Teknik Main Peranan

71
SGDK 3213 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH: EN.ABU HASSAN BIN OTHMAN

description

kaeadah mengajar bahasa melayu

Transcript of Teknik Main Peranan

Page 1: Teknik Main Peranan

SGDK 3213 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH:

EN.ABU HASSAN BIN OTHMAN

Page 2: Teknik Main Peranan

NAMA AHLI KUMPULAN F:NIK SYUKRIAH BINTI NIK MUSTAFA

205209

AMIRATUL FATIN BINTI IBRAHIM

208721

NOOR RASHIDAH BINTI ISMAIL

205208 ROZIANA BINTI

MAKMUR 205285

FAZILAH BINTI ROSLE

205311

NAMA AHLI KUMPULAN :

Page 3: Teknik Main Peranan

PENDEKATAN PROSES

Page 4: Teknik Main Peranan

SKOP PEMBENTANGAN1.0 PENDAHULUAN

2.0 DEFINISI

3.0 CIRI-CIRI PENDEKATAN PROSES

2.0 PERINGKAT PENDEKATAN PROSES

3.0 TEKNIK PENULISAN KARANGAN

4.0. JENIS PERENGGAN PENDAHULUAN

5.0 JENIS PERENGGAN ISI

6.0 PERENGGANPENUTUP

7.0 PELAKSANAAN PENDEKATAN PROSES

8.0 KELEBIHAN

9.0 KEKURANGAN

10.0 CARA MENGAJAR PENULISAN KARANGAN

11.0 PENUTUP

SKOP PEMBENTANGAN !!!

Page 5: Teknik Main Peranan

PENGENALAN

Pendekatan proses sangat sesuai dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

menulis dalam kalangan pelajar. Ia bukan sahaja mampu mengekalkan motivasi tetapi juga

berupaya membantu pelajar bertanggungjawab atas kerja-kerja mereka. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pelajar terhadap strategi komunikatif dan kehendak-

kehendak pembaca

PENDAHULUAN

Page 6: Teknik Main Peranan

Definisi Pendekatan

•Menurut Edward M. Anthony (1963), menyatakan bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI PENDEKATAN

Page 7: Teknik Main Peranan

Definisi Proses• Proses didefinisikan sebagai beberapa perbuatan berperingkat-peringkat

yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Kamus Pelajar Edisi Kedua)

• Proses didefinisikan juga sebagai suatu aturan, kaedah siri perubahan

atau kejadian, memproses dan menguruskan.

(Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Edisi Keempat – Joyce M.Hawkins)

• Proses adalah istilah yang menunjukkan perubahan langkah demi

langkah dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah yang

dihadapi.

DEFINISI PROSES

Page 8: Teknik Main Peranan

Definisi Pendekatan Proses

• Pendekatan yang menekankan proses mengarang, bukan hasil penulisan terakhir.

• Biasanya, penulis berlatih menulis draf, menyemak, mencipta dan mengkritik berulang kali.

• Pendekatan ini menyarankan supaya pelajar menyedari hakikat bahawa sesuatu yang telah dapat ditulis itu bukanlah bererti ia sudah cukup sempurna tetapi ia masih boleh dibaiki melalui proses penulisan yang betul.

(Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997)

Page 9: Teknik Main Peranan

Ciri-ciri Pendekatan Proses

• Tajuk yang ingin ditulis terserah kepada pelajar.

• Pengajaran mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar.

• Pelajar mempunyai kebebasan apabila hendak memulakan penulisannya.

• Peringkat pra penulisan melibatkan perbincangan dan membuat catatan

yang perlu.

• Pelajar mengetahui audiens yang akan membaca penulisannya.

(Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,

1997)

Page 10: Teknik Main Peranan

Peringkat-peringkat Pendekatan Proses

Terdapat tiga peringkat dalam menulis atau mengarang iaitu:

• Pendekatan proses untuk tiga tahap• Pendekatan proses mengarang untuk empat

tahap• Pendekatan proses untuk pelbagai tahap

Page 11: Teknik Main Peranan

Pendekatan Proses Untuk Tiga Tahap

Page 12: Teknik Main Peranan

• Menurut Baugh(1975), telah menyenaraikan proses menulis kepada tiga tahap:

1) Langkah pertama: Prapenulisan (Prewritting)

- Kenal pasti dan menyatakan tujuan- Kenal pembaca- Sediakan ruang lingkup perbincangan- Jalankan penyelidikan latar belakang dan

mendapatkan data- Objektif: mengenal subjek untuk mendapat

gambaran yang jelas tentang subjek yang akan ditulis

Page 13: Teknik Main Peranan

Susun data yang diperolehi dan membuat rangka kasar karangan Catatkan rancangan penulisan Tuliskan draf yang pertama Objektif: untuk memberi perincian, penghuraian, penjelasan dan sokongan tentang apa yang ditulis

2) Langkah kedua: Menulis (Writting)

Page 14: Teknik Main Peranan

Sunting dan tulis semula draf pertama dengan jelas, baik nadanya, ringkas dan tepat. Periksa kesalahan nahu,ejaan dan kesalahan yang tidak disengajakan Pastikan salinan terakhir bebas daripada kesan padam,tanda pangkah,kotoran dan sebagain Objektif: untuk membaiki atau memperelokkan (jika perlu) apa yang telah ditulis

3)Langkah ketiga: Menyemak (Revising)

Page 15: Teknik Main Peranan

TEKNIK PENULISAN KARANGAN

Page 16: Teknik Main Peranan

1) Penulisan perenggan pendahuluan • Memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk

yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak faham.

Teknik Penulisan Karangan

Page 17: Teknik Main Peranan

2) Penulisan perenggan isi

•Isi hendaklah disusun dengan teratur, bersistematik dan berkait antara satu dengan yang lain.• Satu isi ditulis dalam satu perenggan dan dikembangkan.

Page 18: Teknik Main Peranan

3) Penulisan perenggan penutup

Penutup harus memberi kepuasan kepada pembaca. Penutup adalah kesimpulan atau akhiran sesebuah karangan atau cerita.

Page 19: Teknik Main Peranan

Jenis-jenis Perenggan

Pendahuluan

Page 20: Teknik Main Peranan

Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan, iaitu:

a. Pendahuluan jenis definisi.b. Pendahuluan jenis pendapat.c. Pendahuluan jenis situasi/suasana.d. Pendahuluan jenis persoalan.d. Pendahuluan jenis peribahasa.

Page 21: Teknik Main Peranan

Pendahuluan karangan jenis situasi/suasana:

-Menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

CONTOH

Page 22: Teknik Main Peranan

Contoh Pendahuluan:

Sebagaimana, yang kita ketahui, kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini. Jika kita dapat hidup dalam keadaan yang bersih dan selesa, maka kita dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita dengan baik dan sempurna. Kebersihan kawasan sekitar, sememangnya akan mendatangkan faedah dalam kehidupan kita. Menurut kajian, kebersihan negara kita semakin tahun semakin menurun. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang penting untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Page 23: Teknik Main Peranan

Jenis-jenis perenggan isi

Page 24: Teknik Main Peranan

Terdapat 3 jenis perenggan isi:

a) Perenggan deduktifb) Perenggan induktifc) Perenggan gabungan induktif dan deduktif

Page 25: Teknik Main Peranan

Contoh perenggan isi jenis deduktif:

Pertama sekali, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan rumah sejak kecil lagi kerana “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong dalam keluarga sekurang-kurangnya sekali sebulan. Hal ini bukan sahaja dapat membersihkan kawasan rumah, malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melalui aktiviti gotong-royong, anggota keluarga akan bekerjasama membersihkan rumah “bagai aur dengan tebing’. Secara tidak langsung, sikap bekerjasama dapat ditanam dalam kalangan anggota keluarga. Pendek kata, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan kebersihan kawasan sekitar.

Page 26: Teknik Main Peranan

Penutup

Page 27: Teknik Main Peranan

• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan.

• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.

• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.

• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan untuk bahagian penutup ini.

Page 28: Teknik Main Peranan

Contoh perenggan penutup :

Tuntasnya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar supaya kita dapat hidup dalam keadaan bersih dan selesa. Selain itu, penyakit berjangkit yang tidak diingini pula boleh dielakkan dan kesihatan masyarakat akan terjamin. “Bersatu teguh bercerai roboh”, marilah kita bersama-sama menjaga kawasan sekitar dan meningkatkan imej negara Malaysia sebagai negara yang bersih di mata dunia.

Page 29: Teknik Main Peranan

Prosedur Mengajar Menggunakan

Pendekatan Proses

Page 30: Teknik Main Peranan

• Antara langkah-langkah adalah seperti berikut:

1) Pelajar menulis sendiri mengikut apa yang terlintas di hatinya dan bebas menulis sebanyak mana yang dikehendaki.

2) Pelajar Menulis draf yang pertama.

3) Konferens guru dengan pelajar.

Page 31: Teknik Main Peranan

4) Pelajar menulis draf kedua.

5) Konferens semula.

6) Guru membaca draf sambil menyemak maklumat yang ditulis dan ketepatannya.

Page 32: Teknik Main Peranan

7) Guru memberi isyarat seperti memaklumkan hasil tulisan itu telah baik dan konferens dihentikan.

8) Hasil penulisan diterbitkan atau dipamerkan.

9) Hasil penulisan pelajar dihantar kepada guru.

10)Guru mengembalikan kepada pelajar hasil penulisan.

Page 33: Teknik Main Peranan

Kelebihan Pendekatan Proses

Page 34: Teknik Main Peranan

• Pelajar menguasai kemahiran secara berperingkat-peringkat.

• Kesilapan dapat dielakkan seawal mungkin.• Pelajar Menguasai kemahiran menulis

karangan, bukan isi karangan sahaja.

Page 35: Teknik Main Peranan

Kelemahan Pendekatan Proses

Page 36: Teknik Main Peranan

• Pengajaran karangan menjadi aktiviti yang berulang-ulang akan mengambil masa yang lama.

• Tumpuan kepada perkembangan isi berkurangan berbanding dengan peningkatan kemahiran menulis.

Page 37: Teknik Main Peranan

Cara Mengajar Penulisan

Karangan…!!!!

Page 38: Teknik Main Peranan

Kesimpulan

• Tegasnya pendekatan proses adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran penulisan khususnya karangan.

• Ia mampu memupuk kemahiran menulis secara beransur-ansur mengikut keupayaan pelajar yang perlu dilatih secara beransur-ansur juga.

Page 39: Teknik Main Peranan

TEKNIK MAIN PERANAN

Page 40: Teknik Main Peranan

NAMA AHLI KUMPULAN F:

Amiratul Fatin Ibrahim (205721) Nik Syukriah Binti Nik Mustafa (205209 Noor Rashidah Binti Ismail (205208) Fazilah Binti Rosle (205311) Roziana Binti Makmur (205285)

Page 41: Teknik Main Peranan

SKOP PEMBENTANGANPengenalanDefinisi Teknik Main Peranan Latar Belakang Teknik Main PerananMatlamat Teknik Main PerananCiri-ciri Teknik Main PerananJenis-jenis Teknik Main Peranan Pelaksanaan Teknik Main PerananKelebihan Teknik Main PerananKelemahan Teknik Main PerananKesimpulan

Page 42: Teknik Main Peranan

PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Page 43: Teknik Main Peranan

Smbg…Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar

teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Page 44: Teknik Main Peranan

DEFINISI TEKNIK

Teknik itu ialah apa yang dapat dilihat dan diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Azman Wan Chik, 1987)

Teknik atau satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. (Edward M. Anthony, 1963)

Teknik bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri (spt. Jentera, kenderaan, bangunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010)

Page 45: Teknik Main Peranan

DEFINISI TEKNIK MAIN PERANAN

Satu teknik dimana pelajar melakonkan sesuatu situasi atau masalah yang dianggap penting.

Main peranan juga dikatakan sebagai dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip dimana pelajar itu sendiri cuba untuk menjelaskan situasi kepada para pelajar yang lain berpandukan peranan yang diberikan oleh guru.

Teknik yang melibatkan gambaran–gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip.

Pengalaman secara spontan

Page 46: Teknik Main Peranan

Main peranan juga merupakan aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. 

Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

Dalam aktiviti main peranan setiap murid yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan.

(Teknik pengajaran dan pembelajaran, 1992)

Page 47: Teknik Main Peranan

Shaftel &

Shaftel( 1985)

Main peranan menyediakan peluang penerokaan yang lebih luas dimana individu yang terlibat akan dilatih untuk menjadi lebih peka dengan perasaan orang disekelilingnya melalui respon spontan dan tindak balas dalam sebuah aktiviti yang berbentuk perbincangan dalam kumpulan.

Page 48: Teknik Main Peranan

LATAR BELAKANG TEKNIK MAIN PERANAN

Unsur main peranan ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 3000 Sebelum Masihi lagi iaitu di negeri China.

Permainan itu dikenali sebagai “Wei-Hai” yang digunakan sebagai sebahagian daripada latihan peperangan.Permainan seperti ini juga dikenali sebagai “Go” di negeri Jepun.

Permaianan “chess” atau catur juga dianggap sebagai mempunyai unsur main peranan kerana setiap buah catur mewakili watak atau peranan dalam tentera atau negara.

Page 49: Teknik Main Peranan

Pada tahun 1960-an, unsur permainan ini telah berkembang ke bidang pendidikan di Barat, terutamanya dalam perkaedahan mengajar mata pelajaran Pengurusan dan Perniagaan.

Pada masa sekarang, bentuk permaiann seperti “Bingo”, “Domino”, “Monopoli” dan sebagainya dapat dianggap sebagai mempunyai unsur main peranan.

Berdasarkan bentuk permainan seperti inilah maka main peranan diperkembangkan menjadi unsur pendidikan yang menarik di sekolah.

Smbg…

(Mohd. Dahalan Mohd. Ramli, 1994)

Page 50: Teknik Main Peranan

MATLAMAT TEKNIK MAIN PERANAN

d) Memberi latihan kepada murid melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu

situasi.

b) Murid berasa prihatin dan memahami masalah orang

lain.

a) Memberi peluang kepada murid melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas

mengikut situasi watak yang dimainkan.

c) Murid berpeluang membicangkan dan

memikirkan masalah diri sendiri, dengan itu murid

dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam.

(Mohd. Dahalan Mohd. Ramli, 1994)

Page 51: Teknik Main Peranan

MATLAMAT TEKNIK MAIN PERANAN

h) Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang

bernas.

g) Membantu murid yang bersifat pendiam mengambil

bahagian dalam aktiviti, di samping membina keyakinan

diri.

e) Membolehkan murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk

masalah sosial.

f) Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu atau

mata pelajaran lain disampaikan dalam bentuk

yang menarik dan berkesan.

Smbg…

(Mohd. Dahalan Mohd. Ramli, 1994)

Page 52: Teknik Main Peranan

CIRI-CIRI TEKNIK MAIN PERANAN

Pelajar sebagai pelakon

Menggalakan komunikasi yang

berkesan

Melakonkan bahagian yang penting sahaja dalam sesuatu

peristiwa

Tidak melibatkan skrip

Guru hanya sebagai

pembimbing

Dilakonkan secara spontan

Page 53: Teknik Main Peranan

JENIS-JENIS TEKNIK MAIN PERANAN a) Memperihal

Tujuan : Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu cara berkomunikasi untuk memperihal sesuatu situasi. Masalah atau proses.

Contoh : Anak meminta kebenaran ibu atau bapa untuk berkelah.Pelaksanaan : Guru meminta beberapa orang murid memainkan peranan anak, ibu dan bapa. Plot dan dialog

disediakan sebelum berlakon.

Implikasi : i) Tidak ada penglibatan emosi dalam kalangan peserta main peranan. ii) Murid memahami situasi yang ingin diketengahkan oleh guru.

Tindakan susulan : Guru hanya membetulkan kesilapan fakta jika ada.

Page 54: Teknik Main Peranan

b) DemonstrasiTujuan : Mendemonstrasikan sesutu supaya ia dapat dicontohi oleh

murid (role model).Contoh : i) Bagaimana seseorang memberi salam kepada orang yang

lebih tua. ii) Guru mengajar cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.

Pelaksanaan : Demonstrasi dijalankan oleh guru, murid atau orang luar tentang sesuatu situasi.

Implikasi : i) Penglibatan emosi dalam kalangan murid ialah minimum.

ii) Tumpuan murid adalah kepada teknik yang ditunjukkan.

Tindakan susulan : Guru memastikan murid dapat mengesan tingkah laku yang diingini dan yang tidak diingini

dalam satu-satu situasi.

Page 55: Teknik Main Peranan

c) LatihanTujuan : Melatih murid tentang kemahiran-kemahiran tertentu.Contoh: Kemahiran berkomunikasi antara murid dengan guru,

jurujual dan guru besar. Pelaksanaan : i) Persediaan untuk main peranan jenis ini perlulah teliti dan terperinci. ii) Murid perlu memahami tentang peranan yang akan

dimainkan. iii)Murid diberi panduan tentang perkara yang perlu dan

tidak perlu dilakukan semasa main peranan. Implikasi : i) Murid yang memain peranan mungkin

beremosional, guru perlu mengawal keadaan. ii) Main peranan jenis ini mungkin dijalankan

berulang kali untuk membiasakan murid dengan sesuatu situasi. iii) Murid boleh mengalami tiga keadaan dalam main

peranan jenis ini, iaitu :

Page 56: Teknik Main Peranan

Smbg…Contoh 1Meletakkan murid dalam situasi memesan makanan daripada

jurujual.

Contoh 2Meniru perlakuan murid lain yang berlainan jantina, umur dan bangsa.

Contoh 3Meletakkan diri murid dalam peranan yang dia jarang alami seperti menjadi seorang jurujual, doktor, polis, pengerusi dan sebagainya.

Tindakan susulan : Lihat sama ada murid telah memperoleh atau tidak kemahiran-kemahiran yang dikehendaki. Sekiranya kemahiran tidak diperoleh, main peranan ini diulangi.

Page 57: Teknik Main Peranan

d) CerminanTujuan : Untuk menunjukkan kepada murid bagaimana tingkah laku

mereka dilihat oleh orang lain. Contoh : Murid memujuk emaknya membuat sesuatu untuknya. Implikasi : i) Murid dapat memahami tingkah laku yang sesuai

untuk satu-satu situasi. ii) Murid diberitahu objektif main pernaan tersebut tetapi tidak diberi arahan bagaimana mengatasi situasi. Murid belajar sendiri bagaimana hendak menghadapi satu-satu situasi. Hasilnya tingkah laku sebenar mereka akan dilihat.

Semasa tindakan susulan : Guru perlu menjelaskan mengapa sesetengah kata diluahkan. Perhatian juga dibuat ke atas kesan sesuatu perbuatan yang dihasilkan supaya murid memahami tingkah laku mereka sendiri.

Page 58: Teknik Main Peranan

e) Kepekaan Tujuan : Menyedarkan murid tentang perasaan mereka terhadap situasi atau orang lain. Contoh : i) Murid dipanggil oleh guru besar kerana melakukan

kesalahan di sekolah. ii) Murid ditahan oleh pihak polis semasa berjalan-jalan di

pasar. Implikasi: i) Murid memahami perasaan mereka semasa berada

dalam situasi baru. ii) Murid sedar tentang perasaan mereka dan dapat memahami perasaan orang lain dalam berbagai-bagai situasi.

Tindakan Susulan: Guru mengcungkil reaksi dan perasaan murid. Guru mungkin boleh memberitahu murid sama ada sesuatu

perasaan itu wajar atau tidak wajar bagi situasi yang mereka hadapi.

Page 59: Teknik Main Peranan

f) Mencipta/ MenyataTujuan : Untuk menggalakkan murid supaya mengembangkan pernyataan diri yang kreatif. Contoh : Lakonan berbagai-bagai situasi dalam bentuk drama kreatif. Implikasi : i) Murid berpeluang meluahkan perasaan mereka secara kreatif dalam satu-satu situasi. ii) Murid belajar kesilapan mereka secara tidak langsung

dari segi tutur kata. iii) Murid dapat menggunakan imaginasi mereka.

Tindakan susulan : Guru perlu membincangkan tingkah laku yang tidak baik jika ada. Guru memberi pujian kepada daya kreatif yang ditunjukkan oleh murid.

(Teknik pengajaran dan pembelajaran, 1992)

Page 60: Teknik Main Peranan

PELAKSANAAN TEKNIK MAIN PERANAN

a) Sebelum i) Menentukan tajuk

- Guru perlu memilih tajuk yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada, minat dan umur

murid. ii) Menyediakan kelas/ kumpulan

- Guru memberitahu situasi masalah dan apakah yang perlu dilakonkan? iii) Memilih peserta

-Guru menentukan peranan-peranan dalam situasi masalah dan murid berbincang serta membuat

persediaan untuk mainkan peranan.

Page 61: Teknik Main Peranan

iv) Menyediakan pemerhati-Semasa pemain peranan merancang, guru menyediakan murid-murid lain untuk menjadi pemerhati yang aktif. Guru memberitahu supaya murid-murid melihat apa yang berlaku, buat catatan aspek yang perlu dilihat iaitu dari segi interaksi, bahasa dan kemudian buat kesilapan.

Smbg…

Page 62: Teknik Main Peranan

b) Semasa Murid-murid memainkan peranan masing-masing.

Lakonan tidak seharusnya mengambil masa yang terlampau panjang atau terlampau pendek (15-30 minit). Guru hendaklah mengehadkan masa.

i) Perbincangan tentang lakonanPerbincangan boleh dijalanakn melalui dua cara, iaitu:

-Murid-murid berbincang dalam kumpulan. Ahli- ahlinya terdiri daripada mereka yang memain

peranan dan pemerhati.-Murid-murid berbincang dalam kelas secara menyeluruh.

Smbg…

Page 63: Teknik Main Peranan

ii) Lakon semula - Ia dijalankan jika perlu untuk membaiki atau memantapkan adegan tertentu untuk murid semula

dan membaiki lakonan mereka.

Smbg…

Page 64: Teknik Main Peranan

C) Selepas

i) Rumusan dan perbincangan

Guru menjalankan aktiviti untuk membantu murid-murid membuat rumusan berdasarkan perbincangan main peranan yang dilaksanakan. Perbincangan secara terperinci perlu dijlankan supaya guru dan pelajar dapat mengimbas kembali aktiviti yang telah dilaksanakan. Soalan yang biasa dikemukan terlebih dahulu ialah:

- Siapakah yang mengambil bahagian?- Siapakah yang tidak mengambil bahagian- Mengapa tidak?- Siapakah yang melakukan dengan baik?

Smbg…

Page 65: Teknik Main Peranan

ii) Memberi taklimat semula

Dalam teknik main peranan, taklimat semula sama penting dengan aktiviti main peranan itu sendiri. Oleh itu, sesi taklimat semula perlu dibentuk dengan hati-hati untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Smbg…

Page 66: Teknik Main Peranan

KELEBIHAN TEKNIK MAIN PERANAN

Menanam perasaan saling memahami dan menerima pendapat orang lain.

Melaksanakan pelajaran berpusatkan pelajar.

Pelajar dapat berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai.

Pelajar dapat menyusun pemikiran dan bertindak secara spontan kepada sesuatu situasi.

Meningkatkan daya keyakinan dan kreativiti pelajar.

Memberi peluang kepada pelajar menghayati situasi yang diberikan.

Page 67: Teknik Main Peranan

KELEMAHAN TEKNIK MAIN PERANAN

Kelemahan dalam strategi pengajaran

Masalah pengawalan kelas

Memerlukan masa yang panjang

Page 68: Teknik Main Peranan

Hanya melibatkan guru yang mempunyai kreativiti yang tinggi

Pelajar yang pasif kurang mengambil bahagian

Page 69: Teknik Main Peranan

KESIMPULAN• Pelbagai kaedah, teknik mahupun

pendekatan yang boleh digunakan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Malah, bahan-bahan pelajaran bahasa yang terdapat di sekeliling guru dapat mempelbagaikan situasi penyampaian untuk mengelakkan penggunaan teknik yang stereotaip.

Page 70: Teknik Main Peranan

• Penggunaan teknik yang betul dan kreatif dapat menarik perhatian pelajar serta memberi pengalaman berguna kepada mereka.

• Oleh demikian guru perlu mahir, berminat, menguasai pedagogi dan mempunyai latar belakang pengetahuan yang luas dan kukuh supaya tampil yakin di dalam kelas dan dapat menangani situasi kelas dengan sempurna

Page 71: Teknik Main Peranan