Teks Majlis Amalan Terbaik

11
Tentatif TEKS MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 Tarikh : 26 .10. 2014 (Ahad) Masa : 8.00 malam Tempat : Hotel Impiana Ipoh Perak Butiran Penyampai Peringat an buat tetamu sebelum majlis Assalamualaikum w.b., Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Kita sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat kita pada hari ini. Pihak majlis amat mengharapkan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan agar berada di dalam dewan ini sehingga majlis ini selesai. Sila pastikan telefon masing-masing dalam mood senyap. Seterusnya mohon para hadirin berdiri sebagai menghormati tetamu kehormat kita pada hari ini iaitu Yang Berhormat Datuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia Sebaik sahaja tetamu kehormat kita melangkah masuk Sarah

description

Teks Majlis Amalan Terbaik

Transcript of Teks Majlis Amalan Terbaik

TentatifTEKS MAJLIS PERASMIANKONVENSYEN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tarikh : 26 .10. 2014 (Ahad)Masa : 8.00 malamTempat : Hotel Impiana Ipoh Perak

Butiran

Penyampai

Peringatan buat tetamu sebelum majlisAssalamualaikum w.b., Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.Kita sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat kita pada hari ini. Pihak majlis amat mengharapkan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan agar berada di dalam dewan ini sehingga majlis ini selesai. Sila pastikan telefon masing-masing dalam mood senyap.

Seterusnya mohon para hadirin berdiri sebagai menghormati tetamu kehormat kita pada hari ini iaitu Yang BerhormatDatuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1Kementerian Pendidikan MalaysiaSebaik sahaja tetamu kehormat kita melangkah masuk ke dalam dewan.

Seterusnya para hadirin juga diharapkan dapat berdiri dan menyanyikan lagu negaraku sejurus Yang Berhormat naik ke atas pentas dan berdiri.

Mohon kerjasama, tuan-tuan dan puan-puan Yang Dipertua Majlis Kaunseling Negeri Seluruh Malaysia untuk mengambil tempat di bahagian hadapan dewan.

Kerjasama warga dewan sekalian kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Sarah

Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1Kementerian Pendidikan Malaysia

Mazlan

Terima kasih . Para hadirin dipersilakan dudukMazlan

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.r. Salam satu Malaysia, dan Salam Perak Aman Jaya

Sayang merbah di pohon cemaraDi bawah sarang burung tempuaSalam sembah pembuka bicaraSelamat datang untuk semua.

Ke pekan kuala membeli nangka,Sayang pesanan terlupa sudah,Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

IKUT SOLUTASI

Warga Dewan Sekalian,

Yang jauh kami jemput dengan destarYang dekat kami jemput dengan tepak,Yang tiba kami sambut dengan senyuman

Berhimpun pepat kita di sini,Bagi meraikan KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Mazlan

Warga dewan yang dihormati sekalian Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini dalam Majlis Perasmian Konvensyen Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin Peringkat Kebangsaan 2014. Selamat datang ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Pihak majlis sangat berbesar hati atas kesudian yang berhormat datuk hadir ke konvensyen ini. Konvensyen ini merupakan peluang guru kaunseling dan disiplin bertemu dan berkongsi maklumat serta pengalaman bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan kaunseling dan disiplin di sekolah . Pengisian Konvensyen kali ini diperhebatkan dengan pembentangan peserta Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin. Konvensyen seupama ini julung kali diadakan. Dapatan daripada konvensyen ini diharap lebih berfokus kepada perkhidmatan membangunkan sahsiah diri murid secara berkesan dan cemerlang selari dengan Aspirasi Negara.Warga Dewan Yang dihormati sekalian,Bangunlah menjadi insan cemerlang Yang mampu melantun ke langit menjadi bintang Jatuh ke laut menjadi mutiaraDan terpasak ke bumi menjadi tiang

Terimalah tanggungjawab sebagai pendidik Mahupun berat dipikul ..yang pasti.Hadirmu di syukuri .pemergianmu ditangisi

Sarah

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.Untuk itu, majlis mempersilakan Al FadhilUstaz Azmil B. Idris untuk meminpin bacaan doa.

Mazlan

Amin Amin Yarabbal Alamin mudah-mudahan Program kita mendapat rahmat dari Allah SWT. Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al FadhilUstaz Azmil B. Idris atas pimpinan bacaan doa itu tadi.Sarah

Para hadirin yang hormati sekalianSedarilah bahawa ,tuhan tidak memberi apa yang kita mahu tetapi tuhan hanya memberi apa yang kita perluKita mahu senang tuhan bagi kita ujianKita mahu kejayaan tuhan bagi kita kekuatan untuk terus berusahaKita mahu pelajar yang baik dan bijak ..tetapi Tuhan bagi kita pelajar bermasalah untuk kita bantu mereka.

Mazlan

Warga Dewan Yang dihormati sekalian,

Ucapan penuh makna, bicara menyuntik semangatKata-kata yang berharga, kalam sarat nasihat

Pihak Majlis, menjemput dengan segala hormat dan sukacitanyaYang BerhormatDatuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAHPERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Mazlan

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang BerhormatDatuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1Kementerian Pendidikan Malaysia atas ucapan dan perasmian itu tadi

Sarah

Para hadirin yang dihormati, Sebagai tanda terima kasih atas kesudian menyempurnakan perasmian konvensyen itu tadi,, pihak majlis menjemput

Yang Berusaha Tn Hj Mohamed Yamin B. Mohamed Yusof Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berhormat Datuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

. Sekalong kasih sejambak budi. Terima kasih.Cenderamata itu tadi disediakan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan

Sarah

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Sempurnalah sudah majlis perasmian KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATANKAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAHPERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Pihak majis merakamkan ucapan Terimakasih dan sekalung penghargaan yang tidak terhingga terutama kepada Yang Berhormat Datuk Mary Yap Ken Ching, Timbalan Menteri Pendidikan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan semua pihak yang menjayakan majlis gilang gemilang ini

Mazlan

Yang awal pastikan berakhir,Yang mula pastikan berundurYang indah pastikan dikenang Yang diajar pastikan diamal

bersedialah menanti hari esok Sesi Pembentangan Amalan terbaik Kaunseling dan disiplin Selamat berkongsi ilmu

Bunga dedap di atas paraAnak dusun pasang pelitaKalau terrsilap tutur bicaraJemari disusun maaf dipinta.

Sekian Terima kasihWabilahhitaufik

TEKS UCAPAN ALU-ALUANPENGARAH PENDIDIKAN PERAK

KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN DI SEKOLAHPERINGKAT KEBANGSAAN2014

Tarikh : 28 .10. 2014 (SELASA)Masa : 10.30 PagiTempat : Hotel Impiana Ipoh Perak