TAY CHUN MON - Faculty of Education | Universiti Teknologi … · 2013-11-19 · faktor-faktor yang...

27
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MEMILIH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUO KUANG 1, SKUDAI, JOHOR. TAY CHUN MON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAY CHUN MON - Faculty of Education | Universiti Teknologi … · 2013-11-19 · faktor-faktor yang...

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MEMILIH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUO KUANG 1, SKUDAI, JOHOR.

TAY CHUN MON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MEMILIH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUO KUANG 1, SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : TAY CHUN MON

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

\ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

ENCIH HASSAN BIN HUSHIN (NAMA PENYELIA)

Tarikh: 03.04.06

____________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:

903, KENYALANG PARK, 93300 KUCHING, SARAWAK. Tarikh: 03.04.06

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan: ……………………..

Nama Penyelia: ENCIK HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh: 03.04.06

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MEMILIH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUO KUANG 1, SKUDAI, JOHOR.

TAY CHUN MON

Karya ini adalah memadai dari segi skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan: ……………………..

Nama Penulis: Tay Chun Mon

Tarikh: 03.04.06

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat……

Ayah dan Bonda tercinta……

Terima kasih di atas pengorbananmu……

Terima kasih segalanya,

Di atas doa dan dorongan yang sentiasa mengiringi kehidupanku,

Tidak ternilai harganya bagi diriku……

Buat yang teristimewa……

Penghargaan dariku di atas segala bantuan dan tunjuk ajarmu……

Teman-teman tersayang,

Terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan.

Kenangan bersama kalian,

Tidak mungkin dilupakan……

Kejayaanku……Kejayaan kalian jua……

iv

PENGHARGAAN

Penulis dengan penuh ikhlas merakamkan penghargaan dan terima kasih

terutama sekali kepada Encik Hassan bin Hushin sebagai penyelia projek di atas

bimbingan, tunjuk ajar, pandangan serta perbincangan yang telah disampaikan

sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.

Tidak ketinggalan, pengharagaan ini ditujukan kepada beberapa orang

penolong kanan SJK (C) Kuo Kuang 1, iaitu Penolong Kanan 1 Pn. Liew Poh Lee,

Penolong Kanan 2 Pn. Chong Hui Mei dn Penolong Kanan Ko kurikulum Pn. Chong

Seo Hong yang telah banyak membantu saya semasa saya menjalankan kajian di

sekolah tersebut.

Penghargaan juga diberi kepada sesiapa yang membantu sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam projek penyelidikan ini.

Sekian terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau apakah faktor-faktor yang mendorong

ibu bapa memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 1 atau singkatannya

SJK (C) Kuo Kuang 1. SJK (C) Kuo Kuang 1 merupakan sekolah rendah yang

mempunyai paling banyak murid di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan

mengedarkan set soal selidik kepada ibu bapa pelajar. Seramai 250 orang ibu bapa

bagi pelajar darjah satu telah terlibat dalam kajian ini. Data dari soal selidik

dianalisis mengikut kelompok dan dinyatakan melaui peratusan dan min dalam

bentuk jadual dan carta bar. Di samping itu, maklumat-maklumat turut diperoleh

dengan cara temubual dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa lebih

banyak ibu bapa bersetuju bahawa faktor kemudahan seperti jarak sekolah dengan

rumah, persekitaran sekolah yang selamat, pengangkutan dan infrastruktur yang

lengkap. merupakan faktor utama yang mempengaruhi mereka menghantar anak-

anak mereka ke SJK (C) Kuo Kuang 1. Kajian ini diharapkan dapat menjadi bahan

rujukan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengetahui faktor- faktor

yang mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang 1. Pada akhir kajian ini

dikemukakan juga beberapa cadangan dan pandangan semoga ianya dapat menjadi

panduan kepada semua pihak untuk memenuhi permintaan dan kehendak ibu bapa

masa kini.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the factors that have influence parents

in choosing Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 1 (SJK (C) Kuo Kuang 1).

SJK (C) Kuo Kuang 1 is the primary school with the biggest number of students in

Malaysia. The research was conducted by distributing questionnaires to 250 parents.

The findings and analysis of data were presented by using percentage and mean and

the use of bar chart. Besides that, some information was obtained through interview

with the assistant principal of the school and also document analysis. The research

found out that most of the parents agreed that factor of convenience such as the

distance between school and their house, safe school environment, transportation,

and good infrastructure were the main factors that influence them in choosing SJK

(C) Kuo Kuang 1. It is hope that this research can be a reference to those who want

to know why parents choose SJK (C) Kuo Kuang 1. Finally the study concluded

with the views and proposals so that it becomes a guide to all parties in considering

the needs and demand of the parents today.

vii

KANDUNGAN

Bab Perkara Muka Surat

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 Pengenalan

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar belakang kajian 1

1.2 Pernyataan masalah 9

1.3 Objektif kajian 9

1.4 Persoalan kajian 10

1.5 Skop kajian 10

1.6 Kepentingan kajian 11

1.7 Batasan kajian 11

1.8 Definisi istilah 12

1.9 Penutup 15

2 Sorotan Kajian

2.0 Pendahuluan 16

2.2 Sejarah Penubuhan Sekolah Cina 17

2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa

memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 1 18

viii

2.2.1 Faktor Pengaruh Persekitaran 18

2.2.2 Faktor Minat 19

2.2.3 Faktor Sikap Guru dan Sistem Pengajaran Guru

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 1 23

2.2.4 Faktor Kemudahan 25

2.2.5 Faktor Ko Kurikulum 27

2.2.6 Faktor Disiplin 29

2.2.7 Faktor Harapan 30

2.3 Penutup 30

3 Metodologi Kajian

3.0 Pendahuluan 31

3.1 Reka bentuk kajian 31

3.2 Tempat dan sampel kajian 32

3.3 Kaedah pengumpulan data 32

3.3.1 Pengumpulan data primer 32

3.3.2 Pengumpulan data sekunder 33

3.4 Instrumen kajian 33

3.4.1 Jadual Taburan Item Soal Selidik 34

Mengikut Aspek kajian

3.5 Kajian Rintis 34

3.6 Prosedur kajian 35

3.7 Analisis Data 36

4 Dapatan Kajian

4.0 Pendahuluan 38

4.1 Analisis Data 38

4.2 Aspek Pemilihan Ibu Bapa Terhadap SJK(C) Kuo Kuang 1 44

4.3 Analisis Temubual 58

4.4 Kesimpulan 63

ix

5 Perbincangan,Rumusan, dan Cadangan

5.0 Pendahuluan 64

5.1 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Pengaruh Persekitaran 64

5.2 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Minat 65

5.3 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Sikap Guru dan Sistem Pengajaran Guru 66

5.4 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Kemudahan 67

5.5 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Ko Kurikulum 68

5.6 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Disiplin 69

5.7 Pemilihan Ibu Bapa ke SJK(C) Kuo Kuang 1 Kerana Faktor

Harapan 70

5.8 Rumusan Keseluruhan 70

5.9 Cadangan 71

5.10 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.11 Kesimpulan/Penutup 72

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 77

x

SENARAI JADUAL

No.Jadual Tajuk Muka Surat 3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian 34

3.2 Penilaian Terhadap Responden 36

4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 39

4.2 Peratus Responden Mengikut Umur 39

4.3 Peratus: Responden Mengikut Pekerjaan 40

4.4 Peratus Responden Mengikut Kelulusan 40

4.5

Peratus Responden Mengikut Jarak Tempat Tinggal

Dengan

SJK(C) Kuo Kuang 1

41

4.6 Peratus Responden Mengikut Bilangan Anak 41

4.7

Peratus Responden Mengikut Bilangan Tanggungan

yang Sedang Bersekolah.

42

4.8 Peratus Responden Mengikut Bilangan Anak yang

Sedang Bersekolah di SJK(C) Kuo Kuang 1

43

4.9 Peratus Responden Mengikut Pendapatan Bulanan

Keluarga

43

4.10 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek

Persekitaran yang Menpengaruhi Ibu Bapa Memilih

SJK(C) Kuo Kuang 1

44

4.11 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek Minat Ibu

Bapa Memilih SJK(C) Kuo Kuang 1

46

4.12 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek Sikap Guru

dan Sistem Pengajaran Guru yang Mempengaruhi

Ibu Bapa Memilih SJK(C) Kuo Kuang 1

48

4.13 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek

Kemudahan Sekolah yang Mempengaruhi Ibu Bapa

Memilih SJK(C) Kuo Kuang 1

50

xi

4.14 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek Ko

Kurikulum Sekolah yang Mempengaruhi Ibu Bapa

Memilih SJK(C) Kuo Kuang 1

52

4.15 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek Disiplin

Sekolah yang Mempengaruhi Ibu Bapa Memilih

SJK(C) Kuo Kuang 1

54

4.16 Taburan Peratusan Dan Min Bagi Aspek Harapan

Ibu Bapa

Memilih SJK(C) Kuo Kuang 1

56

xii

SENARAI RAJAH

No.Rajah Tajuk Muka Surat

1 Faktor Pengaruh Persekitaran 45

2 Faktor Minat 47

3 Faktor Sikap Guru dan Sistem Pengajaran Guru 49

4 Faktor Kemudahan 51

5 Faktor Ko Kurikulum 53

6 Faktor Disiplin 55

7 Faktor Harapan 57

8 Faktor Keseluruhan 58

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

77

B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor

79

C Surat Perakuan Universiti Teknologi Malaysia 80

D Borang Soal selidik Dalam Bahasa Malaysia 81

E Borang Soal Selidik Dalam Bahasa Cina 87

2

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Terdapat pelbagai sebab yang mendorong ibu bapa dalam membuat pemilihan

sekolah untuk anak-anak mereka, ada yang atas sebab jarak sekolah dengan rumah, ada

yang mementingkan pencapaian akademik lepas sekolah. Sekolah di Malaysia secara

dasarnya boleh dibahagi kepada sekolah kerajaan dan sekolah persendirian. Pelajar

membayar yuran pelajaran sendiri sekiranya memilih sekolah persendirian tetapi sekolah

kerajaan adalah percuma.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kebelakangan ini, banyak kedengaran isu mengenai ibu bapa menghantar anak ke

sekolah cina. Demi mengetahui lebih lanjut mengenai isu tersebut, Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Kuo Kuang, SJK (C) Kuo Kuang 1 telah dipilih sebagai tempat kajian.

Satu lagi sebab SJK (C) Kuo Kuang 1 dipilih sebagai tempat kajian adalah kerana

tidak banyak pelajar yang membuat kajian tentang pendidikan cina.

3

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang terletak di tepi Jalan Skudai, kira-kira

14 kilometer dari bandaraya Johor Bahru. Sekolah ini telah didirikan pada tahun tiga

puluhan sebelum Perang Dunia Kedua.

Nama asal SJK (C) Kuo Kuang 1adalah Sekolah Rendah Kuang Lun. Sekolah

Rendah Kuang Lun ditubuhkan sebelum perang dunia kedua, tetapi tarikh sebenar

pertubuhan sekolah tersebut tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat orang tua

yang mengisahkan bahawa Sekolah Rendah Kuang Lun ditubuhkan oleh seorang wanita

yang bernama Sun Mei Zhu dari daerah Hubei negara China. Pada waktu itu, beliau

bercita-cita tinggi untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak di sekitar batu lapan

setengah Johor Bahru yang tidak bersekolah. Pada waktu yang sama, tuan punya sebuah

ladang getah di kawasan tersebut yang bernama Encik Zheng telah memberi sokongan

kuat kepada Puan Sun. Sebuah rumah atap telah dibina dalam ladang getah Encik Zheng

atas kerjasama daripada orang awam. Rumah atap tersebut dijadikan sebagai tempat

belajar.

Pada tahun 1938, Jepun telah menyerang Tanah Melayu, Sekolah Rendah Kuang

Lun terpaksa memberhentikan persekolahanya.

Pada tahun 1947, keadaan Tanah Melayu telah menjadi stabil dan Sekolah

Rendah Kuang Lun memulakan persekolahannya lagi. Lokasi Sekolah Rendah Kuang

Lun dikekalkan, tetapi telah dibina sebuah rumah atap yang baru. Rumah atap yang baru

tersebut mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah asrama pengajar. Semua

perbelanjaan Sekolah Rendah Kuang Lun diperoleh daripada yuran pelajaran pelajar dan

sumbangan orang awam.

Pada hujung tahun 1949, rumah atap yang dibina sebelum ini telah tidak dapat

memuatkan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Oleh itu, sebuah pawangam yang

telah usang di kawasan tersebut telah dijadikan sebagai sekolah. Dengan ini, Sekolah

Rendah Kuang Lun telah berjaya dipindahkan ke lokasi baru. Persekitaran lokasi sekolah

4

yang baru tersebut lebih baik berbanding lokasi sekolah yang lama. Pada waktu tersebut,

terdapat enam buah bilik darjah di pawangam tersebut. Pada tahun yang sama, nama

Sekolah Rendah Kuang Lun ditukar kepada Sekolah Rendah Sekolah Rendah Nan Yik.

Nama baru sekolah tersebut adalah sempena nama sebuah syarikat yang mengurus

sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan bilik darjah berlaku lagi.

Syarikat tersebut telah menjadikan enam buah asrama pekerjanya sebagai bilik darjah

baru. Pada beberapa tahun berikutnya, masalah kekurangan bilik darjah tidak lagi

berlaku kerana jumlah pelajar sekolah tidak bertambah secara mendadak, iaitu kira-kira

tiga ratus atau empat ratus orang. Sekolah Rendah Nan Yik tidak mengalami masalah

kewangan kerana dibiayai oleh Syarikat Nan Yik.

Pada tahun 1976, nama Sekolah Rendah Nan Yik ditukar kepada Sekolah Rendah

Kuo Kuang atas kesan daripada Akta Pendidikan yang baru.

Pada 1 September tahun 1972, Encik Lim Hua Seng telah dilantik sebagai guru

besar Sekolah Rendah Kuo Kuang yang baru. Beliau telah bertekad untuk membina

bangunan baru untuk menggantikan pawangan yang semakin usang tersebut.

Pada tahun 1973, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah telah

dibentuk. Derma sebanyak empat perpuluhan lima juta telah berjaya dikutip atas usaha

guru besar, Encik Lim dan pengarah Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Kuo Kuang.

Projek pembinaan sekolah menelan perbelanjaan sebanyak empat perpuluhan lima juta.

Pada tahun 1977, projek pembinaan sekolah siap. Bangunan baru terdiri daripada

empat belas buah bilik darjah, bilik guru besar, bilik timbalan guru besar, bilik guru, bilik

setiausaha dan dewan.

Pada 9 September tahun 1978, pelajar dipindahkan ke bangunan sekolah yang

baru. Pada waktu tersebut, jumlah pelajar adalah kira-kira empat ratus orang.

5

Pada bulan Mei tahun 1982, Encik Lim telah diganti oleh Encik Gan Dao Yan.

Pada waktu tersebut, jumlah pelajar adalah sebanyak enam ratus empat puluh orang.

Beberapa tahun kemudian, bilangan pelajar Sekolah Rendah Kuo Kuang telah bertambah

secara mendadak sehingga mencecah angka tiga ribu orang. Ini adalah disebabkan oleh

perkembangan pesat Taman Tun Aminah serta kawasan perumahan sekitarnya yang

menyebabkan bilangan penduduk bertambah secara mendadak. Keadaan ini

menyebabkan masalah kekurangan bilik darjah berlaku lagi. Lembaga Pengurus Sekolah

Rendah Kuo Kuang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berusaha untuk menangani

masalah tersebut. Bangunan baru sekolah yang mempunyai tiga tingkat telah berjaya

dibina dengan adanya derma daripada syarikat besar, orang persendirian, dan lain-lain

lagi. Bangunan baru tersebut terdiri daripada lapan belas buah bilik darjah dan sebuah

dewan serbaguna. Projek pembinaan tersebut menelan belanja sebanyak dua belas juta

ringgit.

Pada tahun 1989, setelah pengubahsuaian dibuat, jumlah bilik darjah bertambah

kepada tiga puluh lima buah. Sekolah mengadakan dua sesi persekolahan. Jumlah kelas

pada waktu tersebut adalah sebanyak tujuh puluh, jumlah pelajar adalah sebanyak tiga

ribu empat ratus orang, jumlah guru adalah sebanyak seratus sembilan orang, manakala

kakitangan lain adalah sebanyak dua belas orang, Di samping itu, pihak sekolah turut

mengupah seorang penjaga sekolah untuk memastikan keselamatan sekolah. Pada 16

Desember tahun yang sama, guru besar Encik Gan diganti oleh Encik Tang.

Pada awal tahun 1990, pihak sekolah telah melakukan banyak kerja pembaikpulih

infrastruktur yang sedia ada dan pembinaan infrastruktur baru. Contohnya, kerja

membaik pulih pejabat guru, pejabat timbalan guru besar, bilik setiausaha, bilik muzik,

bilik cetak, dan koperasi. Selain itu, pihak sekolah telah membeli mesin taip, meja,

kerusi dan sebagainya.

Mengikut rekod kemasukan pelajar baru setiap tahun, bilangan pelajar baru lebih

daripada sembilan ratus orang mula dari tahun 1991 hingga 1993. Demi menghadapi

6

masalah kekurangan bilik darjah, Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Kuo Kuang

menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah. Persatuan Ibu Bapa

dan Guru sekolah tersebut turut memberi sokongan kepada jawatankuasa tersebut.

Berbagai-bagai aktiviti mengutip derma telah dijalankan oleh jawatankuasa tersebut.

Antaranya adalah seperti jualan amal, persembahan pentas oleh artis-artis tempatan dan

lain-lain lagi. Projek pembinaan blok baru yang dimulakan pada 10 Jun 1990 tersebut

menelan belanja kira-kira tujuh belas juta ringgit.

Pada 2 Desember tahun 1990, blok baru tersebut mula digunakan. Perpustakaan

Sekolah Rendah Kuo Kuang telah dilengkapkan dengan mesin penyejuk. Di samping itu,

bilik komputer turut dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang moden.

Oleh sebab pertambahan pelajar dari setahun ke setahun, lembaga pengurus

sekolah telah memohon untuk menubuhkan Sekolah Rendah Kuo Kuang No.2 daripada

kerajaan. Permohonan tersebut diluluskan oleh kabinet pada 28 Februari 1992, tetapi

masalah tanah untuk pembinaan sekolah baru tidak dapat diselesaikan serta merta.

Pada 1 Oktober tahun 1993, projek membina sebuah gelanggang bola keranjang

berbumbung, enam buah bilik darjah baru dan sebuah kantin baru dimulakan. Di

samping itu, dewan juga diperbesarkan. Kesemua projek tersebut menelan belanja

sebanyak lima juta ringgit. Projek tersebut siap pada Februari tahun 1994. Pada tahun

1993, pikah sekolah mengadakan seratus kelas untuk memuatkan bilangan pelajar yang

semakin bertambah. Jumlah pelajar pada tahun tersebut adalah sebanyak empat ribu lima

ratus orang dan bilangan guru adalah sebanyak seratus enam puluh lima orang.

Pada 14 Januari tahun 1994, kantin yang baru digunakan. Pada waktu itu,

lembaga pengurus sekolah tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan

untuk membina Sekolah Rendah Kuo Kuang No.2 di lokasi sekolah asal. Lembaga

pengurus sekolah terus berusaha untuk memohon kerajaan negeri dan Kementerian

7

Pendidikan agar memberi satu lokasi baru untuk pembinaan Sekolah Rendah Kuo Kuang

No.2.

Pada 6 Julai tahun 1994, Ahli Dewan Negeri Johor, Dr.Chai telah membawa satu

berita baik kepada seluruh warga Sekolah Rendah Kuo Kuang dalam Majlis Makan

Malan Kuo Kuang. Beliau mengatakan Menteri Besar Johor, Tan Sri Hishamuddin

bersetuju untuk memperuntukkan sebidang tanah di Taman Sutera sebagai lokasi bagi

pembinaan Sekolah Rendah Kuo Kuang No.2.

19 April tahun 1995 merupakan satu hari bersejarah bagi Sekolah Kuo Kuang,

apabila Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melawat

ke sekolah ini. Beliau telah menyampaikan ucapan yang begitu hebat serta merasmikan

upacara penubuhan Sekolah Rendah Kuo Kuang No.2.

Pembinaan Kuo Kuang No.2 dijangka menelan belanja RM2,000,000/= termasuk

bangunan sekolah dan kemudahan bilik darjah. Bangunan sekolah termasuk dua blok

bangunan 4 tingkat yang mempunyai 18 buah bilik darjah masing-masing. Projek

membina jalan dan menimbus tanah diuruskan oleh Syarikat Pembangunan Taman

Sutera. Selepas kedua-dua blok 4 tingkat tersebut siap dibina, sebahagian murid dan guru

akan diagihkan ke Sekolah Kuo Kuang No.2.

Pada 12 Oktober 1995, Pengarah Lembaga Pengurus S.J.K.(C) Kuo Kuang Yang

Berbahagia Dato’ Kuek mengistiharkan bahawa kerja-kerja penubuhan S.J.K.(C) Kuo

Kuang No.2 akan dikendali oleh lembaga tersebut pada waktu tersebut sehingga lembaga

pengurus S.J.K.(C) Kuo Kuang No.2 terbentuk. Fasa pertama projek pembinaan

S.J.K.(C) Kuo Kuang No.2 memerlukan belanja kira-kira dua juta ringgit. Pihak sekolah

termasuk lembaga pengurus dan PIBG telah berusaha memperoleh sokongan modal

daripada orang persendirian dan syarikat-syarikat. Pada masa yang sama, pihak sekolah

turut memohon kebenaran dari Kementerian Pendidikan Negara bagi subsidi berdasarkan

“satu ringgit nisbah satu ringgit”. Akhirnya, pada tahun 1998, S.J.K.(C) Kuo Kuang

No.2 siap dibina dan mula digunakan.

8

Pada 16 November 1996, sebuah Majlis Malam Amal S.J.K(C)Kuo Kuang No.2

berjaya diadakan. Derma sebanyak satu juta ringgit telah dapat dikutip daripada para

peserta yang memang menyokong pembangunan S.J.K(C)Kuo Kuang No.2.

Pada 5 Januari tahun 1998, S.J.K(C)Kuo Kuang No.2 mula digunakan. Terdapat

sebelas kelas tahun satu dan sembilan kelas taun dua. Bilangan guru adalah sebanyak

dua puluh lapan orang. Pada bulan Mei tahun tersebut, fasa kedua projek yang

mempunyai lima puluh empat buah bilik darjah siap. Dengan itu, jumlah bilik darjah

termasuk bilik darjah yang dibina pada fasa awal adalah sebanyak tujuh puluh enam

buah.

Pada 18 Mei tahun 1998, Timbalan Menteri Pendidikan Negara pada masa itu

telah merasmikan laman web S.J.K(C)Kuo Kuang No.2.

Pada 28 Jun tahun 1998, jumlah pelajar di kedua-dua sekolah adalah sebanyak

lima ribu lima ratus lapan puluh lima orang, bilangan guru pula adalah sebanyak dua

ratus enam orang.

Pada 1 Januari tahun 1999, iaitu hari permulaan tahun persekolahan yang baru,

S.J.K(C)Kuo Kuang No.2 secara rasmi menjadi sekolah yang ditadbir sendiri oleh

lembaga pengurus sekolah tersendiri. Jumlah pelajar S.J.K(C)Kuo Kuang No.2 pada

masa itu adalah sebanyak seribu seratus sembilan puluh sembilan orang. Bilangan guru

pula adalah sebanyak empat puluh orang.

Pada 1 Januari tahun 1999. jumlah pelajar di SJK (C) Kuo Kuang 1 adalah

sebanyak empat ribu tujuh ratus tujuh puluh lima orang. Bilangan guru pula adalah

sebanyak seratus tujuh puluh tujuh orang.

9

Pada bulan Januari tahun 2000, jumlah pelajar di SJK (C) Kuo Kuang 1 adalah

sebanyak empat ribu sembilan ratus empat puluh orang. Bilangan guru pula adalah

sebanyak seratus lapan puluh tujuh orang. Pihak sekolah buka seratus tujuh belas kelas

di mana sesi pagi sebanyak enam puluh kelas manakala sesi petang sebanyak lima puluh

tujuh kelas.

Pada bulan Januari tahun 2001, jumlah pelajar di SJK (C) Kuo Kuang 1 adalah

sebanyak empat ribu lapan ratus empat puluh sembilan orang. Pihak sekolah

mengadakan seratus lima belas kelas.

Pada bulan Januari tahun 2002, jumlah pelajar di SJK (C) Kuo Kuang 1 adalah

sebanyak empat ribu tujuh ratus empat tujuh puluh enam orang. Pihak sekolah

mengadakan seratus lima belas kelas.

Pada bulan Januari tahun 2003 pula, jumlah pelajar di SJK (C) Kuo Kuang 1

adalah sebanyak empat ribu sembilan ratus satu orang.

Pada 5 Januari tahun 2004, jumlah pelajar di SJK (C) Kuo Kuang 1 adalah

sebanyak empat ribu sembilan ratus tiga puluh enam orang. Bilangan guru adalah

sebanyak dua ratus lima orang. Pihak sekolah membuka seratus lima belas kelas untuk

menampung 4936 orang murid. Bermula dari tahun ini, pihak sekolah telah memulakan

sistem Kad ID untuk memudahkan guru-guru menandatangani kedatangan harian.

Kemudahan teknologi juga telah diperkenalkan kepada guru-guru iaitu menggunakan

‘scanner’ apabila membuat soalan ujian dan peperiksaan yang mempunyai gambar.

Pencapaian Sekolah Kuo Kuang dalam sukan sungguh cemerlang. Pada bulan

Mei 2004, adik Cheah Yean Yean memperolehi anugerah olahragawati terbaik peringakta

MSSM kategori murid perempuan bawah 12 tahun. Pada bulan Ogos pula, seramai 7

orang pemain bola tampar sekolah telah dipilih untuk mewakili Negeri Johor dalam

10

pertandingan bola tampar peringkat MSSM. Mereka telah berjaya mengharumkan nama

sekolah dan negeri setelah memenangi tempat pertama dalam kejohanan tersebut.

Kecemerlangan sekolah terbukti lagi apabila keputusan UPSR 2004 diumumkan.

Sekolah Kuo Kuang mempunyai 43 orang pelajar yang memperoleh 7A. Keputusan ini

amat menggembirakan para guru sekolah dan ibu bapa memandangkan hanya 37 orang

murid yang memperoleh 7A pada tahun sebelumnya.

Pada Januari 2005, bilangan murid yangmendaftar adalah sebanyak 4815 orang.

Jumlah kelas yang dibuka pula sebanyak 112 kelas manakala bilangan guru yang

mengajar adalah sebanyak 192 orang.

1.2 Pernyataan Masalah

Ibu bapa cendurung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina, apakah

faktor-faktor yang mendorong ibu bapa berbuat demikian. Antara faktor-faktor yang

akan dikaji ialah faktor minat, faktor kemudahan, faktor kedudukan sekolah, faktor sikap

guru, dan faktor sistem pengajaran guru.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti sama ada faktor pengaruh persekitaran mempengaruhi ibu bapa

memilih SJK (C) Kuo Kuang 1.

2. Mengenalpasti sama ada faktor minat mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C)

Kuo Kuang 1.

11

3. Mengenalpasti sama ada faktor sikap guru dan sistem pengajaran guru sekolah

mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang 1.

4. Mengenalpasti sama ada faktor kemudahan mempengaruhi ibu bapa memilih SJK

(C) Kuo Kuang 1.

5. Mengenalpasti sama ada faktor ko kurikulum mempengaruhi ibu bapa memilih

SJK (C) Kuo Kuang 1.

6. Mengenalpasti sama ada faktor disiplin mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C)

Kuo Kuang 1.

7. Mengenalpasti sama ada faktor harapan mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C)

Kuo Kuang 1.

1.4 Persoalan Kajian

Daripada kajian ini, diharap akan dapat menjawab beberapa persoalan yang akan

dikemukakan iaitu:

1. Apakah faktor pengaruh persekitaran mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C)

Kuo Kuang 1?

2. Apakah faktor minat mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang 1?

3. Apakah faktor sikap guru dan sistem pengajaran guru mempengaruhi ibu bapa

memilih SJK (C) Kuo Kuang 1?

4. Apakah faktor kemudahan mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang 1?

5. Apakah faktor ko kurikulum mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang

1?

12

6. Apakah faktor disiplin mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang 1?

7. Apakah faktor harapan mempengaruhi ibu bapa memilih SJK (C) Kuo Kuang 1?

1.5 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas ibu bapa pelajar SJK (C) Kuo Kuang 1. Keputusan

penyelidikan ini adalah bergantung kepada keikhlasan dan kefahaman responden semasa

menjawab item-item dalam soal-selidik dan juga jumlah pulangan soal-selidik yang

diterima.

1.6 Kepentingan Kajian

Adalah diharapkan hasil dari kajian ini dapat memberi panduan kepada beberapa

pihak seperti:

i) Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka sistem pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai kepada para guru sekolah rendah kebangsaan. Pihak

kementerian juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk memperbaiki kelemahan

dan kekurangan yang ada sekarang ini di sekolah rendah kebangsaan.

ii) Jabatan Pendidikan Negeri akan dapat menghantar nazir ke SJK (C) Kuo

Kuang 1 bagi melihat sistem pengajaran guru dan sistem pentadbiran sekolah.

iii) Guru-guru sekolah kebangsaan supaya dapat mencontohi sistem pengajaran

guru SJK (C) Kuo Kuang 1 yang berkesan.