tugasan 1
-
Upload
md-shariff-ariffin -
Category
Documents
-
view
241 -
download
0
description
Transcript of tugasan 1
QKU3053
PENCEGAHAN KECEDRAAN DAN BANTU MULA
TAJUK
TEKNIK PERTOLONGAN CEMAS CPR
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
PENSYARAH/PENYELIA:__________________________________
TARIKH:________________________________________
1
PEMARKAHAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 3
KEPENTINGAN CPR 4
SYARAT APLIKASI CPR 4
SITUASI DAN PROSEDUR TERPERINCI 6
KEMALANGAN YANG SESUAI DIAPLIKASIKAN CPR 8
KEMALANGAN YANG TIDAK SESUAI DIAPLIKASIKAN CPR 9
PENUTUP 10
RUJUKAN 11
2
PENGENALAN
CPR ialah singkatan kepada Cardio-Pulmonary Resuscitation. Cardio bermakna jantung,
pulmonary beerti paru-paru, manakala Resuscitation pula bemakna pemulihan. CPR boleh
diterjemahkan kedalam bahasa melayu sebagai Pemulihan Jantung dan paru-paru.
CPR merupakan satu cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan kaedah
tekanan di atas dada dengan tekanan dari luar dan bantuan pernafasan., CPR dijalankan
keatas orang yang tidak bernafas dan jantungnya berhenti berdenyut. Ada banyak keadaan
seseoeang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, terutamanya ketika serangan
jantung.
Bagi orang yang tidak bernafas, kita boleh hembuskan nafas kita kedalam paru-parunya
melalui mulut untuk membekalkan oksigen. Walaupun dalam udara hembusan oksigen kita
berkurangan (kira-kira 16%) berbanding dengan oksigen yang ada diudara (21%) ia masih
cukup untuk kegunaan si pesakit. Jantung bertugas mengepam darah ke seluruh anggota
badan, serta membekalkan oksigen dan nutrien kepada sel-sel. Bagi orang yang berhenti
jantungnya berdenyut, kita boleh meneruskan tugas pengepaman ini dari luar, iaitu dengan
menekan dada si pesakit, jantung dibawah dada akan tertekan dan memaksa darah dalam
jantung beredar. Daripada teori itu, anda tahu CPR bukanlah satu rawatan, ianya sebenarnya
hanyalah kaedah sementara memberikan bantuan pernafasan dan pengepaman darah.
3
KEPENTINGAN CPR
Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5
juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti.
Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh
kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30% daripada kematian yang
yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.
Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua
jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. Oleh itu, rawatan CPR sangat
penting dalam membantu memulihkan pernafasan mangsa mangsa sementara menunggu atau
sebelum ketibaan bantuan ambulan.
SYARAT APLIKASI CPR
Jika seorang tidak bernafas atau aliran darahnya tidak cukup, CPR boleh membantu
melancarkan perjalanan aliran darah berserta oksigen ke otak. Tanpa oksigen, kerosakan otak
kekal atau kematian boleh terjadi dalam masa kurang lapan minit. Tekanan di dada berfungsi
menstimulasi pam jantung dan membekalkan aliran darah ke organ penting.
CPR juga seakan memberi peluang seseorang pesakit yang diserang sakit jantung untuk
‘hidup’ sementara menanti rawatan. Bagi kanak-kanak, CPR boleh menjadi pertolongan
paling penting di dalam situasi kemalangan, hampir lemas atau tercekik.
CPR yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkelayakan boleh mendatangkan bahaya
kepada pesakit. Oleh itu untuk memperoleh kemahiran pertolongan cemas, seseorang itu
selalunya berlatih dengan patung terlebih dahulu.
4
Syarat serta prinsip asas yang perlu diambil kira sebelum memberi CPR kepada mangsa.
1. A = airway (saluran pernafasan)
2. B = breathing (pernafasan)
3. C = circulation blood (peredaran darah)
1.Airway
Airway menerangkan tentang pernafasan atau aliran udara mangsa haruslah dibuka untuk
membantunya bernafas. Tindakan utama untuk CPR ialah membuka saluran pernafasan serta
merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa iaitu dengan donggakkan kepala mangsa.
Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran
pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di
bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat
dagu dapat membuka saluran pernafasan mangsa.
2. Breathing
Pertolongan pernafasan bermula apabila mangsa tidak boleh bernafas. Orang yang membuat
pertolongan cemas akan bernafas untuk mangsa dengan ‘memasukkan’ udara ke dalam paru-
parunya. Prosedur ini termasuk bernafas ke dalam mulut mangsa pada laluan yang betul dan
memeriksa tanda-tanda adakah mangsa masih hidup.
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam
peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati sejurus
selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk
menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi oksigen
yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada
keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan rawatan tiba.
5
3. Circulation Blood
Tekanan pada dada kadang-kala membantu aliran darah.
Dua pertolongan pernafasan harus diberi kepada mangsa iaitu dengan menghembus udara
kedalam mulut mangsa diikuti dengan menekan dada mangsa sebanyak 30 kali.
Prosedur ini membabitkan tekanan pada dada bagi membantu aliran darah dan mengekalkan
alirannya kepada organ utama.
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, koronari ateri dan organ-organ penting yang lain.
SITUASI DAN PROSEDUR TERPERINCI
Langkah-langkah melakukan rawatan CPR:
Kaedah CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang pernafasannya terhenti dan tidak sedarkan
diri. Berikut merupakan kaedah dalam melakukan rawatan CPR
1. Saluran udara
-Baringkan mangsa
-Buka saluran udaranya dengan dongakkan kepala mangsa
-Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke
-bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu.
2. Pernafasan
-Pastikan samaada mangsa masih bernafas atau tidak
-Lihat pergerakan dada mangsa
-Dengar bunyi pernafasan
-Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda
6
-Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku
-Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan
-Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk menstabilkannya
Jika mangsa tidak bernafas
-Berikan dua hembusan (1= hingga 2 saat bagi setiap pernafasan)
-Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya
-Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa
-Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut
-Lihat kenaikan dada
-Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan
3. Edaran darah
-Tentukan kehadiran nadi
-Letakkan satu atau dua jari pada halkum(peti suara) mangsa.
-Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot.
-Rasai nadi untuk 5-10 saat
Jika nadi mangsa masih ada
-Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja
-Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam setiap 5 saat)
Jika nadi mangsa sudah tiada
7
-Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada
-Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada)
-Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan
berat badan ditujukan tegak ke bawah
- Kira dengan ritma (irama)yang tetap –“Satu dan dua dan tiga”
-Tekan sternum sebanyak 1 = sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100 tekanan dalam
seminit.
Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan perlu dilakukan. Lakukan di dalam 4
kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan
tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan setiap 5 saat.
KEMALANGAN YANG SESUAI DIAPLIKASIKAN CPR
KEMALANGAN
1.LEMAS DI AIR Mangsa yang lemas di air menyebabkan system
pernafasan mangsa tidak berfungsi kerana
ketidakmampuan manusia bernafas dalam air
2. LEMAS ASAP Mangsa yang terhidu terlalu banyak asap boleh
menyebabkan pitam dan tidak sedarkan diri
disebabkan oksigen yang kurang.
3.TERKENA RENJATAN ELEKTRIK Renjatan elektrik yang kuat boleh menyebabkan
mangsa hilang kesedaran akibat daripada kejutan
renjatan.
4.KERACUNAN YANG BOLEH
MENYEBABKAN PERNAFASAN
MANGSA TERHENTI
Keracunan boleh menyebabkan sistem
pernafasan mangsa terhenti terutamanya
keracunan dadah atau terkena gigitan binatang
berbisan yang boleh menyebabkan mangsa tidak
sedarkan diri.
8
KEMALANGAN YANG TIDAK SESUAI DIAPLIKASIKAN CPR
KEMALANGAN
1.MANGSA YANG MENGALAMI
KAKU DAN KEJANG
Mangsa yang kaku tidak sesuai diaplikasikan
rawatan CPR kerana kaku dan kejang tidak
melibatkan sistem pernafasan. Ia lebih sesuai
menggunakan rawatan ICE bagi mangsa yang
mengalami kecedraan seperti ini.
2. MANGSA YANG CEDRA TERUK
DIBAHAGIAN LEHER DAN DADA
Mangsa yang teruk di bahagian dada dan leher
akibat kemalangan tidak sesuai untuk
diaplikasikan rawatan ini kerana rawatan CPR
boleh menyebabkan luka dibahagian leher dan
dada bertambah teruk.
3.BAYI YANG BERUMUR KURANG
DARIPADA 4BULAN ATAU
KURANG BERAT DARIPADA 200
GRAM
Bayi yang berumur kurang daripada 4 bulan
masih belum mempunyai tulang yang kuat,
oleh itu tekanan pada dada mangsa boleh
menyebabkan kecedraaan.
9
PENUTUP
Kesimpulannya, masih ramai di kalangan anggota masyarakat kita ini agak asing dengan
CPR, dan bagi mereka yang pernah belajar dan ada sedikit pengetahuan pun akan teragak-
agak atau takut untuk melakukan CPR kerana memikirkan perlunya bantuan pernafasan
dilakukan. Oleh itu, praktikal dalam pelbagai situasa perlu dilakukan agar lebih yakin boleh
melakukan rawatan CPR lebih selesa. Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan bekalan
darah bagi mereka yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti,
dan ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.
Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association 2010), bagi mereka
yang tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR, hanya perlu melakukan kaedah ‘Tekanan Dada’
sahaja, dan tidak perlu bimbang memikirkan atau melakukan pertolongan pernafasan.
10
RUJUKAN
Hamidah Helmi. (1999). Panduan Dalam Pertolongan Cemas. Jurnal Kesihatan. Ms 43-57
American Heart Association, & International Liaison Committee on Resuscitation.
(2000). Guidelines 2000 for cardiopulmonary resuscitation and emergency cardiovascular
care, an international consensus of science.Circulation, 102.
Kramer-Johansen. (2005). Quality of cardiopulmonary resuscitation during out-of-
hospital cardiac arrest. Jama, 293(3), 299-304.
11