Tugasan Edu 3053

4
JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN IPG. Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu. TOPIK PEMBENTANGAN INDIVIDU Subjek EDU3053/ Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tarikh: 26 Jun 2014 Masa : 07.45-09.45 Tempat: Makmal Komputer 3, Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG.KSM. TRG TOPIK 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.1 Konsep Teknologi dalam Pengajaran Soalan: Dapatkan 4 pengertian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh sarjana-sarjana dalam pendidikan. Buat rumusan berkaitan dengan pengertian tersebut. i. Konsep Teknologi Gailbrath (1967), Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) , “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya

description

Tugasan Edu 3053

Transcript of Tugasan Edu 3053

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKANIPG. Kampus Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu.

TOPIK PEMBENTANGAN INDIVIDUSubjek EDU3053/ Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Tarikh: 26 Jun 2014Masa : 07.45-09.45Tempat: Makmal Komputer 3, Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG.KSM. TRG

TOPIK 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN1.1 Konsep Teknologi dalam PengajaranSoalan: Dapatkan 4 pengertian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh sarjana-sarjana dalam pendidikan. Buat rumusan berkaitan dengan pengertian tersebut.i. Konsep TeknologiGailbrath (1967), Teknologi ialahkeupayaan menggunakanpengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969), Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

Evans dan Nation (2000), teknologi bukan alat semata-semata, sebaliknya teknologi ialah satu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya. Maka, teknologi itu sebenarnya ialah penggunaan alat dalam menyempurnakan peranan dan fungsinya bagi mencapai sesuatu tujuan

ii. Konsep PengajaranTafsiran oleh Ramsden (1993) dalam Trigwel, Prosser & Lyons, (1997), pengajaran adalah proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.

iii. Konsep PembelajaranBelajar atau pembelajaran bukanlah usaha mengembangkan minda dengan mengutip segala maklumat tanpa berfikir. Belajar menjadi bermakna apabila wujudnya perubahan dalam cara berfikir dan melihat dan lebih bermakna apabila ilmu dapat diaplikasikan sehingga menimbulkan rasa puas di jiwa, dunia semakin difahami hingga kehidupan menjadi lebih bererti,(Ramsden, 1988)Pada pandangan saya, teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dirumuskan bahawa ia merupakan suatu usaha bagi meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap penyampaian dan penerimaan sesuatu ilmu pengetahuan melalui penggunaan pelbagai alat, bahan disamping mengaplikasikan proses , kaedah dan idea terhadap alat dan bahan tersebut. Dari segi teknologi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah sentiasa diperbaharui dan mengikut arus perkembangan semasa selari dengan kebolehan dan pencapaian pelajar pada masa sekarang. Kegagalan dalam mengikuti perkembangan teknologi tersebut akan mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berlaku dengan berkesan dan membosankan. Hal ini kerana, keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu mendorong pelajar memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikannya sehingga mendorong tingkah laku yang baharu.

RujukanNoriati, Boon, Sharifah, & Wan Kamarudin.(2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.Azure, P.(2010). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. http://azurepolaris.blogspot.com. Dilayari pada 1 Julai 2014.Ahmad Fachrurrazi.(2012). Pengertian Teknologi Pendidikan dan Pengajaran. http://ahmadfachrurrazi.wordpress.com. Dilayari pada 1 Julai 2014.

Disediakan:Hasrulnizam Bin HassanI/C: 930810-06-5289/ Angka Giliran: 2013101340118Unit PSV2/ Ambilan Januari 2013IPG. Kampus Sultan Mizan,Besut, Terengganu.