tugasan korpus

18
SCLM5173 KAJIAN MORFOLOGI DAN SINTAKSIS TAJUK: ANALISIS KORPUS PENGGUNAAN KATA PENEGAS ‘PUN’ DISEDIAKAN OLEH: AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID (812515) MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI (812664) 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Menurut Asmah Hj. Omar (1982:148) ‘PUN’ merupakan kata supraayat (termasuk juga, jua, pula, sahaja) iaitu kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara ayat. Ia adalah partikel yang secara amnya membawa makna ‘penegasan’. Bagaimanapun ‘penegasan’ yang didukung oleh ‘PUN’ tidaklah sama dengan penegasan yang dibawa oleh kah, lah dan tah, yang masing-masingnya berkait erat dengan suasana ayat, yakni ayat tanya, berita atau perintah. 1

Transcript of tugasan korpus

Page 1: tugasan korpus

SCLM5173

KAJIAN MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

TAJUK:

ANALISIS KORPUS PENGGUNAAN KATA PENEGAS ‘PUN’

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID (812515)

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI (812664)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Menurut Asmah Hj. Omar (1982:148) ‘PUN’ merupakan kata supraayat

(termasuk juga, jua, pula, sahaja) iaitu kata yang penggunaannya hanya jelas

dalam hubungan antara ayat. Ia adalah partikel yang secara amnya membawa

makna ‘penegasan’. Bagaimanapun ‘penegasan’ yang didukung oleh ‘PUN’

tidaklah sama dengan penegasan yang dibawa oleh kah, lah dan tah, yang

masing-masingnya berkait erat dengan suasana ayat, yakni ayat tanya, berita

atau perintah.

1.2 Penegasan yang didukung oleh ‘PUN’ berkait erat dengan makna dalam

penggunaan ayat. ‘PUN’ tidak dihadkan penggunaannya dalam ayat yang

mempunyai suasana tertentu, tetapi menunjukkan kaitan antara ayat dengan

mendukung konsep-konsep tertentu.

1

Page 2: tugasan korpus

1.3 Za’ba (2000) menjelaskan bahawa kata penegas ‘PUN’ terbahagi kepada dua

fungsi, iaitu:

1.3.1 sebagai suatu partikel, partikel PUN (juga partikel lain dalam bahasa

Melayu) dianggap sebagai kata yang termasuk dalam sistem tertutup

kerana ia hanya berperanan dalam struktur tertentu sahaja.

1.3.2 sebagai huruf penambah (di hujung) dalam bahasa Melayu, PUN apabila

masuk kepada mana-mana perkataan asal akan membawa maksud-

maksud yang tertentu.

1.4 Nik Safiah (1996), selain berfungsi sebagai kata penegas, ‘PUN’ juga dikenali

sebagai partikel iaitu perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-

bahagian tertentu dalam ayat.

1.4.1 ‘PUN’ ialah antara kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian

ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagian-bahagiannya atau

frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.

1.4.2 Fungsi partikel ini sama seperti ‘JUGA’, jua, sahaja, lagi dan memang iaitu

bersifat bebas daripada segi kehadirannya dalam ayat.

1.5 Berdasarkan Kamus Dewan (Edisi Keempat) ‘PUN’ membawa beberapa

pengertian. Antaranya:

1.5.1 juga, dan demikian juga

1.5.2 biar, kendati, meski, walau

2

Page 3: tugasan korpus

1.5.3 bahkan, malahan, sedangkan...

1.5.4 apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua

1.5.5 ~...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi)

1.5.6 Untuk menguatkan serta menegaskan pokok ayat

1.5.7 = sekali ~sekali juga

2.0 KEPENTINGAN KAJIAN

2.1 Pengguna bahasa dapat mengetahui pola penggunaan kata penegas ‘PUN’

dalam penulisan pengarang berdasarkan analisis korpus ini.

2.2 Pengguna bahasa dapat melihat perbandingan kekerapan penggunaan hukum

tatabahasa kata penegas ‘PUN’ yang autentik berasaskan analisis korpus.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Menganalisis kata penegas ‘PUN’ untuk mengetahui pola penggunaan kata

penegas ‘PUN’ dalam penulisan pengarang berdasarkan analisis korpus ini.

3.2 Menganalisis perbandingan kekerapan penggunaan hukum tatabahasa kata

penegas ‘PUN’ yang autentik berasaskan analisis korpus.

3.3 Menyenaraikan kata penegas ‘PUN’ yang mematuhi hukum tatabahasa dan yang

tidak mematuhi hukum tatabahasa berdasarkan Tatabahasa Dewan (Edisi

Ketiga).

3

Page 4: tugasan korpus

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, sebanyak 1000 data daripada kata penegas ‘PUN’ yang

telah diambil daripada data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka akan dianalisis. Data-

data yang diambil ini akan dinilai berdasarkan rumus kata penegas ‘PUN’ yang terdapat

dalam buku Tatabahasa Dewan dan akan melihat pola atau bentuk penulisan

pengarang sama ada menjurus kepada rumus yang telah ditetapkan atau bercanggah

daripada itu.

5.0 HUKUM TATABAHASA PEGANGAN

5.1 ‘PUN’ BERDASARKAN TATABAHASA DEWAN (NIK SAFIAH KARIM et.al)

Nik Safiah et.al (1996) merumuskan bahawa selain berfungsi sebagai kata

penegas, ‘PUN’ juga dikenali sebagai partikel iaitu perkataan yang memberi

penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

5.1.1 ‘PUN’ ialah antara kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian

ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagian-bahagiannya atau

frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.

5.1.2 Fungsi partikel ini sama seperti ‘JUGA’, jua, sahaja, lagi dan memang iaitu

bersifat bebas daripada segi kehadirannya dalam ayat.

5.2 ‘PUN’ BERDASARKAN NAHU MELAYU MUTAKHIR (ASMAH HJ. OMAR)

5.2.1 ‘PUN’ adalah kata partikel yang membawa makna penegasan. Kata ‘PUN’

diletakkan sesudah kata nama yang berfungsi sebagai subjek ayat.

4

Page 5: tugasan korpus

6.0 ANALISIS KORPUS KATA PENEGAS ‘PUN’

6.1.1 Dengan berpandukan hukum Tatabahasa Dewan (Nik Safiah) yang

menyatakan bahawa ‘PUN’ ialah antara kata penegas yang menegaskan

kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagian-

bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya dan juga

pandangan Prof. Asmah dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang

menyatakan kehadiran kata penegas atau kata partikel ‘PUN’ ialah

sesudah kata nama yang berfungsi sebagai subjek ayat.

6.1.2 Kedua-dua tokoh ini berpandangan yang sama iaitu kehadiran kata

penegas ‘PUN’ sesudah frasa nama (Nik Safiah) atau kata nama (Asmah)

yang berfungsi sebagai subjek ayat. Namun bagi Nik Safiah, ‘PUN’ juga

boleh hadir sebagai frasa predikat dalam sesuatu ayat.

6.1.3 Berikut adalah beberapa contoh penggunaan kata penegas ‘PUN’ yang

dianalisis secara korpus. Antaranya ialah:

6.1.4 Analisis penggunaan kata penegas ‘PUN’ sebagai subjek ayat.

1) Oleh itu, rumus transformasi pun berlaku, menghasilkan <ASING> dan <ASING>

dalam dialek Perak. | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

2) ... menepati deskripsi struktural rumus, maka rumus metatesis pun terlaksana, lalu

menghasilkan bentuk <ASING> dan <ASING>. | JURNAL DEWAN

BAHASA JULAI 1992

5

Page 6: tugasan korpus

3) Seperti rumus metatesis, rumus peleburan pun turut tergolong ke dalam kategori

proses perubahan struktur ... | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

4) Bentuk-bentuk 'ekor' yang terjulur di bawah garis dasar pun hilang juga.

| JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

5) Inskripsi Canggal ini pun merupakan inskripsi yang terakhir yang dijumpai yang

menggunakan ... | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

6) Hujah yang kedua ialah skrip Kawi pun ditemukan pada inskripsi di tanah besar Asia

Tenggara ... | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

7) Kedua-dua inskripsi itu pun menggunakan bahasa Sanskrit, iaitu dalam bentuk puisi

Sanskrit, ... | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

8) ... dan skrip Talaga dan skrip Bisaya di Filipina pun merupakan penurunan daripada

skrip Kawi Sumatera. | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

9) ... pembaca yang berbeza dan demikian juga penulis cerpennya pun terdiri daripada

tiga golongan yang berlainan, yakni cerpenis ... | JURNAL DEWAN

BAHASA JULAI 1992

10)Pendeknya, cerpen ini pun memperlihatkan kecenderungan untuk lebih kerap

memanipulasikan pola ayat ... | JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1992

6

Page 7: tugasan korpus

6.1.5 Analisis penggunaan kata penegas ‘PUN’ sebagai predikat ayat.

1) ... amat terkenal itu menganggap kah, lah, tah, dan pun sebagai "huruf-huruf

penambah", yakni imbuhan, dan oleh sebab ... | JURNAL DEWAN

DISEMBER 1992

2) ... dikatakan sebagai penambah oleh Za'ba, namun dalam penulisannya, pun

dipisahkan daripada kata. | JURNAL DEWAN

DISEMBER 1992

3) ... ini, Mees berpendapat bahawa kah, lah, tah, dan pun "ditulis sebagai akhiran,

serangkai dengan kata yang ditegaskan." | JURNAL DEWAN

DISEMBER 1992

4) Menurut Mees lagi, "Lah dan pun menyatakan nada dan penegasan dengan kenyataan

yang tertentu." | JURNAL DEWAN DISEMBER 1992

5) ... sangat terkenal ini menganggap kah, lah, tah, dan pun sebagai akhiran.

| JURNAL DEWAN DISEMBER 1992

6) Malah sejarah menunjukkan bahasa Melayu telah pun memainkan peranan tersebut

dengan jayanya. | JURNAL DEWAN DISEMBER 1992

7) ... pilihan, iaitu sama ada memilih varian /a/ atau pun varian /o/.

| JURNAL DEWAN DISEMBER 1992

8) ... berubah dan menghasilkan representasi /nakanaru/ kerana deskripsi strukturalnya

pun menepati rumus (3).

7

Page 8: tugasan korpus

9) Setibanya di stesen kereta api, dia pun menelefon ayahnya.

| JURNAL DEWAN DISEMBER 1992

10)... Jakobson dari Soviet Union, pusat kajian puisi linguistik pun berpindah ke Prague.

| JURNAL DEWAN DISEMBER 1979

6.1.6 Analisis penggunaan kata penegas ‘PUN’ sesudah kata nama atau

frasa nama.

1) Bahasa Melayu pun mampu menangkis cabaran bahasa Inggeris yang lebih

menguasai ... | JURNAL DEWAN DISEMBER 1992

2) Seluar pendek pun macam tu jugak. |

JURNAL DEWAN BAHASA OGOS 1992

3) Sementara pihak pelanggan pun turut juga menggunakan implikatur untuk meminta

harga yang ... | JURNAL DEWAN BAHASA OGOS 1992

4) Secara tidak langsung, kita pun dapat menguji kesahihan teori yang dianut.

| JURNAL DEWAN BAHASA OGOS 1992

5) Peniaga pun mesti mengenal pasti bahawa pelanggannya tahu akan barangan ...

| JURNAL DEWAN BAHASA OGOS 1992

6) Pelanggan pun menggunakan implikatur terutama apabila pelanggan tersebut benar-

benar berkehendakkan ... | JURNAL DEWAN BAHASA OGOS 1992

7) Peniaga Melayu pun mempunyai strategi perniagaan yang tersendiri.

| JURNAL DEWAN BAHASA OGOS 1992

8

Page 9: tugasan korpus

8) Perjuangan mendaulatkan Bahasa Malaysia pun bukan usaha yang mudah.

| JURNAL DEWAN BAHASA JULAI 1979

9) Sekarang saya akan menunjukkan bahawa Bahasa Malaysia pun tidak memerlukan Q

pada struktur dalam ayat tanya. | JURNAL DEWAN BAHASA

JULAI 1979

10)Penulis-penulis buku teks pun perlu bertindak dan berfikir seperti guru-guru BM

ketika ... | JURNAL DEWAN BAHASA MAC 1992

7.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati bahawa penggunaan kata penegas

‘PUN’ yang menjadi predikat bagi sesuatu ayat lebih banyak digunakan berbanding

penggunaaan kata penegas ‘PUN’ yang menjadi subjek bagi sesuatu ayat . Daripada

1000 data korpus kata penegas ‘PUN’ yang telah dianalisis, terdapat sebanyak 584

data korpus yang menunjukkan bahawa lebih banyak penggunaan kata penegas ‘PUN’

sebagai predikat bagi sesuatu ayat. Manakala sebanyak 416 penggunaan kata penegas

‘PUN’ yang membuktikan penggunaan sebagai subjek bagi sesuatu ayat. Perbandingan

penggunaan kata penegas ‘PUN’ sebagai subjek atau predikat dapat ditunjukkan

secara jelas dalam jadual di bawah ini.

Penggunaan Jumlah korpus Peratus

Subjek ayat 416 41.6%

Predikat ayat 584 58.4%

9

Page 10: tugasan korpus

Pola penulisan pengarang yang telah ditemui dalam analisis korpus Dewan Bahasa

dan Pustaka lebih banyak menggunakan kata penegas ‘PUN’ sebagai predikat bagi

sesuatu ayat. Namun begitu secara keseluruhannya, penggunaan kata penegas ‘PUN’

yang lebih banyak digunakan sebagai predikat sesuatu ayat tidak menyalahi hukum

Tatabahasa Dewan (Nik Safiah). Berdasarkan hukum Tatabahasa Dewan (Nik Safiah)

telah menyatakan bahawa ‘PUN’ ialah antara kata penegas yang menegaskan kedua-

dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagian-bahagiannya atau

frasa predikat atau bahagian-bahagiannya dan juga.

Terdapat sedikit kecelaruan pandangan yang berlaku jika dibandingkan dengan

pandangan Prof. Asmah dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang menyatakan

kehadiran kata penegas atau kata partikel ‘PUN’ ialah sesudah kata nama yang

berfungsi sebagai subjek ayat. Analisis korpus yang telah dijalankan lebih menunjukkan

pola penggunaan kata penegas ‘PUN’ adalah lebih banyak sebagai predikat dalam

sesuatu ayat. Namun begitu, hukum tatabahasa yang telah dikemukakan oleh kedua-

dua tokoh bahasa ini adalah relevan dan bertepatan dengan data korpus yang autentik

ini. Secara tidak langsung, penggunaan kata penegas ‘PUN’ dalam sesuatu ayat adalah

mengikut rumus tatabahasa yang telah ditetapkan oleh kedua-dua buah buku

tatabahasa yang telah dijadikan sebagai rujukan.

Di samping itu juga, berdasarkan analisis korpus ini mendapati penggunaan kata penegas ‘PUN’ selepas

kata nama atau frasa nama seperti yang telah dinyatakan oleh Tatabahasa Dewan dan Nahu Melayu

Mutakhir turut dihuraikan seperti dalam jadual di bawah.

Golongan Kata Jumlah Peratus

10

Page 11: tugasan korpus

Kata nama 470 47%

Kata kerja 300 30%

Kata tugas 60 6%

Kata hubung 60 6%

Kata adjektif 50 5%

Kata sendi nama 30 3%

Kata pemeri 30 3%

Berdasarkan pandangan yang sama dalam Tatabahasa Dewan dan Nahu Melayu

Mutakhir iaitu kehadiran kata penegas ‘PUN’ sesudah frasa nama (Nik Safiah) atau kata

nama (Asmah) yang berfungsi sebagai subjek ayat. Daripada analisis korpus yang telah

dijalankan, penggunaan kata penegas ‘PUN’ selepas kata nama ialah sebanyak 470

data korpus yang mewakili 47%. Ini menepati rumus tatabahasa yang telah digunakan

oleh Nik Safiah dan juga Prof. Asmah bahawa penggunaan kata penegas ‘PUN’

selepas kata nama atau frasa nama dalam sesuatu ayat. Selain itu, terdapat juga

penggunaan selepas kata kerja (30%), kata tugas (6%), kata hubung (6%), kata adjektif

(5%), kata sendi nama (3%) dan kata pemeri (3%).

8.0KESIMPULAN

11

Page 12: tugasan korpus

Berdasarkan kaedah linguistik korpus, kata penegas ‘PUN’ mempunyai banyak makna

mengikut situasi atau konteks ayat. Kaedah ini sangat bermanfaat kerana dapat membantu

memperkasakan lagi bahasa Melayu itu sendiri. Analisis korpus penggunaan kata

penegas ‘PUN’ ini telah dapat membuktikan bahawa penggunaannya adalah selaras

dengan hukum yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan dan juga Nahu Melayu

Mutakhir. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan yang wujud dalam pola penlisan

ayat-ayat yang dihuraikan sebelum ini. Perbezaan yang berlaku sama ada penggunaan

kata penegas ‘PUN’ sebagai subjek ataupun predikat sesuatu ayat adalah tidak menyalahi

hukum tatabahasa yang telah ditetapkan. Cuma berlaku sedikit pertentangan hukum

tatabahasa tentang kehadiran kata penegas ‘PUN’ sesudah kata nama atau frasa nama

mengikut pandangan Tatabahasa Dewan (Nik Safiah). Analisis korpus menunjukkan

bahawa terdapat juga penulisan ayat yang tidak menepati rumus-rumus yang telah

ditetapkan. Oleh itu, menerusi analisis yang telah dijalankan ini telah dapat memberikan

suatu pengetahuan dan pendedahan tentang penggunaan kata penegas ‘PUN’ yang

sebenarnya dengan hukum tatabahasa yang menjadi pegangan.

RUJUKAN

12

Page 13: tugasan korpus

1. Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edisi Kelima Cetakan Pertama.

2. Nik Safiah Karim et al.,2012. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edisi Ketiga Cetakan Pertama.

13