TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

11
2.0 Secara individu menghuraikan strategi-strategi dan kaedah- kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan perbezaan individu, gaya pembelajaran serta motivasi murid untuk mencapai matlamat KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sejak tahun 2011 sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Berita Harian Online, 29 Disember 2011). Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri. Kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. (Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, 23 Februari 2015). Bertitik tolak daripada itu, murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai beberapa asas-asas seperti menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, warganegara yang bertanggungjawab, warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) dan pekerja berilmu. Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, segalanya bermula dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Bagaimana untuk memastikan agar proses PdP yang dijalankan berkesan? Segalanya bermula dengan peranan guru disamping kerjasama daripada setiap murid di dalam kelas. Terdapat tiga aspek penting yang perlu dititikberatkan iaitu perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid. Ketiga-tiga aspek berikut merupakan aspek penting yang

Transcript of TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

Page 1: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

2.0 Secara individu menghuraikan strategi-strategi dan kaedah-kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan perbezaan individu,

gaya pembelajaran serta motivasi murid untuk mencapai matlamat KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sejak tahun 2011

sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi

memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan

untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Berita

Harian Online, 29 Disember 2011). Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang

seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,

sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri.

Kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. (Laman Web Rasmi Bahagian

Pembangunan Kurikulum, 23 Februari 2015). Bertitik tolak daripada itu, murid yang

mengikuti KSSR akan mempunyai beberapa asas-asas seperti menjadi insan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, warganegara yang

bertanggungjawab, warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global

Player) dan pekerja berilmu.

Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, segalanya bermula dengan

proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Bagaimana untuk

memastikan agar proses PdP yang dijalankan berkesan? Segalanya bermula

dengan peranan guru disamping kerjasama daripada setiap murid di dalam kelas.

Terdapat tiga aspek penting yang perlu dititikberatkan iaitu perbezaan individu,

gaya pembelajaran dan motivasi murid. Ketiga-tiga aspek berikut merupakan aspek

penting yang tidak boleh dipandang enteng oleh setiap guru. Oleh itu, setiap guru

perlu menghayati ketiga-tiga aspek ini supaya matlamat KSSR dapat dicapai.

2.1 Perbezaan individu

Tidak dapat dinafikan setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh

itu, setiap guru perlu memahami setiap perbezaan yang ada dalam kalangan

muridnya. Menurut Noriati (2009), personaliti milik seseorang individu

menjadikannya berbeza dengan individu lain yang memudahkan kita memahami

pelbagai ragam perlakuan manusia. Perbezaan antara individu ini akan semakin

jelas dan seterusnya membentuk personaliti setiap individu serta corak kehidupan

masing-masing.

Page 2: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu mengenal pasti jenis

personaliti yang ada dalam kalangan pelajar supaya dapat menggunakan strategi

serta kaedah yang sesuai, misalnya personaliti introvert dan ekstrovert.

Oleh itu, setiap guru perlu memahami konsep perbezaan individu ini supaya tidak

berlaku perbandingan antara seorang murid dengan murid lain. Akhir sekali, melalui

perbezaan individu ini juga guru dapat membantu murid untuk mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri masing-masing seterusnya merancang

dan melaksanakan PdP yang berkesan.

2.2 Gaya Pembelajaran

Menurut Noriati (2009), gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima

dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza. Setiap individu

mempunyai peluang untuk menerima dan memproses maklumat dalam cara yang

berbeza-beza. Perbezaan dalam melakukan sesuatu itu diklasifikasikan kepada dua

jenis murid iaitu penerima konkrit dan abstrak serta pemproses yang aktif dan

reflektif (Mohd, 2013).

Menurut Mok (2005) pula, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar

memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperoleh maklumat, ilmu

atau pengalaman yang baru. Dunn dan Dunn (1982) dalam buku Learning Style

Inventory Development and Research , menghuraikan gaya pembelajaran sebagai

cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi,

sosial, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu

untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran

pembelajarannya (Mok, 2005).

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa gaya pembelajaran merupakan cara

seseorang individu bertindakbalas terhadap persekitarannya untuk memproses

maklumat, ilmu pengetahuan atau pengalaman baru.

Page 3: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

2.3 Motivasi murid

Menurut Mohd (2013), motivasi bermaksud sesuatu kuasa yang mendorong

seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Kamarudin (1993) pula berpendapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

motivasi dianggap sebagai salah satu unsur penting yang membolehkan murid-murid

melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pembelajaran itu

berlangsung dalam keadaan yang bermakna, berfaedah dan menggembirakan

(Mohd, 2013).

Terdapat dua jenis teknik motivasi yang boleh digunakan dlaam proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Motivasi intrinsik bermaksud sifat semula jadi untuk untuk belajar serta dorongan

yang terdapat dalam diri seseorang. Bagi motivasi ekstrinsik pula ianya merupakan

motivasi yang diwujudkan daripada faktor persekitaran.

Oleh itu, guru perlu memahami jenis teknik motivasi ini terutamanya motivasi

ekstrinsik supaya dapat diaplikasi semasa proses PdP. Motivasi ekstrinsik ini paling

sesuai digunakan, misalnya memberi pujian, hadiah dan penghargaan kepada murid

apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu aktiviti atau tugasan yang diberi.

Motivasi ini adalah sebagai suatu inisiatif untuk mendorong murid kea rah kejayaan

serta tingkah laku yang produktif di dalam kelas.

3.0 Strategi dan Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur

untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Di dalam bidang pendidikan, konsep

strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan

merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif

pelajaran yang telah ditentukan (Mok, 2005).

Bagi sesuatu PdP, strategi merangkumi pemilihan kaedah dan teknik mengajar

berdasarkan pendekatan, penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara

sistematik mengikut teori dan prinsip pembelajaran. Selain itu, pengagihan masa dan

langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar telah disusun, agihan

bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar dan

pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Page 4: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

Terdapat empat jenis strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu strategi

pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi pemusatan bahan dan strategi

berasaskan tugasan atau aktiviti.

Bagi kaedah mengajar ianya merujuk kepada satu siri tindakan guru yang

sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan

mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek (Mok, 2005). Selain itu,

kaedah mengajar juga dapat digunakan sebagai teknik mengajar apabila ianya

dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Contoh kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran ialah belajar sambil bermain, main peranan, bercerita,

simulasi, syarahan dan sebagainya.

3.1 Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP)

yang telah lama diamalkan di sekolah. Guru memainkan peranan utama apabila

menguasai dan mengawal segala aktivti pelajaran. Guru akan memberikan

penerangan manakala murid hanya mendengar sahaja dan ianya hanya melibatkan

interaksi sehala.

Strategi ini sesuai bagi murid yang mempunyai personaliti introvert kerana

mereka akan lebih memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan. Selain

itu, murid ini juga lebih pendiam berbanding murid yang mempunyai personaliti

ekstrovert.

Antara kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan ialah kaedah

penerangan, bercerita, demonstrasi dan syarahan. Sebagai contoh guru

menggunakan kaedah bercerita, pertama guru perlu memilih cerita yang sesuai

dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya.

Hal ini supaya isi pelajaran dapat difahami, diingati dan dihayati sebaik mungkin.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) seperti

kad-kad perkataan, gambar, patung atau topeng yang bersesuaian dengan isi

pelajaran agar dapat menarik minat dan perhatian murid. Suara dan intonasi guru

juga sangat penting dalam menyampaikan cerita di samping ekspresi wajah supaya

menarik perhatian, mempunyai unsur suspen dan mengembangkan daya imaginasi

Page 5: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

murid. Namun begitu, guru perlu memastikan murid-murid bersedia sebelum

memulakan penceritaan. Dalam penceritaan juga, guru perlu memilih perkataan

serta ayat mudah supaya murid tidak terkeliru.

Motivasi murid pula mula terbentuk apabila guru memberi pujian dan

penghargaan kepada murid. Hal ini kerana guru yang mendominasi proses PdP dan

murid hanya memberi fokus kepada guru. Misalnya guru memuji murid yang

memberi tumpuan. Melalui peneguhan positif ini murid akan berasa gembira dan

akan lebih fokus terhadap setiap isi penyampaian guru seterusnya dapat memahami

dan menghayati isi pelajaran.

3.2 Strategi Pemusatan Murid

Strategi ini memfokuskan kepada murid dengan memainkan peranan paling

penting dalam proses PdP. Murid sangat digalakkan untuk melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti PdP manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing murid

dalam menjalankan aktiviti.

Pemusatan murid melibatkan interaksi dua hala iaitu di antara guru dengan murid.

Murid digalakkan memberi pendapat masing-masing melalui kaedah perbincangan.

Selain itu, secara tidak langsung dapat memupuk sifat sosial positif seperti tolong-

menolong, bekerjasama dan bertolak ansur. Strategi ini sangat sesuai bagi

kumpulan murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivtis kerana mereka lebih

cenderung untuk meneroka sendiri sesuatu perkara, mempunyai sifat inkuiri yang

tinggi serta bergerak pntas dan memberi tindak balas dengan cepat.

Antara teknik dan kaedah yang sesuai digunakan ialah inkuiri-penemuan,

bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Sebagai contoh guru memilih

kaedah permainan iaitu belajar sambil bermain. Belajar sambil main ialah sesuatu

kaedah dan teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan

aktiviti bepura-pura di bawah keadaan terkawal (Mok, 2005). Melalui kaedah ini

murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani,

sosial dan mengukuhkan kemahiran baru yang dipelajari.

Kebiasaanya aktiviti ini akan dijalankan untuk aktiviti pengukuhan , pengayaan

dan pemulihan selepas pembelajaran bahasa, matematik dan sebagainya. Misalnya

guru membuat permainan bahasa iaitu permainan “Sahiba”. Guru memberi

Page 6: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

penerangan ringkas tentang permainan dan murid dibahagikan mengikut kumpulan

kecil dan guru hanya memantau.

Sebagai motivasi kepada murid, pasukan pemenang akan diberi ganjaran seperti

hadiah atau penghargaan manakala galakan dan kata-kata semangat agar kumpulan

lain terus berusaha untuk berjaya.

3.3 Strategi Pemusatan Bahan

Bahan diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan

pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti

carta, peta, gambar, model, video dan slaid manakala bahan pembelajaran pula ialah

bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks,

bahan bercetak, ala-alat ujikaji dan komputer.

Strategi ini sangat sesuai digunakan kepada golongan pelajar yang memiliki gaya

pembelajaran pragmatis. Kumpulan murid ini lebih gemar menggunakan bahan-

bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, dalam proses PdP,

guru akan menggunakan bahan seperti komputer, carta, gambar, rajah dan

sebagainya yang bersesuaian dengan isi pelajaran.

Guru perlu cekap dan kreatif dalam menghasilkan bahan terutamanya seperti

rajah, gambar atau slaid di samping mampu menarik minat murid-murid untuk

belajar. Hal ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid

memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Misalnya bagi subjek Sains

tentang tajuk “Kitaran Hujan”, guru dapat mempamerkan gambar kitaran dari satu

peringkat kepada peringkat seterusnya menggunakan gambar, rajah atau slaid.

Antara kelebihan penggunaan bahan ialah dapat melatih murid belajar tanpa

bantuan daripada guru. Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk motivasi

intrinsik dalam diri murid kerana bahan tersebut dapat merangsang murid untuk terus

meneroka dan menghayati isi pengajaran.

Page 7: TUGASAN EDU 3033 MURID DAN ALAM BELAJAR.docx

3.4 Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti

Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dalam konteks pendidikan, ia

merupakan segala gerak kerja yang dijalankan oleh guru dan murid-murid untuk

mencapai objektif pelajaran.

Mengikut John Dewey (1910), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid

(Mok, 2005). Melalui aktiviti ini potensi seseorang murid dapat dikembangkan

sepenuhnya dengan menyeluruh dan bersepadu. Guru akan melibatkan murid untuk

melakukan aktiviti secara praktikal. Aktiviti ini lebih berkesan kerana penglibatan

murid secara sepenuhnya menyebabkan murid lebih seronok untuk belajar

seterusnya proses PdP lebih berkesan.

Aktiviti ini sesuai untuk semua kategori pelajar kerana tidak memfokuskan kepada

mana-mana kategori murid.. Antara kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah

perbincangan. Misalnya guru memberi tajuk tentang “Contoh perbuatan yang baik”.

Murid akan diagih mengikut kumpulan kecil dan guru hanya membimbing murid

membuat rumusan tentang isi perbincangan mereka.

Setiap murid akan diberi peluang untuk melontar pendapat masing-masing,

secara tidak langsung memotivasikan murid dengan perasaan ingin tahu. Selain itu,

murid juga akan mencuba untuk membuat rumusan sendiri terhadap isi

perbincangan mereka. Akhir sekali, peneguhan positif dapat diberi supaya murid

akan berusaha untuk menyiapkan tugasan dengan baik.

Sebagai rumusan setiap strategi pengajaran dan pembelajaran ini sesuai untuk

digunakan mengikut tajuk dan isi pelajaran. Bagi memastikan proses PdP berkesan

dan mencapai matlamat KSSR, guru perlu memainkan peranan penting dan lebih

kreatif dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik bagi menarik minat murid dan

memudahkan murid memahami setiap yang telah dipelajari seterus mengaplikasikan

dalam kehidupan seharian.