Teknik Menjawab Sejarah

download Teknik Menjawab Sejarah

of 53

  • date post

    26-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    41
  • download

    13

Embed Size (px)

description

sejarah

Transcript of Teknik Menjawab Sejarah

SMK JENGKA PUSAT 2

SMK JENGKA PUSAT 2TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2014

Oleh: Chegu Sejarah,Salehuddin bin Mohd Rokani

http://tanyachegusejarah.blogspot.com/Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah mengalami perubahan format peperiksaan.

Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam kertas 1 dan kertas 2.

Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji kepada calon peperiksaan. Calon perlu melaksanakan tugasan umum dan tugasan spesifik.

Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam kertas 2 dan kertas 3.

PENGENALAN CIRI-CIRI KERTAS 1Bersifat objektif.Konstruk yang diukur: pengetahuan, pemahaman, aplikasi & analisis.Jumlah soalan: 40 soalan dengan taburan (no 1-20 :ting 4, no 21-40: ting 5)Jumlah markah: 40 soalan.Wajaran: 30%.Masa menjawab: 1 jam.Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka pelengkap dua pilihan.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 1Soalan Aneka Pilihan:

Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah daripada kerajaan agraria menjadi kerajaan maritim? AKekurangan hasil pertanianBPerubahan dasar pentadbiran negaraCPenguatkuasaan undang-undang yang ketat.DKedudukan pelabuhan Oc Eo yang strategik.Sambungan..Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:

Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu?IPengasingan pendidikanIIPengurangan peluang pekerjaanIIIPeningkatan kadar pengangguranIVPembahagian kerja mengikut kaum

AI dan IIBI dan IVCII dan IIIDIII dan IVSambungan..Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.

Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh bagi setiap sub topik.

Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas ( 2009, 2010, 2011, 2012, 2013) kerana ia dapat membantu calon mengenal pasti bentuk dan trend soalan.

Kebanyakan soalan didahului dengan maklumat seperti pernyataan, rajah, gambar dsb. Anda perlu kaji maklumat tersebut dengan teliti.Strategi Menjawab Kertas 1Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu salah atau betul.Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang tidak tepat, 1 jawapan penganggu dan 1 jawapan yang tepat. Kenal pasti dan fahami kehendak soalan. Gunakan kaedah singkir/hapus.Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda terus pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti.

Sambungan..Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain.

Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan bijak.

Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan yang telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan.Sambungan..Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap tahun.

Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas.

Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40). Jika melepasi aras tersebut, barulah menjawab soalan latih tubi selanjutnya.

Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang betul adalah hampir sama, iaitu 10 ,tambah tolak 2. SPM 2013: A=9, B=12, C=9, D=10

SPM 2013:20 soalan= aras mudah, 12 soalan=aras sederhana, 8 soalan aras sukar.

Sambungan..Kenal pasti kata kunci soalan dan pengganggu soalan.

Kaedah ini membolehkan calon mengecilkan pilihan jawapan dengan menyingkirkan jawapan yang tidak tepat secara berhati-hati dan teliti.

Ini bermakna peluang calon mendapat markah/jawapan tepat semakin tinggi.

Dengan syarat, calon perlu menguasai keseluruhan sukatan pelajaran.

Kaedah ini sangat berguna bagi soalan aras sederhana dan sukar.

Kaedah singkir/hapus:10Contoh soalan: SPM 2013, no 30. Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah menjalin kerjasama dalam bidang politik. Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?

Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan MalayaMendapat bantuan kewangan daripada BritishGagal mendapat sokongan semua kaumMenang dalam pilihan raya majlis perbandaran

Kaedah singkir/hapus:Jawapan A adalah berkaitan dengan politik, tetapi kita KIV dahulu. Teruskan dengan meneliti jawapan lain.

Jawapan B tidak tepat kerana jawapan tersebut adalah berkaitan dalam bidang ekonomi sedangkan pengganggu soalan adalah berkaitan dengan bidang politik. HAPUS.

Jawapan C tidak tepat kerana dalam maklumat soalan telah dinyatakan kerjasama; bermaksud telah mendapat sokongan. HAPUS.

Pilihan jawapan yang tinggal ialah A dan D.Jawapan anda?

Kaedah singkir/hapusSPM 2013, no 13:13. Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami ajaran Islam. Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian?Menulis kitab agamaMendirikan madrasahMengamalkan sikap jujurMemuliakan kedudukan rajaJom cuba:SPM 2013, no 21.21. Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di Tanah Jajahan mereka di Asia Tenggara. Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?Pengekalan pemerintahan berajaPelantikan pembesar daerahPengenalan sistem uftiPentadbiran melalui biroJom cuba:BAHAGIAN A (STRUKTUR)Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.

Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang mengikut sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu soalan 1 & 2 =tingkatan 4 manakala soalan 3 dan 4 = tingkatan 5.

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2CIRI-CIRI KERTAS 2Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (sturktur) dan bahagian B (esei).Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, menilai dan menjana idea.Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40.Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah markah=60.Bahagian A: no soalan 1-2 =ting 4, no soalan 3-4=ting 5, bahagian B, no soalan 5-7 = ting 4, no soalan 8-11 =ting. 5Jumlah markah kertas 2= 100 markah.Wajaran: 50%.Masa menjawab: 2 jam 30 minit.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 2Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak soalan. Pastikan jawapan ringkas, padat dan tepat serta tidak tergantung/terlalu umum.

Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau fakta yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu memikirkan ketepatannya mahu pun peruntukan markahnya. Berikan lebih isi/fakta jika anda ingat atau mempunyai lebih masa.

Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan sedikit penerangan/huraian.

Sambungan..Sehingga kini kata tugas soalan seperti nyatakan, berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan, jelaskan dan sebagainya tidak memerlukan cara menjawab yang terperinci. Calon hanya menyatakan isi dan fakta yang berkaitan dengan fokus soalan.

Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain.

Sambungan..Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak iaitu 22 markah daripada 40 markah yang diperuntukkan.

Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan dan semakin banyak dalam pecahan soalan.

Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.

Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.

Sambungan..Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.

Sambungan..Ingat! Masa cadangan untuk menjawab soalan bahagian A adalah 30 minit. 1 soalan 15 minit. Perlu menjawab 4 soalan. Urus masa menjawab dengan baik.SambunganBAHAGIAN B (ESEI)Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.

Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan carta, jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (-50%)

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah 3 soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan tingkatan 5 (soalan 8-11). 1 soalan =20 markah.

Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau yang diyakini dapat banyak markah.

Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk merangka jawapan esei untuk mengelakkan kecairan idea/fakta dan juga sebagai panduan untuk menulis esei. Jangan hantar rangka jawapan.Sambungan..Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada fakta, huraian fakta serta contoh jika ada. Ini bermaksud setiap fakta mestilah disokong dengan huraian dan contoh. Dalam sesetengah kes, 50% akan ditolak jika fakta tanpa sokongan huraian.

Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT. Jangan jawab esei tergantung.Sambungan..Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1 perenggan merangkumi 1 fakta dan huraian-huraian serta contoh.

Esei tiada pengenalan dan penutup.

1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah, 1contoh=1markah.

Tahun tidak penting.

Boleh menggunakan kata singkatan yang dikenali: spt, yg, sgt, MU, PTM, AMDA dllSambungan..Ejaan tidak dipentingkan tetapi mestilah kemas dan teratur dan boleh dibaca oleh pemeriksa.

Tulis nombor soalan dan sub soalan.

http://padlet.com/wall/contohjwpneseisejspm

Sambungan..Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam pecahan soalan c dan dipec