UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri...

6
Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49 Tarikh : 15 Jun 2014 (Ahad) Tempat : Dewan Perhebat, Kem Sungai Buloh Masa : 10.00 Pagi Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saudari pengacara majlis. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Memangku Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi Timbalan Panglima Tentera Darat Mewakili Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad Timbalan Panglima Tentera Udara Mewakili Panglima Tentera Udara merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Yang Berbahagia Datuk Nik Ali bin Mat Yunus Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Yang Berbahagia Mejar Jeneral Bersara Dato’ Paduka Che Hasni Bin Che Ahmad Pengerusi Koperasi Tentera Yang Berbahagia Brigidier Jeneral Bersara Dato’ Ahmad Zahudi Hj. Salleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera Mantan-mantan Pengerusi dan Lembaga Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta anggota Koperasi Tentera yang saya hormati sekalian.

Transcript of UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri...

Page 1: UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian ... Terima kasih saudari pengacara majlis

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim BakriTimbalan Menteri Pertahanan

Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Tarikh : 15 Jun 2014 (Ahad)

Tempat : Dewan Perhebat, Kem Sungai Buloh

Masa : 10.00 Pagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudari pengacara majlis.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Hj Jaafar Panglima Tentera Lautmerangkap Naib Yang Dipertua Koperasi TenteraMemangku Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera

Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd NawawiTimbalan Panglima Tentera DaratMewakili Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera

Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Roslan bin SaadTimbalan Panglima Tentera UdaraMewakili Panglima Tentera Udara merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera

Yang Berbahagia Datuk Nik Ali bin Mat Yunus Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Yang Berbahagia Mejar Jeneral Bersara Dato’ Paduka Che Hasni Bin Che AhmadPengerusi Koperasi Tentera

Yang Berbahagia Brigidier Jeneral Bersara Dato’ Ahmad Zahudi Hj. SallehKetua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera

Mantan-mantan Pengerusi dan Lembaga Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta anggota Koperasi Tentera yang saya hormati sekalian.

Page 2: UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian ... Terima kasih saudari pengacara majlis

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi

rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-

Nya, saya diberi kesempatan untuk bersama-sama hadir dengan tuan-

tuan dan puan-puan pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung

Koperasi Tentera Yang Ke-49.

2. Pada pagi hari ini, saya berasa amat kagum dan teruja dengan

kehadiran anggota Koperasi Tentera yang tidak mengira usia, bangsa

dan pangkat, hadir bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai

anggota Koperasi bagi sesi pengundian untuk memilih Anggota

Lembaga baru serta menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan.

Jumlah kehadiran yang ramai pada pagi ini jelas membuktikan bahawa

tuan-tuan dan puan-puan amat komited di dalam menjalankan aktiviti

koperasi terutama Mesyuarat Agung yang sememangnya penting dalam

menentukan arah tuju sesebuah koperasi. Syabas saya ucapkan kepada

tuan-tuan dan puan-puan atas semangat, komitmen dan kesungguhan

yang ditunjukkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

3. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah kepada Anggota Lembaga, pihak pengurusan dan seluruh

anggota Koperasi Tentera di atas inisiatif dan usaha anda semua

sehingga berjaya mengekalkan Koperasi Tentera di antara Koperasi

yang berprestasi cemerlang di negara ini. Saya dimaklumkan bahawa

Koperasi Tentera telah menerima Anugerah Koperasi Negara semasa

sambutan Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra, Kedah. Anugerah ini

terhasil dari usaha pihak pengurusan dengan sokongan daripada Ahli

Lembaga dan kakitangan Koperasi Tentera yang menyumbangkan

sumber dan tenaga dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Syabas saya ucapkan!

Page 3: UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian ... Terima kasih saudari pengacara majlis

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

4. Koperasi Tentera sememangnya mempunyai rekod kewangan yang

cemerlang dan tidak terkecuali untuk tahun 2013. Prestasi kewangan

kekal positif dengan pendapatan bersih berjumlah RM204.9 juta dan

keuntungan sebelum cukai berjumlah RM159.3 juta dalam keadaan

ketidaktentuan ekonomi masa kini. Saya telah dimaklumkan bahawa Ahli

Lembaga Koperasi telah mencadangkan pemberian dividen sebanyak

RM 106.7 juta atau bersamaan 11%. Untuk tahun kewangan 2013, kadar

1% dividen telah meningkat menjadi RM9.5 juta berbanding RM 8.4 juta

untuk tahun 2012. Namun setelah Menteri Pertahanan berbincang

dengan Anggota Lembaga, jumlah ini ditambah lagi lebih kurang RM10

juta atau bersamaan 1% menjadikan kadar dividen meningkat kepada

12%. Tambahan ini akan dimasukkan ke dalam akaun yuran tuan / puan.

Cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan selepas ini

untuk kelulusan seterusnya. Untuk rekod, pada tahun 2012 Koperasi

Tentera telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 14% dengan

melibatkan pembayaran sebanyak RM118 juta dan dengan tambahan 1%

ini menjadikan jumlah yang dibayar untuk tahun 2013 adalah sama

walaupun dengan kadar yang berbeza.

5. Saya sedar pemberian dividen ini agak rendah dari segi peratusan

berbanding lima tahun kebelakangan ini, namun dengan pemberian

dividen 12% ini membuktikan Koperasi Tentera masih mampu

memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten kepada anggotanya

walaupun sedang dalam proses transformasi. Saya amat berbangga dan

syabas saya ucapkan kepada Anggota Lembaga dan Pengurusan

Koperasi Tentera di atas pencapaian ini. Saya juga menyeru semua

anggota Koperasi Tentera terus menyokong Koperasi dalam tempoh

peralihan ini.

Page 4: UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian ... Terima kasih saudari pengacara majlis

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

6. Seperti yang kita semua maklum, Koperasi Tentera kini dalam

proses transformasi untuk menjadi sebuah bank koperasi yang

berlandaskan syariah menjelang tahun 2015. saya dapat melihat banyak

usaha telah dilakukan oleh Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi

Tentera bagi mencapai misi transformasi Koperasi Tentera dalam

tempoh 12 bulan ini. Ini termasuk membangunkan kepakaran sumber

manusia, menyemak proses kerja, menyusun semula struktur

organisasi, memupuk budaya kerja berprestasi tinggi dan

membudayakan urus tadbir korporat yang lebih tinggi.

7. Saya sedar usaha ini bukanlah satu perkara yang mudah

memandangkan banyak aspek yang perlu dilihat oleh Koperasi Tentera

sebagai persediaan untuk menjadi sebuah Bank Koperasi kelak. Namun

begitu, saya yakin dengan kepimpinan dan perancangan Koperasi

Tentera untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi lagi melalui program

transformasi ini. Jika ini berjaya, Koperasi Tentera akan mencatit sejarah

dengan menjadi sebuah Bank Koop pertama yang seratus peratus

dimiliki oleh anggota tentera.

8. Sebagai Timbalan Menteri, saya sedar kepentingan memenuhi

keperluan kewangan dan kebajikan anggota tentera dan penjawat awam

di bawah Kementerian Pertahanan. Oleh itu, Koperasi Tentera sentiasa

bersedia untuk memenuhi keperluan tuan puan ini dan bakal

memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien apabila menjadi

sebuah bank koop kelak dengan menawarkan produk dan perkhidmatan

yang lebih kompetitif. Transformasi ini dilakukan bagi memastikan

Koperasi Tentera terus kekal relevan dan dapat terus menjaga kebajikan

anggotanya.

Page 5: UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian ... Terima kasih saudari pengacara majlis

9. Saya amat berbangga dengan pencapaian Koperasi Tentera

setakat ini. Untuk sampai hingga ke tahap ini bukanlah sesuatu yang

mudah dan ini hanya mampu dilakukan oleh pemimpin yang bijak,

pengurusan yang berkesan dan sokongan anda semua sebagai anggota

Koperasi Tentera. Teruskan sokongan anda sehingga Koperasi Tentera

menjadi sebuah Bank Koperasi yang disegani.

10. Kita telah melihat banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh

Koperasi Tentera sehingga kini dan saya berharap lebih banyak

kejayaan akan dicipta di masa hadapan. Saya sendiri sangat teruja untuk

melihat Koperasi Tentera menjadi sebuah bank koperasi dan saya akan

membantu di mana perlu bagi memastikan matlamat ini tercapai. Saya

juga berharap anda semua turut sama memberi sokongan yang padu

atas usaha Koperasi Tentera ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

11. Hari ini merupakan hari pemilihan Ahli Lembaga Koperasi yang

baru bagi menggantikan anggota yang telah tamat tempoh perkhidmatan

mereka. Bagi saya, amalan demokrasi yang termaktub dalam prinsip-

prinsip Koperasi adalah perkara yang perlu dihormati agar setiap

keputusan dibuat berdasarkan suara ramai atau ringkasnya suara

majoriti demi mencapai kepentingan bersama. Kepada mereka yang

bertanding, saya berharap anda semua telah melengkapkan diri dari

segala sudut, dari keilmuan dan sahsiah, berintegriti dan bersedia

memberi khidmat dengan penuh komitmen dan ikhlas kepada Koperasi.

12. Pesanan saya kepada anggota sekalian, gunakanlah peluang

keemasan ini dengan bijaksana dan matang untuk menentukan pucuk

pimpinan anda dan pada masa yang sama terus memberi sokongan

kepada barisan anggota Lembaga demi kestabilan dan pembangunan

koperasi pada masa hadapan.

Page 6: UCAPAN PENGERUSI KOPERASI TENTERA - · PDF fileTeks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian ... Terima kasih saudari pengacara majlis

13. Sebelum berundur, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada

semua anggota lembaga, pihak pengurusan dan kakitangan Koperasi

Tentera di atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tahun.

Anggaplah kejayaan hari ini sebagai satu cabaran untuk kita lebih

cemerlang di masa hadapan.

14. Dengan kata-kata itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya

dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera

yang ke-49.

Sekian terima kasih.