TUGASAN 1

5
TUGASAN 1 Aktiviti yang saya pilih dalam membuat analisis penggunaan tulang, otot dan juga sendi adalah aktviti lompat jauh dalam fasa penujuan. TULANG Semasa tangan dibengkokkan, tulang ulna dan radius menghampiri tulang humerus. Ini adalah disebabkan oleh pergerakan fleksor. Pergerakan ini dibantu oleh sendi ginglimus yang menghubungkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna. Penguncupan otot pada lengan akan membawa tangan rapat ke tulang humerus. Siku dibengkokkan semasa larian untuk membantu menambah daya dan kelajuan larian. Jari digenggam untuk membantu dalam mencapai kelajuan yang maksimum. Phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi kondiloid. Badan direndahkan sedikit untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok. Vertebra didorong ke depan sedikit dengan bantuan sendi sferoidal di mana otot di bahagian tersebut mengalami ekstensi dan hiperekstensi. Semasa kaki dibengkokkan dan diangkat sedikit apabila larian, tulang tibia dan fibula digerakkan oleh sendi ginglimus pada patella sehingga tulang tersebut menghampiri femur.

Transcript of TUGASAN 1

TUGASAN 1Aktiviti yang saya pilih dalam membuat analisis penggunaan tulang, otot dan juga sendi adalah aktviti lompat jauh dalam fasa penujuan.TULANGSemasa tangan dibengkokkan, tulang ulna dan radius menghampiri tulang humerus. Ini adalah disebabkan oleh pergerakan fleksor. Pergerakan ini dibantu oleh sendi ginglimus yang menghubungkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna.Penguncupan otot pada lengan akan membawa tangan rapat ke tulang humerus. Siku dibengkokkan semasa larian untuk membantu menambah daya dan kelajuan larian.Jari digenggam untuk membantu dalam mencapai kelajuan yang maksimum. Phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi kondiloid. Badan direndahkan sedikit untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok.Vertebra didorong ke depan sedikit dengan bantuan sendi sferoidal di mana otot di bahagian tersebut mengalami ekstensi dan hiperekstensi.Semasa kaki dibengkokkan dan diangkat sedikit apabila larian, tulang tibia dan fibula digerakkan oleh sendi ginglimus pada patella sehingga tulang tersebut menghampiri femur. Pergerakan sendi yang terlibat adalah ekstensi manakala otot-otot yang terlibat mengalami kontraksi isotonik.Pergerakan antara tulang femur dan pelvis dibantu oleh sendi sferoidal yang membawa kepada penguncupan otot gluteus maximus membolehkan perlakuan berlari dilakukan.Semasa larian, tulang tarsal, metatarsal dan phalanges berperanan untuk menyerap daya dan menampung berat badan. Badan ditolak menggunakan daya yang telah diserap pada tulang phalanges dan metatarsal semasa larian yang dibantu oleh sendi pelana.OTOTKetika fasa larian daripada tempat permulaan ke garis lonjak, atlet akan berlari sambil menghayunkan kedua-dua lengannya. Otot yang terlibat ketika atlet menghayunkan kedua-dua tangan ini adalah otot biseps dan otot triseps. Ketika otot bisep berkontraksi dan otot trisep berelaksasi, siku terlipat dan lengan bawah terangkat. Sebaliknya, ketika otot bisep relaksasi dan otot trisep berkontraksi, siku lurus dan ekstensor-fleksor. Dengan kata lain, otot bisep berperanan sebagai otot fleksor kerana kontraksinya semasa membengkokkan siku. Sementara itu, otot trisep adalah otot ekstensor kerana kontraksinya meluruskan tangan.Semasa pergerakan otot biseps dan otot triseps ini, otot deltoid juga mengecut. Pengecutan otot ini akan membawa kepada tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi lesung di bahu dan menghasilkan sejenis pergerakan yang dikenali sebagai abduksi.Otot yang terlibat sepenuhnya semasa melakukan larian ialah otot quadriseps. Otot quadriseps merupakan otot manusia yang paling besar dalam tubuh manusia. Otot ini berfungsi untuk meluruskan kaki dan terletak di bahagian paha. Terdapat 4 jenis otot di bawah otot quadriceps. Antaranya adalah Rectus Femoris, Vastus Intermedius, Vastus Medialis dan Vastus Lateralis. Otot rektus femoris terdapat di bahagian hadapan paha. Otot ini terlibat dalam kedua-dua fleksi dan ekstensi lutut. Hal ini bermakna apabila lutut dibengkokkan ketika berlari, otot ini akan menegang atau proses penguncupan otot berlaku. Begitu juga dengan otot vastus lateralis yang merupakan otot di bahagian luar paha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, apabila proses berlari otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan lutut semasa berlari. Otot vastus medialis yang terletak di bahagian dalam paha dan otot vastus intermedialis yang berada di bahagian bawah otot rektus femoris akan turut mengendur apabila lutut dibengkokkan.Otot hamstring terdiri daripada 3 otot besar yang terdapat di bahagian belakang paha. Antara otot-otot yang membina hamstring adalah otot bisep femoris yang kuat dan terletak di belakang paha. Dalam fasa ini, otot ini akan mengecup dan ini akan mengakibatkan lutut dibengkokkan atau difleksikan. Otot semitendinosus pula terletak di sisi otot bisep femoris dan otot semitendinosus. Otot semimembranosus juga akan mengalami proses yang sama seperti otot bisep femoris, penguncupannya akan membawa kepada lutut dibengkokkan. Otot ini juga terletak di sisi dalam otot bisep femoris.Selain itu, ketika proses berlari juga otot gluteus maximus akan mengerakkan pinggul, mengangkat kaki ke arah belakang dan paha ke hadapan.Apabila otot gastronemius yang berada di betis kaki akan menguncup atau menegang penguncupannya sekaligus menyebabkan pergerakan plantar fleksi tapak kaki. Hal ini adalah kerana Achilles tendon memendek bersama gerakan gastronemius. Otot Achilles tendon ini berfungsi untuk menggerakkan telapak kaki manakala otot gastrocnemius.

SENDISendi ginglimus terdapat pada siku, lutut dan buku lali. Siku dibengkokkan untuk membantu menambahkan daya dan kelajuan. Pergerakan siku yang dihasilkan oleh sendi terbabit ialah fleksi. Di samping itu, buku lali mengalami pergerakan plantarfleksi semasa larian manakala sendi pada lutut mengalami pergerakan ekstensi.Sendi sferoidal yang terdapat pada bahu mengalami pergerakan ekstensi. Lengan dihayun bagi memperolehi momentum lebih ketika berlari. Sendi sferoidal pada pinggul pula mengalami pergerakan ekstensi dan hiperekstensi.Sendi pelana pula terdapat pada bahagian tangan. Karpal dan metakarpal mengalami pergerakan ekstensi iaitu genggaman jari yang tidak terlalu ketat. Semasa berlari, atlet dinasihati untuk menggenggam tangan sedikit sahaja seolah-olah sedang menggenggam sebiji telur yang tidak boleh dipecahkan. Atlet tidak digalakkan untuk menggenggam tangan terlalu kuat kerana perlakuan tersebut boleh memberi tekanan kepada lengan, bahu dan leher.