Tugasan Kumpulan Juran
-
Upload
sharmilaa-selvam -
Category
Documents
-
view
247 -
download
2
description
Transcript of Tugasan Kumpulan Juran
1.0 Pengenalan
Pembangunan dalam bidang pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan bersama-
sama dengan masyarakat adalah salah satu cita-cita yang sangat mulia dan luhur. Dalam
usaha tersebut, masyarakat dan pihak kerajaan harus berganding bahu dalam usaha
mencerdaskan seluruh rakyat negara kita dengan pendidikan formal atau bukan formal
sama ada melalui sekolah mahupun luar sekolah. Usaha mulia ini diharapkan dapat
membantu rakyat negara kita agar dapat menikmati pendidikan sebagai keperluan utama
masyarakat.
Dengan demikian, institusi pendidikan perlu dinaiktaraf melalui langkah-langkah seperti
inovasi-inovasi pendidikan secara profesional dengan pengurusan yang handal, sehingga
institusi pendidikan tersebut berkembang maju.
Pada zaman globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi (iptek) yang
semakin canggih memberi kesan pada hampir semua sistem kehidupan umat manusia di
muka bumi dewasa ini. Institusi pendidikan sebagai organisasi merupakan salah satu sistem
yang tidak asing lagi kesan daripada kemajuan tersebut.
Kewujudan TQM yang digunakan dalam dunia perniagaan memberi hasil yang sangat
signifikan, sehingga TQM mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh diaplikasikan di
institusi atau organisasi yang lain, baik dalam bidang politik, sosial dan dalam dunia
pendidikan.
Begitu banyak tokoh-tokoh yang membuat rumusan TQM bagi meningkatkan kualiti
dalam pelbagai bidang termasuk di dalamnya pendidikan. Salah satu tokoh TQM yang
terkenal adalah Josep M. Juran. Dia adalah salah tokoh yang mempelopori TQM yang
berasal dari Amerika Syarikat.
2.0 Latar Belakang
Joseph Juran dilahirkan pada 1904 di Romania. Beliau berpindah ke Amerika
selepas 5 tahun. Pada tahun 1924, beliau memperolehi Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan
PhD. Pada tahun 1981, Juran dianugerahkan oleh negara Jepun dengan pingat "The
Second Medal" seperti yang diperolehi oleh Deming pada tahun 1960. Juran seterusnya
memberi sumbangan kepada Jepun dengan memiliki lebih maklumat berkenaan dengan
kualiti berbanding dengan negara yang lain.
Beliau juga mengeluarkan satu siri videotapes yang berjudui, "Juran on Quality"
melalui Juran Institute di Wilton, Amerika Syarikat. Pada tahun 1954, Beliau telah
mengarang sebuah buku klasik yang berjudul "Quality Control Handbook" . Buku tersebut
masih digunakan sebagi rujukan utama yang standard oleh pengurus-pengurus kualiti pada
masa kini.
Pada awal tahun 1928, Juran juga menulis sebuah risalah "Statistical Methods
Applied to Manufacturing Problems". Selepas peperangan, beliau telah terkenal sebagai ahli
teori bagi bidang statistik dan kejuruteraan perindustrian.
Selain itu, Juran telah dipelawa oleh Kesatuan Jurutera dan Saintis Jepun (JUSE)
untuk memberi pengajaran dan ceramah kepada mereka tentang tanggungjawab pihak
pengurusan dalam meningkatkan kualiti. Daripada pencapaian dan sumbangan yang telah
dibuat, Juran mendapat suatu pujian yang besar daripada tokoh kualiti, Deming dengan
katanya, " His masterful teaching gave Japanese management new insight into
management's responsibility for improvement of quality and produktivity".
Jepun sering dikenalikan sebagai negara yang berkualiti tinggi dan maju di seluruh
dunia. Rupa-rupanya pada awal-awal tahun, mereka telah dilatih secara ektensif dalam
kaedah statistik. Mereka memahami peranan pengurusan amat penting dalam kualiti. Oleh
itu, orang Jepun mementingkan kualiti dalam produk malahan kehidupan mereka.
Joseph M.Juran banyak memberi sumbangan dalam bidang pengurusan kualiti
dalam kerja lebih daripada 70 tahun secara aktif dan tidak pernah berputus asa. Buku
beliau, " The Quality Control Handbook" telah memberi panduan yang amat berguna
kepada masyarakat terutamanya pihak pengurusan kualiti sebagai rujukan klasik kepada
standard kualiti.
Beliau boleh dikatakan sebagai tokoh kepada orang Jepun pada masa kini
disebabkan beliau telah merevolusikan falsafah dalam pengurusan kualiti dan dengan
usahanya telah membantu ekonomi Jepun menjadi pemimpin industri pada masa kini. Di
samping itu, Dr. Juran merupakan tokoh yang pertama menggabungkan aspek manusia
dalam pengurusan kualiti yang dirujuk sebagai Total Quality Management di mana manusia
merupakan aspek yang paling penting untuk menentukan standard kualiti.
Dr Juran telah mengutarakan 10 langkah untuk dijadikan panduan kepada pengurus
kualiti supaya mencapai matlamat. Langkah- langkah ini adalah ditujukan ke arah
pembaikan kualiti. Oleh itu, pencapaian kualiti bukan sahaja suatu benda yang abstrak dan
susah untuk mencapai.
Joseph M.Juran dipilih sebagai tokoh yang hebat atas sumbangan yang telah dibuat
kepada masyarakat dan beliau amat dikagumi dalam masyarakat sekarang terutamanya
dalam pengurusan kualiti. Kualiti merupakan suatu pengukuran prestasi bagi setiap
organisasi. Dengan memahami falsafah Juran, kami percayai bahawa manusia adalah lahir
dengan kecenderungan untuk bekerja secara inovatif dan kreatif.
3.0 Falsafah Juran
Rajah 1
Kualiti merujuk kepada ciri sesuatu produk di mana ia dapat memenuhi kehendak
pengguna dan kepuasan pengguna. Kualiti juga boleh dikatakan sebagai sesuatu yang
bebas daripada kekurangan atau kesilapan.
Menurut Juran, beliau percaya bahawa sesebuah organisasi dapat mengendalikan
langkah ke arah kualiti. Ini dapat dibuktikan dalam Trilogi Juran. Dalam trilogi Juran, ia telah
mengenalpasti 3 aspek yang perlu diarahkan kepada pencapaian kualiti dalam sesebuah
organisasi. Antaranya ialah perancangan kewangan menjadi perancangan kualiti,
pengawalan kewangan menjadi kawalan kualiti serta pembaikan kewangan menjadi
pembaikan kualiti.
3.1 Perancangan Kualiti
Perancangan Kualiti
Quality Planning
KawalanKualiti
Quality Control
Penambahbaikan KualitiQuality
Improvement
TRILOGIKUALITI
Menurut Juran, sebelum melaksanakan perancangan, pengurus perlulah mengetahui jurang
kualiti yang akan wujud dan cuba mengurangkan jurang tersebut. Jurang kualiti terdiri
daripada :
Jurang kefahaman (understanding gap) – merujuk kepada kepekaan atau
ketidakpekaan terhadap keperluan pelanggan,
Jurang rekabentuk (design gap) – merujuk kepada kegagalan menghasilkan produk
yang memenuhi permintaan pelanggan,
Jurang proses – merujuk kepada produk yang dihasilkan tidak sepadan dengan apa
yang telah direkabentuk, dan
Jurang operasi dimana is merujuk kepada proses operasi dan kawalan akan
menghasilkan kekurangan.
Setelah memahami jurang-jurang yang mungkin akan berlaku, pengurus organisasi boleh
mula melakukan perancangan. Terdapat beberapa langkah ke arah perancangan iaitu :
a) Melaksanakan projek
- Pengurus perlu mengenalpasti apakah projek yang hendak dilaksanakan dan
seterusnya pengurus haruslah menetapkan matlamat kualiti dengan jelas serta memilih
kumpulan kualiti bagi melaksanakan langkah seterusnya.
b) Mengenalpasti pelanggan
- Terdapat dua jenis pelanggan dalam sesebuah organisasi iaitu pelanggan luaran
dimana ia boleh didapati dari luar organisasi dan pelanggan dalaman dimana ia boleh
didapati dalam organisasi.
c) Menemui keperluan pelanggan
- Pengurus boleh menemui keperluan pelanggan dengan cara mengumpul maklumat
berkaitan dengan keperluan pelanggan, menganalisis dan memberi keutamaan kepada
keperluan pelanggan serta mengenalpasti unit pengukuran dan sensors bagi setiap
keperluan pelanggan.
d) Membangunkan produk
- Setelah memahami keperluan pelanggan dengan sepenuhnya, pengurus boleh mula
mereka bentuk produk yang mana ia dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan
optimum.
e) Membangunkan proses
- Ia merujuk kepada satu set aktiviti yang membantu pekerja operasi mencapai matlamat
kualiti produk. Antaranya ialah mengkaji semula matlamat produk, mengenalpasti keadaan
operasi, mengumpul maklumat terhadap alternatif proses, memilih ciri-ciri proses dan
matlamat dan sebagainya.
f) Membangunkan kawalan operasi
- Pengurus boleh menjalankan kawalan terhadap operasi supaya produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan adalah bebas daripada kesilapan dengan cara
mengenalpasti kaedah kawalan yang hendak dijalankan, melaksanakan pengauditan,
melaksanakan pelan kawalan sendiri (self-control) dan penyemakan sendiri (self-inspection)
dan sebagainya.
3.2 Kawalan Kualiti
Kawalan kualiti adalah satu proses pengurusan umum bagi memastikan operasi berjalan
lancar dan mengelakkan perubahan yang akan merugikan organisasi. Terdapat 4 jenis
kawalan kualiti yang boleh dilakukan oleh pengurus, iaitu :
a) Kawalan Setup
- Tujuan kawalan ini adalah membolehkan pengurus membuat keputusan sama ada hendak
memulakan proses tersebut atau tidak. Proses kawalan ini termasuklah countdown dimana
ia menyenaraikan semua langkah yang harus dilakukan supaya proses adalah dalam
keadaan sedia , penilaian dimana ia membolehkan pengurus menilai sama ada ia
mencapai matlamat organisasi, pengesahan dimana ia membolehkan pengurus mengesah
sama ada kriteria telah dicapai atau tidak.
b) Kawalan Running
- Kawalan jenis ini boleh dilakukan semasa operasi sedang dijalankan. Tujuan kawalan ini
adalah membolehkan pengurus membuat keputusan sama ada proses harus diteruskan
atau dihentikan.
c) Kawalan Produk
- Kawalan jenis ini dilakukan setelah sebahagian produk telah dihasilkan. Tujuan kawalan
ini adalah membolehkan pengurus menentukan sama ada produk tersebut sepadan dengan
standard kualiti produk yang telah ditetapkan pada awalnya.
d) Kawalan kemudahan
- Pengurus boleh menjalankan kawalan ini ke atas semua peralatan yang digunakan oleh
organisasi mereka. Tindakan ini dapat memastikan semua peralatan adalah dalam keadaan
yang baik dan selamat digunakan.
Dr Juran sangat hebat kerana beliau adalah profesional dalam bidang kualiti di
seluruh dunia. Selain itu, beliau juga merupakan orang yang pertama yang cuba mengira
kos kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan. Bagi
menjayakan kualiti dalam organisasi, beliau menekankan 3 perkara penting iaitu: komitmen
dan tindakan dari pengurusan atasan, latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh serta
pembaikan kualiti pada kadar berterusan.
3.3 Penambahbaikan Kualiti
Penambahbaikan kualiti merupakan suatu proses di mana mekanisme yang sudah
mapan dipertahankan sehingga kualiti dapat dicapai secara berterusan. Ini meliputi
peruntukan sumber-sumber, perlantikan pekerja untuk menyelesaikan projek kualiti, melatih
para pekerja yang terlibat dalam projek mutu dan pada umumnya menetapkan suatu struktur
kekal untuk mengejar kualiti dan mempertahankan apa yang telah dicapai sebelum ini.
Langkah-langkah penambahbaikan terdiri daripada :
mengenalpasti projek pembaikan (improvement)
membina infrastruktur yang mencukupi
membentuk pasukan
melakukan latihan - latihan yang relevan
diagnosis sebab - akibat ( boleh memakai diagram Fishbone - Ishikawa )
mengenalpasti cara mengelakkan perulangan masalah
menentukan cara mencapai target sasaran