Ulasan Kritis FULL

13
Dalam mendalami ilmu pedagogi,terdapat pelbagai istilah yang boleh kita temui misalnya pendekatan,kaedah,teknik dan sebagainya.Jurnal ini yang bertajuk ‘Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Koperatif dalam Aktiviti Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahun 5’,membahaskan faedah dan kebaikan pendekatan pembelajaran koperatif yang seterusnya membawa kepada keberkesanan proses p&p.Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan? Su’aidi Hj Safei (2007) dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Bt Shamsudin (2010) merujuk pendekatan sebagai kaedah yang digunakan untuk mendekati masalah tertentu dan seterusnya membimbing ke arah cara memecahkan masalah,manakala Richard J dan Rogers (1982) dalam buku yang sama menyatakan bahawa pendekatan adalah gabungan antara kepercayaan,andaian dan teori pembelajaran. Nor Azizah Salleh et.al (2001) dalam Jurnal Pendidikan bertajuk “Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Koperatif dalam Sains” menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif ini adalah berasaskan teori perkembangan kognitif,persandaran sosial dan behaviorisme (Johnson & Johnson 1994). Teori persandaran sosial menekankan kepentingan dinamika kumpulan, kemahiran sosial dan berkomunikasi untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan murid,teori perkembangan kognitif pula menekankan kebolehan pelajar belajar mengikut tahap umur tertentu manakala teori behaviorisme menekankan kepentingan peneguhan berbentuk ganjaran atau pujian kepada satu perlakuan yang positif. Pembelajaran koperatif ini melibatkan peneguhan dan hal ini membezakannya dengan kaedah kumpulan kecil

Transcript of Ulasan Kritis FULL

Page 1: Ulasan Kritis FULL

Dalam mendalami ilmu pedagogi,terdapat pelbagai istilah yang boleh kita

temui misalnya pendekatan,kaedah,teknik dan sebagainya.Jurnal ini yang bertajuk

‘Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Koperatif dalam Aktiviti Menulis Karangan

Bahasa Melayu Tahun 5’,membahaskan faedah dan kebaikan pendekatan

pembelajaran koperatif yang seterusnya membawa kepada keberkesanan proses

p&p.Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan? Su’aidi Hj Safei (2007) dalam

Akhiar Pardi dan Shamsina Bt Shamsudin (2010) merujuk pendekatan sebagai

kaedah yang digunakan untuk mendekati masalah tertentu dan seterusnya

membimbing ke arah cara memecahkan masalah,manakala Richard J dan Rogers

(1982) dalam buku yang sama menyatakan bahawa pendekatan adalah gabungan

antara kepercayaan,andaian dan teori pembelajaran.

Nor Azizah Salleh et.al (2001) dalam Jurnal Pendidikan bertajuk “Penerapan

Nilai Murni Melalui Pembelajaran Koperatif dalam Sains” menyatakan bahawa

pembelajaran kooperatif ini adalah berasaskan teori perkembangan

kognitif,persandaran sosial dan behaviorisme (Johnson & Johnson 1994). Teori

persandaran sosial menekankan kepentingan dinamika kumpulan, kemahiran sosial

dan berkomunikasi untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan

murid,teori perkembangan kognitif pula menekankan kebolehan pelajar belajar

mengikut tahap umur tertentu manakala teori behaviorisme menekankan

kepentingan peneguhan berbentuk ganjaran atau pujian kepada satu perlakuan

yang positif. Pembelajaran koperatif ini melibatkan peneguhan dan hal ini

membezakannya dengan kaedah kumpulan kecil tradisional.Pembelajaran koperatif

menerima baur teori konstrukivisme oleh sebab ia memiliki ciri pembelajaran

berpusatkan murid iaitu murid berperanan aktif, bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka dan membina pengetahuan melalui pengumpulan maklumat.

Walaupun prinsip asal mengenai pendekatan ini tidak berubah,terdapat

variasi model yang dilahirkan melaluinya.Antara pelopor terkenal model-model

kepada pendekatan ini ialah Robert Slavin, Roger dan David Johnson dan Spencer

Kagan.Kagan dan Olsen (1992) dalam Noraizah Bt Damiri dan Bhagwant

Kaur,2010) mendefinisikan pembelajaran koperatif dengan menyatakan;

Page 2: Ulasan Kritis FULL

“Pembelajaran koperatif merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan

yang berstruktur yang mana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran

maklumat sosial antara ahli-ahli kumpulan dan setiap murid adalah

bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya”

Definisi dan konsep pembelajaran koperatif yang dinyatakan oleh pengarang

iaitu beliau memilih pendapat Heinich (1996) bahawa pembelajaran koperatif

merupakan strategi pengajaran yang melibatkan kumpulan- kumpulan kecil murid

yang bekerjasama antara satu sama lain berdasarkan tugasan pembelajaran yang

diberikan oleh guru dan mereka tidak bersaing sesama sendiri sebagai individu,

tetapi menyelesaikan masalah atau tugasan secara berpasukan.Ini bermakna,murid

tidak dibolehkan bersaing sesama sendiri sebaliknya berkerjasama dan

bertanggungjawab terhadap input pembelajaran yang diterima untuk diri sendiri dan

ahli kumpulannya.Selalu kita dengari siulan lagu dari cerita kanak-kanak bertajuk

‘Wonderpet’;

Apa yang penting,kerjasama..2x

Kami tak besar dan kami tak kuat,

Bila berkerjasama semua jadi mudah

Deutcsh (1962) dalam Fazilah Idris (2000) mendefinisikan kerjasama sebagai

bekerja bersama- sama untuk menyempurnakan matlamat bersama.Matlamat

bersama ini boleh ditafsirkan sebagai markah,kemahiran dan penghargaan yang

bakal diperoleh oleh murid.Amalan ini dapat mewujudkan sikap

kesalingbergantungan dalam kalangan anggota kumpulan bagi mencapai matlamat

pembelajaran. Johnson & Johnson (1991:127) dalam artikel yang sama mengatakan

bahawa kesalingbergantungan ialah persepsi bahawa kita saling memerlukan dan

kita tidak akan dapat mencapai kejayaan kecuali anggota lain sama-sama berusaha

untuk mencapainya. Pembelajaran koperatif mampu menukarkan situasi

pembelajaran yang berunsur negatif yakni penuh persaingan kepada suasana

harmoni dengan penyemaian sikap berkerjasama.Buktinya,kajian di barat (Johnson

& Johnson 1994) ada menunjukkan pendekatan ini bukan sahaja membantu

meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama,

minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain

dan kesan afektif lain yang positif.

Page 3: Ulasan Kritis FULL

Kemampuan pendekatan ini menukarkan unsur negatif kepada positif

membuatkan kami tertarik kepada satu perenggan yang terdapat di dalam jurnal

ini.Perenggan tersebut berbunyi;

“Armes dan Archer (1988) menyatakan situasi di dalam kelas,

terutamanya saiz kelas yang besar memungkinkan wujudnya satu jurang

antara murid yang pandai atau berkebolehan dengan mereka yang kurang

pandai. Ini mewujudkan budaya yang kurang sihat yang menyebabkan budaya

saing wujud dalam kalangan murid dan seterusnya akan menyebabkan murid

yang berpencapaian tinggi terus maju dalam pelajarannya, manakala murid

yang lemah semakin merosot pencapaiannya”.

Pendapat dua tokoh ini menggariskan beberapa situasi p&p semasa iaitu saiz

kelas yang besar,jurang murid pandai dan kurang pandai dan budaya saing yang

menyebabkan murid yang berkebolehan terus maju meninggalkan murid yang

kurang berkebolehan.Hal ini bukanlah seperti yang dihasratkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan warganegara Malaysia yang

bertanggungjawab,berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga,masyarakat dan negara.Sekiranya sikap mementingkan pencapaian

individu ini berterusan,nyatalah apa yang disemai oleh guru-guru di sekolah ibarat

melawan arus dan kehendak FPK ini.

Statistik yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan

bahawa sehingga tahun 2010 terdapat 2,899,228 orang murid berdaftar di 7,695

buah sekolah rendah di Malaysia.Berdasarkan statistik ini,secara purata,bilangan

murid yang mengisi sesuatu bilik darjah adalah lebih 40 orang dan hal ini kerapkali

menjadi rungutan para guru. Pernah dicadangkan dalam sesebuah bilik darjah

mestilah terdapat sekurang-kurangnya seorang guru dan pembantu guru

(pengajaran berpasangan) untuk membimbing murid yang tidak melebihi 25 orang

atas rasional mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran, namun reformasi

ini nyata memakan masa dan belanjawan. Isu saiz kelas ini menyebabkan majoriti

guru menekankan strategi p&p yang berpusatkan guru dek kerana ia memudahkan

pengurusan kelas yang berhadapan dengan masalah murid yang ramai.

Page 4: Ulasan Kritis FULL

Menurut Abd Rahim Bin Abd Rashid (1998) dalam Abdullah Mohd Noor

(1998) menerusi kertas kerjanya;Pengajaran dan Pembelajaran:Isu,Strategi dan

Pendekatan dalam Pendidikan,guru banyak menggunakan kaedah pengajaran yang

bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutbah yang hanya mementingkan supaya murid

menerima sahaja apa yang disogok oleh guru.Kaedah tradisional seperti kaedah

kuliah,(chalk and talk),syarahan,kaedah terus dan kaedah penerangan yang lebih

berbentuk teorikal ini seakan-akan menjadi gaya pengajaran yang lazim lantas

memupuk budaya pengajaran pasif.

Kecenderungan penggunaan strategi pemusatan guru ini nyata tidak

mengikuti arus perkembangan semasa yang bersifat dinamik, futuristik, dan

progresif di mana kurikulum dibentuk berdasarkan keperluan seseorang.Kaedah ini

menyebabkan pelajar mudah berasa bosan dan kurang berminat untuk mengikuti

sesi pengajaran dan pembelajaran kerana tugas pelajar hanya sebagai penerima

maklumat, membuat nota dan menghafal.

Mohd Noor (1998) dalam kertas kerja yang sama turut menyatakan kritikan

beliau bahawa kekecewaan guru atas sikap pasif pelajar amat tidak bersesuaian

dengan profesionalisme guru.Guru seharusnya mengkaji samada berlaku

kemungkinan kekecewaan pelajar terhadap kaedah yang digunakannya dan

memberi peluang pelajar menyumbang dalam pembelajaran diri mereka sendiri

melalui pembelajaran berpusatkan murid.Kaedah pembelajaran koperatif adalah

kaedah yang sangat berkesan dan bersesuaian kerana dapat membentuk

pembelajaran aktif yang berpotensi untuk mengubah bilik darjah yang lebih dinamik

dan berorientasikan pelajar sebagai satu pasukan ( Lindsquist, 1997).

Donald R. Paulson & Jennifer L. Faust dalam artikel mereka; “Active

Learning For The College Classroom” menyatakan bahawa pembelajaran koperatif

melitupi subset dalam aktiviti pembelajaran aktif yang meletakkan pelajar

berkumpulan lebih daripada tiga orang berbanding pembelajaran berseorangan atau

berpasangan.Haji Abu Bakar Bachik,Pengarah Pendidikan Perak dalam ucapan

dasarnya di Konvensyen Pendidikan Negeri Perak Kali Ke-2 menyenaraikan

pembelajaran secara kerjasama yakni pembelajaran koperatif sebagai beberapa

fokus utama Kurikulum Alaf-21 yang menekankan pembelajaran aktif.

Page 5: Ulasan Kritis FULL

Natijahnya,masalah saiz dan kawalan kelas bukan lagi alasan kerana jika

digunakan dengan betul,pembelajaran koperatif yang memikrokan saiz kelas yang

makro sepatutnya lebih memudahkan tugas guru untuk menyampaikan isi pelajaran

dan menilai pencapaian murid-murid.

Sebagai impak kepada saiz kelas yang besar,wujud pula jurang antara

murid pandai dan kurang pandai yang merupakan satu lagi situasi semasa p&p di

sekolah.Antara istilah yang acapkali kita dengari di sekolah iaitu kelas depan dan

kelas belakang/hujung yang merujuk kelas pelajar pintar dan pelajar yang

berpencapaian rendah dalam akademik.Senario ini bagaikan simulasi zaman

pemerintahan yang mengamalkan sistem lapisan masyarakat (feudalisme) walaupun

Malaysia kini bergagasan 1 Malaysia yang memanisfestokan kesepaduan dan

penyamarataan hak.Pelajar-pelajar pintar ini seakan berfalsafah;‘Berkawan dengan

orang bodoh,bodohlah aku’ sedangkan kenyataan Mel Silberman (2010) yang

menokok falsafah Confucius dengan mengubahsuaikannya kepada ‘Credo

Pembelajaran Aktif’ membuktikan bahawa pengembangan ilmu yang paling

berkesan ialah menghuraikan bahan perbincangan kepada orang lain misalnya

peer-tutoring (Fazilah Idris,2000).Kenyataan tersebut berbunyi;

Apa yang saya dengar,saya lupa

Apa yang saya dengar dan lihat,saya ingat sedikit

Apa yang saya dengar,lihat dan bertanyakan soalan tentangnya ataupun

membincangkannya dengan orang lain,saya memahaminya

Apa yang saya dengar,lihat,bincang dan buat,saya memperoleh pengetahuan

dan kemahiran.

Apa yang saya ajarkan kepada orang lain,saya menguasainya.

Apa yang tidak disedari oleh kebanyakan guru ialah walaupun setiap hari

bergelumang dengan kapur tetapi tiada masa untuk memikirkan matlamat jangka

masa panjang pengajaran mereka.Sockett (1987) dalam Rosie Turner-Bisset (2010)

mendakwa bahawa ciri penting dalam mengajar ialah moral.Pewujudan jurang murid

pandai terasing daripada murid kurang pandai nyata bukan tingkah laku bermoral

kerana murid perlu diajarkan cara hidup bermasyarakat malah ia tidak

mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak.

Page 6: Ulasan Kritis FULL

Menelusuri bingkai perkembangan kanak-kanak menerusi Teori Sosio-

Budaya,Lev Vygotsky (1934) dalam Mok Soon Sang (2009) menegaskan interaksi

sosial khasnya dengan ahli-ahli komuniti yang lebih berpengalaman adalah perlu

bagi membantu kanak-kanak mempelajari budaya dan ilmu. Dalam konteks

pembelajaran koperatif,konsep ‘zon perkembangan proksimal’ dapat dilihat apabila

wujud perbezaan antara apa yang murid boleh lakukan tanpa sebarang bantuan

dengan apa yang dapat murid lakukan dengan bantuan rakan sekumpulan yang

lebih berpengetahuan dan berkemahiran berbandingnya. Hal ini kerana murid yang

mempunyai tahap kecerdasan yang baik dalam kumpulan didapati sedia untuk

membantu rakan mereka yang mempunyai tahap kecerdasan yang lemah. Murid

yang lemah pula, tidak segan untuk bertanya dan menunjukkan hasil kerja mereka

kepada rakan sebaya yang cerdas. Murid yang cerdas akan sentiasa memastikan

rakan mereka yang lemah dapat menghasilkan kerja dengan baik kerana markah

yang akan diperolehi oleh setiap ahli kumpulan akan digunakan untuk mendapatkan

mata purata bagi kumpulan. Oleh yang demikian, pelajar akan menggalakkan rakan-

rakan lain supaya suka akan pelajaran dan melahirkan norma menyukai pencapaian

dalam bidang akademik

( Slavin,1990:14).

Walau bagaimanapun,terdapat paradoks yang memperlihatkan kanak-kanak

duduk dalam kumpulan,khususnya di kelas rendah,tetapi kerjanya dilakukan secara

individu ( Galton et.al,1980 dalam Rosie Turner-Bisset,2010 ).Hal ini menyokong

kerangka teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget bahawa kanak-kanak memiliki

sifat egocentrism dan sifat inilah yang perlu dinyahkan oleh guru dengan

menggabungkan pendekatan koperatif ini dengan kolaboratif yang meletakkan guru

sebagai fasilitator.Ini bermakna semasa proses menyiapkan tugasan,pelajar- pelajar

digalakkan untuk sentiasa berhubung dan berkolaboratif dengan guru atau pakar

seperti menurut Brown (2001),In collaborative learning,the learner engages “with

more capable others ( teachers,advanced,peers,etc.),who provide assistance and

guidance”.

Page 7: Ulasan Kritis FULL

Hakikat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan kecerdasan yang

berbeza telah lama diperakui apabila wujudnya Teori Kecerdasan Pelbagai Howard

Gardner.Hal ini turut membawa kepada gaya belajar yang berbeza-beza.Pelajar

visual biasanya lebih suka menulis apa yang diberitahu oleh guru berbeza dengan

pelajar auditori yang sering tidak mempedulikan guru dan memilih untuk mendengar

manakala pelajar kinestetik lebih banyak belajar daripada aktiviti (Mel

Silberman,2010).

Jerome Bruner (1966) dan Maslow (1968) dalam buku yang sama

mendasarkan belajar dari sudut sosial;merintis pembelajaran bermuafakat yang

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membolehkan pelajar dengan

pelbagai potensi ini menyesuaikan diri untuk belajar. Premisnya,dalam aktiviti

berkumpulan,pelbagai kegiatan dari pelbagai aspek kecerdasan dapat dijalankan

misalnya,aktiviti drama yang kinestetik,aktiviti berpuisi dalam irama lagu yang

auditori dan aktiviti projek yang memerlukan pemerhatian (visual). Carl Rogers,orang

yang mempopularkan pendekatan berpusatkan pelajar pernah menyatakan; “I know

I cannot teach anyone anything. I can only provide an environment in which he can

learn” (Ahmad Md Shariff,1994). Kurikulum yang koperatif dan tidak kompetitif

selalunya melibatkan ciri-ciri pemusatan pelajar (Brown,2001).

Hal ini bermakna,persekitaran dengan budaya saing seperti yang diutarakan

Armes dan Archer (1988) dalam artikel jurnal pilihan kami ini bukanlah persekitaran

yang baik bagi pelajar dengan pelbagai kecerdasan ini untuk belajar.Buktinya,hasil

penyelidikan pembelajaran koperatif ini menunjukkan bahawa pendekatan ini apabila

dibandingkan dengan kaedah persaingan dan individu menghasilkan pencapaian

dan produktiviti yang lebih tinggi.(Shahabuddin Hashim et.al,2008). Ini adalah

kerana dari segi kompetensi kecerdasan emosi,pengiktirafan rakan sebaya adalah

lebih bermakna dan kuat sebagai motivasi.Berbanding persekitaran berpersaingan

dan individual dalam kumpulan yang aktif dan berkesan, motivasi untuk

belajar,tindakan membina dan penilaian diri akan selalu wujud. ( Amalan Pengajaran

Berkesan).

Page 8: Ulasan Kritis FULL

Dengan ini, guru harus memikirkan strategi yang memotivasikan ini dan

mengambil peluang menyemain nilai-nilai kompetensi personal an sosial bagi

menukar keadaan murid yang malu bercakap kepada murid yang ingin memberikan

pendapat,murid yang kurang ilmu pengetahuan kepada murid yang bijak

mendapatkan ilmu dari interaksi sosial,murid yang suka memonopoli perbincangan

kepada murid yang sedia mendengar hujah rakan-rakan yang lain dan sebagainya.

(Ahmad Md Shariff,1994).Sekiranya guru hanya menitikberatkan menghabiskan

silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai,interaksi dua hala

antara guru dan pelajar ini akan hilang fokus.(Koh Boh Koon,1992 dalam Sabar

Afifuddin Ahmad Sobri et.al). Maka,apabila budaya saing ini terhapus,tiadalah

implikasi yang menyebabkan murid yang berpencapaian tinggi terus maju

dalam pelajarannya, manakala murid yang lemah semakin merosot

pencapaiannya”.

Menurut (Amalan Pengajaran Berkesan) pengajaran pemusatan pelajar

seperti pembelajaran koperatif ini turut mempunyai kelemahan seperti dispilin kurang

terkawal.Bilangan pelajar yang ramai memang sedikit menimbulkan kesukaran untuk

guru.Brown (2001) turut menggariskan beberapa faktor dilema guru dalam

meggunakan pendekatan ini seperti guru tidak berpeluang membetulkan kesilapan

pelajar yang membekalkan maklumat untuk kumpulan mereka,guru tidak mampu

melayan setiap kumpulan dengan samarata,sesetengah pelajar lebih suka belajar

bersendirian dan sebagainya.

Mel Silberman (2010) pula menyenaraikan faktor-faktor seperti keperluan

masa yang panjang, apakah pembelajaran akan berlaku berdasarkan keseronokan

semata-mata, dan bagaimana pula jika pelajar tidak produktif? Seribu satu persoalan

yang hanya perlukan satu jawapan iaitu mencuba, mencuba dan terus mencuba.

Guru perlu yakin dengan adanya rancangan yang rapi,keadaan pelajar yang telah

biasa dengan teknik berkumpulan, bahan yang mencukupi, aktiviti yang menarik dan

mencabar, maka masalah pengelolaan akan dapat diatasi. (Ahmad Md

Shariff,1994).Hal ini ternyata suatu hakikat bahawa tiada suatu cara yang betul

dalam kaedah pengajaran dan tugas mengajar adalah usaha yang membosankan

apabila hanya satu kaedah yang boleh diikuti guru. (Bryan Coombs,2010)

Page 9: Ulasan Kritis FULL

Walau bagaimanapun, amalan pengajaran yang berpusatkan murid bukanlah

menidakkan fungsi guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan tidak bermakna

guru hanya perlu menggunakan strategi pendekatan pelajar dalam setiap sesi

pengajarannya. Hal ini adalah kerana sistem pendidikan di Malaysia yang

berorientasikan peperiksaan memerlukan guru memberikan input yang menghala ke

arah persediaan peperiksaan terutamanya bagi pelajar yang akan menghadapi

peperiksaan penting seperti UPSR. Oleh itu, pembelajaran koperatif ini sesuai

digunakan kepada pelajar sekolah rendah yang baru hendak bertatih untuk

mengenali nilai-nilai sosial dan mereka yang tidak terlibat dengan peperiksaan

awam. Omardin Ashaari (1999), berpendapat bahawa proses pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan bertenaga sekiranya guru melibatkan

aktiviti yang praktikal di samping pembelajaran teori.Kesimpulannya,manusia adalah

makhluk yang unik maka untuk mengajarnya memerlukan cara yang unik dan

pelbagai yang hanya boleh didapati melalui pengalaman.Tidak hairanlah

keberkesanan seseorang guru dapat dilihat dengan seberapa banyak pengalaman

yang dimilikinya.Benarlah kata pepatah “Hanya jauhari yang mengenal manikam”.