ulum al quran ... f4.docx

13
SAINTIS BUKAN ISLAM MASUK ISLAM SEBAB AYAT SUCI AL QURAN SUBHANALLAH! - SAINTIS MEMELUK ISLAM SELEPAS MENEMUI KEBENARAN AL-QURAN MENGENAI BAHAYA KUMAN PADA BABI tao slayerz Al-Quran , Babi , Daging babi , kajian , kebenaran al Quran dan Islam , Masuk Islam , Miracles of Allah Almighty , Sains Monday, October 7, 2013 TAOTAA!"# - Pasti kita tau dimana Babi adalah Haram dimana !" #%%#H s&t 'ualah yan( berkuasa untukmen'adikan babidan 'u(a men'adikan hukumnya men'adi haram dan kemudian men'adikan babi men(andun(i kuman-kuman yan( tidak da)at dimatikan* +isini ter satu kisah dimana seoran( saintis yan( memeluk a(ama islam set menemui kebenaran bahaya kuman )ada babi yan( sebenarnya telah tertulis di #l- uran* eoran( saintis &anita ka.r membuat ka'ian tentan( se'enis kum terda)at )ada badan babi* Beliau mencari /ormula terbaik untuk membunuh kuman tersebut* Pelba(ai kaedah dan bahan yan( di(unakan namun tidak 'u(a ber'aya*

Transcript of ulum al quran ... f4.docx

saintis bukan islam masuk islam sebab ayat suci al quranSUBHANALLAH! - SAINTIS MEMELUK ISLAM SELEPAS MENEMUI KEBENARAN AL-QURAN MENGENAI BAHAYA KUMAN PADA BABItao slayerzAl-Quran,Babi,Daging babi,kajian,kebenaran al Quran dan Islam,Masuk Islam,Miracles of Allah Almighty,SainsMonday, October 7, 2013TAOTAUAJER- Pasti kita tau dimana Babi adalah Haram dimana KERANA ALLAH swt jualah yang berkuasa untuk menjadikan babi dan juga menjadikan hukumnya menjadi haram dan kemudian menjadikan babi itu mengandungi kuman-kuman yang tidak dapat dimatikan. Disini terdapat satu kisah dimana seorang saintis yang memeluk agama islam setelah menemui kebenaran bahaya kuman pada babi yang sebenarnya telah tertulis di Al-Quran.

Seorang saintis wanita kafir membuat kajian tentang sejenis kuman yang terdapat pada badan babi. Beliau mencari formula terbaik untuk membunuh kuman tersebut. Pelbagai kaedah dan bahan yang telah digunakan namun tidak juga berjaya.

Dengan izin Allah entah macam mana, bekas yang mengandungi kuman tersebut terjatuh ke tanah. Beliau terus memeriksa kuman tersebut agar masih dalam keadaan seperti asal. Beliau terkejut kerana kuman tersebut telahpun mati.

Beliau pun mengkaji bagaimana dan apakah yang menyebabkan kuman tersebut mati. Akhirnya, ternyatalah bahawa debu-debu tanah yang mengenai kuman tersebut adalah puncanya. Sangat bersyukurlah beliau kerana berjaya menemui kaedah membunuh kuman tersebut kerana ia telah menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya dan telah berada pada tahap yang membimbangkan pada ketika itu.

Rentetan peristiwa itu, beliau mengkaji sendiri dari pelbagai sumber mencari agama mana yang ada menyentuh tentang najis babi ini.

Akhirnya beliaumemeluk Islamkerana hanya dalam agama Islam ada menyatakan kedudukan babi serta cara mensucikan diri daripadanya bertepatan dengan penemuan beliau tadi.

Allah SWT dengan jelas telahMENGHARAMKAN babidi dalam ayat-ayat berikut:

a.Al-Baqarah 173

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

b.Al-Maidah : Ayat 3

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

c.Al-Anam 145

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

d.An-Nahl 115

Sesungguhnya manusia itu menyaksikan Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, Daging babi dan Apakah yang disembelih DENGAN menyebut Nama selain Allah; tetapi barangsiapa Yang terpaksa memakannya DENGAN TIDAK menganiaya dan TIDAK Pula melampaui batas, sesungguhnya manusia itu menyaksikan Mak Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

BAHASA(susunan huruf, ayat yang indah dan bahasa yang tinggi)

1.Singkat Dan PadatKeijazan ayat-ayat al-Quran yang ditinjau dari sudut keindahan susunan kata dapat disaksikan dalam pelbagai bentuk dan rupa. Di antaranya ialah ayat-ayat ayat-ayat yang pendek dan singkat,[1]tetapi padat dan sarat dengan makna. Sebagai contoh, firman Allah yang terdapat dalam Surah al-Fatihah, ayat 5:

Firman Allah Taala:

Maksudnya: Hanya Engkaulah yang kamiabdikandan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Ayat tersebut ringkas sahaja yang diulang-ulang perkataan () sebanyak dua kali.Dengan kalimah( )- Hanya Engkaulah yang kamiabdikan..bahawaAllah membatasisegalapengabdianatauubudiyahhanya kepadadiriNya semata-mata. Melalui ayat ini seseorang hamba hendaklah memutuskan bahawa pengabdian hanyalah semata-mata Allah, tidak harus nilai-nilai pengabdian itu dikait-kaitkan selain dari Allah. Pengabdianmerupakan bentuk ketundukanhambakepada Allah untuk mengikutisegalaperintah danmeninggal segalalaranganNya.[2]Setelah menyebut: ( ) - Hanya Engkaulah yang kami abdikan.., lantas al-Quran menyebut pula: ( ) - Dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Perkara ini menunjukkan pengertian bahawa seseorang hamba itu tidak sekali-kali mengabdikan diri dan tidak akan percaya tuhan-tuhan selain dari Allah, dia juga tidak akan sekali-kali meminta apa-apa bentuk pertolongan atau bantuan selain hanya kepada Allah. Tujuan diletakkan kalimah ()minta pertolonganselepas kalimah () pengabdianmerupakan bentuk sopan santun ayat dalam pembahasaannya supaya mengabdikan diri kepada Allah terlebih dahulu, kemudian barulah meminta pertolongan kepadaNya. Dengan kata lain, sudah selayaknyaseseorang hambameminta sesuatu setelahdia terlebih dahulu mengerjakan apa yang diperintahkan.Adalah tidak beradabjika seseoranghambameminta segala sesuatu terlebih dahulu,padahaldia belum melaksanakan apa yang diperintahkan.[3]

2.Keindahan Dan Makna Yang TepatAyat-ayat al-Quran mempunyai keindahan dari sudut susunan perkataan yang membawa kepada makna yang tepat,[4]sekalipun ayat-ayatnya pendek, hanya terdiri beberapa patah perkataan sahaja. Mari kita lihat contoh ungkapan ayat, sebagaimana yang terdapat dalam Surah Maryam, ayat 4:

Maksudnya:Dan kepala ini dipenuhi dengan rambut uban

Susunan perkataan di atas memiliki keunggulan dan kekuatan yang tersendiri untuk menggambarkan tentang makna yang syumul dan menyeluruh. Ayat ini berkaitan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. yang berdoa kepada Allah agar dikurniakan seorang anak lelaki untuk mewarisi risalah kenabian. Usia Nabi Zakaria a.s. sangat tua, sehingga rambut yang ada di atas kepala semuanya uban, tidak ada seuratpun yang berwarna hitam. Jumlah perkataan yang digunakan dalam susunan ayat tersebut hanya tiga patah perkataan sahaja, tetapi memiliki makna dan pengertian yang amat tepat. Makna syumul ayat di atas tidak akan tercakup apabila ungkapan atau gaya bahasa lain disusun seperti: ( ) ataupun ( ) kerana ianya memberi pengertian ihtimal dan tidak menyeluruh, iaitu boleh jadi rambut itu uban semua ataupun sebahagiaan sahaja uban.

Kelebihan kedua dari segi keindahan balaghahSesungguhnya al-Quran yang mulia memperlihatkan penciptaan Ilahi dan membentangkannya di hadapan manusia. Kemudian menggulungnya dalam kesimpulan[4]bersamadengan nama-nama Tuhan, atau memalingkannya kepada akal fikiran.Antara contoh yang pertama,[5]firman Allah ( s.w.t ):{ * } ( 31 32 )Maksudnya":Katakanlah siapa yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi,atau siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan ? Maka mereka akan menjawab: Allah.Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa. Maka itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya .( Yunus 10:31-32 )Pada bahagian awal ayat tadi disebut: Siapakah yang menghias langit dan bumi, lalu menjadikan kedua-duanya gudang (tempat simpanan rezki) kamu, maka diturunkan air hujan dari langit dan dikeluarkan biji-bijian daripadanya? Siapakah selain Allah yang berkuasa menjadikan langit dan bumi dalam keadaan mentaati-Nya? Maka syukur dan puji itu hanyalah bagi-Nya yang Esa.Pada bahagian kedua ayat itu ditanya: Siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan kamu. Kedua-duanya lebih berharga daripada anggota kamu yang lain? Kilang atau tempat manakah kamu memperolehnya? SesungguhnyaTuhan kamulah yang memberi kamu anggota-anggota yang lembut itu, antaranya termasuklah mata dan telinga! Dialah yang menciptakan kamu dan mendidikmu, itulah Tuhan yang berhak disembah dan tiada sekutu bagi-Nya.al-Quran mencatatkan pula pada bahagian ketiga ayat itu:Siapakah yang menghidupkan beratus-ratus ribu daripada golongan yang sudah mati seperti Ia menghidupkan bumi? Maka siapakah selain Allah (s.w.t) pencipta alam yang boleh melakukan demikian? Tidak syak lagi, hanyalah Dia yang boleh melakukan itu dan Ia juga penghidup bumi yang mati. Selama Dialah yang benar, ia tidak akan melupakan kewajipan-Nya, dan akan dibangkitkan kamu pada Hari Perbicaraan yang besar, Ia menghidupkan kamu sepertimana Ia menghidupakn bumi yang mati.Seterunya diajukan soalan lagi pada bahagian keempat: Siapakah selain Allah yang boleh mengurus keadaan alam yang luas ini, lalu menyusunnya dengan teratur dan mudah, seolah-olah pengurusan sebuah istana atau bandar? Kerana tiada selain Allah, maka tiadalah kekurangan pada kekuasaan yang berkuasa, mentadbir alam yang sangat luas ini dengan mudah dan senang. Dia tidak memerlukan pembantu dan penolong, itulah Dia yang tidak mempunyai batasan. Dia tidak membiarkan pengurusanalam yang luas ini dan makhluk-makhluk yang kecil diurus selain daripada-Nya. Oleh yang demikiankamuterpaksa mengakui bahawa itulah Allah.

ILMU PENGETAHUAN (huraian syariat,benda ghaib,sejarah dahulu,masa depan)

3.2 PENGERTIAN3.2.1 Syariah; Pengertian Bahasa

Perkataan syariah dibahagikan kepada beberapa erti. Antaranya yang dapat dijelaskan di sini ialah seperti berikut:

i. Sumber air yang mengalir dan tidak putus ('Ali Jarisyah, 1991,Fairuzabadi, t.th.). Untuk mengambilnya tidak perlu menggunakan alat khusus dan ia didatangi oleh manusia dan binatang ternakan, seperti lembu dan kambing untuk minum air. Dalam konteks tersebut, sumber air ini digunakan untuk kehidupan dan dapat memberi keselamatan pada tubuh badan dan fizikal.

ii. Jalan yang lurus atau pertunjuk serta jalan yang jelas nyata (Al-Asymawi, 1996). Syariat memandu umat manusia ke arah kebaikan, kehidupan dan membentuk akal mereka (Al-Asyqar, 1982,Al-Sariyati, 1993). Hal itu dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud :Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (al-Jathiah : 18)Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama (Al-Asymawi, 1996).

iii. Segala sesuatu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap para hambaNya. Ia merangkumi apa sahaja yang di syariatkan dan perintah Allah daripada agama, seperti sembahyang, puasa, membuat kebajikan dan meninggalkan maksiat (Al-Qaradawi, 1997).Hukum hakam dikenali dengan syariah kerana ia merapakan peraturan yang lurus serta hukum yang tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan daripada tujuannya yang telah ditetapkan (Al-Tarifi, 1998). Antara lain, ia juga dikenali dengan syariah kerana menilai sudut persamaannya dengan sumber air. Syariah itu merupakan sumber dan jalan penghidupan jiwa dan santapan akal sebagaimana juga sumber air merupakan jalan serta sumber penghidupan fizikal dan tubuh badan (Al-Sariyati, 1993).

Pengertian IstilahSeterusnya perkataan al-Syariah menurut pengertian dan penggunaan istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut:

a) Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, apa yang berkaitan dengan perintah serta kaitannya (Khallaf, 1968).

b) Segala peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah atau Dia telah mensyariatkan dasar-dasarnya bersumber daripada al-Quran dan hadith (Badran, 1972). Semua itu agar manusia melaksanakannya untuk diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan mereka dan sesama Muslim atau orang lain dan alam semesta.

c) Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makhruh atau sunat. Ia disampaikan oleh rasul-Nya yang terkandung di dalam al-Qur'an dan hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya, seperti: al-Qiyas serta dalil lain (Al-Qaradawi, 1997).

Sebagai rumusannya, perkataan syariah tersebut berasal daripada syara' yang bererti: Mengadakan syariah. Justeru, daripadanya terbentuk pengertian menyusun, mengadakan kaedah-kaedah, menjelaskan peraturan-peraturan dan menjelaskan hukum-hukum. Oleh itu, syariah Islam merupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang mana ditetapkan oleh Allah untuk sekalian umat manusia menerusi perantaraan Baginda Rasulullah s.a.w yang lermaktub di dalam al-Quran dan hadith. Seterusnya syariah secara umum ialah segala hukum yang ditetapkan oleh Allah terhadap hamba-hambaNya menerusi perantara rasul supaya mereka mengikuti serta beramal dengannya. Apabila ilmu Islam berkembang luas dan menjurus kepada bidang-bidang yang khusus, maka syariah ini difahami sebagai mencakupi tiga bidang ilmu iaitu ilmu Aqidah, ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Perkembangan yang terakhir disebabkan penjurusan bidang ilmu perkataan syariah dikhususkan pengertiannya kepada perkara-perkara yang berhubung dengan amalan lahiriah manusia semata-mata yang dikenali kemudiannya dengan istilah Fiqh (Abdul Halim El-Muhammady, 1993)

Zaman dahulu

1. Sejarah berfungsi sebagai peneguh hatiDalam bahasa Al-Quran Allah menegaskan bahwa Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal sholeh bahwa Allah akan menjadikan mereka sebagai penguasa di muka bumi, Allah akan meneguhkan dien yang diridhoinya, dan mengganti rasa takut dengan rasa aman. Semuanya tercantum dalam QS an-Nr ayat 55 sebagai berikut :Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan kebajikan bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka. Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku. dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.

2.Sejarah berfungsi sebagai pengajaranSejarah merupakan pendidikan (Mauidzah) Allah terhadap kaum muslimin, sebagai peringatan dalam menjalani sunnah Rasul. Pelajaran yang Allah berikan dengan tujuan melahirkan sosok ummat yang memiliki kualitas mumin, mujahid, istiqomah, shalihun dan shabirun. Ummat yang memiliki kualitas seperti ini baru bisa diperoleh melalui interaksi dan keterlibatan diri secara langsung dalam harakah perjuangan secara total.

Dalam surat al-Arf ayat 176, Allah swt berfirman yang artinya sebagai berikut :Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.. Dengan sejarah umat Islam dituntut untuk berfikir (QS al-Arf : 176) dalam arti menjadikan sejarah sebagai pelajaran dan peringatan untuk menentukan langkah berikutnya dari suatu kesinambungan risalah dalam menggapai tujuanli ila kalimatillh.MASA DEPANSisi keajaiban lain dari Al Qur'an adalah ia memberitakan terlebih dahulu sejumlah peristiwa yang akan terjadi di masa mendatang. Ayat ke-27 dari surat Al Fath, misalnya, memberi kabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahwa mereka akan menaklukkan Mekah, yang saat itu dikuasai kaum penyembah berhala:

"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rosul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui, dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." (Al Qur'an, 48:27)

Ketika kita lihat lebih dekat lagi, ayat tersebut terlihat mengumumkan adanya kemenangan lain yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sesungguhnya, sebagaimana dikemukakan dalam ayat tersebut, kaum mukmin terlebih dahulu menaklukkan Benteng Khaibar, yang berada di bawah kendali Yahudi, dan kemudian memasuki Mekah.

Pemberitaan tentang peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa depan hanyalah salah satu di antara sekian hikmah yang terkandung dalam Al Qur'an. Ini juga merupakan bukti akan kenyataan bahwa Al Qur'an adalah kalam Allah, Yang pengetahuan-Nya tak terbatas. Kekalahan Bizantium merupakan salah satu berita tentang peristiwa masa depan, yang juga disertai informasi lain yang tak mungkin dapat diketahui oleh masyarakat di zaman itu. Yang paling menarik tentang peristiwa bersejarah ini, yang akan diulas lebih dalam dalam halaman-halaman berikutnya, adalah bahwa pasukan Romawi dikalahkan di wilayah terendah di muka bumi. Ini menarik sebab "titik terendah" disebut secara khusus dalam ayat yang memuat kisah ini. Dengan teknologi yang ada pada masa itu, sungguh mustahil untuk dapat melakukan pengukuran serta penentuan titik terendah pada permukaan bumi. Ini adalah berita dari Allah yang diturunkan untuk umat manusia, Dialah Yang Maha Mengetahui.

Kejadian Siang Malam

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas arsy, Dia menutupkan malam pada siang yang mengikutinya dengan cepat..."(Al-a'raf: 54)

Ini ialah ayat yang mengisahkan tentang proses penutupan malam pada siang dan siang pada malam merupakan sebuah simbolik yang indah. Hal tersebut mengandungi kisah proses putaran bumi pada paksinya dihadapan matahari. Ini adalah kerana apabila bumi tidak berputar pada paksinya dihadapan matahari, maka tidak akan ada proses penggantian siang dan malam sebagaimana yang terjadi dalam kehidupan kita sampai waktu ini. HUJANDan Dialah (Allah) yang mengutuskan angin sebagai khabar gembira yang datang dari rahmat-Nya hinggalah ia (angin) membawaawan-awanyang sarat (dengan air) lalu kami siramkannya buat (mana-mana) negeri yang (tandus) mati,-surah Al-Araf, ayat 57,Tidakkah engkau mengerti bahawa Allah menjadikanawan-awanitu terhimpun sedikit demi sedikit kemudian menggabungnya (dengan sebahagiannya). Seterusnya Ia menjadikannya satu kepulan raksasa. (Dengan itu) engkau dapat melihat hujan keluar dari celah-celahnya (awan)-surah An-Nur, ayat 43,Allah-lah yang mengutuskan angin seterusnya mengocakkan awan-awanan. Kemudian Ia membiarkannya tersedia di langit sebagaimana yang Ia kehendaki dan menjadikannya potongan-potongan kepulan yang banyak. Selepas itu engkau akan melihat hujan turun dari celah-celahnya,-surah Ar-Rum, ayat 48,Dan Allahlah yang mengutuskan angin (untuk kemudiannya) mengocakkanawan-awanseterusnya Kami perjalankannya ke negeri yang buminya mati. Kemudian Kami hidupkan tanah tadi dengannya (hujan yang turun dari awan-awanan),-surah Al-Fathir, ayat 9.PEMBENTUKAN ALAM SEMESTA

Asal kejadian alam semesta telah diceritakan didalam Al Quran pada ayat berikut: Maksudnya: Dialah pencipta langit dan bumi. (QS Al-Anam : 101)Keterangan yang diberikan Al Quran bersesuaian penuh dengan penemuan ilmu pengetahuan masa kini. Kesimpulan yang didapati oleh astronomi saat ini, bahawa keseluruhan alam semesta terhasil dari suatu ledakan yang kuat yang tejadi dalam masa yang sikap. Peristiwa ini, yang dikenal sebagai Big Bang,yang membentuk keseluruhan alam semesta sekitar 12 14 bilion tahun dahulu.Bukti teori Big Bang dalam Al Quran ada firman Allah : Maksudnya: Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (QS Al-Anbiya : 30)Dalam Ayat tersebut telah menyebut perkataan ratqa yang bermaksud sesuatu yang bercantum. Dan perkataan fataqa pulak bermaksud sesuatu yang mengembang.Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata Langit dan Bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain.Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlaukulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat tersebut.

Berhubung dengan tafsiran ini. Syeikh Said Hawa berkata dalam kitab Al-asas fi at-Tafsir Tafsiran yang dibuat , sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair menceritakan sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini. Kenyatan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.mengikut teori Big Bang, alam ini asalnya bercantum padu,kemudian berlakunya satu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 16 bilion tahun dahulu, selepas itu berlaku pergembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan seumpamanya.Teori ini berasaskan formulaGeneral Theory of relativity yangyang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun1915,kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia Alexander friedmann mengembangkan lagi teori ini.Pada tahun1929 seorang tokoh astronomi Amerika Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang.Ketika kita membandingkan ayat Al-Quran dengan berbagai penemuan ilmiah, akan kita dapati bahawa kedua-duanya benar-benar bersesuaian antara satu sama lain.