Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

26
[email protected] HBML3403 1.0 Pengenalan Manusia tidak dapat dipisahkan daripada bahasa. Sejarah telah membuktikan bahasa,manusia sejak berzaman menggunakan dan berminat mengkaji bahasa. Ini kerana bahasa merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain daripada keperluan-keperluan asas yang lain. Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi, bersatupadu, berkuasa dan bertamadun. Manusia juga berusaha menkaji asal-usul bahasa dan juga dari aspek penggunaan seperti, puisi, nyanyian, doa, pidato dan sebagainnya. Linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia.Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah dikalangan masyarakat. 1.1 Definisi linguistik 1.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu linguistik? Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyons,1968: 1) 1.1.2 Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud ‘ bahasa’. Dalam bahasa-bahasa “ Roman” ( iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin ), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa itali. Istilah linguistic dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan 1

Transcript of Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

Page 1: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

1.0 Pengenalan

Manusia tidak dapat dipisahkan daripada bahasa. Sejarah telah membuktikan bahasa,manusia

sejak berzaman menggunakan dan berminat mengkaji bahasa. Ini kerana bahasa merupakan

satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain daripada keperluan-keperluan

asas yang lain. Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi, bersatupadu, berkuasa dan

bertamadun. Manusia juga berusaha menkaji asal-usul bahasa dan juga dari aspek penggunaan

seperti, puisi, nyanyian, doa, pidato dan sebagainnya. Linguistik merupakan bidang yang telah

lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia.Walaupun pada masa ini, bidang

teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk

mengimbangi keperluan rohaniah dikalangan masyarakat.

1.1 Definisi linguistik

1.1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu linguistik? Ilmu linguistik ialah bidang ilmu

mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyons,1968: 1)

1.1.2 Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud ‘ bahasa’.

Dalam bahasa-bahasa “ Roman” ( iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin ),

masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa

Perancis, dan lingua dalam bahasa itali. Istilah linguistic dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan

dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah

berkaitann dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupaakan nama

bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau “ linguistik”.

1.1.3 "Linguistik" bererti "ilmu bahasa". Kata "linguistik" berasal dari kata Latin lingua 'bahasa'.

Dalam bahasa-bahasa "Roman" (yaitu bahasa-bahasa yang berasal dari bahasa Latin) masih ada

kata-kata serupa dengan lingua dalam bahasa Itali. Bahasa Inggeris memungut dari bahasa Prancis

kata yang kini menjadi language. Istilah linguistic dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan kata

language itu, seperti dalam bahasa Prancis istilah linguistique berkaitan dengan langage. Dalam

bahasa Indonesia "linguistik" adalah nama bidang ilmu, dan kata sifatnya adalah "linguistis" atau

"linguistik".

1

Page 2: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

2.0 Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat

Ilmu linguistik amat penting dalam kehidupan masyarakat. Manusia menggunakan bahasa untuk

tujuan tertentu. Bahasa adalah satu konsep umum yang menjadi dasar di dalam perhubungan. Ini

bermakana bahasa amat penting dalam kehidupan manusia. Menurut Kamus Linguistik, bahasa

adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara abitrari yang

dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi ( Kamus

Linguistik,1997:27). Bahasa adalah alat komunikasi yang terdiri daripada simbol bunyi dan juga

melalui isyarat tubuh. Simbol bunyi yang dimaksudkan adalah yang merupakan simbol atau

perlambangan.

Bahasa mempunyai fungsi yang tersendiri apabila bahasa tersebut telah seragam penggunaannya

melalui perbendaharaan dan pengimbuhan dan mengikuti segala peraturan penggunaannya

( Darwis Harahap Mohamad, 2004: 50). Fungsi adalah beban makna suatu satuan bahasa atau

hubungan antara satu-satuan dengan unsur-unsur gramatikal, leksikal/fonologi di dalam suatu

deretan satuan/peranan unsur dalam suatu ujaran dan hubungannya secara struktural ( Harimurti

Kridalaksana, 1993: 60). Dalam konteks ini menjelaskan bahawa linguistik amat penting kepada

masyarakat. Ianya bermula berdasarkan peringkat-peringkat umur masyarakat.

2.1 Peringkat awal kanak-kanak

Mengikut Bowen (Language ages and stages:On-line) pembelajaran bahasa bermula sejak bayi

dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat di

sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456),

kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula

pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna

ketika berumur lebih kurang empat tahun.

Pada usia bayi enam minggu sehingga tiga bulan, mereka mula mendekut (cooing) apabila rasa

seronok. Mereka juga suka bermain dengan bunyi-bunyi perkataan yang didengari dari

persekitaran. Mengagah (babbling) pula berlaku di antara enam bulan hingga sepuluh bulan. Ia

bukannya bahasa sebenar dan tidak ada makna. Penerimaan ke atas bunyi-bunyi bahasa

berterusan dilakukan oleh bayi yang berumur 9 bulan hingga 10 tahun namun belum memahami

2

Page 3: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

sepenuhnya perkataan-perkataan tersebut. Keupayaan membezakan bunyi-bunyian sangat

penting untuk perkembangan bahasa. Ia bermula sebelum kelahiran dan sangat kritikal ketika

tahun pertama kehidupan. Bayi dapat membiasakan diri dengan perkataan apabila mereka kerap

mendengar dan mula menggunakannya.

Seorang bayi menggunakan bahasa untuk mengekspresikan kehendaknya atau perasaannya pada

sasaran yang tetap. Proses kognitif, iaitu pengenalan benda-benda kepada bahasa telah berlaku

( Asmah Omar, 1993: 16 ). Bahasa adalah sebagai alat untuk mengekspresikan apa yang

terlintas di dalam pemikiran. Di dalam perkembangan bahasa bahasa, kanak-kanak tidak lagi

menggunakan bahasa hanya untuk mengekspresikan kehendaknya, tetapi untuk berkomunikasi

dengan lingkungan sekitarnya.

Mengikut Naapie Mat (1992), kanak-kanak di peringkat awal usianya memperoleh bahasa

ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak.

Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas seperti ‘ma’,

da’, ‘bah’, ‘pa’, dan sebagainya.

Peringkat awal kanak-kanak iaitu umur 2 hingga 6 tahun. Menurut Vygotsky, pada umur 2 tahun,

ayat yang dituturkan hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja. Ini akan berlipat ganda

sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas pula

boleh dikatakan sudah berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan

diri mereka atau yang biasa didengar.Selepas itu, perkembangan bahasa kanak-kanak akan

bertambah baik apabila mereka banyak melibatkan diri dengan rakan sebaya dan memberi

perhatian yang serius kepada orang yang sedang bercakap seperti ibu bapa mereka, guru, adik

beradik dan sebagainya.

Menurut Brown & Chapman (1981), semasa kanak-kanak berusia 4 tahun perbendaharaan kata

semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak yang menduduki kelas

tadika biasanya berupaya mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh

menceritakan semula jika disuruh.

Menurut Garney (1975), kanak-kanak yang berusia 5 hingaa 6 tahun, sudah boleh menyusun

kata-kata dengan betul apabila bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan

bermain bersama-sama, bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka.

3

Page 4: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

Peringkat kanak-kanak umur 7 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun

memasuki sekolah rendah. Penguasaan perbendaharaan kata telah meningkat, telah menunjukkan

penguasaan dan sebutan bahasa yang betul atau ‘standard’. Mereka boleh melahirkan sesuatu

pendapat melalui aktiviti lisan dan penulisan iaitu dalam bentuk ayat yang ringkas.

Menurut Chomsky (1969), semasa berada dalam darjah tiga. Kanak-kanak sekurang-kurangnya

memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah

melalui pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan harian iaitu

termasuk di rumah dan juga di sekolah. Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri

ketika menceritakan sesuatu.sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan

menceritakannya. Kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun, kebanyakkannya sudah boleh

berkomunikasi dengan baik dan seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta

oleh guru.

2.2 Peringkat remaja.

Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di

antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun

yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20

tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun. Tetapi

pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa

menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18

tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan

menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal

mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

Pada peringkat ini, remaja berada di alam persekolahan menengah. Oleh itu linguistik amat

penting kepada mereka utuk berkomunikasi dengan rakan sebaya dan dengan guru-guru.mereka

perlu menguasai ilmu pengetahuan yang terdapat dalam bahan-bahan bacaan ataupun tutorial.

Mereka perlu menguasai bidang-bidang bahasa seperti ,morfologi, sintaksis, fonetik,

perbendaharaan kata dan sebagainya. Penguasaan dalam bidang ini menjadikan mereka sebagai

pelajar yang mampu berkomunikasi dan bersoaljawab dengan guru dan rakan sebaya mereka

4

Page 5: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

dengan baik dan juga dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dengan bahasa-bahasa atau

kosa kata yang indah, betul dan tepat.

Peringkat awal remaja iaitu umur 12 hingga 15 tahun. Perkembangan bahasa praremaja peringkat

ini pada mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-

bagai struktur ayat. Penguasaan ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan

bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan juga buku-buku pelajaran. Murid-murid

Melayu di Malaysia yang tidak pemalu serta cergas biasanya dapat menunjukkan penguasaan

dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Mereka yang bersekolah Arab pula boleh menguasai tiga

bahasa, manakala murid-murid Cina boleh memahami dan bertutur dengan baik dalam tiga

bahasa sekali gus iaitu Cina, Melayu dan Inggeris.

Menurut Saltz (1979), penguasaan bahasa yang tinggi membolehkan remaja berinteraksi dengan

orang dewasa serta bertukar-tukar pendapat. Ini memudahkan remaja menyelesaikan masalah

sama ada konkrit mahupun abstrak.

2.3 Masyarakat umum

Mengapa manusia berbahasa? Bahasa amat penting dalam kehidupan manusia agar dapat

berinteraksi sesama manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya keperluan ini

disekat, ini akan mendatangkan kemudaratan kepada jiwa dan rohani manusia. Sebagai contoh,

seorang yang diasingkan daripada masyarakat dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang

lain, ini akan memberi tekanan yang besar kepada manusia kerana tidak berkesempatan untuk

berbahasa ataupun berbicara dengan orang lain. Dengan adanya teman untuk berbicara, rohani

seseorang akan menjadi lebih sihat walaupun perkara yang dibicarakan tidak penting.

Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya dengan individu lain.

Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapat meluahkan perkara

yang dihajati kepada teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan manusia lebih proaktif kerana

adanya idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri sendiri sebaliknya idea-idea yang datang

daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara.

5

Page 6: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

2.3.1 Sebagai alat komunikasi

Bahasa merupakan saluran permusan maksud, melahirkan perasaan dan mencipta kerjasama

yang mewujudkan pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan ( Gory Keraf:

1997: 4). Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Salah

satu alat yang digunakan adalah bahasa, baik secara lisan mahupun tulisan. Ia adala alat yang

paling berkesan dalam memastikan proses komunikasi berjalan dengan lancar. Melalui

komunikasi kita mempelajari dan mewarisi apa yang telah dicapai oleh nenek moyang kita dan

orang yang sezaman dengan kita

2.3.2 Bahasa sebagai alat intergrasi

Dalam fungsi kebudayaan, bahasa itu menjadi sarana untuk memperkembangkan sesuatu

kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Bahasa berfungsi sebagai jalur, relung, atau

laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan dari satu tahap ke satu tahap dan

dari satu generasi ke satu generasi. Kebudayaan juga memberi manfaat kepada kehidupan

manusia. Melaluinya manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman

tersebut. Dalam hal ini, bahasa telah berfungsi sebagai alat intergrasi dan adaptasi sosial atau

kemasyarakatan (Sumarsono, 2004: 145). Masyarakat dapat disatukan melalui bahasa.Segala

aktiviti kemasyarakatan dapat dilakuakan dengan menggunakan bahasa. Kita perlu pandai

memilih bahasa bergantung kepada situasi dan orang yang kita bercakap. Misalnya

menggunakan kata kamu atau saudara untuk memulakan perbualan. Kamu untuk orang yang kita

kenalai dan saudara untuk orang yang baru kita kenal. Dengan menguasai bahasa suatu bangsa,

kita dengan mudah berbaur dan menyesuaikan diri dengan bangsa tersebut ( Zulkifley Majid,

1996: 16)

2.3.3 Mengawal keadaan sosial

Kepentingan seterusnya ialah, linguistic atau bahasa dapat mengawal sosial. Kawalan sosial ini

dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau masyarakat. Pelbagai penerangan, informasi dan

pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksional

adalah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial ( Zulkifley Majid, 1996:17).

Dengan adanya bahasa ceramah agama atau dakwah dapat disampaiakan dengan jelas mengikut

bahasa bagi setiap bangsa. Agenda politik atau penyampaian ilmiah juga menggunakan bahasa.

6

Page 7: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

Semua ini merupaka kegiatan yang memberikan kepada kita cara untuk memperoleh pandangan

baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang baik dengan menggunakan bahasa. Contoh bahasa

berfungsi sebagai alat kawalan sosial adalah alat pereda kemarahan. Menulis merupakan cara

yang paling efektif untuk meredakan kemarahan. Dengan menuangkan rasa marah kita ke bentuk

penulisan, rasa marah kita beransur-ansur hilang dan kita dapat melaihat persoalan dengan lebih

jelas dan terang.

2.3.4 Berfungsi sebagai alat untuk memerintah atau lawan bicara.

Seorang ketua atau komander akan memberi arahan kepada pasukan mereka ( Sumarsono: 148).

Ekspresi ( melahirkan ) pula menunjukkan bahasa berfungsi untuk mengungkapkan suasana hati

atau perasaan penutur. Contohnya perkataan aduh, amboi, dan cis. Perkataan ini sudah jelas

untuk mengambarkan tentang hati penutur.

2.3.5 Penyatuan kaum

Walau bagaimanapun, bahasa Melayu mampu menyatakan pelbagai ilmu malah memikul

tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Ini terbukti

daripada dapatan kajian yang telah saya perolehi. Melalui perpaduan yang kukuh dan

persefahaman kaum yang kuat di kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut

stabil. Ini adalah berkat bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di dalam sistem

pendidikan kebangsaan sejak awal tahun 70-an.

2.3.4 Kepentingan kepada Ahli Akademik

Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan bahasa, seperti

guru dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa, pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa

seperti struktur dan sistemnya akan memudahkannya memberikan huraian serta penjelasan aspek-

aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek

sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu. (Nor Hisham Osman, 2001)

• Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan

kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan

7

Page 8: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual,

idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa.

• Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspek

penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks.

• Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi

dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan

pertentangan bahasa.

• Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam bidang

ilmu masing-masing

Kesimpulannya, ilmu linguistik amat penting kepada semua lapisan masyarakat. Ianya bermula

seawal kelahiran sehinggalah ke akhir hayat. Dengan adanya bahasa, manusia dapat

berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih sesuai mengikut kehendak

masing-masing. Dengan adanya bahasa, manusia dapat menjalankan aktiviti komunikasi dalam

memajukan diri, masyarakat dan Negara amnya. Ini kerana bahasa mempunyai fungsi yang

sangat besar dalam masyarakat antaranya sebagai alat ekspresi diri, alat komunikasi dan identiti

diri yang memudahkan perjalanan aktiviti masyarakat. Melalui bahasa, kita dapat mengutarakan

pandangan dan pemahaman kita terhadap sesuatu perkara, asal usul bangsa dan negara kita,

pendidikan kita mahupun diri sendiri. Bahasa adalah sesuatu yang utuh dan bersistem.

8

Page 9: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

Soalan 2: Sosiolinguistik

1.0 Pengenalan

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik

terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sisiologi- disiplin yang meneliti

masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Dengan sifat penggabungan dua

disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat.

Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur yang mempunyai

hubungan yang rapat antara kedua-duanya.

Bidang sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan

masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ia menumpukan kepada bahasa dalam konteks sosial

dan kebudayaan. Melalui bahasa, manusia dapat berhubung, menyampaikan buah fikiran dan

perasaan. Dengan bahasa juga mereka mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai

anggota satu masyarakat.

Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meninjau sejauh manakah aspek sosiolinguistik ini

benar-benar wujud dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Sosiolinguistik

akan menunjukkan bagaimana kita harus berbicara apabila kita berada dalam masjid, ruang

perpustakaan atau di pasar, misalnya.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kata sendi nama murid-murid Tahun 4

di Sekolah Kebangsaan Tembila, Besut, Terengganu. Antara tujuan kajian adalah seperti berikut;

i. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;

ii. Bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

iii. enggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

9

Page 10: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

iv. Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

v. Menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli

masyarakat yang berbilang kaum dan keturunan.

vi. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kesalahan pengunaan bahasa di kalangan penutur

jati bahasa melayu.

vii. Mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu dalam

penggunaan bahasa yang tepat

viii. Mengetahui sejauh mana penguasaan dan kemahiran berbahasa sample kajian

ix. Mengetahui Keperihatinan masyarakat terhadap penggunaan bahasa yang betul.

x. Mengetahui tahap penguasaan ilmu bahasa yang dimiliki oleh rakyat Malaysia

1.2 Sampel / responden kajian

Dalam kajian ini saya telah mengkaji 7 orang responden. Mereka terdiri dari pelbagai latar

belakang,latar belakang, umur, jantina, bangsa dan sebagainya.

1.3 Permerolehan data

Data kajian sampel diperoleh hasil dari temubual secara tidak formal berasaskan soalan yang

dikemukakan di 2.3 bertepatan dengan mengikut tugasan yang diberikan. Selain dari itu, kaedah

permerhatian juga dijalankan untuk memperkemaskan hasil tugasan.

2.3 Soalan Kaji Selidik

Kaji selidik Linguistik dan Sosiolinguistik

Nama

:___________________________________________

Umur

:___________________________

Jantina

:___________________________

Bangsa

:___________________________

10

Page 11: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

Agama

:___________________________

Pekerjaan

:___________________________

Kelulusan akademik :_____________________

Bilangan bahasa yang dikuasai :____________________________

Nyatakan

:___________________________________________

Soalan-soalan

1.Apakah bahasa yang digunakan di rumah?

___________________________________________________________

2. Apakah bahasa lain yang digunakan selain daripada bahasa di atas?

___________________________________________________________

3. Bahasa yang digunakan di tempat kerja?

___________________________________________________________

4. Bahasa yang digunakan dalam aktiviti sosial. Contohnya bersama rakan- rakan.

___________________________________________________________

5. Bilakah anda menggunakan bahasa rasmi?

6. Persepsi / pandangan mengenai bahasa Melayu.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

7. Persepsi / pandangan mengenai bahasa kedua?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

8. Persepsi / pandangan mengenai masa depan Bahasa Melayu.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

11

Page 12: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

a) Responden 1

Umur : 50 tahun

Jantina : Wanita

Bangsa : Melayu

Kelulusan : MCE ( Malaysia Certificate Examination )

Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pengalaman Kerja: 25 tahun

Beliau merupakan seorang wanita berkerjaya yang mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi.

Tugas sebagai Penolong Kanan sekolah secara tidak langsung amat memerlukan beliau

berinteraksi dengan berkesan. Kepakaran beliau sebagai guru bahasa Melayu tidak dinafikan

kerana beliau dapat memahami sedikit sebanyak ilmu linguistik dan digunakan bagi menyesuaian

diri semasa berinteraksi. Penggunaan laras bahasa dan juga ragam bahasa akan ditukar mengikut

situasi dan tempat. Dalam menghadiri mesyuarat, bahasa yang digunakan oleh beliau adalah

bahasa formal yang merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan

memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam

konteks formal. Selain dari itu beliau menggunakan dialek Perak kerana beliau adalah anak jati

Kuala Kangsar.

b) Responden 2

Umur : 26 tahun

Jantina : Wanita

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malysia ( STPM )

Jawatan : Guru Bahasa Inggeris

Pengalaman Kerja : 1 tahun

Merupakan seorang wanita bekerjaya yang sering berhubungan dengan masyarakat tempatan dan

juga sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah. Mempunyai pengetahuan linguistik dan berupaya

menerap pengetahuan tersebut semasa berinteraksi. Beliau juga mahir dalam berbahasa Inggeris.

12

Page 13: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

Sesekali perbualan beliau dicampurkan dengan perkataan Inggeris seperti ‘so’, ‘whateverlah’,

‘dontlah’ dan sebagainya. Beliau baru sahaja menerima jawatan sebagai seorang pendidik. Jadi,

nampak pertuturan beliau agak terbatas dan tersekat-sekat kerana beliau kurang bercampur

dengan organisasi besar sebelum ini. Dialek Melaka seperti perkataan pagaw (pagar) juga sangat

ketara apabila berbual-bual dengan rakan sekerja. Beliau kelihatan cuba menyesuaikan diri

dengan dialek Daerah Besut tempat beliau bekerja.

c) Responden 3

Umur : 27 tahun

Jantina : lelaki

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Sijil darjah enam

Jawatan : Tukang kebun

Latar belakang pendidikan yang rendah menyebabkan beliau tidak memahami dan tidak

mempunyai pengetahuan linguistik. Bertutur dalam dialek daerah. Butir percakapan beliau agak

bebas bergantung kepada topik dan penjelasan perbicaraan. Isi kandungan ucapan tidak

berdasarkan sesuatu yang ilmiah. Beliau lebih banyak menggunakan bahasa kolokial bagi

mewujudkan kemesraan. Beliau tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa. Apa

yang penting adalah unntuk mendapat makna supaya dapat difahami maksud perbualan dengan

segera. Memandangkan beliau tidak menerapkan pengetahuan linguistik dalam penggunaan

bahasa, beliau berkomunikasi tanpa memikirkan status sosial pendengar, situasi atau pun

keadaan semasa berinteraksi Beliau tidak pernah didedahkan dengan cara berkomunikasi yang

betul dalam situasi- situasi yang berlainan. Namun begitu, beliau tahu menghormati orang lain.

d) Responden 4

Umur : 29 tahun

Jantina : wanita

Bangsa : Melayu

13

Page 14: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan : Kerani

Pengalaman kerja : 5 tahun

Merupakan seorang wanita berkerjaya dan mempunyai pengetahuan penggunaan bahasa dalam

konteks sosial. Beliau dapat menerapkan pengetahuan tersebut dalam konteks sosial seperti

apabila berinteraksi dengan Guru Besar, pelanggan orang awam dan sebagainya. Beliau

mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mempunyai latar pergaulan yang luas

kerana beliau juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang lain seperti BELIAWANIS,

ahli jawatankuasa cawangan sebuah parti politik yang aktif dan lain-lain lagi. Dalam perbualan

seharian, beliau menggunakan dialek utara kerana beliau berasal dari Parit Buntar. Pernah

menetap di negeri Johor selama 8 tahun dan bersuamikan seorang yang berasal dari Johor,

Bahasa pertuturan beliau bercampur antara dialek utara dan dialek Johor kerana dipengaruhi oleh

pengalaman tinggal di Johor.

e) Responden 6

Umur : 18 tahun

Jantina : Lelaki

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan : Pekerja Kedai Runcit

Pengalaman kerja : 1 tahun

Merupakan seorang remaja yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan.

Oleh itu, beliau terus bekerja di kedai runcit milik bapa kawannya. Beliau kurang mempunyai

pengalaman bekerja . Beliau berinteraksi hanya di kalangan rakan sebaya, guru-guru dan ibu

bapa secara tidak formal. Sedikit pengalaman berurusan dengan orang awam mengurangkan

keyakinan beliau untuk menggunakan penerapan linguistik dalam konteks sosial beliau. Berasal

dari negeri Kelantan dan menggunakan dialek Kelantan bila berkomunikasi, bahasa pertuturan

beliau dipengaruhi juga dengan bahasa pertuturan bapanya yang berasal dari negeri Perak. Beliau

dapat menerapkan pengetahuan linguistik beliau apabila berinteraksi dengan kawan-kawan,

14

Page 15: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

guru-guru dan ibu bapa tetapi belum dapat menggunakan bahasa yang bersesuaian apabila

berinteraksi dengan mereka yang mempunyai status tinggi di dalam masyarakat seperti pengarah

syarikat, pegawai pendidikan, menteri dan sebagainya..Ragam bahasa beliau adalah bahasa tidak

formal dan sedikit dialek seketika digunakan sesama rakan sebaya seperti penggunaan perkataan

‘yo’ yang tidak mempunyai apa-apa maksud, ‘stailo’ yang dipinjam dari perkataan Inggeris

bermaksud ‘gaya’, menggunakan juga bahasa kolokial yang agak kasar sebagai gurauan seperti

‘siot’ tetapi dapat diterima di kalangan mereka.

f) Responden 7

Umur : 28 tahun

Jantina : Lelaki

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Ijazah

Jawatan : Guru JQAF sekolah

Pengalaman : 2 tahun

Responden merupakan seorang lelaki dewasa yang berkelulusan Ijazah (BA HONS) Universiti

Al-Azhar. Negeri kelahirannya ialah Kelantan dan kini menetap di Besut. Bahasa pertuturan

beliau dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan dialek Kelantan seperti penggunaan

perkataan ‘demo’ untuk ‘awak’ dan ‘ambo’ untuk ‘saya’. Penggunaan perkataan ‘pitih’ untuk

wang atau duit sering dituturkan apabila beliau berinteraksi secara tidak formal.Beliau akan

menggunakan dialek Kelantan apabila berkomunikasi dengan orang yang berasal dari Negeri

Kelantan seperti dengan keluarga dan adik-beradik beliau sendiri. Dari aspek penerapan

pengetahuan linguistik dalam hubungan dengan organisasi masyarakat, tugas beliau memerlukan

beliau berinteraksi dengan pelajar-pelajar, guru-guru, guru besar, pengetua, kakitangan Jabatan

Pelajaran Daerah, kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri, dan sebagainya. Sememangnya beliau

mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi dan dapat menerapkan pengetahuan beliau dalam

konteks sosial dengan mudah sekali berdasarkan pengalaman beliau berinteraksi dengan pelbagai

golongan masyarakat.di Malaysia dan Mesiran .Beliau dapat menyesuaikan ragam bahasa dan

15

Page 16: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

laras bahasa dengan status pengguna dalam konteks sosial tersebut. Selain menggunakan bahasa

Melayu, beliau juga fasih menggunakan bahasa Arab ketika bersama-sama dengan rakan-rakan

di Mesir dahulu.

1.3 Hasil / dapatan kajian

Dalam kajian ini, saya telah mengkaji 7 orang responden. Secara keseluruhanya didapati bahawa

semua responden menggunakan bahasa Melayu sama ada di rumah mahupun ketika bersosial.

Semua berpendapat bahawa bahasa Melayu ini patut dijaga dan dipelihara supaya tidak hilang

dek zaman. Mereka menunjukkan pandangan yang positif terhadap bahasa Melayu walaupun

berlainan bangsa dan agama. Tetapi mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu ini sering

berlaku perubahan yang menyebabkan mereka sendiri keliru tentang masalah penggunaan

bahasa. Maka sebab itulah penggunaan bahasa pasar, bahasa rojak dan dialek daerah lebih

mudah digunakan di mana sahaja sebab tidak ada masalah penggunaan bahasa di kalangan

mereka yang mengamalkannya.

Pendedahan tentang penggunaan bahasa Melayu terkini amatlah kurang disebarkan sama ada

melalui media massa atau pun media cetak. Hanya golongan- golongan tertentu sahaja yang peka

terhadap perubahan-perubahan bahasa Melayu ini. Berbanding dengan bahasa Inggeris, dari

semenjak dahulu lagi, penggunaan tatabahasa dan nahunya tetap sama dan tidak berubah

sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, bahasa Melayu mampu menyatakan pelbagai ilmu malah memikul

tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Ini terbukti

daripada dapatan kajian yang telah saya perolehi. Melalui perpaduan yang kukuh dan

persefahaman kaum yang kuat di kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut

stabil. Ini adalah berkat bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di dalam sistem

pendidikan kebangsaan sejak awal tahun 70-an. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan

16

Page 17: Tugasan BM 3403 Sept2010 Linguistik

[email protected]

bahasa Melayu di dalam bidang ilmu atau ilmiah, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak kurang aktif

di dalam hal ini. Peranan Dewan ini patut dipuji Cuma segelintir masyarakat sahaja yang tidak

mengambil berat tentang penggunaan bahasa dan perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan.

1.4 Cadangan dan rumusan

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi

kaum terutamanya di kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum di kalangan pelajar jika tidak

dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap Negara. Antara faktor yang

menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup, di samping

mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang

berlainan.

Sesungguhnya gejala yang tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa depan

Negara. Bermula dengan pelajar sekolah, perlu digalakkan berinteraksi dengan rakan-rakan yang

berlainan bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar semasa

di bangku sekolah lagi supaya apabila mereka bercampur dengan masyarakat, mereka dapat

mengaplikasikan bahasa dengan sebaik- baiknya.

Kesimpulannya, setiap bangsa ada sistem sosialnya yang tertentu yang berlapis- lapis dan

bertingkat-tingkat dari yang paling tinggi hingga ke yang paling rendah. Bahkan ada yang dalam

bentuk kasta – yang memisahkan antara kelompok atau tingkat sosial dengan secara yang amat

tegar. Namun begitu, dengan adanya bahasa, mereka dapat berkomunikasi dan menyampaikan

maklumat dengan cara yang lebih sesuai mengikut kehendak masing-masing.

17