PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES...

13
1 2 ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA. PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK ULUM HADITH DI USIM Syulhanif Kadri Dr. Shumsudin Yabi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia [email protected] ABSTRAK Ulum Hadith merupakan salah satu cabang pengajian ilmu Hadith yang sangat penting. Ianya ilmu asas yang wajib dituntut bagi mereka yang berada di dalam bidang pengajian Islam termasuklah di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Namun, belum ada lagi kajian yang dibuat mengenai proses pembelajaran dan pengajaran subjek Ulum Hadith di Institusi Pengajian Tinggi awam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di USIM dan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian lapangan dengan menggunakan borang kaji selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, sukatan pelajaran, penilaian yang digunakan, kaedah pembelajaran pelajar dan penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. Kajian dijalankan ke atas 210 orang pelajar USIM yang mewakili nilai sebenar pelajar yang menduduki subjek Ulum Hadith pada sesi 2016/2017 yang dipilih secara rawak berstrata. Analisis data adalah menggunakan SPSS dengan analisis statistic deskriptif. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM mencapai tahap skor min yang tinggi. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah dan pelajar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith serta dapat memahami dan menguasai subjek ini dengan baik. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Ulum Hadith, Persepsi Pelajar, Usim. 1. Pendahuluan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah institusi ilmu yang terkehadapan mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Padanya pelbagai bidang ilmu di setiap peringkat pengajian. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) turut memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan teras pengajian Quran dan Sunnah dan peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Subjek Ulum Hadith yang ditawarkan menjadi satu subjek wajib bagi semua pelajar di FPQS. Seawal penubuhan FPQS seiring dengan penubuhan USIM yang dahulunya dikenali sebagai KUIM, subjek Ulum Hadith telah mula diperkenalkan dan semakin lama semakin ramai pelajar. Oleh itu, kajian ini sangat penting untuk dijalankan agar dapat mengetahui penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith yang ditawarkan di USIM serta mampu menjadi penanda aras untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Secara umum definisi bagi Ulum Hadith adalah terdiri daripada dua patah perkataan. Iaitu Ulum dan Hadith. Ulum ialah jama’ bagi ilmu yang bermaksud pengetahuan mengenai sesuatu. Manakala, hadith dari segi bahasa ialah baru. Dari sudut istilah hadith bermaksud semua yang disandarkan kepada Rasulullah SAW samada perbuatan, perkataan, sifat dan taqrir Baginda SAW (Abu Syuhbah, 1983).

Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES...

1

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SUBJEK ULUM HADITH DI USIM

Syulhanif Kadri Dr. Shumsudin Yabi

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Ulum Hadith merupakan salah satu cabang pengajian ilmu Hadith yang sangat penting. Ianya ilmu asas yang wajib dituntut bagi mereka yang berada di dalam bidang pengajian Islam termasuklah di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Namun, belum ada lagi kajian yang dibuat mengenai proses pembelajaran dan pengajaran subjek Ulum Hadith di Institusi Pengajian Tinggi awam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di USIM dan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian lapangan dengan menggunakan borang kaji selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, sukatan pelajaran, penilaian yang digunakan, kaedah pembelajaran pelajar dan penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. Kajian dijalankan ke atas 210 orang pelajar USIM yang mewakili nilai sebenar pelajar yang menduduki subjek Ulum Hadith pada sesi 2016/2017 yang dipilih secara rawak berstrata. Analisis data adalah menggunakan SPSS dengan analisis statistic deskriptif. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM mencapai tahap skor min yang tinggi. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah dan pelajar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith serta dapat memahami dan menguasai subjek ini dengan baik. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Ulum Hadith, Persepsi Pelajar, Usim. 1. Pendahuluan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah institusi ilmu yang terkehadapan mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Padanya pelbagai bidang ilmu di setiap peringkat pengajian. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) turut memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan teras pengajian Quran dan Sunnah dan peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat. Subjek Ulum Hadith yang ditawarkan menjadi satu subjek wajib bagi semua pelajar di FPQS. Seawal penubuhan FPQS seiring dengan penubuhan USIM yang dahulunya dikenali sebagai KUIM, subjek Ulum Hadith telah mula diperkenalkan dan semakin lama semakin ramai pelajar. Oleh itu, kajian ini sangat penting untuk dijalankan agar dapat mengetahui penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith yang ditawarkan di USIM serta mampu menjadi penanda aras untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Secara umum definisi bagi Ulum Hadith adalah terdiri daripada dua patah perkataan. Iaitu Ulum dan Hadith. Ulum ialah jama’ bagi ilmu yang bermaksud pengetahuan mengenai sesuatu. Manakala, hadith dari segi bahasa ialah baru. Dari sudut istilah hadith bermaksud semua yang disandarkan kepada Rasulullah SAW samada perbuatan, perkataan, sifat dan taqrir Baginda SAW (Abu Syuhbah, 1983).

2

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Ulum Hadith terbahagi kepada dua bahagian iaitu ilmu hadith Riwayah dan ilmu hadith Dirayah. Ilmu hadith riwayah adalah ilmu yang merangkumi segala perkataan, perbuatan, sifat, dan taqrir Rasulullah SAW. Manakala ilmu hadith dirayah pula suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan dari sudut hadith yang diterima atau ditolak. Ilmu hadith dirayah turut dikenali sebagai Ulum Hadith, Usul Hadith, dan Mustalah Hadith (Nur Ad-Adin Atar Al-Halbi. 1997).

Ulum Hadith ialah satu ilmu yang membahaskan tentang bagaimana cara-cara untuk berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang menjadi sumber rujukan umat Islam. Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dan yang bersangkutan dengannya. Ianya meliputi metodologi penerimaan dan periwayatan hadith dan perbahasan tentang teks dan perawi hadith secara ilmiah (Mahmud Ahmad At-Thohan. 2004).

2. Pengenalan Subjek Ulum Hadith

Pengajian Ulum Hadith di FPQS USIM dibawah kod QSH 2012 merupakan subjek wajib fakulti. Setiap pelajar tahun satu FPQS akan mempelajari Ulum Hadith yang juga merupakan subjek 3 jam kredit selama 14 minggu dalam 1 semester. Pembahagiannya adalah seperti berikut:

3 Jam Kredit / Minggu

2 Jam Kuliah

1 Jam Tutorial

Jadual 1: Pembahagian Jam Kredit Dan Minggu Pengajian Subjek QSH2012

Bahasa pengantar bagi subjek ini adalah bahasa Arab. Sehubungan itu, di dalam pengajaran Ulum Hadith, bahasa arab adalah bahasa utama yang digunakan samada semasa syarahan di dalam kuliah, perbincangan di dalam bilik tutorial, mahupun ketika kuiz atau soalan peperiksaan.

Silibus pengajaran Ulum Hadith menggunakan buku karangan dua pensyarah dalam bidang Ulum Hadith iaitu Al-Madkhal Ila Mustalah Al-Hadith oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin dan Dr. Shumsudin Yabi. Menggunakan Taisir Mustalah Hadith oleh Dr.Mahmud Tohan sebagai rujukan utama di dalam menghasilkan buku silibus, ianya menjadikan buku ini sebagai pemudah cara kepada para pelajar. Pelajar lebih mudah belajar dengan isi kandungan yang telah tersusun, memendekkan jangka masa bagi beberapa kajian, saling meringkaskan antara satu sama lain, terdapatnya contoh bagi setiap istilah dan kaedah bahasa, dan pada setiap istilah terdapat takrif yang mana setiap daripadanya memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Penyataan Masalah Pengajian Ulum Hadith telah wujud lama di beberapa buah universiti dan kolej yang menawarkan bidang pengajian Islam. Adapun subjek Ulum Hadith adalah sangat penting kerana ia membantu mengetahui status hadith yang digunakan. Belum ada kajian yang khusus mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di universiti. Oleh itu, perlunya satu kajian mengenai sistem pengajian Ulum Hadith di universiti sebagai langkah awal ke arah penambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith di universiti dalam Malaysia.

3

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Ulum Hadith juga adalah suatu ilmu yang sukar dikuasai, payah untuk memahirkan diri, mendalam perbicaraannya, dan jauh perbincangannya. Ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami, tidak senang untuk dipelajari dan tidak semua orang mampu menguasainya (Al-‘awfi, 1997). Selain itu, pendidikan pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya pelajar yang dikelilingi dengan teknologi moden yang sedang pesat berkembang. Ia menuntut pensyarah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang efektif dan berkesan (Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008). Oleh itu perlunya kajian semasa yang dapat melaksanakan penambahbaikkan kaedah pengajaran Ulum Hadith di universiti. Cabaran lain adalah penguasaan bahasa pelajar yang lemah (Ku Fatahiyah, Awatif & Hairun Najuwah. 2014). Adapun kebanyakan kitab rujukan Ulum Hadith adalah di dalam bahasa arab dan menjadi suatu cabaran kepada pelajar untuk memahami dan mendalami Ulum Hadith dengan baik. Hasil tinjauan Laporan Keputusan QSH2012 (Ulum Hadith) sesi 2016/2017 juga mendapati, pencapaian pelajar Usim bagi subjek Ulum Hadith juga kurang memberansangkan dengan hanya beberapa peratus pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan akhir. Oleh itu kajian ini penting untuk mengetahui kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran Ulum Hadith, disamping mengetahui pandangan dan penerimaan pelajar serta kaedah pembelajaran pelajar untuk menguasai subjek Ulum Hadith.

4. Kajian Kepustakaan Beberapa kajian lepas mengenai pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith dapat dijadikan sebagai asas perbincangan dapatan kajian. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Amiruddin Mohd Sobali et al (2013) yang mengkaji berkenaan keperluan pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith dengan kaedah hafalan matan atau cukup sekadar menggunakan buku silibus untuk memahirkan pelajar. Kajian yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah di USIM tersebut mendapati metode pengajaran Ulum Hadith memerlukan kepada pengahafalan matan bagi memastikan pelajar mampu menguasai Ulum Hadith disamping penggunaan buku teks yang dapat menguatkan lagi pemahaman terhadap sukatan pelajaran. Kajian oleh Thuraya Ahmad dan Fauzi Deraman (2011) pula mengetengahkan percubaan menulis buku-buku Ulum Hadith menggunakan peta minda berbentuk jadual dan gambar rajah yang bertujuan mengatasi masalah subjek Ulum Hadith yang dikira kompleks, agak sukar difahami dan kebiasaannya pelajar tidak berminat untuk mendalaminya. Terdapat juga beberapa kajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah di dalam dan luar negara yang mengkaji tentang pengajian hadith secara umum samada dari sudut sejarah bermulanya pengajian hadith di sesuatu tempat atau masa mahupun mengenai metodologi pengajaran dan pembelajaran hadith yang dijalankan. Antara kajian yang dijalankan mengenai pengajian hadith di luar negara adalah seperti berikut:

1. Fahmi Alkautsar Bin Fakhruddin Qosim. 2012. Pengajian Hadith Di Indonesia: Tumpuan Khusus Di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Pesantren Luhur Ilmu Hadith Darus Sunnah Pisangan Barat Ciputat Dan Masjid Al-Musari’in Basmol, Jakarta. (Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Azhariah binti Zulkarnaini. 2005. Metodologi Pembelajaran Hadith di Riau. (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.

4

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

3. Hamzah Bin Jummat. 2005. Kurikulum Pembelajaran Ilmu Hadith Di Madrasah-Madrasah Di Singapura Pada Masa Ini (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Ismael Abd. Karem. 2006. Pengajian Hadith di Indonesia, Satu Kajian di Madrasah al-Jamiyah al-Wasatiyyah, Medan, Sumatera Utara, Indonesia. (Tesis Sarjana), Universiti Malaya.

5. Reka Wibawa. 2010. Metode Pembelajaran Hadith dan Pengaruhnya Terhadap Minat Belajar Siswa di SMP Riyadlul Jannah. (Tesis Sarjana), Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.

Kelima kajian di atas rata-rata membincangkan mengenai sejarah bermulanya pengajian ilmu hadith dan kaedah pelaksanaan pengajaran yang digunakan samada di setiap peringkat pendidikan mahupun masyarakat secara umum. Selain itu, kajian berkaitan pengajian hadith di peringkat sarjana memfokuskan kepada pengajian hadith secara umum antaranya:

1. Che Samsudin Mohamed Noor. 2004. Pengajian Hadith di Kelantan : Satu kajian di Institusi Pengajian Pondok. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

2. Ahmad Haji Hassan. 2005. Sumbangan Pengajian Hadith Terhadap Pembinaan Insan : Suatu Kajian Di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

3. Suhaimi Abdul Wafir. 2006. Pengajian Hadith Di Negeri Perak: Suatu Kajian Di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

4. Azman Ab. Aziz. . 2006. Sejarah Pengajaran Ilmu Hadith Di SMU (Arab) Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan: Suatu Tinjauan Dari Tahun 1980-1999. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

5. Rorsuedee Salaeh@Rushdi Jubuky. 2007. Pengajian Hadith: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Selangor. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

Kajian yang dijalankan oleh Abd. Rahman & Asbullah (2012) untuk meninjau kedudukan pengajian hadith di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia mendapati suatu anjakan paradigma diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hadith agar ianya bukan sahaja mendapat tempat yang sewajarnya dalam kalangan umat Islam, tetapi juga menepati metode yang telah digariskan oleh ulama hadith. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith perlu seiring dengan keperluan dan penambahbaikkan samada kualiti pengajaran pensyarah mahupun kaedah pembelajaran pelajar agar ilmu hadith dapat dikuasai dengan baik seiring dengan keperluan semasa. 5. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: i) Mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM. ii) Mengenalpasti pandangan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Ulum

Hadith di USIM. 6. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian lapangan yang dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith di USIM melalui kaedah kuantitatif. Responden kajian adalah pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM yang telah mengambil subjek Ulum Hadith pada semester 1 sesi 2016/2017. Kaedah persampelan menggunakan kaedah Krejcie dan Morgan yang menetapkan jumlah responden mengikut jumlah

5

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

populasi sebenar pelajar pengajian subjek Ulum Hadith iaitu seramai 210 orang yang mewakili jumlah populasi sebenar seramai 460 orang pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang kaji selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu kajian demografi dan soalan kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Keseluruhan item soalan kaji selidik yang dibina oleh penyelidik mengandungi 82 item yang mempunyai kesahan konstruk, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Item-item yang dibina adalah berdasarkan enam konstruk iaitu kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, silibus Ulum Hadith, kaedah penilaian yang digunakan oleh pensyarah, kaedah pembelajaran pelajar dan penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. Skala likert lima mata dengan kaedah skornya ialah Sangat Tidak Setuju (1 mata), Tidak Setuju (2 mata), Kurang Pasti (3), Setuju (4), dan Sangat Setuju (5) digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh melalui soalan kaji selidik direkodkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20 dengan analisis statistik deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min.

Jadual 2: Nilai Kebolehpercayaan Konstruk Soalan Kaji Selidik

Pemboleh Ubah Nilai Cronbach Alpha

Keseluruhan (82 item) 0.961

Kaedah Pengajaran Pensyarah 0.860

Alat Bantu Mengajar 0.806

Silibus Ulum Hadith 0.769

Kaedah Penilaian Pensyarah 0.879

Kaedah Pembelajaran Pelajar 0.925

Penerimaan Pelajar Terhadap Subjek Ulum Hadith 0.943

7. Dapatan Kajian Berikut adalah dapatan kajian hasil analisis deskriptif setiap soalan yang telah dikonstruk kepada enam komponen utama. Penyelidik menyusun setiap item mengikut nilai min yang paling tinggi sehingga paling rendah supaya lebih mudah difahami. Berikut merupakan panduan interpretasi bacaan skor min:

Jadual 3: Skor Min

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.66 Sederhana 3.67 hingga 5.00 Tinggi

Min keseluruhan = 3.985 Berikut adalah taburan data bagi pandangan pelajar terhadap kaedah pengajaran Ulum Hadith yang digunakan oleh pensyarah dengan jumlah skor min keseluruhan (4.025) yang tinggi.

6

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Jadual 4: Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Pensyarah

Item Pernyataan Peratus

Min 1 2 3 4 5

1 Pensyarah meminta pelajar merujuk dan membaca buku teks Ulum Hadith

0.0 0.5 12.4 34.3 52.9 4.395

2 Pensyarah adalah model utama dalam pengajaran Ulum Hadith

0.5 0.5 11.4 39.0 48.6 4.348

3 Pensyarah menerangkan mengenai sesuatu topik dengan jelas dan mudah difahami

0.0 1.9 13.3 35.7 49.0 4.319

4 Pensyarah membuka sesi soal jawab di dalam kelas perbincangan

0.5 1.0 12.9 42.4 43.3 4.271

5 Pensyarah meminta pelajar menghafal istilah-istilah yang terdapat di dalam Ulum Hadith

0.5 1.4 14.8 37.1 46.2 4.271

6 Pensyarah menyampaikan syarahan di dalam kuliah

0.0 1.9 13.3 41.0 43.8 4.267

7 Pensyarah memberi tugasan untuk dikaji oleh pelajar

1.9 1.9 12.4 41.4 42.4 4.205

8 Pensyarah menggunakan konsep bercerita semasa mengajar

0.0 3.3 16.2 40.5 40.0 4.171

9 Pensyarah meminta pelajar membuat pembentangan mengenai kajian yang dibuat

1.4 5.2 17.1 37.1 39.0 4.071

10 Pensyarah menjalankan sesi perbincangan dalam kumpulan

1.4 4.3 21.4 41.4 31.4 3.971

11 Pensyarah mengajukan soalan di dalam kuliah 1.0 5.7 18.6 45.2 29.5 3.967 12 Pensyarah menjalankan aktiviti kuiz dalam

pengajaran Ulum Hadith 2.9 4.8 23.8 42.4 26.2 3.843

13 Pensyarah menggalakkan pelajar menggunakan aplikasi berkaitan dengan hadith

3.3 5.2 28.6 30.5 32.4 3.833

14 Pensyarah menggunakan komputer dan aplikasi atas talian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

5.7 11.0 25.2 35.2 22.9 3.586

15 Pensyarah menggunakan e-Learning 5.7 10.0 30.0 33.8 20.5 3.533 16 Pensyarah membawa pelajar ke

perpustakaan/makmal hadith semasa sesi sesi pengajaran dan pembelajaran

7.1 17.1 29.0 27.6 19.0 3.343

Min keseluruhan = 4.025 Sisihan Piawai = 8.285

Seterusnya, dapatan kajian bagi komponen kedua dengan jumlah min keseluruhan juga pada tahap

yang tinggi (4.046) iaitu pandangan pelajar terhadap alat bantuan mengajar yang digunakan oleh

pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith.

Jadual 5: Alat Bantuan Mengajar Yang Digunakan Oleh Pensyarah

Item Pernyataan Peratus

Min 1 2 3 4 5

1 Pensyarah menggunakan buku teks yang telah disediakan

0.0 0.5 11.9 29.0 58.6 4.457

2 Pensyarah menggunakan slaid PowerPoint dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

1.4 4.8 11.9 25.2 56.7 4.309

7

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

3 Pensyarah menggunakan LCD/projektor dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

1.0 5.7 12.4 27.1 53.8 4.271

4 Pensyarah menggalakkan pelajar merujuk banyak buku rujukan lain untuk mempelajari Ulum Hadith

1.0 1.9 15.2 35.2 46.7 4.248

5 Pensyarah menggunakan perisian hadith dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

1.9 5.2 22.4 33.3 37.1 3.986

6 Pensyarah menggunakan papan putih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

1.0 7.1 21.0 35.2 35.7 3.976

7 Pensyarah menyediakan nota kuliah sebagai rujukan pelajar

4.3 9.0 14.8 31.0 41.0 3.952

8 Pensyarah menggunakan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

3.8 11.4 22.4 29.0 33.3 3.768

9 Pensyarah menggunakan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith

6.2 17.1 27.1 24.8 24.8 3.448

Min keseluruhan = 4.046 Sisihan Piawai = 5.654

Dapatan kajian bagi komponen ketiga iaitu pandangan pelajar terhadap silibus Ulum Hadith yang

digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith juga mencapai tahap

yang tinggi dengan nilai (3.953).

Jadual 6: Silibus Subjek Ulum Hadith

Item Pernyataan Peratus

Min 1 2 3 4 5

1 Pensyarah memastikan sukatan kursus dihabiskan seperti di dalam panduan kursus

0.0 1.0 13.8 34.8 50.5 4.347

2 Pensyarah menerangkan panduan kursus (course outline/proforma kursus) pada minggu pertama kuliah

0.5 1.9 14.8 31.0 51.9 4.319

3 Pensyarah mengajar mengikut sukatan (panduan kursus)

0.5 0.5 14.3 40.0 44.8 4.281

4 Sukatan pelajaran dapat membantu pelajar menguasai Ulum Hadith

0.5 1.0 15.2 42.2 41.0 4.224

5 Pensyarah mengajar Ulum Hadith mengikut apa yang dirancang di dalam panduan kursus

0.5 2.9 14.3 40.0 42.4 4.209

6 Buku teks Ulum Hadith mudah difahami 2.4 2.4 22.4 43.8 29.0 3.947 7 Masa yang diperuntukkan bagi kursus Ulum

Hadith adalah bersesuaian 4.3 6.2 26.7 32.9 30.0 3.781

8 Pensyarah menggunakan buku teks Ulum Hadith karangan sendiri

8.1 9.0 23.8 38.1 21.0 3.548

9 Pensyarah merujuk buku teks Ulum Hadith tradisional/turath

6.2 11.9 30.0 35.2 16.7 3.443

10 Pensyarah merujuk buku teks Ulum Hadith kontemporari yang ditulis sekitar 20thn lepas

7.1 9.0 32.9 35.2 15.2 3.428

Min keseluruhan = 3.953 Sisihan Piawai = 5.343 Adapun bagi komponen keempat iaitu pandangan pelajar terhadap kaedah penilaian yang digunakan

oleh pensyarah bagi menilai penguasaan pelajar bagi subjek Ulum Hadith dengan nilai skor min

(3.824) juga pada tahap yang tinggi.

8

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Jadual 7: Kaedah Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh Pelajar

Item Pernyataan Peratus

Min 1 2 3 4 5

1 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui peperiksaan akhir

0.0 2.4 14.3 51.0 32.4 4.133

2 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui kerja kursus / assignment

1.9 0.5 18.6 46.2 32.9 4.076

3 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui tugasan individu

1.9 3.3 17.6 41.9 35.2 4.052

4 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui tugasan berkumpulan

1.4 4.3 16.2 48.6 29.5 4.005

5 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui pembentangan tugasan

1.0 4.3 19.5 45.2 30.0 3.991

6 Pensyarah menilai penyertaan pelajar di dalam sesi sesi pengajaran dan pembelajaran

1.4 3.8 23.3 41.4 30.0 3.948

7 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui peperiksaan pertengahan semester

2.4 3.8 21.9 44.8 27.1 3.905

8 Penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith dinilai melalui hafalan

3.8 4.8 25.7 38.1 27.6 3.809

9 Pensyarah menilai kehadiran pelajar ke kelas sebagai sebahagian penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith

4.8 6.2 28.6 31.4 29.0 3.738

10 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui ujian lisan

4.8 8.1 24.8 35.7 26.7 3.714

11 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui kuiz

3.3 9.0 25.2 41.0 21.4 3.681

12 Pensyarah menilai penguasaan pelajar terhadap Ulum Hadith melalui penulisan artikel

7.1 12.4 30.5 29.0 21.0 3.443

13 Pensyarah menilai penglibatan pelajar menggunakan e-learning

10.0 13.8 35.2 26.7 14.3 3.214

Min keseluruhan = 3.824 Sisihan Piawai = 8.110

Berikut adalah dapatan kajian bagi komponen keenam iaitu bagi mengenalpasti kaedah

pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar bagi menguasai subjek Ulum Hadith dengan nilai min

keseluruhan pada tahap yang tinggi iaitu (3.799).

Jadual 8: Penerimaan Pelajar Terhadap Subjek Ulum Hadith

Item Pernyataan Peratus

Min 1 2 3 4 5

1 Saya merujuk buku teks Ulum Hadith 0.0 1.4 12.4 32.4 53.8 4.386 2 Saya mendengar penjelasan pensyarah di dalam

dewan kuliah 0.0 2.4 15.2 40.5 41.9 4.219

3 Saya membuat catatan maklumat penting semasa kuliah

0.0 1.9 16.2 41.9 40.00 4.200

4 Saya bertanya rakan jika terdapat perkara yang tidak difahami berkaitan Ulum Hadith

0.5 1.9 14.3 51.4 31.9 4.124

9

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

5 Saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan sebaiknya

0.5 1.9 18.1 49.5 30.0 4.067

6 Saya menghafal istilah yang terdapat dalam Ulum Hadith

1.4 3.8 20.5 38.6 35.7 4.033

7 Saya memahami istilah yang terdapat dalam Ulum Hadith

1.0 3.3 21.9 39.0 34.8 4.033

8 Saya melibatkan diri semasa perbincangan dalam kumpulan

1.0 2.4 22.9 45.2 28.6 3.981

9 Saya membuat nota ringkas 1.0 5.2 22.9 42.4 28.6 3.924 10 Saya membaca slaid yang disediakan oleh

pensyarah 2.9 3.8 24.3 37.1 31.9 3.914

11 Saya menyiapkan diri untuk pembentangan tugasan dengan sebaiknya

1.9 4.8 22.9 43.3 27.1 3.890

12 Saya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran Ulum Hadith

1.4 7.1 21.4 43.3 26.7 3.867

13 Saya merujuk pelbagai buku Ulum Hadith yang lain untuk menambah kefahahaman

2.4 6.7 27.6 37.1 26.2 3.781

14 Saya menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah di dalam kuliah / tutorial

1.9 5.7 34.3 30.5 27.6 3.762

15 Saya membuat ulangkaji selepas kuliah/tutorial bermula

2.4 8.1 25.2 43.8 20.5 3.719

16 Saya bertanya kepada pensyarah perkara yang tidak difahami

3.8 11.9 31.0 34.8 18.6 3.524

17 Saya membuat rujukan sebelum kuliah/ tutorial bermula

3.3 12.4 30.5 38.1 15.7 3.505

18 Saya melibatkan diri dalam pembelajaran atas talian seperti perbincangan

3.8 12.9 32.4 33.8 17.1 3.476

19 Saya pergi ke perpustakaan untuk merujuk dan mendapatkan buku yang berkaitan Ulum Hadith

5.7 14.3 34.3 26.2 19.5 3.395

20 Saya menonton video yang berkaitan dengan Ulum Hadith

4.3 10.5 42.4 31.0 11.9 3.357

21 Saya sentiasa bersedia untuk menghadapi kuiz bagi kursus Ulum Hadith

4.8 14.3 38.6 31.4 11.0 3.295

22 Saya mengikuti pengajian Ulum Hadith di luar universiti

12.9 14.8 32.4 27.6 12.4 3.119

Min keseluruhan = 3.799 Sisihan Piawai = 12.897 Akhirnya dapatan kajian bagi komponen ketujuh iaitu bagi mengetahui sejauh mana penerimaan

pelajar subjek Ulum Hadith itu sendiri mencapai nilai min keseluruhan (4.432) yang tinggi,

menunjukkan bagaimana penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith.

Jadual 9: Penerimaan Pelajar Terhadap Subjek Ulum Hadith

Item Pernyataan Peratus

Min 1 2 3 4 5

1 Kursus Ulum Hadith relevan / sesuai dipelajari di peringkat universiti pada zaman sekarang

0.0 0.5 4.8 28.6 66.2 4.605

2 Kursus Ulum Hadith membantu menambahkan kecintaan pelajar terhadap Rasulullah SAW

0.0 0.0 6.7 30.5 62.9 4.562

3 Kursus Ulum Hadith membantu saya agar berhati-hati di dalam memilih hadith yang ingin

0.5 0.5 5.2 30.5 63.3 4.557

10

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

digunakan 4 Saya merasakan kursus Ulum Hadith penting 0.0 0.5 6.2 31.4 61.9 4.548 5 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar

mengenalpasti hadith yang palsu 0.5 0.0 7.6 31.9 60.0 4.509

6 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar mengenali hadith-hadith yang ditolak

0.5 0.0 7.1 34.8 57.6 4.491

7 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar mengenali hadith-hadith yang diterima

0.5 0.5 8.1 32.9 58.1 4.476

8 Saya mengetahui kepentingan mempelajari ilmu hadith melalui kursus Ulum Hadith

0.0 1.4 5.7 44.8 48.1 4.395

9 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar mempraktikkan hadith dalam kehidupan seharian

0.5 1.4 8.6 40.0 49.5 4.367

10 Kursus Ulum Hadith membantu pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran semasa

1.0 0.5 10.0 40.0 48.6 4.347

11 Saya berminat mempelajari Ulum Hadith 1.4 0.0 11.4 40.5 46.7 4.309 12 Saya merasakan kursus Ulum Hadith senang

difahami 1.4 2.4 19.5 46.7 30.0 4.014

Min keseluruhan = 4.432 Sisihan Piawai = 6.599 Kesimpulannya berdasarkan Jadual 10, dapatan kajian menunjukkan bahawa komponen penerimaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith mempunyai skor min tertinggi (skor min=4.432) di mana skor minimum ialah 4.014 dan skor maksimum ialah 4.605. Komponen-komponen lain turut menunjukkan nilai skor min yang tinggi seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Adapun komponen kaedah amalan pembelajaran bagi pelajar menunjukkan nilai skor min yang terendah iaitu 3.799 di mana skor minimum ialah 3.119 dan skor maksimum ialah 4.386.

Jadual 10: Taburan Skor Min Pandangan Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Ulum Hadith

Komponen Pengajaran dan Pembelajaran

Skor Min

Sisihan Piawaian

Tahap Skor Minimun Skor Maksimum

Kaedah Pengajaran 4.025 8.285 Tinggi 3.343 4.395 Alat Bantu Mengajar 4.046 5.654 Tinggi 3.448 4.457

Silibus 3.953 5.343 Tinggi 3.428 4.347 Penilaian 3.824 8.110 Tinggi 3.214 4.133

Kaedah Pembelajaran 3.799 12.897 Tinggi 3.119 4.386 Penerimaan Pelajar 4.432 6.599 Tinggi 4.014 4.605

8. Perbincangan Dapatan Kajian Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith ialah pada tahap yang tinggi. Ini berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas 210 orang pelajar yang telah mempelajari subjek Ulum Hadith pada sesi 2016/2017 yang lepas. Ini adalah untuk mendapatkan markah yang diperoleh oleh pelajar. Berikut adalah statistik deskriptif bagi markah yang diperoleh setiap responden yang menunjukkan gred yang diperoleh pelajar pada akhir semester selepas peperiksaan akhir.

Carta 1: Markah Ulum Hadith Yang Diperoleh

11

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Manakala skor maksimum bagi penerimaan pelajar terhadap kepentingan subjek Ulum Hadith menunjukkan pelajar memahami kepentingan untuk mempelajari subjek Ulum Hadith terutama bagi pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah. Komponen lain iaitu kaedah pengajaran, alat bantuan mengajar yang digunakan, silibus, dan kaedah penilaian juga menunjukkan nilai skor min yang tinggi. Namun begitu, kajian ini mendapati perlunya kepada penambahbaikkan dan meningkatkan kualiti seperti memperkayakan penggunaan alat bantuan mengajar dan menggunakan teknologi yang terkini untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith. Adapun bagi kaedah pembelajaran yang diamalkan pelajar menunjukkan nilai skor min yang paling rendah di antara semua komponen, namun masih lagi mencapai tahap yang tinggi dalam interpretasi skor min. Oleh itu, para pelajar sebenarnya telah mempunyai kemampuan untuk menguasai pelajaran subjek Ulum Hadith seperti membuat ulangkaji secara individu dan berkumpulan, membuat nota ringkas, bertanya pensyarah dan menggunakan teknologi terkini untuk menguasai Ulum Hadith. Justeru itu, pelajar perlu terus meningkatkan kualiti kaedah pembelajaran supaya lebih mudah menguasai Ulum Hadith dari masa ke semasa. Menurut Cohen (1981) dan Feldman (1989), penilaian pelajar terhadap amalan pengajaran guru merupakan satu keperluan bagi tujuan penambahbaikkan pengajaran. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini, amalan pengajaran dan pembelajaran subjek Ulum Hadith perlu lebih menampakkan keberkesanan. Dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar USIM terhadap pengajaran dan pembelajaran Ulum Hadith berada pada tahap yang tinggi. Justeru pensyarah bagi subjek Ulum Hadith perlu memberi lebih penekanan dalam pengajaran agar para pelajar dapat menguasai sepenuhnya apa yang diajar oleh pensyarah. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya komponen-komponen dalam pengajaran dan pembelajaran diberi penekanan dalam proses meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek Ulum Hadith. 9. Penutup Melalui kajian ini, dapat membantu pensyarah untuk terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Ulum Hadith di Usim pada masa hadapan. Kajian ini juga boleh menjadi rujukan yang berfaedah bagi proses pengajian Ulum Hadith di Intitusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

12

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Disamping itu, kajian ini boleh diteruskan lagi terhadap Institusi Pengajian Tinggi yang lain khususnya, samada dengan menjalankan kajian perbandingan, penilaian, penguasaan dan lain-lain bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran disamping meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Pengajian Islam terutamanya pengajian hadith. Rujukan Abu Syuhbah, Muhammad Bin Muhammad.1983. Al-Wasit Fi Ulum Wa Mustalah Al-Hadith. Dar Al-

Fikr Al-Arabi. P. 23 Ahmad Haji Hassan. 2005. Sumbangan Pengajian Hadith Terhadap Pembinaan Insan : Suatu Kajian

Di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas (Tesis Sarjana). Universiti Malaya. Al-‘Awfi Al-Syarif Hatim Bin ‘Arif. 1997. Nasaih Manhajiyyah Li Talib ‘Ilm Al-Sunnah Al-Nabawiyyah.

Mekah: Dar ‘Alam Al-Fawaid. Halaman.25. Amiruddin Mohd Sobali Et. Al. 2011. Metodologi Pengajian Ulum Al-Hadith: Antara Keperluan

Penghafalan Matan (Mustalah Al-Hadith) Dengan Pengajaran Secara Moden. Seminar Antarabangsa: Sunnah Nabawiyyah: Reality Dan Cabaran Semasa. Volume 1. 2011.

Azhariah Binti Zulkarnaini. 2005. Metodologi Pembelajaran Hadith Di Riau. (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azman Ab. Aziz. . 2006. Sejarah Pengajaran Ilmu Hadith Di Smu (Arab) Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan : Suatu Tinjauan Dari Tahun 1980-1999. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

Che Samsudin Mohamed Noor. 2004. Pengajian Hadith Di Kelantan : Satu Kajian Di Institusi Pengajian Pondok. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

Cohen, P.A. 1981. Student Ratings Of Instruction And Student Achievement. A Meta Analysis Of Multi Section Validity Studies. Review Of Educational Research 51:281-309

Esah Sulaiman. 2004. Pengenalan Pedagogi. Penerbit Universiti Teknologi Mara Fahmi Alkautsar Bin Fakhruddin Qosim. 2012. Pengajian Hadith Di Indonesia: Tumpuan Khusus Di

Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Pesantren Luhur Ilmu Hadith Darus Sunnah Pisangan Barat Ciputat Dan Masjid Al-Musari’in Basmol, Jakarta. (Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fauzi Deraman, Ishak Hj Suliaman, Faisal Ahmad Shah. 2010. Pengajian Hadith Di Malaysia. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Feldman, K.A. 1989. Instructional Effectiveness Of College Teachers As Judged By Teachers Themselves, Current And Former Students, Colleagues, Administrators And External Observers. Research In Higher Education. 30(2): 137-194.

Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31(1)

Hamzah Bin Jummat. 2005. Kurikulum Pembelajaran Ilmu Hadith Di Madrasah-Madrasah Di Singapura Pada Masa Ini (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismael Abd. Karem. 2006. Pengajian Hadith Di Indonesia, Satu Kajian Di Madrasah Al-Jamiyah Al-Wasatiyyah, Medan, Sumatera Utara, Indonesia. (Tesis Sarjana), Universiti Malaya.

Ku Fatahiyah, Awatif & Hairun Najuwah. 2014. Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Di Ipt Malaysia. Gse E-Journal Of Education Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Vol.1. 2014

Mahmud Ahmad At-Thohan. 2004. Taisir Mustalah Al-Hadith. Maktab Al-Maarif. P. 13 Mohd Napiah Abdullah. 1989. Pengajian Hadith Di Institusi Pondok: Satu Kajian Di Daerah Baling,

Kedah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal Of Islamic Studies, 10 . Pp. 31-42. Issn 0216-5636

Mohd. Muhiden Abd. Rahman. 2012. Realiti Pengajian Hadith Di Ipt Islam: Suatu Kajian Di Ipt Islam Di Malaysia. Jurnal Basirah Universiti Malaya. Jilid 2. November 2102.

Mook Soon Sang. 2009. Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

13

2ND INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on Hadith 2017. 15 November 2017. KUIS, Kajang,Selangor. Organized by Hadith Research Institute (INHAD), International Islamic University College Selangor, MALAYSIA.

Nur Ad-Adin Atar Al-Halbi. 1997. Manhaj An-Naqdu Fi Ulum Al-Hadith. Dar Al-Fikr Damsyik – Syria. P. 30.

Reka Wibawa. 2010 Metode Pembelajaran Hadith Dan Pengaruhnya Terhadap Minat Belajar Siswa Di Smp Riyadlul Jannah. (Tesis Sarjana), Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta

Rorsuedee Salaeh@Rushdi Jubuky. 2007. Pengajian Hadith: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Selangor. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

Suhaimi Abdul Wafir. 2006. Pengajian Hadith Di Negeri Perak : Suatu Kajian Di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya.

Tamuri, Ab.Halim Dan Jasmi, Kamarul Azmi. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim.

Thuraya Ahmad & Fauzi Deraman. 2011. Penggunaan Jadual Dan Gambar Rajah Di Dalam Penulisan Bagi Subjek Mustalah Hadith. Seminar Antarabangsa: Sunnah Nabawiyyah: Reality Dan Cabaran Semasa. Volume 1. 2011.