Tugasan 2 Sce 3112

8
Pendahuluan Perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan sains luar negara khususnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja.Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali sahaja. Perubahan telah berlaku selepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah mengejutkan Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses aktiviti eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM 2004) Justeru itu, perbandingan antara aktiviti- aktiviti sains yang banyak dijalankan dalam pembelajaran sains di Amerika Syarikat dengan pembelajaran sains di Malaysia dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan dan kesesuaian aktiviti pembelajaran berasaskan projek (Pbp) dan kajian lapangan (field trip) dengan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia. Secara asasnya, kedua-dua aktiviti ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang diaplikasikan untuk memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia sain. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti ini

description

tugasan 2

Transcript of Tugasan 2 Sce 3112

Pendahuluan

Perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhioleh perkembangan sains luarnegara khususnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja.Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali sahaja. Perubahan telah berlakuselepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah mengejutkan Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses aktiviti eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM 2004)

Justeru itu, perbandingan antara aktiviti- aktiviti sains yang banyak dijalankan dalam pembelajaran sains di Amerika Syarikat dengan pembelajaran sains di Malaysia dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan dan kesesuaian aktiviti pembelajaran berasaskan projek (Pbp) dan kajian lapangan (field trip) dengan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia. Secara asasnya, kedua-dua aktiviti ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang diaplikasikan untuk memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia sain. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti ini menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan murid-murid. Murid-murid memperoleh pengetahuan melalui kaedah inkuiri dan secara tidak langsung membina kefahaman sendiri konsep sains.

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

Pembelajaran berasaskan projek atau singkatan yang sering digunakan adalah PBL atau PjBL.Namun singkatan PjBL lebih sesuai digunakan memandangkan singkatan PBL sering dirujuk pada Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning. Aktiviti-aktiviti menggunakan kaedah pembelajaran ini sememangnya banyak diaplikasikan dalam pembelajaran Sains di Amerika Syarikat. Pengujian kaedah PjBL telah terbukti berjaya dalam membantu pihak kerajaan (U.S.A) menghasilkan suatu konsep pembelajaran yang lebih efisen dalam penghasilan projek.

Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif dengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang berterusan dan berkerjasama (Bransford & Stein, 1993). Merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untuk melaksanakan projek. Antara langkah-langkahnya adalah:

1. Menentukan tajuk 2. Perancangan pelaksaan projek 3. Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek 4. Pembimbingan 5. Penilaian dan refleksi

Dalam perkembangan pembelajaran terkini, pembelajaran berasaskan kumpulan kerja dalam menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan efisen sering dirujuk kepada keberkesanan pengurusan dan kaedah yang digunakan. Guru merupakan fasilitator yang bertanggungjawab untuk menguruskan operasi pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Projek atau Project Based Learning yang dikembangkan penggunaanya kerana ia dilihat lebih efektif dalam aktiviti-aktiviti sains yang banyak melibatkan penyelesian pemasalahan yang berkaitan pembangunan gerak kerja projek. Murid-murid akan menjalankan aktiviti berorientasikan projek atau masalah bagi menggalakan pemikiran kreatif dan inovatif.Konsep pembelajaran ini bermula pada 1987, dimana Pihak BIE (Buck Institute for Education) mengembangkan hasil penemuan Leonard danBerryl Buck Trust.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (Veerasamy, 2010), manakala Nation (2008), Beddoes (2010), Zimmerman (2010) dan Kaldi et al. (2011) menyatakan PBP merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Salah satu ciri PBP yang dipersetujui ramai kerana is berasaskan soalan yang bermakna, menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu kepada mereka, selain sangat dekat dengan konteks dunia sebenar (Roessingh & Chambers, 2011). P dan P yang menggunakan projek membolehkan murid meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di luar kelas melalui soalan bermakna yang berkaitan dengan komuniti dan keluarga.

Pendekatan menggunakan PBP yang memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Menurut Chin (2007), jenis soalan dan cara sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini menunjukkan bahawa P dan P menggunakan PBP haruslah berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka mengaitkannya dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBP. Selain penggunaan soalan yang bermakna, pembelajaran menggunakan PBP selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk atau artifak pada akhir pembelajaran (Blumenfeld 1991)

Kajian Lapangan (Field Trip)

Masyarakat di Amerika Syarikat (U.S.A) kini terutamanya kanak-kanak kurang meluangkan masa menjalankan aktiviti luar berbanding generasi sebelumnya. Kajian terbaru menunjukkan kanak-kanak di negara itu menghabiskan terlalu banyak masa di dalam rumah berbanding aktiviti luar. Oleh yang demikian, kerajaan Amerika mencadangkan untuk memasukkan pembelajaran luar sebagai salah satu aktiviti yang perlu dijalankan di setiap sekolah. Alam sekitar penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Beberapa kajian di Amerika Syarikat menunjukkan sekolah-sekoalh yang menjalankan aktiviti-aktiviti sains di luar bilik darjah sebagai salah satu bahagian eksperiemen sains menghasilkan murid-murid yang mempunyai kefahaman yang baik dalam kajian sosial, sains, seni bahasa dan matematik. Dalam satu kajian pada tahun 2005, oleh California Department of Education mendapati bahawa murid-murid yang terlibat dalam program kajian lapangan sains menunjukkan peningkatan markah dalam ujian sains sebanyak 27 peratus.

Aktiviti luar bilik darjah yang dalam pembelajaran sains membantu murid-murid sekolah rendah mempelajari cara untuk mengira dan mengumpulkan bahan semulajadi seperti benih, kekacang dan jagung. Mereka juga boleh memadankan warna dan mengikuti pendakian semulajadi. Murid-murid di tahap dua pula boleh menjadikan aktiviti luar bilik darjah sebagai dorongan untuk membina kemahiran memerhati, memetakan kawasan sekolah dan merancang penanaman habitat haiwan. Pelajar-pelajar sekolah menengah pula boleh terlibat secara aktif didalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal. Selain itu, mereka juga boleh merancang projek pemantauan haiwan liar.

Melalui aktiviti kajian lapangan atau eksperimen luar bilik darjah, kanak-kanak memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran sains apabila mereka menyertai keseronokan menerokai kehidupan sebenar. Dengan mempelajari sains atau matematik dan subjek berkaitan melalui pengalaman sebenar luar bilik darjah, kanak-kanak dapat mengaitkan dan berhubung dengan persekitaran tempatan dan secara tidak langsung membantu menguruskan hasil-hasil semulajadi masyarakat mereka.

Guru boleh menggunakan konteks yang meluas dalam alam semulajadi untuk menghidupkan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan kurikulum yang telah ditetapkan. Sekolah boleh membina hubungan dalaman dan memberi peluang yang bermanfaat kepada penyertaan masyarakat selain daripada menyokong perbezaan dan mencantikkan kawasan sekolah sementara mengutamakan misi pendidikan sekolah di Amerika Syarikat.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains di Malaysia

Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam penyampaian Sains di Malaysia. P&P yang terlalu menekankan kepada peperiksaan adalah menjadi salah satu masalah kepada pelajar di mana pelajar hanya diberikan latihan-latihan dan menghafal fakta-fakta penting dalam Sains sahaja. Menurut Nawi Rahman dan Aminah Ayob (2008) bahawa pelajar yang belajar secara menghafal memang tidak akan berjaya dalam hidup kerana mereka hanya menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Pengajaran tradisional yang sering diamalkan guru-guru Fizik perlu mendapat perubahan dari segi kaedah pengajaran mereka kerana kaedah ini akan menyekat pemikiran pelajar daripada berfikir secara kreatif dan inovatif. Menurut Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupakan.

Selain daripada itu, aktiviti- aktivit yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya bergantung kepada buku teks semata-mata menjadi punca pelajar tidak dapat memahami konsep sebenar yang ingin disampaikan. Ini kerana buku teks hanya menerangkan dan memberikan contoh-contoh konsep sains yang asas sahaja. Ini akan menyebabkan pengetahuan dan kefahaman pelajar menjaditerbatas dan pelajar tidak dapat meneroka lebih jauh tentang apa yang telah mereka pelajari. Thornton (1982), menyatakan bahawa para pendidik kurang berminat untuk menjalankan aktiviti kritis dan kreatif semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Di antaranya ialah kawalan kelas dan penggunaan masa. Penerapan kemahiran proses sains terhadap pelajar sukar untuk dilaksanakan jika guru masih mengajar melalui kaedah tradisional. Guru-guru sains yang ingin menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek pula perlu merancang, menyusun dan membina langkah-langkah kerja penghasilan sesebuah projek yang menepati kehendak kurikulum. Kekangan masa dan idea menyebabkan guru-guru di Malaysia tidak berminat untuk menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dan kajian lapangan.