TEKS JURUACARA sukan

9
TEKS JURUACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KELIMA SMK. BANDAR SRI DAMANSARA (1) 2008 (FAIZAH) Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Syed Razak bin Syed Long Al Sagoff , Yang Dipertua PIBG SMK. Bandar Sri Damansara (1). Off (Kompang) Yang Berusaha, Tuan Syed Razak bin Syed Long Al Sagoff Yang Dipertua PIBG SMK. Bandar Sri Damansara (1). Yang Berusaha, Dr. Chin Kok Goon Pengetua SMK. Bandar Sri Damansara (1) Pn. Siti Zubaidah binti Mohd. Said Penolong Kanan Pn. Azlina binti Mohd. Ali Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Jamaliah binti Hj. Yahya Zikri Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru, para ibu bapa serta hadirin yang dihormati sekalian Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali Kelima SMK. Bandar Sri Damansara (1) bagi sesi 2008. Hadirin sekalian, Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan perbarisan masuk kontigen-kontigen dari badan pengawas, unit-unit beruniform serta rumah-rumah sukan.

Transcript of TEKS JURUACARA sukan

Page 1: TEKS JURUACARA sukan

TEKS JURUACARAKEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

KALI KELIMASMK. BANDAR SRI DAMANSARA (1) 2008

(FAIZAH)Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Syed Razak bin Syed Long Al Sagoff , Yang Dipertua PIBG SMK. Bandar Sri Damansara (1).

Off (Kompang)

Yang Berusaha, Tuan Syed Razak bin Syed Long Al SagoffYang Dipertua PIBG SMK. Bandar Sri Damansara (1).

Yang Berusaha, Dr. Chin Kok GoonPengetua SMK. Bandar Sri Damansara (1)

Pn. Siti Zubaidah binti Mohd. SaidPenolong Kanan

Pn. Azlina binti Mohd. AliPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Jamaliah binti Hj. Yahya ZikriPenolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru, para ibu bapa serta hadirin yang dihormati sekalian

Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali Kelima SMK. Bandar Sri Damansara (1) bagi sesi 2008.

Hadirin sekalian,

Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan perbarisan masuk kontigen-kontigen dari badan pengawas, unit-unit beruniform serta rumah-rumah sukan.

Off ( Lagu marching)

Para hadirin sekalian,Kita tumpukan perhatian kepada upacara perbarisan dan lintas hormat yang sedang berlangsung .

Page 2: TEKS JURUACARA sukan

Perbarisan ini diketuai oleh Saudara/saudari …………………………., Olahragawati Sekolah bagi tahun 2007, diikuti oleh Kontigen Badan Pengawas yang membawa bendera Malaysia dan bendera Sekolah.

Kontigen yang berikutnya ialah daripada pasukan unit beruniform Kadet polis . Melangkah segak bergaya dengan uniform masing-masing, kontigen ini diketuai oleh …………………………………….. dengan kekuatan pasukan seramai ……….. orang.

Seterusnya, acara ini dimeriahkan dengan lintas hormat Pasukan Pengakap dengan motto mereka “Selalu Bersedia.” Pasukan ini diketuai oleh saudara ………………. dan mempunyai seramai …………..orang ahli.

Lintas hormat seterusnya ialah kontigen Kadet Remaja Sekolah dengan ahli kontigen seramai ..................... orang dan diketuai oleh saudara/saudari ......................................

Dengan kekuatan kontigen seramai .................. orang, pasukan yang sedang melakukan lintas hormat ini ialah pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah atau singkatannya PBSM. Pasukan yang berunifom serba putih ini diketuai oleh saudari Inez Lau.

Pasukan unit beruniform seterusnya ialah Persatuan Puteri Islam yang diketuai oleh saudari Nur Amalina binti Yaacob. Persatuan Puteri Islam membawa bendera dengan mottonya ............................

(LYNN)

Hadirin sekalian,

Lintas Hormat seterusnya ialah daripada kontigen rumah-rumah sukan.

Didahului dengan Rumah Saga dengan mottonya “ Saga Sedia Membara, Saga Boleh!”. Kekuatan kontigen seramai…………. orang lengkap berpakaian serba merah diketuai oleh ………………………

Kontigen seterusnya ialah Rumah Rusa. Rumah Kuning . “ Ceria, Canggih, Cemerlang” menjadi motto pada tahun ini. Dengan kontigen seramai …….. orang dan diketuai oleh …………………………..

Rumah Waja melangkah segak bergaya untuk melakukan lintas hormat. Dengan motto “ All For Waja” , pasukan ini diketuai oleh …………………………….. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan ini adalah juara keseluruhan bagi kejohanan sukan

Page 3: TEKS JURUACARA sukan

bagi tahun 2007. Kita akan sama-sama saksikan sama ada mereka berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut tahun ini.

Berikutnya, lambaian Wira gemilang yang diketuai oleh ………………………………..Dengan kekuatan kontigen seramai ………….. orang, pasukan ini sudah bersedia untuk menempa kecemerlangan tahun ini.

Acara lintas hormat dan perbarisan pada hari ini diakhiri oleh pasukan …………………………………………..

Page 4: TEKS JURUACARA sukan

(TUNGGU LAGU MARCHING HABIS)

(FAIZAH)

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan saudara Mohd. Yusof bin Roslan untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan

* Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd. Yusof

Para ibu bapa, guru-guru serta pelajar-pelajar sekalian. Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh saudari Soo Yun Chen, Olahragawati Sekolah bagi tahun 2007. Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera.

* Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput Pengetua SMK, Bandar Sri Damansara (1), Dr. Chin Kok Goon bagi menyampaikan amanat beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

* Majlis merakamkan ucapan terima kasih

(LYNN)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini , tibalah masa yang dinantikan iaitu perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali kelima SMK. Bandar Sri Damansara (1). Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Syed Razak bin Syed Long Al SagoffYang Dipertua PIBG SMK. Bandar Sri Damansara (1) untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan pada tahun ini.

Off Kompang

Page 5: TEKS JURUACARA sukan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Syed Razak bin Syed Long Al Sagoff di atas kesudian beliau untuk hadir dan seterusnya merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini.

Hadirin hadirat sekalian,(Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka dengan rasminya bermulalah Kejohanan Sukan Tahunan Kali Kelima SMK. Bandar Sri Damansara (1) bagi tahun 2008.

Namun begitu, bagi menyerikan lagi kejohanan ini dan juga sebagai pembakar semangat para atlet untuk bertanding, kita akan saksikan persembahan-persembahan yang hebat daripada Persatuan Silat Gayung, Kelab Taekwando, Wushudao dan juga Pasukan Sorak.

Dengan ini dipersilakan Persatuan Silat Gayung sekolah untuk mempersembahkan seni silat mereka. Sama-samalah kita saksikan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

(FAIZAH(

Seterusnya, kita akan saksikan persembahan daripada kelab waja diri Taekwando yang akan mempamerkan kehebatan seni mempertahakan diri mereka . Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Persembahan seterusnya ialah daripada Kelab Wushudao. Majlis mempersilakan Kelab Wushudao untuk mempamerkan persembahan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Kelab Wushudao.

Hadirin yang dihormati,Persembahan terakhir yang akan kita saksikan sebentar lagi ialah persembahan oleh Pasukan Sorak Sekolah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Hadirin sekalian,Denga berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah upacara perasmian pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang DiPertua PIBG, Tn. SYed Razak, Pengetua SMK. Bandar Sri Damansara (1) , para jemputan serta semua

Page 6: TEKS JURUACARA sukan

pihak yang telah sudi hadir bagi memeriahkan lagi upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali Kelima SMK. Bandar Sri Damansara (1). Sebentar lagi kita akan dapat menyaksikan pelbagai acara padang dan balapan. Sementara itu,pegawai-pegawai kejohanan diminta bersedia di tempat masing-masing.

PENGUMUMAN PERMULAAN ACARA

LYNN/ FAIZAH

Hadirin sekalian,

Acara yang akan dimulakan sebentar lagi ialah acara 1500m (Akhir) Terbuka Lelaki dan Perempuan,Lompat Jauh Akhir P1 dan Lompat Tinggi Akhir L2.

Kita beri tumpuan sebentar ke balapan kerana acara 100 m L1 akan bermula sebentar lagi

Acara yang bakal berlangsung ialah acara …………………

Acara seterusnya ialah …………………… yang akan bermula selepas ini.

PENGUMUMAN PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin sekalian,

Sebentar lagi akan diadakan majlis Penyampaian Hadiah Bagi Acara-acara yang telah dilangsungkan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput………………………..dengan diiringi oleh …………………untuk menyampaikan hadiah-hadiah.

Hadirin yang dihormati, Kita berikan tumpuan ke kawasan pentas utama kerana majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput………………………..untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Page 7: TEKS JURUACARA sukan

Bagi acara……………………….

Tempat ketiga dimenangi oleh……….Naib Johan jatuh kepada…………..Johan bagi acara……….. ialah

Tempat ketiga jatuh kepada………….Naib Johan……………..Johan…………..

.