Topik Panas Maths PMR Kertas II

18
Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua www.CikguRuhaifi.com Laporan Percuma!! ! ©2010 www.CikguRuhaifi.com  - Ruhaifi Razak 1

Transcript of Topik Panas Maths PMR Kertas II

Page 1: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 1/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Laporan Percuma!!!

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 1

Page 2: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 2/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

DisclaimerEbook “Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua” ini ditulis berdasarkan

pengalaman, pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali

untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian ebook ini dengan apa cara

sekalipun untuk tujuan menjualnya kembali.

Ebook ini diterbitkan dengan tujuan membantu para pelajar menengah rendah

khususnya pelajar tingkatan tiga 2010, para guru, guru tuisyen, ibubapa dan

sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui topik – topik yang sering

dijadikan soalan yang terkandung di dalam kertas dua (Matematik PMR).

Gaya dan istilah bahasa yang digunakan tidak terlalu berat dan tidak terlalu

ringan supaya mudah diterima golongan pelajar yang memerlukan bentuk

penyampaian mudah. Segala fakta dan pandangan hanyalah pandangan

peribadi penulis dan penulis amat mengalu – alukan sebarang kritikan dan

cadangan penambahbaikan daripada semua pihak terutamanya guru – guru

pakar matematik PMR.

Nota :

• Ebook ini adalah hakcipta terpelihara www.CikguRuhaifi.com• Anda BOLEH mengedarkannya kepada sesiapa sahaja dengan percuma.• Ebook ini TIDAK BOLEH diubahsuai ataupun dijual.• Sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan, sila kemukakan di

[email protected]

• Anda digalakkan mendaftar untuk mendapatkan info dan update terkinidi www.CikguRuhaifi.com/matematikPMR

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 2

Page 3: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 3/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Mengenai Penulis

Ruhaifi Razak atau lebih dikenali sebagai Cikgu Epi, telah mulamengajar kelas peperiksaan PMR secara serius bermula tahun 2004sehinggalah sekarang, dan mula mengajar tuisyen matematik sejak tahun 1998 lagi. Beliau bertugas sebagai guru di SMK Chanis, PahangDarul Makmur. Bermula bulan 5 Julai 2010, beliau bercuti selama duatahun untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di UiTMPuncak Perdana.

Sepanjang tempoh bertugas, beliau banyak terdedah dengan perbincangan, mesyuarat, 'in - house training', seminar dan pelbagai

lagi perkara yang berkaitan dengan ilmu pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya untuk pelajar menengah rendah (tingkatan satu sehingga tiga).

Pada pandangan beliau, pengalaman mengajar pelajar kelas akhir banyak membantu dirinyamemahami teknik penyampaian pengajaran yang lebih mudah diterima pelajar. Beliau berpendapat,semua pelajar berhak untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Cumanya, mereka mahuditunjukkan jalan yang jelas dan memerlukan kepercayaan serta sokongan kita.

Maka, terhasillah satu perkongsian ilmu melalui satu panduan dan laporan ringkas yang bertajuk “Topik Popular Matematik PMR Kertas Dua” edisi 2010. Beliau menyedari dan mengakui bahawa

segala panduan dan perkongisnnya bukanlah sempurna dan lengkap. Segala maklumbalas dancadangan amat diharapkan bagi memantapkan lagi usaha membantu pelajar lulus dan cemerlang didalam akademik.

Blog Rasmi : www.CikguRuhaifi.com

Facebook : www.facebook.com/RuhaifiAbRazak

Email : [email protected]

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 3

Page 4: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 4/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Isi Kandungan

Disclaimer .....................................................................................................2

Mengenai Penulis …......................................................................................3

Isi Kandungan …............................................................................................4

Pengenalan

Satu Perkongsian ..................................................….....................................5

Bab Satu

Faktor – Faktor Kertas Dua Digelar “Lubuk Markah” …..............................6

Bab Dua

18 Topik Popular Matematik PMR Bagi Kertas Dua …................................10

Bab Tiga

Tips Dan Triks Menguasai Topik Popular …................................................12

Penutup ….....................................................................................................18

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 4

Page 5: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 5/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

PENGENALAN

Satu Perkongsian

Lubuk Markah Soalan Matematik PMR 2010< Rahsia Kertas Dua kini Didedahkan!!! >

Berdasarkan Kajian Topik - Topik Popular 2005 - 2009

Pendedahan Kertas Dua Sebagai Lubuk Markah Soalan Matematik PMR

Pendapat ini adalah hasil pengalaman mengajar, pemerhatian terhadap modul soalan, kertas – kertassoalan ujian, soalan ramalan, soalan percubaan, dan soalan peperiksaan Matematik PMR 2005 – 2010. Paling penting ia juga diakui oleh rakan guru – guru yang pakar dalam subjek Matematik PMR.

Salah seorangnya adalah bekas guru matematik saya ketika saya masih di sekolah menengah padatahun 1996. Sehingga sekarang (2010), beliau masih aktif mengajar matematik PMR dan SPM.Saya dan rakan saya (beliau juga guru yang sangat pakar mengajar Matematik PMR) selalumenjemput bekas guru saya tadi untuk menyampaikan “Bengkel Teknik Menjawab SoalanMatematik PMR” kepada pelajar tingkatan tiga sekolah kami.

Apa yang didedahkan dalam bengkel satu hari (8.00 am – 5.00 pm) itu? Sudah tentu topik – topik yang perlu diberi penekanan dan teknik – teknik menjawab KERTAS DUA.

Semasa saya mula – mula mengajar subjek Matematik PMR, saya mendapat kelas yang agak lemah penguasaan Matematiknya. Rakan saya tadi, (kita panggil dia Cikgu Z) mengajar kelas palinglemah (kelas terakhir). Tetapi apabila keputusan peperiksaan PMR diumumkan, gred markah

pelajarnya lebih baik daripada gred pelajar yang diajar oleh saya. Lebih mengejutkan lagi, adaantara mereka yang memperolehi gred “A” bagi subjek Matematik walaupun bagi kebanyakkansubjek lain mereka GAGAL.

Sekali lagi saya tertanya – tanya, apakah rahsianya? Jawapan beliau mudah, habiskan sukatan

pelajaran dahulu, kemudian tumpukan latih tubi dan perbincangan skema jawapan KERTASDUA . Setelah pelajar menguasai kemahiran kertas dua, berilah tumpuan sepenuhnya pula kepadakertas satu. Bermula dari situlah saya mula mengkaji, bertanya dan memerhatikan corak soalan,topik – topik popular, dan kaedah pemarkahan bagi soalan kertas dua (terutamanya) dan kertas satu.Alhamdulillah, peratusan pelajar saya yang lulus meningkat dengan mendadak dan ada juga yangmemperolehi gred “A”. Kini, saya mahu anda pula mendapat faedahnya.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 5

Page 6: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 6/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

BAB SATU

Faktor – Faktor Kertas Dua Digelar “Lubuk Markah”.

Di sini saya senaraikan sebab – sebab kenapa kertas dua digelar lubuk markah :

1. Markah yang diwakilinya

Sehingga ebook ini ditulis, peperiksaan Matematik PMR masih mengekalkan format yang samaseperti di bawah.

Cuba kita perhatikan komponen KERTAS DUA. Markah yang diwakilinya adalah 60 %. Wah, banyak tu. Soalan cuma ada 20. Markah sampai 60. Memang berbaloi untuk menguasai kemahiranyang dikehendaki oleh kertas dua. Maka wajarlah jika kita memberi perhatian yang serius untuk mendapatkan markah yang terdapat di dalam kertas dua.

Jika anda hanya meletakkan 'target' untuk mencapai separuh daripada 60 markah yangdiperuntukkan, anda hanya perlu lagi 10 markah daripada kertas satu untuk lulus subjek Matematik.Bagaimana jika anda memang bersemangat waja (memang pun), dan anda mahu mencapai tahaptertinggi iaitu 60 per 60 markah. Tidak mustahil dan telah dibuktikan oleh ramai pelajar walaupunmereka daripada kelas biasa.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 6

KERTAS SOALANMATEMATIK PMR

KERTAS SATU

KERTAS DUA

- 40 Soalan Objektif

- Mewakili 40 Markah

- 20 Soalan Subjektif

- Mewakili 60 Markah

Page 7: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 7/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

2. Topik Yang Mudah Diramal

Soalannya hanya bertumpukan kepada 18 topik (bakal didedahkan dalam bab seterusnya) sahaja berbanding 29 topik keseluruhan daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga (Berdasarkancorak soalan 2005 – 2009). Ini memudahkan usaha kita memberi FOKUS kepada topik yang

berkaitan sahaja pada satu – satu masa.

3. Jumlah Markah Yang Besar Untuk Topik – Topik Tertentu

Setiap satu soalan memberikan antara dua sehingga lima markah. Setiap topik pula menghasilkanantara satu sehingga empat soalan setahun. Bayangkan markah yang ditawarkan oleh topik

berkenaan dan kita pula mampu menguasainya dengan baik. Faktanya, ada topik soalan tertentu(akan ditunjukkan dalam bab seterusnya) mewakili sehingga 9 markah setahun. Lumayankan?

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 7

Page 8: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 8/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

4. Terdapat Topik Yang Sama Dengan Kertas Satu

Ia ibarat kita membaling seketul batu tetapi mengena dua ekor burung sekaligus. Sambil kitamembuat ulangkaji topik di kertas dua, secara tidak langsung kita juga mengulangkaji sebahagiantopik yang turut terdapat di kertas satu. Ini kerana, terdapat 11 topik yang sama dalam penghasilansoalan – soalan untuk kertas satu dan kertas dua.

5. Perolehan Markah Yang Fleksibel

Soalan yang menawarkan dua markah ke atas mempunyai dua komponen utama. Ia adalah markah jalan pengiraan dan markah jawapan akhir pelajar. Satu (1) markah sahaja untuk jawapan akhir yang betul manakala markah selebihnya adalah untuk jalan kira ataupun kefahaman yangditunjukkan pelajar.

Contohnya, Ahmad menjawab soalan topik 'Indices' yang menawarkan 3 markah penuh. Jalan pengiraan yang dilakukan oleh Ahmad betul tetapi pada jawapan akhirnya, Ahmad salah. Berapakah

markah yang diperolehi oleh Ahmad? Ya anda betul! Ahmad masih memiliki 2 markah hasil jalankerjanya tadi.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 8

JawapanAkhir

Jalan / KaedahPengiraan

MarkahPenuh

Page 9: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 9/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

6. Soalan Yang Tidak Mengelirukan.

Soalan – soalan yang dihasilkan untuk kertas dua dibuat untuk pelajar menunjukkan kemahiranmatematik mereka. Ianya lebih 'Straight To The Point” atau menjurus terus kepada kehendak soalan.

Soalan kertas satu pula adakalanya menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kehendak soalanselain menguji kemahiran matematik pelajar. Ianya tidak sukar, tetapi memerlukan pelajar lebihcermat dan benar – benar faham apa yang dimahukan oleh soalan.

Saya harap semangat pelajar untuk menguasai matematik semakin membara!!! Tambahan pula andasudah mengetahui kekuatan yang terdapat pada kertas dua yang membolehkan anda mencatat

keputusan yang lebih baik selepas ini.

Mari kita teruskan dengan pendedahan esklusif khas untuk anda. Jom!!!

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 9

Page 10: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 10/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

BAB DUA

18 Topik Popular Matematik PMR Bagi Kertas Dua

Faktanya, terdapat 29 topik / bab yang perlu diulangkaji oleh pelajar merangkumi sukatan tingkatansatu sehinggalah tingkatan tiga. Banyak tu!! Itulah antara keluhan para pelajar saya dahulu. Kinitidak lagi. Mereka sudah tahu 'hot topics' yang perlu diberi penekanan dan kini giliran anda pulauntuk mengetahuinya. Kertas satu juga amat perlu diberi perhatian. Cumanya, dalam ebook ini,saya hanya menumpukan kepada topik – topik popular kertas dua . Ini memberikan anda peluanguntuk lebih fokus.

“CARTA TOP 18 – TOPIK POPULAR (KERTAS DUA MATEMATIK PMR)”

BIL TOPIK BILANGAN SOALAN

2005 2006 2007 2008 2009

1 ALGEBRAIC EXPRESSIONS 3 8 3 7 3 9 3 8 3 8

2 TRANSFORMATIONS 2 6 2 4 3 6 4 9 3 8

3 STATISTICS 1 5 2 9 2 7 1 5 2 7

4 INDICES 2 5 2 5 1 3 2 5 2 6

5 GEOMETRICAL CONSRUCTIONS 1 5 1 5 1 5 1 6 1 5

6 LOCI IN TWO DIMENSIONS 1 5 1 5 1 5 1 5 1 37 GRAPHS OF FUNCTIONS 1 4 1 4 1 4 1 4 1 4

8 TRIGONOMETRY 2 4 1 3 1 3 1 2 1 3

9 LINEAR EQUATIONS 1 3 1 3 1 3 1 3 1 3

10 SQUARES, SQUARE ROOTS, CUBES,CUBE ROOTS

1 3 1 3 1 3 1 3 1 3

11 ALGEBRAIC FORMULAE 1 3 1 3 1 2 1 2 1 3

12 LINEAR INEQUALITIES 1 2 1 3 1 3 1 3 1 3

13 DIRECTED NUMBERS 1 2 1 2 1 2 1 214 SCALE DRAWINGS 1 3 1 2 1 3

15 FRACTIONS 1 2 1 2

16 DECIMALS 1 2 1 2

17 SOLID GEOMETRY 1 3

18 WHOLE NUMBERS 1 2PETUNJUK :

Jumlah soalan Setahun

Jumlah Markah Setahun

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 10

Page 11: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 11/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

topik di tangga teratas adalah topik yang paling kerap dijadikan soalan dan menawarkan markahterkumpul yang tinggi setiap tahun.

Kategori / Kumpulan Topik

Bagi memudahkan proses ulangkaji anda nanti, saya membahagikan 18 topik popular ini kepadatiga kumpulan. Tiga kumpulan ini dibentuk berdasarkan kemahiran matematik yang perlu andakuasai untuk menjawabnya.

Cuba lihat semula carta di atas. Anda perasaan tak topik – topik popular tersebut diwarnakandengan tiga warna yang berlainan iaitu merah, biru dan hijau. Setiap topik yang berkongsi warnayang sama bermaksud berada dalam satu kumpulan yang sama. Mari kita lihat jadual di bawah :

Warna Kemahiran

Hijau Pengiraan Asas

Biru Pengiraan Teknikal

Merah Lukisan Matematik

Bagi memudahkan anda untuk mengulangkaji, saya pecahkan semula topik – topik tersebut kedalam kumpulan masing – masing.

Pengiraan Asas Pengiraan Teknikal Lukisan Matematik

1 WHOLENUMBERS 6 ALGEBRAICEXPRESSIONS 11 GRAPHS OFFUNCTIONS

2 FRACTIONS 7 ALGEBRAICFORMULAE

12 SCALE DRAWINGS

3 DECIMALS 8 LINEAR EQUATIONS

13 STATISTICS

4 DIRECTEDNUMBERS

9 LINEAR INEQUALITIES

14 SOLID GEOMETRY

5 SQUARES,

SQUARE ROOTS,CUBES, CUBEROOTS

10 INDICES 15 LOCI IN TWO

DIMENSIONS

Cadangan Penggunaan Carta :1. Latih tubi solan yang berkaitan dengan topik 1 – 18.2. Tandakan “right” di kotak topik yang telah dikuasai.3. Lebihkan tumpuan kepada topik yang anda lemah.

16 GEOMETRICALCONSRUCTIONS

17 TRANSFORMATIONS

18 TRIGONOMETRY

PENGAKUAN :Ketiga – tiga nama kumpulan kemahiran ini hanyalah direka untuk memudahkan kefahaman para

pelajar dan tidak melibatkan istilah matematik yang sebenar.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 11

Page 12: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 12/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

BAB TIGA

Tips Dan Triks Menguasai Topik Popular

Kenal Pasti Dahulu Tahap Penguasaan Matematik Terkini

Untuk mencapai markah yang tertinggi, kita mesti mengetahui terlebih dahulu tahap semasa kita.Oleh itu, saya mahu anda jujur dengan diri anda. Berapakah jumlah markah matematik yang anda

perolehi di dalam peperiksaan matematik yang diduduki baru – baru ini? Oh ya, hanya markahuntuk kertas dua sahaja. Sila tandakan tahap penguasaan matematik kertas dua anda di dalam jadualdi bawah.

Jadual Tahap Pencapaian Matematik Terkini

Markah Tahap Anda Tick

0 – 15 Tahap Gangsa

16 – 30 Tahap Perak

31 – 45 Tahap Emas

46 – 55 Tahap Berlian

56 – 60 Tahap Master

Jadual di atas penting untuk anda mengetahui sendiri tahap penguasaan matematik anda yangterkini. Anda boleh mengubahnya kelak setiap kali berlaku peningkatan dalam markah matematik anda. Barulah rasa bersemangat kerana kita nampak tahap peningkatan kita kan?

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 12

Page 13: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 13/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Teknik Mengulangkaji Topik Popular Langkah Demi Langkah

Langkah Pertama

Jika markah anda di tahap gangsa, saya amat mencadangkan anda bermula dengan membuat latihtubi berkaitan dengan topik – topik yang terkandung di dalam Pengiraan Asas terlebih dahulu. Inikerana, jika anda sudah mempunyai kemahiran asas yang kukuh, mudah untuk anda menguasaitopik – topik yang terkandung di dalam Pengiraan Teknikal dan Lukisan Matematik nanti. Ohya, Topik – topik di dalam kumpulan Pengiraan Asas juga memberikan sehingga 7 markah (PMR 2009).

Tips Ulangkaji Topik – Topik Pengiraan Asas

Pengiraan Asas Tick 1 WHOLE NUMBERS

2 FRACTIONS

3 DECIMALS

4 DIRECTED NUMBERS

5 SQUARES, SQUARE ROOTS, CUBES, CUBEROOTS

• Mulakan mengulangkaji topik mengikut turutan daripada nombor 1 sehingga 5 denganmembuat latih tubi soalan.

• Bagi topik no. 1 – no.4, ulangkaji sub topik 'Combined Operations'.

• Topik no.5, anda perlu mempunyai ingatan dan kemahiran sifir yang baik. Jika perlu, hafal“Jadual Kuasa Dua & Tiga”.

Minta dengan guru atau anda boleh beli set – set soalan ramalan dan koleksi soalan – soalantahun lalu. Cuba jawab sendiri soalan berkaitan topik yang anda cuba kuasai.

• Semak jawapan dan kaedah jalan kira yang disediakan.

• Tandakan 'right' di ruang sebelah topik yang anda telah berjaya kuasai.

• Tanamkan dalam diri kesabaran dan keazaman untuk menguasai topik – topik ini keranaianya adalah kunci kejayaan anda untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

• Jangan malu bertanya rakan atau guru kerana mereka amat suka membantu anda.Percayalah.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 13

Page 14: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 14/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

• Tempoh masa yang dicadangkan untuk menguasai kemahiran Pengiraan Asas adalah duahingga lima hari.

Jika anda kesuntukkan masa (jawapannya ya kan?), anda cuma perlu menguasai topik no. 4sepenuhnya kerana ia turut meliputi topik no 1 – 3. Tetapi itu hanyalah alternatif jika kesuntukkanmasa sahaja. Topik no.5 wajib anda ulangkaji. Tambahan pula ia memberikan 3 markah tanpa jemudari tahun 2005 – 2009.

NOTA :

Anda dinasihatkan supaya menguasai kesemua topik – topik Pengiraan Asas sebelum pergi kelangkah yang kedua.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 14

Page 15: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 15/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Langkah Kedua

Tahniah!!! Anda sudah sampai ke 'Level' kedua. Macam main 'game' pula ya. Pengiraan Asas ,telah berjaya anda kuasai. Mungkin anda tertanya – tanya, apakah langkah seterusnya? Sayamencadangkan kita menguasai pula kumpulan topik Lukisan Matematik .

Tips Ulangkaji Topik – Topik Lukisan Matematik.

Lukisan Matematik Tick 11 GRAPHS OF FUNCTIONS

12 SCALE DRAWINGS

13 STATISTICS

14 SOLID GEOMETRY

15 LOCI IN TWO DIMENSIONS

16 GEOMETRICAL CONSRUCTIONS

17 TRANSFORMATIONS

18 TRIGONOMETRY

• Saya telah menyusun topik – topik ini bermula daripada topik yang paling mudah dikuasai.

• Biasakan diri dengan gaya dan kehendak soalan. Gunakan soalan ramalan atau soalan tahunlalu PMR.

• Kehendak dan gaya topik – topik ini sentiasa hampir sama setiap tahun.

• Mahirkan satu topik demi satu topik.

• Terdapat kemahiran Lukisan Matematik yang berkaitan antara satu topik dengan topik yanglain. Jadi ianya makin menjimatkan masa ulangkaji anda kelak.

• Misalnya, kemahiran membina jenis – jenis garisan tertentu diperlukan untuk menjawabsebahagian soalan dalam topik “Loci in Two Dimensions”, “Geometrical Constructions” dan“Tranformations”.

• Beritahu diri anda bahawa topik ini adalah lubuk markah kerana tidak banyak pengiraandiperlukan dan menawarkan markah yang tinggi. Sebanyak 30 markah ditawarkan padatahun 2009 (separuh daripada markah penuh).

• Apa yang perlu dilakukan adalah latih tubi dan memahami setiap langkah yang anda buat.

• Anda digalakkan membuat sedikit analisis kemahiran atau kehendak soalan yang diperlukan

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 15

Page 16: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 16/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

untuk setiap topik.

• Peralatan wajib adalah set geometri.

• Pastikan anda menggunakan pensil 2B yang diasah tajam matanya. Mata pensil yang tumpul boleh mengakibatkan garisan terlalu tebal dan mungkin boleh mempengaruhi ketepatansudut yang dihasilkannya.

• Pastikan juga jangka lukis anda tidak terlalu longgar untuk mengelakkan pembinaan sudutanda tidak tepat. Jangka lukis yang baik mampu menghasilkan satu bulatan yang sempurna.

• Jangka sudut anda mestilah mempunyai tanda atau lubang pusat / “center” bagimemudahkan pengukuran sudut. Pilih jangka sudut yang jernih supaya kita mudah melihatgarisan yang bakal ditindihnya.

• Tempoh masa yang dicadangkan untuk menguasai kemahiran Lukisan Matematik adalahlapan hingga 16 hari.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 16

Page 17: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 17/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Langkah Ketiga

Setelah anda berjaya menguasai kemahiran Pengiraan Asas dan Lukisan Matematik , kini tibalahsaat kemuncaknya. Tibalah masanya adalah menyempurnakan pungutan markah anda sehinggamencecah markah maksimum iaitu 60 markah. Anda sudah bersedia? Ya, saya yakin anda telah

bersedia untuk membuat ulangkaji ke atas kemahiran Pengiraan Teknikal . Saya temankan andadengan tip – tip yang berguna untuk anda.

Tips Ulangkaji Topik – Topik Pengiraan Teknikal.

Pengiraan Teknikal Tick

6 ALGEBRAIC EXPRESSIONS7 ALGEBRAIC FORMULAE

8 LINEAR EQUATIONS

9 LINEAR INEQUALITIES

10 INDICES

• Algebraic Expressions adalah kunci kepada kemahiran topik – topik yang lain. Jadi, kuasaitopik ini dahulu. Anda akan mendapati topik – topik yang lain lebih mudah dikuasai selepasini. Insya Allah.

• Bagi topik Algebraic Expressions terdapat 3 soalan wajib setiap tahun dan ianya meliputisub topik yang sama dan berulang. Tanya guru anda untuk penjelasan lanjut.

• Pastikan huruf yang mewakili 'unknown' jelas dan tidak mengelirukan. Misalnya “t” tidak sama dengan “+”, “a” tidak menjadi “q” dan “x” tidak menjadi tanda darab dan sebagainya.

• Jika soalan menggunakan unknown huruf kecil, sila menggunakan huruf kecil juga (mestisama dengan soalan).

Tunjukkan jalan pengiraan dan jawapan akhir dengan jelas dan mengikut susunan.• 23 Markah diperuntukkan untuk kesemua topik Pengiraan Teknikal pada tahun 2009.

Berbaloikan untuk membuat ulangkaji topik ini?

• Tempoh masa yang dicadangkan untuk menguasai kemahiran Pengiraan teknikal adalah 5hingga 10 hari.

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 17

Page 18: Topik Panas Maths PMR Kertas II

8/8/2019 Topik Panas Maths PMR Kertas II

http://slidepdf.com/reader/full/topik-panas-maths-pmr-kertas-ii 18/18

Topik Popular Matematik PMR Kertas Duawww.CikguRuhaifi.com

Penutup

Tahniah!!! Anda berjaya menghabiskan pembacaan laporan ringkas ini. Baiklah, mari kita 'recap' balik apa yang kita perlu lakukan mulai sekarang. Ya, bukan esok, sekarang juga. Kegagalanmanusia banyak disebabkan sikap bertangguh tau. Hehe. Jom mulakan :

Langkah Pertama : Dapatkan Soalan Ramalan / Sebenar Matematik PMR Kertas II

Langkah Kedua : Kenalpasti topik bagi setiap soalan. Tanyalah guru jika perlu.

Langkah Ketiga : Jawap soalan berdasarkan Jadual Kategori Kumpulan Kemahiran.

Langkah Empat : Fahamkan kehendak soalan dan kuasai cara menjawabnya. Tanya kawan danguru. Belajar dengan tekun dan jangan jemu ya.

Langkah Kelima : Ulangi menjawab soalan sama yang dirasakan agak sukar dikuasai.

Langkah Keenam : Berdoalah dan percaya akan kebolehan diri.

Semoga anda mendapat manfaat dari laporan ringkas yang tidak seberapa ini. Jika anda merasakanlaporan ini bermanfaat untuk rakan – rakan anda, bolehlah menyebarkannya secara percumakepada mereka. Jika ada sebarang masalah, cadangan atau sekadar ingin berbual - bual, boleh

berhubung dengan saya di [email protected] .

Semoga Anda Sukses Dalam PMR Nanti!!!

Salam Kejayaan,

Cikgu Epi

www.CikguRuhaifi.com

[email protected]

www.facebook.com/RuhaifiAbRazak

Koleksi Soalan Dan Nota Padat Matematik PMR Yang Dicadangkan :

©2010 www.CikguRuhaifi.com - Ruhaifi Razak 18