TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk...
Transcript of TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk...
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA
KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-
PEKERJA AM SEMPENA KUMPULAN
PELAKSANA (MBK AM)
BIL. 1 TAHUN 2014
21 NOVEMBER 2014, 8.30 MALAM
HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
Yang Berusaha Puan Lok Yim Pheng
Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am
Yang Mulia Datuk Raja Noor Zaedah
Raja Ahmad
Setiausaha Pihak Pegawai MBK Am
Yang Berusaha Encik Mohd Mazlan Mohd
Shaari
Setiausaha Pihak Pekerja MBK Am
3
Ahli-Ahli Mesyuarat Pihak Pegawai
Ahli-Ahli Mesyuarat Pihak Pekerja
YBhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati
sekalian.
Pertama sekali, marilah kita sama-sama
memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya
kerana pada pagi ini kita dapat
bersama-sama dalam Mesyuarat MBK
bagi Pekerja-pekerja Am Dalam
Kumpulan Pelaksana Bilangan 1 Tahun
2014.
4
2. Dalam hubungan ini juga, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
semua Ahli Pihak Pegawai dan Pekerja
yang dapat menghadiri mesyuarat pada
hari ini.
3. Untuk makluman para hadirin,
mesyuarat pada hari ini adalah untuk
mencapai persetujuan bersama
berdasarkan kepada perbincangan
dengan semua pihak berhubung perkara
yang telah dibincangkan dalam
Mesyuarat Pre-Council pada 19
November yang lalu. Saya berharap
mesyuarat ini akan berjalan dengan
5
lancar, harmoni dan kita berupaya
mencari permuafakatan bagi
meningkatkan penyampaian
Perkhidmatan Awam.
EKSPEKTASI RAKYAT TERHADAP
PERKHIDMATAN AWAM
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
4. Pada masa ini, negara kita Malaysia
seperti mana negara-negara lain di
dunia, sedang menghadapi perubahan
persekitaran persaingan global yang
dinamik, terutama mendepani peralihan
6
dalam orde ekonomi global. Namun kita
bersyukur, dengan tekad dan usaha
bersungguh-sungguh semua penjawat
awam dalam mendukung kerangka
Program Transformasi Kerajaan atau
GTP dan Program Transformasi
Ekonomi atau ETP telah menghasilkan
respon yang dinamik, ke arah aspirasi
yang satu iaitu ingin menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.
5. Dalam pada itu, rakyat pada hari ini
mempunyai tahap pemikiran yang kritis
dan tajam untuk menilai prestasi
Kerajaan terutamanya terhadap
7
penjawat awam. Tuntutan utama
mereka ialah perubahan yang ketara
dalam urus tadbir negara. Ini
termasuklah proses yang lebih efektif
dan pantas dalam pelaksanaan dasar-
dasar yang jelas meletakkan
kesenangan dan kebajikan rakyat
sebagai keutamaan.
6. Sungguhpun keberhasilan dari
usaha gigih ini semakin menjadi
kenyataan, kita tidak boleh menjadi
leka dan tidak mengendahkan perihal-
perihal di luar jangka yang boleh
mencetus krisis.
8
7. Dalam keadaan seperti ini,
penjawat awam harus berada dalam
keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan
yang tinggi untuk membantu Kerajaan
mengambil tindakan segera dan
memberi penjelasan terhadap mana-
mana isu yang menjadi topik
perbicaraan umum, sebelum rakyat
dihidang dengan persepsi yang tidak
munasabah hingga mendasari sesuatu
tindakan yang tidak sewajarnya.
Tambahan pula dengan adanya
teknologi komunikasi yang berkembang
pesat, banyak perkara yang
disampaikan dengan pantas kepada
9
seluruh pelusuk rakyat, tanpa mengira
kesahihan sumbernya.
8. Sebagai contoh isu pelaksanaan
Cukai Barang dan Perkhidmatan atau
GST, isu kehilangan MH370, isu MH17
dan banyak lagi isu lain yang mendapat
perhatian secara langsung daripada
rakyat melalui informasi yang
disebarkan dalam media sosial seperti
whatsapp, facebook, telegram dan
sebagainya. Dalam pada itu, pelbagai
persepsi daripada masyarakat telah
diresapkan dengan tersebarnya
informasi seperti ini yang adakalanya
10
sengaja diada-adakan tanpa fakta yang
benar.
9. Janganlah kita pula yang menjadi
sebahagian daripada mereka yang tidak
bertanggungjawab ini untuk
meletakkan tekanan politik kepada
Kerajaan sebagai jalan untuk
mendapatkan sesuatu yang tidak
menguntungkan kita juga.
10. Oleh yang demikian, setiap
penjawat awam hari ini berdepan
dengan cabaran untuk mencari titik
keseimbangan antara membangunkan
kapasiti, ilmu pengetahuan, kemahiran
11
dan kompetensi yang baru.
Keberkesanan Perkhidmatan Awam
bukan sahaja terletak kepada
pelaksanaan sesuatu dasar semata-
mata, tetapi juga bergantung kepada
kejayaan berkomunikasi yang
menentukan sejauh mana penerimaan
masyarakat kepada sesuatu dasar itu
serta kemampuan menangani kesan-
kesan dari dasar tersebut.
11. Justeru itu, saya ingin mengajak
semua penjawat awam khususnya yang
hadir dalam mesyuarat pagi ini, untuk
membuat anjakan pemikiran, tindakan
dan aspirasi baharu serta mendepani
12
masa. Hasil dari kemahuan dan
kebolehan berfikir, bertindak dan
beraspirasi boleh melonjakkan
kreativiti, maka terhasillah inovasi
yang hebat. Dengan itu, perkhidmatan
awam akan menjadi satu institusi yang
bukan sahaja mempunyai pekerja yang
berdaya saing tetapi turut sentiasa
mencetus idea-idea baru, berdaya maju,
mempunyai mentaliti terpuji dan
mendepani masa, lantas dapat
memenuhi ciri-ciri warga sebuah
negara maju.
12. Saya ingin menekankan mandat
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
13
kepada penjawat awam melalui Ucapan
Bajet 2015 yang memberi fokus kepada
Ekonomi Keperluan Rakyat, iaitu
melalui strategi ketiga: Mengupaya
Modal Insan Dan Keusahawanan,
antara tindakan yang perlu
dilaksanakan ialah Memantapkan
Profesionalisme Perguruan dan
Prestasi Sekolah, Meningkatkan
Kebolehpasaran Graduan dan lain-lain
tindakan lagi.
13. Dua perkara ini saya sebut kerana
ia berkait dengan prestasi penjawat
awam secara langsung. Kita ingin
melihat guru-guru menjalankan tugas
14
dan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi dan amanah serta
menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pembangunan individu.
Perhatian bukan sahaja dari segi
akademik, tetapi juga secara
keseluruhan pembangunan individu
seperti akhlak, sahsiah diri dan
pemikiran.
14. Tindakan yang kedua ialah
mengenai kebolehpasaran graduan.
Kita sedar bahawa terdapat penjawat
awam yang mempunyai kelayakan
akademik yang lebih tinggi daripada
kelayakan skim perkhidmatan
15
hakikinya. Kita galakkan agar mereka
berusaha dan menjadikan jawatan yang
sedang dijawat sekarang sebagai
landasan untuk mereka membina
keyakinan diri dan menunjukkan
prestasi kerja yang hebat untuk terus
meningkat dan dapat menjawat
jawatan yang setara dengan kelayakan
yang diperolehinya itu, baik di sektor
awam mahupun di sektor swasta. Kita
tidak boleh berada di takuk lama dan
mengharapkan Kerajaan memberi
insentif atas kelayakan yang diperoleh
tanpa kompetensi menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang setara dengan
kelayakan tersebut.
16
PENGIKTIRAFAN KERAJAAN
TERHADAP PENCAPAIAN
PERKHIDMATAN AWAM
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian,
15. Dalam pada kita menekankan
tentang pencapaian dan produktiviti,
pihak Kerajaan tidak lupa mengiktiraf
usaha penjawat awam. Justeru itu,
dalam Ucapan Bajet 2015, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri turut
mengumumkan perkara-perkara
berikut:
17
i) penambahbaikan 232 skim
perkhidmatan untuk
meningkatkan keberkesanan
mutu penyampaian
perkhidmatan;
ii) had kelayakan pinjaman
perumahan dinaikkan daripada
had minimum RM80,000.00
kepada RM120,000.00, dan had
maksimum dinaikkan daripada
RM450,000.00 kepada
RM600,000.00, serta
kemudahan Perumahan
Penjawat Awam 1Malaysia;
18
vii) penambahbaikan Cuti Menjaga
Anak bagi mengimbangi
kerjaya dan kehidupan pekerja;
dan
viii) pemberian bonus setengah
bulan bagi meringankan beban
kenaikan kos sara hidup dan
menjaga kebajikan penjawat
awam terutama pada musim
awal persekolahan nanti.
16. Maka, trend pemberian kebajikan
yang dapat disimpulkan di sini ialah
Kerajaan melihat sesuatu pemberian
insentif itu secara menyeluruh. Begitu
19
juga kajian-kajian yang dijalankan yang
melibatkan tuntutan-tuntutan pihak
pekerja, tidak boleh tidak, kita melihat
sesuatu pemberian secara keseluruhan,
sama ada dari segi kemajuan kerjaya
atau pakej saraan. Pihak majikan akan
menilai sesuatu tuntutan itu dengan
mengambil kira implikasi terhadap
perkhidmatan lain. Adakalanya ia akan
melibatkan banyak pihak, justeru itu ia
memberi kesan implikasi kewangan
yang besar, yang mengakibatkan
sesuatu pemberian tersebut terpaksa
ditangguhkan atas sebab kekangan
kewangan negara.
20
17. Sungguhpun begitu, setiap
cadangan daripada Pihak Pekerja
dipertimbangkan mengikut merit yang
ditetapkan. Suka saya mengingatkan di
sini bahawa proses penambahbaikan
kebajikan penjawat awam
dilaksanakan secara berterusan.
Namun begitu, adakalanya juga
walaupun persetujuan dicapai di
peringkat dasar, Kerajaan boleh
memutuskan pelaksanaannya
ditangguhkan berikutan kemampuan
kewangan negara.
18. Justeru, saya amat berharap agar
Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja
21
bersifat profesional dalam proses
perundingan, dan bermusyawarah yang
banyak akan membantu menyelesaikan
isu-isu yang berbangkit serta saya amat
berharap Pihak Pekerja memahami
asas kepada keputusan bersama yang
dimuktamadkan.
EKSPEKTASI TERHADAP PEMIMPIN
KESATUAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian,
19. Menyentuh aspek perhubungan
majikan-pekerja Perkhidmatan Awam,
22
ingin saya menarik perhatian Ahli
Mesyuarat bahawa, Kerajaan telah
mewujudkan forum seperti Majlis
Bersama Jabatan dan Majlis Bersama
Kebangsaan sebagai satu pendekatan
dalam membentuk pemuafakatan ke
arah perhubungan majikan-pekerja
yang harmonis. Melalui forum ini
perkongsian pintar disuburkan melalui
proses rundingan bersama dan
sepakatan dalam menangani
permasalahan dan tuntutan Pihak
Pekerja.
20. Pemimpin Kesatuan merupakan
golongan yang dipilih berdasarkan
23
kredibiliti dan integriti oleh ahli-ahlinya
untuk menguruskan kesatuan. Mereka
berperanan penting sebagai
penghubung antara majikan dan
pekerja. Oleh itu, pemimpin kesatuan
perlu mengimbangi keperluan untuk
memenuhi kehendak pekerja, menilai
keberkesanan tuntutan dengan
pencapaian kerja dan menilai
keupayaan majikan.
21. Di sini saya memohon agar semua
wakil-wakil Pihak Pekerja supaya terus
berperanan secara aktif dalam
menyampai dan menyokong dasar-
dasar Kerajaan. Pemimpin Pihak
24
Pekerja perlu membuat kajian
terperinci serta perbandingan dan
melihat sesuatu tuntutan secara
holistik sebelum ia dikemukakan
kepada agensi pusat, bagi
mencerminkan kredibiliti pemimpin
kesatuan yang dapat memperjuangkan
tuntutan-tuntutan pekerja dengan
saksama.
22. Kesatuan Sekerja perlu berfungsi
sebagai pelengkap terhadap usaha
Kerajaan untuk melaksanakan
transformasi dalam Perkhidmatan
Awam dan negara. Hubungan majikan-
pekerja sektor awam perlu terus kekal
25
harmonis dan bersifat dinamik supaya
sentiasa dilihat relevan sebagai
pencetus agenda inovasi dan
produktiviti yang tinggi selaras dengan
hala tuju pentadbiran Kerajaan pada
masa kini.
23. Di kesempatan ini, saya amat
menghargai dan ingin mengucapkan
ribuan terima kasih atas sokongan
padu Pihak Pekerja kerana memberi
kerjasama erat dan telah bersama-
sama dengan Pihak Pegawai dalam
mendokong dasar-dasar Kerajaan
sebagai mana yang diharapkan.
26
PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
24. Agensi pusat iaitu JPA dan
Kementerian Kewangan sentiasa
memikirkan yang terbaik untuk
keseluruhan penjawat awam. Segala
tindak-tanduk yang dilaksanakan
adalah berpaksikan kepada menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai pekerja yang
berpendapatan tinggi. Pada masa yang
sama pihak majikan juga memastikan
sesuatu pemberian itu, baik dari segi
27
kemajuan kerjaya atau insentif
kewangan dilaksanakan secara adil,
iaitu adil kepada penjawat awam dan
adil kepada Kerajaan.
25. Akhir kata, saya berharap
mesyuarat pada hari ini akan berjalan
dengan lancar dan penuh
pemuafakatan demi memartabatkan
Perkhidmatan Awam secara
keseluruhan. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput YBrs. Puan
Lok Yim Pheng, Pengerusi Pihak
Pekerja MBK Am untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.