Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

39
ULUM AL-HADITH USTAZAH SAKINAH SAPTU INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI Diploma Pengajian al-Quran dan al- Sunnah (DPQS) Ahad, 11/12/11, 9.00 Pagi - 12.00 Tgh/Hr

description

Slides about Ulum Al-Hadith

Transcript of Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Page 1: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

ULUM AL-HADITH

USTAZAH SAKINAH SAPTU

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS)

Ahad, 11/12/11, 9.00 Pagi -12.00 Tgh/Hr

Page 2: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

SINOPSIS

Matlamat modul ini ialah mendedahkan kepada para pelajar kaedah-kaedah penting untuk mengetahui hal-ehwal perawi dan nas-nas hadith yang diriwayatkan. Ia juga bertujuan agar pelajar tidak terpengaruh kepada ajaran aliran sesat iaitu golongan anti hadith disebabkan kejahilan mereka terhadap ilmu Mustholah al-Hadith.

Modul ini akan menjelaskan bagaimana ulama mengkatogerikan pelbagai jenis hadith dan martabatnya. Di akhir modul ini diharapkan pelajar dapat mengenal pelbagai jenis hadith dan peranannya sebagai sumber kedua pengambilan hukum, dan menghargai kesungguhan serta jasa ulama hadith dalam memelihara sunnah Rasulullah s.a.w. daripada penyelewengan dan pemalsuan.

Page 3: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

PERBAHASAN [5 SESI]

Kepentingan Mustalah Hadith & Sejarah Perkembangannya Kedudukan As-Sunnah & Peranannya Pemeliharaan As-Sunnah, Tokoh-Tokohnya &

Cabarannya Sejarah Perkembangan Mustalah Hadith

Pengenalan Istilah-Istilah Asas & Pembahagian Umum Al-Hadith Maksud Pengajian Hadith Riwayah & Dirayah,

Sanad, Matan, Rawi & Muhaddith Maksud Al-Khabar, Al-Hadith, Al-Athar, Perbezaan

Antara Al-Hadith & Al-Athar Pembahagian Hadith Secara Umum

Page 4: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Pembahagian Hadith Dari Sudut Derajat Kekuatannya Hadith Sahih Hadith Hasan Hadith Daif

Pembahagian Hadith Dari Sudut Bilangan Perawi Hadith Mutawatir Hadith Aahad: Masyhur, Aziz & Gharib Kedudukan Mutawatir & Aahad

Page 5: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Pengenalan Kitab-Kitab Hadith Musnad Imam Ahmad & Muwattho’ Imam

Malik Al-Kutub al- Sittah: Sahih Al-Bukhari,

Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan An- Nasai, Sunan At-Tirmidzi & Sunan Ibn Majah

Perbezaan Antara Kitab Hadith Dengan Kitab Fiqeh

Page 6: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

RUJUKAN

Pengantar Ulum al-Hadith [Edisi Kedua]Rosmawati Ali @ Mat Zin

Pengenalan Ilmu Mustalah al-HadithSyed Abdul Majid Ghouri

Page 7: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

KEPENTINGAN MUSTALAH HADITH & SEJARAH PERKEMBANGANNYA

Page 8: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

DEFINISI AL-HADITH

Perkataan Hadith diambil dari asal perkataan ArabديثBBح yang bermaksud baru, perkhabaran, percakapan atau berita. (Fairuz AbaEdi 1987: 214).

Dari segi istilah, Hadith ditakrifkan

sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), sifat (sama ada jasmani atau pun rohani) dan hal-ehwal Rasulullah s.a.w (sebelum atau selepas menjadi Rasul). (cItr 1992: 26 ).

Page 9: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Penggunaan istilah ‘Hadith’ dengan maksud perkataan, perbuatan, ketetapan, sifat dan hal ehwal Baginda, bukan lahir daripada perkembangan falsafah ilmu Islam melalui ijtihad ulama, sebagaimana kebanyakan istilah ilmu yang lain.

Sebaliknya, ia bersifat tawqifi, iaitu lahir serta dipakai di dalam sumber sharicat Islam itu sendiri. Dalam konteks ini, Baginda s.a.w. bersabda:

علي تزيدن فال حديثا، حد]ثBتكم إذا

Maksudnya: Bila aku sabdakan kepadamu sebuah hadith maka janganlah kamu menambahnya ke

atasku. (Muslim, 1991, 3:1685 : 2157)

Page 10: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

DEFINISI ULUM AL-HADITH

Al-Suyuti ( 1966, 1: 40-1 ) ada menyatakan beberapa takrif yang telah dibuat oleh para Muhaddithin yang terdahulu, seperti Ibn al-AkfaEni, Ibn JamaEcah, al-HaEfiz Ibn Hajar al-cAsqalaEni, al-KirmaEni dan al-KaEfiji. Meskipun ada sedikit perbezaan antara mereka, tetapi kesemuanya menjurus kepada maksud yang sama secara umum. Jika kesemuanya digabungkan, maka kita dapat simpulkan definisi ilmu hadith itu sebagai: Satu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip, disiplin-disiplin, dan kaedah-kaedah tentang hadith, baik yang bersangkutan dengan sanad (rangkaian perawi hadith ) atau matan (lafaz hadith), bagi menentukan kesahihan hadith.

Page 11: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Meskipun definisi ini juga kelihatan dipakai oleh para sarjana hadith semasa, seperti cItr (1992: 32-4 ), as-Sibacei ( 1985: 107-8 ), al-Husayni ( 1987: 5 ), al-Tahhan ( 1984: 15 ) dan Udah Mohsin ( 1995: 24-5 ) di dalam karya-karya mereka, namun ia kelihatan masih belum lengkap sepenuhnya kerana ia menggambarkan ilmu hadith itu hanya bertujuan untuk memastikan kesahihan hadith semata-mata.

Page 12: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Sedangkan di sana ada dua lagi tujuan penting pengajian ilmu tersebut:

untuk memahami maksud sebenar hadith. untuk menangkis serangan golongan anti hadith.

Kedua-dua tujuan itu juga penting, sepenting kajian untuk mengetahui kesahihan hadith. Malah, dalam pengajian ilmu hadith itu sendiri terdapat banyak disiplin-disiplin yang berkaitan matan secara khusus, seperti Gharib al-Hadith, Musykil al-Hadith dan Mukhtalif al-Hadith, sebagaimana di dalamnya juga terdapat perbahasan berkenaan sejarah dan analisa shubuhat puak anti hadith serta jawapan terhadapnya. Justeru, definisi Ilmu Hadith itu perlu diubah suai dengan sedikit tambahan seperti berikut:

Page 13: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

“Satu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip, disiplin-disiplin, dan kaedah-kaedah tentang hadith, baik yang bersangkutan dengan sanad (rangkaian perawi hadith) atau matan (lafaz hadith), bagi mengkaji kesahihan Hadith dan memahami maksud serta menangani gejala anti hadith”.

ULUM AL-HADITH:

Page 14: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Mustalah al-Hadith

Usul al-Hadith

Qanun usul al-Hadith

Ilm Mustalah Hadith

Ulum al-Sunnah

Nama lain untuk Ulum al-Hadith

Page 15: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

KEPENTINGAN ULUM AL-HADITH

Ilmu ini dianggap semulia-mulia cabang ilmu islam kerana melaluinya sesuatu riwayat itu diketahui sabit atau tidak daripada baginda Nabi s.a.w. Seterusnya sesuatu hadith itu diketahui samada ia maqbul (diterima) dan boleh diamalkan atau mardud (ditolak) yang tidak boleh digunakan sebagai hujjah.

Page 16: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Kepentingan ilmu ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadith itu sendiri yang berfungsi sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran.

Page 17: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

KEDUDUKAN AL-HADITH DAN PERANANNYA

Page 18: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

KEDUDUKAN AL-HADITH

Umat Islam sejak zaman Nabi s.a.w meyakini bahawa al-hadith merupakan sumber ajaran Islam di samping al-Qur-an. Bahkan al-hadith adalah wahyu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

, dُهf gل َوfِمhث fآن gْرdُقg اْل dُتg hْي َوgتd ُأ gيr hِّن إ f fَال ُأ dُهfَعfِم dُهf gل َوfِمhث fاَبf hت gك اْل dُتg hْي َوgت

d ُأ gيr hِّن إ f fَال ُأ ( ُأحمد... ُأخْرجُه dُهfَعfاْلشْريَعة 4/131ِم في رقم 1/415َوآلجْر]ى

97) صحْيح بإسناد َوغْيْرهما

“Ketahuilah sesungguhnya aku diberi Al-Kitab (Al-Qur-an) dan yang sepertinya bersamanya. Ketahuilah sesungguhnya aku diberi Al-Qur-an dan yang sepertinya bersamanya.” [1] 

Maksud dari kalimat: “Dan seperti itu bersamanya” adalah al-Hadith.

Page 19: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

PERANAN AL-HADITH

Sumber

hukum Syara’

Penjelas

kepada al-

Quran

Page 20: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Kehujahan Hadith bermaksud kefungsiannya sebagai sumber hukum syarac atau sebagai dalil hukum syarac atau sebagai perantaraan

untuk mengetahui hukum syarac.

KEHUJAHAN HADITH DAN KEPENTINGANNYA

Page 21: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN KEHUJAHAN HADITH

Page 22: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(1) Wajib Beriman Kepada Rasulullah S.A.W

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya ....". [Al-Nisa’: 136]

Page 23: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(2) Wajib Taat Kepada Rasulullah

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul itu....". [al-Nisa’: 59].

 

Page 24: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(3) Fungsi Dan Tugas Rasulullah S.A.W. Sebagai Penerang, Penghurai Dan Pentafsir

Fungsi dan tugas Rasulullah s.a.w. sebagai penerang, penghurai dan pentafsir isi kandungan Al-Quran. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami tidak turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Al-Kitab (Al-Quran) melainkan supaya kamu terangkan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan dan juga sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman“ [Al-Nahl:64]

Page 25: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(4) Kewajipan Mengikut Ajaran Yang Dibawa Oleh Rasulullah S.A.W

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): sekiranya kamu cinta kepada Allah, maka hendaklah kamu mengikut ajaranku, nescaya Allah akan mencintai kamu, serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Ali cImran:31]

Page 26: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(5) Baginda diperintahkan untuk menyampaikan ajaran Islam

Baginda s.a.w. memang diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya menyampaikan semua ajaran yang diturunkan kepadanya. Dan Baginda dilarang daripada mengabaikan tanggungjawab tersebut atau takut untuk menyampaikannya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

 "Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan

kepada kamu daripada Tuhanmu, dan sekiranya kamu tidak melakukannya maka bermakna kamu tidak menyampaikan amanah risalahNya, sedangkan Allah menjaga keselamatan kamu daripada kejahatan manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". [al-Maidah:67]

Page 27: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(6) Kemustahilan Beribadat Tanpa Hadith

Baginda s.a.w mengajar umatnya sesuatu ibadat mengikut kaedah dan cara yang tertentu. Kaedah dan cara beribadat ini pula banyak dihuraikan melalui amalan praktikal yang terdapat di dalam hadith. Huraian praktikal ini kemudiannya diriwayatkan oleh para perawi dari satu generasi ke satu generasi hingga sampai kepada kita hari ini.

Persoalannya, bagaimanakah kita hendak melakukan ibadat seperti solat tanpa panduan hadith sedangkan perincian maklumat tentangnya hanya terdapat di dalamnya?

Page 28: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

(7) Kesepakatan Ulama

Semua ulama Muktabar bersepakat menerima hadith dan mengiktirafnya sebagai sumber syarac kedua selain Al-Quran. Dalam konteks ini, Imam Al-Shaficei berkata:

"Seluruh umat Islam sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mendapati sesuatu sunnah daripada Rasulullah s.a.w, maka haram baginya menolaknya dan mengambil pendapat individu lain". (Ibn. Qayyim t.th, 2: 361).

Page 29: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

HUBUNGAN AL-HADITH DAN AL-QURAN

Penguat hukum

Penjelas kepada isi kandungan al-Quran

Page 30: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

PEMELIHARAAN AL-SUNNAH

Page 31: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Strategi Pemeliharaan al-Sunnah

Mengamalkan al-Hadith dan bermuzakarah mengenainya

Menulis hadith pada zaman Rasulullah s.a.w

Menulis hadith pada Abad 2, 3 dan seterusnya

Membukukan hadith

Page 32: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-HADITH

Page 33: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Penggunaan Ilmu Mustalah al-Hadith telah bermula sejak zaman para sahabat lagi.

Meskipun pada ketika itu Ilmu Mustalah al-Hadith belum disusun dan ditulis dalam bentuk buku tetapi para sahabat mempraktikkan beberapa kaedah dan dasar tertentu dalam meriwayatkan hadith.

Para sahabat sangat berhati-hati. Memastikan kesahihan setiap hadis yang ingin

diriwayatkan dan menyelidik keadan perawi tersebut sebelum mengmbil hadis daripadanya.

Page 34: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Selepas sahabat, para tabiin juga mengamlakan kaedah yang sama.

Pengarang pertama yang menyentuh sebahagian permasalah usul al-hadith dalam tulisannya ialah al-Imam al-Syafii dalam kitabnya al-Risalah.

Sebahagian daripada kaedah dan asas ilmu hadis boleh juga iddapati dalam kitab-kitab hadis. Contohnya: Kitab Sahih al-Bukhari.

Page 35: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Begitu juga kitab imam Muslim dalam Muqaddimah Sahih Muslim dan Imam al-Tirmizi dalam Jami’ al-Tirmizi dan sebagainya.

Pada peringkat ini, ulama yang telah mula mengarang kitab-kitab yang membahaskan secara khusus salah satu daripada perbahasan ulum al-Hadith. Di antara perkara yang dijadikan tajuk perbahasan ialah Gharib al-Hadith, Musykil al-Hadith……

Page 36: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Pada akhir kurun kedua, Imam Ali al-Madini menghimpunkan sebahagian perbahasan ilmu hadith pada bab-bab yang berasingan dalam kitab-kitab karangan beliau.

Perkara ini telah disebut secara terperinci oleh Imam al-Hakim Abu Abdillah al-Naisaburi dalam kitabnya Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith.

Page 37: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Karangan Khusus Bagi Ilmu Ulum al-Hadith

Penghujung kurun ketiga ulama hadith telah meneruskan usaha untuk mmebukukan usul-usul dan kaedah-kaeadah ulum al-Hadith sebagai satu bidang ilmu yang khusus.

Pada pertengahan kurun keempat, kitab-kitab ulum al-hadith mula disusun dan dikarang sebagai satu bidang ilmu yang khusus. Antaranya ialah kitab Ulum al-Hadith oleh ibn Solah.

Page 38: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

Kebanyakan ulama yang mengarang kitab-kitab Ulum al-Hadith mengikuti metodologi yang telah diasaskan oleh beliau.

Meskipun begitu ada juga yang membuat penyusunan baru dan cara pembahagian bab yang berbeza. Contoh Kitab al-Iqtirah fi Bayan al-istilah oleh Ibn Daqiq al-’Id.

Sebahagian ulama telah menghuraikan dalam bentuk Nazm. Contohnya al-Manzumah al-Baiquniyyah oleh al-Dimasyqi.

Page 39: Ulum Al-hadith Dpqs Sesi 1 -111211

[Rujuk buku Pengenalan Ilmu Mustalah al-Hadith, Abdul Majid Ghouri, hlm 55-66]

Buku-buku Mustalah al-Hadith yang utama masa kini.

Buku-buku Mustalah al-Hadith yang menggunakan metodologi baru.

Kamus-kamu Mustalah al-Hadith.