Teori Humanistik

3
Teori Humanistik Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasa berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua bidang, Rogers mengut pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang humanistik, yang meliputi ha pembelajaran yang bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif untuk perubahan. Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini ter dengan tingginya rasaingintahu anak apabila diberi kesempatanuntuk mengeksplorasi persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi humanistik. Di antara ciri-ciri Teori embelajaran Carl Rogers ialah engalaman ind fenomena-logikal yang dialami oleh indi!idu sendiri, "etiap indi!idu mempunyai kece dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan "etiap indi!idu membentu kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yang berbe#a dengan orang la prinsip pendekatan Teoriembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasa learn%. "elain itu, &mplikasi Teori embelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suas darjah yang kondusif dengan menjalankan akti!iti-akti!iti pengajaran dan pembelajar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam tersebut. "elain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kala serta memberi moti!asi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh- dalam akti!iti pengajaran dan pembelajaran.'uru perlu merancang akti!iti pengajaran kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya menin peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperole pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu ti moti!asi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar m menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam akti!iti sosial, dan seterusnya m aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan yang tertinggi.

description

upsi

Transcript of Teori Humanistik

Teori Humanistik Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasan-gagasannya berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua bidang, Rogers mengutarakan pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang humanistik, yang meliputi hasrat untuk belajar, pembelajaran yang bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif sendiri, dan belajar untuk perubahan. Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi dasar pendidikan humanistik. Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yang dialami oleh individu sendiri, Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yang berbeza dengan orang lain Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedon to learn). Selain itu, Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek atau benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya. Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I). Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir.

.