teori thornedike

25
Disediakan oleh: Disediakan oleh: MOHD KHOLID BIN SALLEH MOHD KHOLID BIN SALLEH

description

teori thornedike

Transcript of teori thornedike

  • Disediakan oleh:MOHD KHOLID BIN SALLEH

  • Pengenalan Teori ThorndikeAdalah hasil daripada kajian yang dikemukakan oleh Thorndike ( 1874-1949). E.L.Thorndike ( 1874 1949 ) ialah pelopor psikologi Amerika yang sentiasa dikaitkan dengan eksperimen yang digunakan dalam pelaziman operan.

    Beliau memperkenalkan pebelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dengan gerak balas. Thorndike telah membuat beberapa ujikaji dan daripada ujikaji-ujikaji itu beliau telah mencadangkan satu set prinsip menerangkan perubahan yang diperhatikannya dalam proses pembelajaran.

  • Dalam eksperimen beliau, Thorndike meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah sangkar. Makanan diletakkan di luar sangkar itu. Di dalam sangkar itu terdapat satu selak. Apabila selak ditekan, pintu sangkar akan terbuka. Kucing yang lapar itu melakukan pelbagai pergerakan ( secara cuba jaya ) lalu terpijak selak dan pintu terbuka.Kucing pun keluar lalu memakan makanan di luar sangkar tersebut.

    Selepas itu, kucing dimasukkan semula ke dalam sangkar. Sekali lagi, dengan cara cuba jaya kucing itu cuba keluar. Kali ini ia dapat menekan selak itu dengan lebih cepat yang membolehkannya keluar dengan cepat untuk mendapatkan makanan. Manakala gerak balas yang salah pula akan menyebabkannya terus terkurung.

  • Prinsip-Prinsip UtamaHukum kesediaan Hukum latihan; dan Hukum kesan

  • Hukum KesediaanApabila adanya bangkitan impuls yang kuat untuk sesuatu tindakan urutan maka kelicinan menjalankan urutan itu adalah memuaskan.Jikalau tindakan urutan dihalang, ini akan menimbulkan perasaan tidak menyenangkan.Jikalau tindakan itu mengakibatkan keletihan dan seseorang itu dipaksa mengulangi tindakan itu juga, ini akan menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.

  • Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Misalnya, seekor kucing perlu menyiapkan diri dan kukunya serta cara menghendap yang betul sebelum ia dapat melompat untuk menangkap seekor tikus. Pendek kata, kucing perlu mengatur dan menyusun segala gerakgerinya untuk tujuan menangkap tikus.Apabila konsep kesediaan ini digunakan dalam bilik darjah, seseorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak. Apabila dia bersedia untuk bertindak, tetapi tindakan itu tidak dilakukan, maka dia akan berasa kecewa. Sebaliknya, apabila murid belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa bertindak, dia juga akan berasa kecewa.Dalam hukum ini Thorndike menunjukkan bahawa kepuasan dan perasaan yang tidak menyenangkan itu bergantung pada keadaan kesediaan sesuatu organisma itu apabila sesuatu gerak balas itu berlaku atau hilang.

  • Hukum LatihanMerujuk kepada peneguhan perkaitan melalui latihan dan kelemahan perkaitan atau lupaan apabila latihan tidak diteruskan. Pengukuhan bererti bertambahnya kemungkinan yang gerak balas akan berlaku. Pengukuhan ini lebih kuat apabila situasi itu diulang dengan serta-merta. Kemudiannya Thorndike telah menyemak semula andaian ini. Ia telah mengemukakan yang pengukuhan dan kelemahan di dalam satu perkaitan antara rangsangan dan gerak balas semasa latihan bergantung kepada perasaan kepuasan atau kesan yang tidak menyenangkan.

  • Hukum KesanMenyatakan apabila sesuatu perkaitan itu diiringi dengan perasaan kepuasan, pengukuhannya bertambah; dengan ini bererti kemungkinan perkaitan itu berulang adalah besar. Sebaliknya apabila perkaitan itu diiringi dengan perasaan yang tidak menyenangkan, pengukuhan menjadi lemah.

  • Contoh Hukum KesanMisalnya, apabila seorang kanakkanak mengucapkan selamat pagi kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang sama. Pengalaman yang dialami akan diulangi. Sebaliknya, jika guru tidak mengendahkan amalan yang bersopan itu, kanakkanak berkenaan mungkan tidak akan mengulangi amalan itu ketika berhadapan dengan guru.Oleh itu hukum asas Thorndike ialah sesuatu organisma itu cenderung untuk mengulang sesuatu yang dahulunya memberi kepuasan dan mengelakkan sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh itu hasil yang menyenangkan selalunya mengukuhkan perkaitan antara gerak balas dan rangsangan.

  • Prinsip-prinsip SubsidiariPrinsip utama

    Menyatakan individu itu menggunakan pelbagaian gerak balas dalam situasi baru hingga dia dapat menyelesaikan masalah.

    Prinsip kedua

    Pengalaman awal, kepercayaan dan sikap individu itu menyebabkan set-set tertentu atau sesuatu predisposisi untuk menentukan apakah matlamat-matlamat yang dicari dan yang akan memuaskannya atau tidak.

  • Prinsip ketiga

    Thorndike percaya individu-individu ada keupayaan untuk memilih apa yang penting daripada unsure-unsur yang tidak bersabit di dalam satu situasi supaya dapat menentukan gerak balas yang sesuai.

    Prinsip keempat

    Thorndike berkata gerak balas individu kepada sesuatu situasi yang baru ditentukan oleh sejauh mana situasi itu serupa dengan situasi yang telah dialaminya.

    Prinsip kelima

    Thorndike percaya mana-mana satu gerak balas organisma itu boleh dikaitkan dengan sesuatu situasi yang organisma itu peka kepadanya.

  • Kepentingan Teori ThorndikeAdalah penting untuk pembelajaran di atas tiga sebab:menarik perhatian kepada kepentingan motivasi dan peneguhan di dalam pembelajaran.memberi sumbangan kepada pengenalan gerak balas yang akan dipelajari dan pemeringkatan gerak balas itu dari yang senang kepada yang sukar dalam semua pembelajaran yang berkesan. meletakkan penekanan ke atas pengesahan ujikaji.

  • Kelemahan Teori ThorndikeMempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:Konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.Sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan (rangsangan dan gerak balas) perlu diketahui sejak awal lagi.Teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstrak seperti kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.

  • Gerak Balas Anekasesuatu organisma berupaya menunjukkan pelbagai jenis gerak balas terhadap sesuatu keadaan tertentu.Apabila gerak balas yang betul ditunjukkan dan diberi ganjaran, pembelajaran akan terus berlaku.Prinsip ini menerangkan bahawa penyelesaian yang betul mungkin sukar diperoleh sekiranya organisma tidak berupaya menunjukkan pelbagai jenis gerak balas.

  • Sikapmenjelaskan bahawa sesuatu pembelajaran itu tetap dipengaruhi oleh sikap organisma tersebut.

    menentukan apa yang akan dibuatnya, apa yang boleh menimbulkan kepuasan, dan apa yang mendatangkan kepuasan.

  • Pemilihan Perkara-perkara Pentingseseorang murid berupaya membezakan unsur - unsur penting daripada unsur-unsur yang tidak penting.

    Keupayaan seperti ini membolehkan berlakunya pembelajaran yang analitis dan membantu murid menjada celik akal.

  • Pemindahan Berkaitmenjelaskan bahawa gerak balas yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan dapat dikekalkan dengan rangsangan yang baru.

    Contohnya, hadiah yang diberikan kepada seorang murid yang menunjukkan prestasi baik boleh digantikan dengan kata kata pujian.

  • Gerak Balas Melalui Analogidisamakan dengan asimilasi.

    Ini bermakna seseorang itu boleh bertindak balas dalam suatu situasi baru dengan menggunakan kemahiran yang sedia ada disertakan dengan tindakan yang baru.

  • Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Ini bermakna guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.

    pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna seseorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru. Contohnya, seseorang murid boleh menyelesaikan satu masalah matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. \

  • konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bili darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat, sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku.

    latihan dan pengulangan akan meningkatkan keerkesanan pembelajaran. Selain itu, ia boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid murid.

  • kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke arah pencapaian yang lebih baik. Guru perlu menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid murid.

    guru perlu menyediakan peluang untuk murid murid menikmati kejayaan agar mereka terustrdorong untuk belajar. Pastikan tugasan yang diberikan tidak terlalu tinggi aras kesukarannya. Kejayaan menyelesaikan sesuatu projek menimbulkan perasaan puas hati yang akan bertindak sebagai pendorong kepada murid-murid.

  • PENUTUPPada asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike yang telah dibincangkan merupakan sesuatu kajian pelaziman operan tahap primer ( primary instrumental conditioning ) , iaitu pembentukan gerak balas terlazim adalah berdasarkan peneguhan rangsangan tak terlazim yang berkaitan.Sebenarnya, teori pembelajaran Thorndike tidak dipanggil sebagai TeoriPelaziman Operan, tetapi dikenali sebagai Teori Rangsangan gerak Balas. Kajiannya pula disebut sebagai Pembelajaran Cuba Ralat. Bagaimanapun, gerak balas individu yang dipelajari dalam situasi eksperimen inmi adalah merupakan tingkah laku operan (instrumental behavior ) yang mempunyai cirri spontan.

  • Maka, kajian pembalajaran Thorndike, pada asasnya,boleh dikatakan sebagai pelopor pembelajaran pelaziman operan. oleh itu, ahli ahli psikologi merujuk kajian Thorndike sebagai kajian pelaziman operan diawah tahap primer,sebagaimana yang telah disebutkan.

    Sejak Teori Rangsangan Gerak Balas Thorndike diutarakan, psikologi yang lain menumpukanusaha mereka untuk menjalankan pelbagai kajian yang serupa. Sehingga kotak Skinner diperkenalkan pada tahun 1938, kajian terhadap pembelajaran pelaziman operan mula menjadi kajian yang semakin penting dalam bidang psikologi pendidikan.