Tugasan PBS 090315

3
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) JABATAN : SAINS DAN MATEMATIK MATA PELAJARAN KOD : : KUMPULAN PISMP Ambilan Januari 14 (Kumpulan Matematik) SEMESTER : 2 Tarikh Mula Tarikh Hantar Objektif: Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat (i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; (ii) menghayati kerjaya seorang guru; (iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; (iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; (vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; (vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; (viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; (ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan; (x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan (xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

description

Tugasan PBS 090315

Transcript of Tugasan PBS 090315

Page 1: Tugasan PBS 090315

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

JABATAN : SAINS DAN MATEMATIK

MATA PELAJARAN

KOD

:

:

KUMPULAN PISMP Ambilan Januari 14 (Kumpulan Matematik)

SEMESTER : 2

Tarikh Mula Tarikh Hantar

Objektif: Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat

(i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(ii) menghayati kerjaya seorang guru;

(iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah;

(iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid;

(v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;

(vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;

(vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;

(viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal;

(ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;

(x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan

(xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Page 2: Tugasan PBS 090315

Tugasan Projek (100%)

Pelaksanaan PBS diharap dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru serta memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah, peranan guru di dalam bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

Oleh itu melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah di harap pelatih dapat menimba pengalaman dan kemahiran sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru yang profesional.

Secara individu/kumpulan anda diminta melaksanakan aktiviti seperti berikut:

a. Pemerhatian PdP guru subjek matematik dan membuat refleksi pengalaman secara deskriptif dan kritikal sepanjang minggu PBS. (Catatan: minta kebenaran guru mata pelajaran berkenaan)

b. Pengumpulan maklumat -Huraian sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik Tahun 1-Tahun 6, Modul PdP KSSR (Tahap 1 dan 2) serta elemen yang berkaitan

-Cari perbandingan antara KBSR dan KSSR -Tumpuan perbandingan ialah kandungan tajuk berkaitan dengan geometri - Aktiviti-aktiviti motivasi dan gerak gempur yang diusahakan pihak sekolah dan kerjasama dengan JPN atau JPD (jika ada) -LINUS dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kurikulum, peningkatan PdP murid dan guru termasuk kemajuan profesional guru - iTHINK - Perbelanjaan PCG -Elemen-elemen lain yang berkaitan. -Pengumpulan maklumat boleh dalam bentuk temubual, clip video, gambar dan sebagainya mengikut kesesuaian. - Buat peta minda dan peta konsep (dimana sesuai) - Masukkan semua maklumat/dokumentasi yang bertkaitan dalam portfolio

c. Esei: Kecemerlangan PdP matematik dapat ditingkatkan sekiranya guru melaksanakan pengurusan, pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap sumber yang terdapat di dalam dan di luar bilik darjah dengan efisien dan efektif. Oleh itu cadangkan cara anda dapat menolong pihak sekolah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam subjek yang berkaitan dengan geometri. Fikirkan sebuah stesyen pembelajaran yang dapat diusahakan di luar bilik darjah (dalam tajuk yang melibatkan geometri) untuk mengalakkan minat murid mempelajari matematik.

d. Mendokumentasikan refleksi pengalaman yang dilalui secara deskriptif dan kritikal untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Tugasan disediakan oleh : Disahkan oleh:

(GEORGE ANAK BERUNDANG) (LOH LEH CHIONG)

Page 3: Tugasan PBS 090315

Jabatan Sains dan Matematik Ketua Jabatan Sains Dan Matematik

[email protected]/0198819637/090315..