TUGASAN SUKUK

5
EPPM3613 PASARAN DAN INSTITUSI KEWANGAN Bab : Pasaran Sukuk Oleh: (NURUL AQILAH BINTI SALLEH A147994) Pensyarah: Encik Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah

description

Tugasan Struktur Sukuk

Transcript of TUGASAN SUKUK

Page 1: TUGASAN SUKUK

EPPM3613 PASARAN DAN INSTITUSI KEWANGAN

Bab : Pasaran Sukuk

Oleh:

(NURUL AQILAH BINTI SALLEH A147994)

Pensyarah:

Encik Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah

Page 2: TUGASAN SUKUK

Isi Kandungan

Bil Perkara m/s

1

2

3

4

5

6

7

Page 3: TUGASAN SUKUK

Soalan : Kenalpasti struktur-struktur sukuk yang diterbitkan di Malaysia berserta contoh sukuk yang diterbitkan. Kemudian, jelaskan juga mechanism sukuk tersebut.

Definisi Sukuk

Sukuk merupakan instrumen kewangan Islam yang bertujuan bagi mendapatkan modal bagi suntikan kewangan bagi sesebuah kerajaan mahupun entiti perniagaan (syarikat). Ia bergerak berlandaskan asas-asas aturan syariah yang membezakan ia dari istrumen konvensional yang bergerak atas elemen riba, spekulasi, hutang, perjudian dan keuntungan. Secara ringkasnya sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai yang merupakan bukti pemilikan terhadap suatu asetyang tidak dibahagikan, hak manfaat atau pemilikan ke atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu.

Sukuk juga boleh dikenali sebagai Bon patuh Syariah. Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia  selalu mempunyai tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon profit, serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).

Struktur Sukuk yang diterbitkan di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis sukuk pada masa kini. Menurut Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) wujud 14 jenis sukuk yang berbeza. Struktur sukuk wujud berasaskan halatuju dana yang diperolehi dilaburkan dalam prospek perniagaan yang setiap satunya berbeza dari segi prinsip dan proses syariahnya. Antaranya ialah:

1) Sukuk IjarahIjarah ialah menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempohyang disepakati. Ijarah adalah hak guna ke atas barang tanpa pemindahan pemilikan.

2) Sukuk SalamSalam adalah kontrak jual beli sesuatu barang yang jumlah dan kriteria telah ditentukan secara jelas dengan pembayaran dilakukan terlebih dahulu dan barangnya diserahkan kemudian pada waktu yang dipersetujui bersama.

3) Sukuk IstisnaIstisna adalah jual beli aset berupa pembiayaan antara pihak dimana spesifikasi, cara dan jangka waktu penyerahan, serta harga aset tersebut ditentukan berdasarkan kesepakatan banyak pihak. Tujuan sukuk adalah mendapatkan dana yang akan digunakan untuk mengeluarkan barangan.

4) Sukuk MusyarakahMusyarakah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk menggabungkan modal dalam bentuk wang atau bentuk lain. Keuntungan akan dibahagikan sesuai dengan nisbah atau jumlah yang telah dipersetujui manakala kerugian akan ditanggung sesuai dengan jumlah pelaburan modal masing-masing.

Page 4: TUGASAN SUKUK

5) Sukuk MudharabahMudharabah adalah kerjasama antara dua pihak atau lebih iaitu satu pihak sebagai penyediamodal dan pihak lain sebagai pengusaha (mudharib). Keuntungan dari hasil kerjasama tersebut dibahagi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dan jika berlaku kerugian akan ditanggung oleh pihak penyedia modal kecuali jika kerugian disebabkan oleh kelalaian pengusaha.

6) Sukuk WakalahWakalah adalah akad pelimpahan kuasa oleh satu pihak kepada pihak lain dalam hal-hal yangtertentu iaitu suatu projek atau kegiatan diuruskan oleh agen (wakil) tertentu yang diwakilkanatas kepentingan pemegang sukuk.

7) Sukuk MusaqahMusaqah adalah kerjasama di bidang penyiraman tanaman pertanian, dimana pemilik ladangmemberikan hak pengelolaan ladang kepada pihak lain (penggarap) untuk melakukanpenyiraman dan pemeliharaan tanaman. Keuntungan yang diperolehi dari hasil pertanian dibahagi bersama mengikut perjanjian. penyiraman atas tanaman berbuah, membayar kepada kegiatan operasi dan rawatan tanaman.

8) Sukuk Muzara’ahMuzara’ah adalah kerjasama dibidang pertanian dimana pemilik ladang memberi hakpelaksanaan kepada pihak lain iaitu petani manakala keuntungan dibahagi mengikut perjanjian. Bersesuaian dengan prinsip syariah yang menjadi asas maka dana hasil penerbitan sukuk (proceeds) hanya dapat digunakan untuk hal-hal yang tidak bertentangan dengan prinsip syariah seperti tidak boleh melibatkan urusan pelaburan dalam sektor perjudian, arak, riba, perbankan konvensional dan lain-lain lagi.