Semakan semulaPerancangan keseluruhan

atau

Tinjauan

Perancangan Keseluruhan baru

Dan seterusnya

Semakan semulaPerancangan keseluruhan

TINDAKAN 2

atau

Penyelidikan Tindakan menurut Ebbutt (dalam Hopkins, 1985)

Model Ebbutt bermula dengan idea umum sebagai langkah pertama. Idea umum itu dibuat tinjauan literatur untuk menghasilkan untuk menghasilkan persoalan kajian. Perancangan keseluruhan dibuat dan diikuti dengan persoalan kajian. Tinjauan dan pemantauan dibuat untuk seterusnya diambil tindakan kedua atau semakan dibuat semula untuk kembali ke langkah perancangan keseluruhan. Pilihan ketiga boleh dibuat dengan mengubah perancangan dan kembali kepada idea umum. Proses akan berulang untuk tindakan selanjutnya.

4.7.6 Model Jack Whitehead Whitehead (1989) telah merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan penyataan-penyataan seperti berikut: Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki Apakah yang akan saya lakukan mengenainya? Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke atas keberkesanan amalan? Bertindak dan mengumpul data Penilaian keberkesanan Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang Bagaimana saya perbaiki amalan saya yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan mengesahkannya

4.7.7 Model Jean McNiff (1988)Seperti Whitehead, McNiff mengambil langkah-langkah asas proses penyelidikan tindakan seperti yang dinyatakan dalam penulisannya bersama Lomax dan Whitehead, 1996 sebagai berikut: Melihat semula amalan semasa Mengenalpasti aspek yang ingin dikaji Membayangkan langkah-langkah maju ke hadapan Mencuba langkah-langkah tersebut Ambil perhatian apa yang berlaku Membuat modifikasi amalan dan terus mencubanya (cuba lagi dengan yang lain sekiranya cara baru itu tidak memberikan kesan positif) Memantau apa yang dilakukan Melihat semula dan membuat penilaian ke atas tindakan atau amalan yang telah dimodifikasi Dan seterusnya masuk ke lingkaran kedua

Menurut McNiff lagi, terdapat dua proses yang berlaku iaitu tindakan sistematik penyelidik semasa melalui langkah-langkah di atas dan proses pembelajaran. Tindakan merangkumi proses pembelajaran yang berlaku dan pembelajaran itu pula diperolehi melalui amalan refleksi ke atas tindakan tersebut. Oleh itu, semasa membuat laporan, kedua-dua proses itu perlu dilaporkan.Langkah-langkah di atas, telah dirumuskan oleh McNiff (2001) dalam modelnya seperti berikut: Mengenalpasti bidang amalan yang ingin dibuat penyelidikan Membayangkan langkah/jalan penyelesaian (solution) Melaksanakan langkah-langkah penyelesaian Menilai penyelesaian yang dibuat Mengubah amalan berdasarkan maklumat penilaian

Kitaran penyelidikan tindakan ini akan membentuk kitaran kedua dan seterusnya apabila bidang atau masalah baru mula ditemui pada masa yang sama. Pilin atau kitaran seterusnya terbentuk untuk membolehkan penyelidik mengambil langkah-langkah penyelesaian yang baru. Proses ini digambarkan dengan gambar rajah di bawah:

Model Jean McNiff

4.7.8 Model Kurt LewinLewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi lagkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:

Mengenalpasti idea umum atau idea awal

Merancang

Menilai

Tinjauan atau pencarian fakta

Mengambil langkah tindakan pertama

Pembetulan perancangan

Model Kurt Lewin (1948)

Mengambil langkah tindakan kedua

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai langkah pertama sesuatu tindakan.Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

LATIHAN

1. Huraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan 2. Bagaimana Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan

OLLBuat banding beza model penyelidikan tindakan Model Stephen Kemmis dengan Model John Elliot.

35