Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

13
Teks Ucapan Guru Besar SK Bukit Rok Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rok Kali Ke-28 Tahun 2013 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Saudara Pengacara Majlis, Yang Behormat Senator Dato’ Muhammad Olian B Abdullah, Ahli Dewan Negara Yang Dihormati En. Lee Lai Cheng YDP PIBG SK Bukit Rok Yang Dimuliakan; - Tok Batin Kg Bukit Rok, En Mohamad B Nohing - Tok Batin Kg Ibam, En Raman B Mat - Tok Batin Kg Chuat, En Pigi B Amao Barisan Penolong-Penolong Kanan AJK PIBG Guru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Rok. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di kehadiran YB Senator Dato’ Muhammad Olian B Abdullah kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tidak lupa kepada ibu-bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi 1

Transcript of Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Page 1: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Teks Ucapan Guru Besar SK Bukit RokMesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rok Kali Ke-28 Tahun 2013

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.Saudara Pengacara Majlis,Yang Behormat Senator Dato’ Muhammad Olian B Abdullah, Ahli Dewan NegaraYang Dihormati En. Lee Lai Cheng YDP PIBG SK Bukit RokYang Dimuliakan;- Tok Batin Kg Bukit Rok, En Mohamad B Nohing- Tok Batin Kg Ibam, En Raman B Mat- Tok Batin Kg Chuat, En Pigi B Amao

Barisan Penolong-Penolong KananAJK PIBGGuru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah

kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia

ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 bagi Sekolah

Kebangsaan Bukit Rok. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan

terima kasih di kehadiran YB Senator Dato’ Muhammad Olian B Abdullah

kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tidak

lupa kepada ibu-bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada

pagi ini. Ibu-bapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa

yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin

hulurkan sejambak bunga tanda penghargaan kepada YDP PIBG,

Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah kerana telah dapat

merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

Terima kasih tidak terhingga daripada saya.

1

Page 2: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti

diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac dengan memilih dan melantik

AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Disamping itu

harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa

seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang

dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM.

Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG

sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan

guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan

dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama

dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan

pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan

perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat

(school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’

terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana,

kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan

guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA

GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah

menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di

sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan

yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :

2

Page 3: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa

Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran

sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan

yang lain dalam sekolah.

Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi

menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara

Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di

mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat

Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian

Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan

supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa

juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan

perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar

kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau

menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan

memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri

Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan

akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran,

sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Saya

Guru Besar SK Bukit Rok selaku ex-officio dan Penasihat PIBG

dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa

PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada

setiap masa.

3

Page 4: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Tuan-tuan dan Puan-Puan

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak

sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata

sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing.

Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan

sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang

telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik

Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu

bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan

mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan bayaran persekolahan

bagi Tahun 2013. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti

dihantar ke JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik

mungkin tanpa menimbulkankan masalah kepada pihak sekolah dan waris

murid-murid.

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai

inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini

termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program IM1S,

KSSR, PBS, MBM MBI dan di samping itu pelbagai bantuan khas juga

diberikan kepada murid-murid termasuk mereka yang berada di

prasekolah, asrama dan juga murid keseluruhan hendaknya. Transformasi

penilaian murid di masa kini telah ditukarkan. Pentaksiran sekolah telah

ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (yang dipanggil P.B.S)

dan sekarang ia telah dilaksanakan pada tahun1 hingga tahun 3.

Diharapkan ibu bapa mengambil berat makluman ini kerana tiada lagi

penomboran kedudukan kelas berasaskan individu dan penilaian yang

4

Page 5: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

dilakukan adalah berterusan dan tidak melangkaui bidang akademik

sahaja, malahan juga bidang kokurikulum , sahsiah dan juga emosi. Ingin

dimaklumkan di sin terdapat 6 band penggredan pengetahuan murid yang

dinilai berasaskan P.B.S iaitu Band 1 hingga Band 6. Band 1 (Tahu), Band

2 (Tahu dan Faham), Band 3 (Tahu, faham dan boleh buat), Band 4 (Tahu,

faham dan boleh buat dengan beradab), band 5 (Tahu, faham dan boleh

buat beradab terpuji), Band 6 ( Tahu, faham dan boleh buat beradab

mithali).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula

di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada

anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai

kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar

rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak

sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk

melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan

pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif

untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu

dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.

Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh

oleh pihak sekolah dan PIBG.

5

Page 6: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam

melonjakkan prestasi UPSR tahun ini. Pada tahun lepas keputusan UPSR

kita merosot sedikit daripada 56 % kepada 40 %. Walaupun begitu kita

berbangga kerana masih ada dua pelajar kita yang telah berjaya mendapat

4A 1B dan saya difahamkan mereka juga telah ditawarkan memasuki

MRSM Muadzam Shah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua

guru dan tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha

peningkatan akademik sekolah tanpa jemu.

Diharapkan untuk UPSR 2013, sekolah akan mencapai kejayaan yang

lebih gemilang lagi. Dalam melonjakkan pencapaian SK Bukit Rok

setanding dengan sekolah arus perdana yang lain, saya telah merancang

beberapa program untuk mengatasi pelbagai permasalahan di sekolah ini.

Diantara masalah yang paling membimbangkan saya adalah bilangan

murid yang yang kurang di dalam kemahiran membaca dan menulis.

Seramai sekitar 50 orang murid telah dikenalpasti daripada tahun 2 hingga

tahun 6 dan kami telah mengambil inisiatif melaksanakan kelas ‘bacalah

sayang’. Alhamdulillah, hampir 3 minggu kelas ini telah dijalankan atas

hasil kerjasama semua guru dan staf sokongan Sk Bukit Rok. Diharapkan

JK PIBG yang baru dilantik nanti sudi meluangkan masa bersama-sama

dengan kami membantu memulihkan murid-murid ini.

Perancangan saya yang kedua adalah meningkatkan keceriaan Sk Bukit

Rok samada di dalam mahupun di luar kelas. Saya benar-benar berharap

6

Page 7: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

agar sekolah ini mejadi ‘second home’ kepada murid kita dan kelas-kelas

selepas ini akan menjadi lebih kondusif dan sesuai dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran. Ini penting agar murid-murid gembira dan

seronok berada di sekolah. Namun perancangan ini memerlukan sumber

tenaga yang besar malahan kos pelaksanaannya juga memerlukan dana

yang besar juga.

Terdapat juga masalah kemudahan asas di sekolah ini yang benar-benar

memerlukan penambahbaikan. Sekolah ini sering mengalami masalah

putus air yang serius terutama di asrama. Walaupun telah dibina tangki

takungan air yang besar, namun masih tidak dapat digunakan lagi kerana

masalah enjin. Walaupun telah dimaklumkan kepada PAIP Daerah

(Pengurusan Air Pahang Daerah Bera) tetapi masih tiada tindakan lanjut.

Ia benar-benar mengganggu pembelajaran murid kita yang tinggal di

asrama tambahan pula mereka masih kecil lagi untuk memikirkan masalah

air.

Hadirin sekalian,

Dewan inilah tempat kita berkumpul dan pelbagai acara telah banyak

dilangsungkan di sini. Pada asasnya dewan ini ‘masih’ tidak boleh

dipanggil dewan kerana asalnya ia adalah kelas dan kemudahannya tidak

mencapai piawaian.

Oleh hal yang demikian, saya mewakili guru-guru dan murid-murid Sk Bukit

Rok ingin memohon YB Senator Dato’ apalah jua kiranya dapat diberikan

dana kepada pihak sekolah dalam menaik taraf kelas ini menjadi dewan.

Harap YB Senator Dato’ dapat menimbangkannya. Begitu juga kami ingin

7

Page 8: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

memohon sumbangan dana daripada YB Senator Dato’ dalam

melaksanakan program ‘Bacalah Sayang’ , dan juga program menaik taraf

kecerian sekolah ini. Diharapkan dengan sumbangan pihak YB Senator

Dato’ dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan dan kemudahan demi

kelansungan pengajaran dan pembelajaran murid orang asli di sini setaraf

dengan sekolah kebangsaan arus perdana yang lain.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Diharapkan tahun ini kepimpinan baru JK PIBG dapat membantu pihak

sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi

hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti

Program Motivasi, Kecemerlangan UPSR, Sukan, Hari Anugerah Sekolah

dan sebagainya. Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan

murid-murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima

kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana

menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan

tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam mendidik

anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan

murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih

besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan

jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan

anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan

yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan

kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah

menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah

amat membantu pihak sekolah.

8

Page 9: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di

sini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dato’

Muhammad Olian B Abdullah, Tok-Tok Batin dan tuan-tuan dan puan-puan

kerana sudi hadir pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas

dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti.

Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 ini akan

dapat berjalan lancar dan teratur.

Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.

9