Tugasan Gantian ELM3043

3
Aktiviti kumpulan , anda dikehendaki membaca artikel pendek ini dan seterusnya sediakan artikel lengkap berdasarkan soalan yang disediakan di bawah. ISU-ISU MORAL TEMPATAN : JENAYAH SIBER Sentuhan kepada isu ini secara ringkas dapat mencetus kesedaran kepada bakal guru terhadap isu jenayah siber serta dapat menyedari tanggungjawab besar ke arah membina generasi masa depan yang bermoral tinggi. Jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang mana kesan sebenarnya banyak bergantung pada nilai maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan sasaran dan member kesan kepada mereka yang terlibat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Empat), jenayah membawa maksud perbuatan atau kejahatan (seperti mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang atau perbuatan salah (di sisi undang-undang) atau perbuatan kriminil. Sebagai contoh penggunaan frasa dalam ayat, polis menganggap perkara itu sebagai satu perbuatan jenayah yang nekad. Manakala maksud siber pula adalah segalanya yang berkaitan dengan internet. Sebagai contoh internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dan penjual dalam ruang siber. Sebagaimana yang masyarakat tahu bahawa jenayah yang berlaku mendatangkan kesan negatif. Antara kesan yang jelas dilihat ialah mendatangkan kerugian kepada mangsa. Sebagainya contoh, penjenayah menipu dengan skim cepat kaya atau penjualan sesuatu barang yang tidak bermutu akan mendatangkan kerugian yang besar kepada pengguna atau masyarakat. Seterusnya, akibat daripada pihak yang tidak

description

moral

Transcript of Tugasan Gantian ELM3043

Page 1: Tugasan Gantian ELM3043

Aktiviti kumpulan, anda dikehendaki membaca artikel pendek ini dan seterusnya sediakan artikel lengkap berdasarkan soalan yang disediakan di bawah.

ISU-ISU MORAL TEMPATAN : JENAYAH SIBER

Sentuhan kepada isu ini secara ringkas dapat mencetus kesedaran kepada bakal guru

terhadap isu jenayah siber serta dapat menyedari tanggungjawab besar ke arah membina

generasi masa depan yang bermoral tinggi.

Jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang mana kesan

sebenarnya banyak bergantung pada nilai maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan

sasaran dan member kesan kepada mereka yang terlibat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka (Edisi Empat), jenayah membawa maksud perbuatan atau kejahatan (seperti mencuri,

merompak, membunuh dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang atau perbuatan salah (di

sisi undang-undang) atau perbuatan kriminil. Sebagai contoh penggunaan frasa dalam ayat,

polis menganggap perkara itu sebagai satu perbuatan jenayah yang nekad. Manakala maksud

siber pula adalah segalanya yang berkaitan dengan internet. Sebagai contoh internet ibarat

pasar raksasa yang menemukan pembeli dan penjual dalam ruang siber.

Sebagaimana yang masyarakat tahu bahawa jenayah yang berlaku mendatangkan

kesan negatif. Antara kesan yang jelas dilihat ialah mendatangkan kerugian kepada mangsa.

Sebagainya contoh, penjenayah menipu dengan skim cepat kaya atau penjualan sesuatu

barang yang tidak bermutu akan mendatangkan kerugian yang besar kepada pengguna atau

masyarakat. Seterusnya, akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggodam

system kerajaan sesebuah negara menyebabkan kebocoran maklumat kerajaan yang sulit. Hal

ini akan menyebabkan sistem pertahanan sesebuah Negara yang sistemnya digodam lemah

dan mudah diceroboh oleh Negara lain. Hal ini kerana segala maklumat tentang sistem

pentadiran yang sepatutnya tidak boleh diketahui oleh pihak luar telah diketahui oleh pihak

musuh.

Selain daripada itu, jenayah siber yang berlaku akibat penyebaran fitnah  boleh

menjatuhkan maruah orang lain. Ini akan memburukkan imej seseorang itu di mata masyarakat.

Sekiranya fitnah dilemparkan kepada sesebuah syarikat, sudah tentulah syarikat tersebut akan

mendapat kerugian akibat kehilangan para pelabur dan pelanggannya.

Page 2: Tugasan Gantian ELM3043

Soalan 1

Bincangkan secara terperinci punca-punca berlaku jenayah siber ini.

Soalan 2

Anda dikehendaki melayari laman web kkmm.gov.my dan dapatkan maklumat berikut

2.1. Apakah itu Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia

2.2. Apakah peranan Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia dalam menangani dan

mengawal jenayah siber?

Soalan 3

Sekiranya anda merupakan mangsa jenayah siber, bagaimana tindakan yang sepatutnya anda

ambil supaya pihak penjenayah tidak terus memanipulasi data anda untuk dijadikan ugutan.

Interaksi 12/10/2015 jam 11.00 pg-1.00ptggantian untuk interaksi 14/10/2015 – cuti Maalhijrah