UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul:...

21
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERTUKARAN BIDANG OLEH GRADUAN KEJURUTERAAN KE DALAM BIDANG PENDIDIKAN KE ATAS PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 - 2 Saya NUR RABBUAAH BINTI HAJI ISMAIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 153, BLOK 16, PN. NOR FADILAH BINTI MOHD AMIN RUMAH RAKYAT GEMENCHEH II Nama Penyelia 73200, GEMENCHEH, N. SEMBILAN. Tarikh: 23 MAC 2004 Tarikh: 23 MAC 2004

Transcript of UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul:...

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERTUKARAN BIDANG OLEH GRADUAN KEJURUTERAAN KE DALAM BIDANG PENDIDIKAN KE ATAS PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 - 2

Saya NUR RABBUAAH BINTI HAJI ISMAIL

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 153, BLOK 16, PN. NOR FADILAH BINTI MOHD AMIN RUMAH RAKYAT GEMENCHEH II Nama Penyelia 73200, GEMENCHEH, N. SEMBILAN. Tarikh: 23 MAC 2004 Tarikh: 23 MAC 2004

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)

Tanda tangan : ………………………………..

Nama Penyelia : PN. NOR FADILAH BINTI MOHD AMIN

Tarikh : ………………………………..

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERTUKARAN BIDANG OLEH

GRADUAN KEJURUTERAAN KE DALAM BIDANG PENDIDIKAN KE ATAS

PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

NUR RABBUAAH BINTI HAJI ISMAIL

Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2004

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ………………………………………..

Nama penulis : NUR RABBUAAH BINTI HAJI ISMAIL

Tarikh : ………23 MAC 2004…………………..

DEDIKASI

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

Teristimewa Buat ....

Nenda Dan Bonda Tercinta,

Yang Telah Mendidik Dan Mengasuh Ku Menjadi Insan Yang Berguna

Terima Kasih Di Atas Doa restu Dan Pengorbanan Selama Ini......

kakanda dan adinda ku

Yang memberi galakkan dan nasihat yang tidak pernah jemu untuk aku

meneruskan usaha dan mencapai kejayaan ini. Jasa kalian sentiasa ku

kenang......

Rakan-rakan seperjuangan,

Dorongan dan bantuan kalian amat ku hargai,

Teruskanlah perjuangan mu........

Teman teristimewa,

Yang sudi menghiasi keceriaan dalam hidup ini,

Terima kasih kerana memahami segala-galanya..........

- TERIMA KASIH -

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat dan

keizinannya maka kajian ini dapat disempurnakan.

Di sini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Puan Nor Fadilah Binti Mohd Amin, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah

banyak mengorbankan masa beliau dalam memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan

galakan kepada saya dalam menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan

masa mereka bagi memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih di

atas sumbangan.

Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih

semua.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi perpindahan graduan kejuruteraan dari pengkhususan Pendidikan

Teknikal dan Vokasional ke dalam bidang perguruan. Kajian ini melibatkan 71 orang

graduan kejuruteraan dalam 4 kursus utama Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan

iaitu Kejuruteraan Awam, Jentera, Elektrik dan Kemahiran Hidup. Kajian ini berbentuk

kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam

kajian ini ialah soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A adalah

untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, manakala bahagian B pula

digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan melibatkan faktor

peribadi, minat, pengaruh luaran dan profesion perguruan. Dapatan kajian diproses

menggunakan Perisian Statiscal Package Of Social Sciences (SPSS) versi 11.5 untuk

mendapatkan nilai min, peratusan dan kekerapan. Hasil analisis mendapati bahawa

faktor peribadi merupakan faktor utama mempengaruhi para graduan kejuruteraan

meninggalkan bidang kejuruteraan dan menceburi bidang perguruan. Di akhir kajian ini,

penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak-pihak

tertentu untuk meningkatkan keupayaan dan keterampilan bakal-bakal guru.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

ABSTRACT

The research was conducted to identify factors that influenced engineering

graduated student converting their profession from engineering to teaching with

specialization in technical and vocational education. The research was comprised 73

student of bachelor of technology with civil, electrical, mechanical engineering and

living skills specialization. This descriptive research which employed survey technique

and using questionnaire as a research instrument. The questionnaire was divides into two

parts. Part A consisted items regarding of demographics data of respondents and part B

consisted 42 items which compartmentalized into 4 prominent factors that are personal,

interest, external and teaching profession. Gathered data then analyzed using statistical

package for social science software (SPSS) version 11.5 in order to get frequency,

percentage and mean. The research finding showed that personal factors have influence

students most as compare to other research factors. At the end of the report, few

suggestions have been pointed which can be very beneficial to certain parties in order to

upgrade the ability and competency of the teacher trainees.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Matlamat Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Graduan Kejuruteraan 9

1.8.2 Pertukaran Bidang 9

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

1.8.3 Profesion 10

1.8.4 Bidang Pendidikan 10

1.8.5 Profesion Perguruan 10

1.8.6 Faktor-Faktor Pertukaran Bidang 11

1.8.7 Jadual Masa Kerja Yang Singkat 11

1.8.8 Jadual harian yang tetap 11

1.8.9 Tidak Mempunyai Risiko Yang

Tinggi Dalam Menjalankan Pekerjaan 12

1.8.10 Faktor Peribadi 12

1.8.11 Faktor Minat 12

1.8.12 Faktor Pengaruh Luaran 13

1.8.13 Faktor Profesion Perguruan 13

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 15

2.1 Faktor-Faktor Pemilihan Pekerjaan 15

2.2 Bidang Pendidikan 18

2.3 Faktor-Faktor Pemilihan Bidang Pendidikan 19

2.3.1 Faktor Peribadi 21

2.3.2 Faktor Minat 22

2.3.3 Faktor Pengaruh Luaran 23

2.3.4 Faktor Profesion Perguruan 24

2.4 Kajian Lepas Yang Berkaitan 25

2.2 Penutup 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

3.0 Pengenalan 28

3.1 Reka Bentuk Kajian 28

3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 29

3.3 Instrumen Kajian 30

3.4 Kajian Rintis 31

3.5 Analisis Data 32

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Penutup 34

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 35

4.1 Bahagian A

Latar Belakang Responden 36

4.1.1 Taburan skor demografi responden 37

4.2 Bahagian B :-

Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Perpindahan Graduan Kejuruteraan

Ke Dalam Bidang Perguruan. 39

4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 40

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 42

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 44

4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 46

4.2.5 Dapatan Bagi Perbandingan Keempat-Empat

Faktor Kajian 48

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

5.0 Pengenalan 49

5.1 Rumusan 50

5.1.1 Rumusan keseluruhan berdasarkan

persoalan kajian 50

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Faktor Peribadi 55

5.2.2 Faktor Minat 56

5.2.3 Faktor Pengaruh Luaran 57

5.2.4 Faktor Profesion Perguruan 58

5.3 Cadangan 59

5.3.1 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.4 Penutup 62

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN 69

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Jumlah responden mengikut

pengkhususan yang digunakan

sebagai sampel kajian. 29

Jadual 3.2 Faktor-Faktor Yang Mendorong

Pertukaran bidang oleh Ke Dalam

Bidang Perguruan. 30

Jadual 3.4 Markat Berasaskan Skala 3 mata 32

Jadual 4.1 Jadual Taburan Demografi Responden 38

Jadual 4.2 Markat Berasaskan Skala 3 Mata. 39

Jadual 4.3 Item-Item Bahagian B Mengikut 39

Persoalan Kajian.

Jadual 4.4 Data Analisis Bilangan Dan Peratusan

Responden Bagi Faktor Peribadi 41

Jadual 4.5 Data Analisis Bilangan Dan Peratusan

Responden Bagi Faktor Minat Kerjaya 43

Jadual 4.6 Data Analisis Bilangan Dan Peratusan

Responden Bagi Faktor Pengaruh Luaran. 45

Jadual 4.7 Data Analisis Bilangan Dan Peratusan

Responden Bagi Faktor Profesion Perguruan 47

Jadual 4.8 Data Bagi Jumlah Purata Keempat-empat

Faktor Kajian 48

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

SENARAI LAMPIRAN

NO. JADUAL TAJUK

A Soal Selidik 70

B Surat Kebenaran

Jabatan Pendidikan Johor 78

Surat Kebenaran

Kementerian Pendidikan Malaysia 79

Surat Pengesahan Pelajar 81

BAB I

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi semakin tinggi. Ini

selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Ramai sarjana dalam pelbagai bidang

telah dilahirkan. Ini kerana dari setahun ke setahun bilangan para graduan ini meningkat

dari sudut kuantiti manakala majikan dalam perihal pengambilan pekerja, telah mula

menekankan dari sudut kualiti (Nur, Disember 2003). Oleh sebab itu ruang untuk para

graduan memilih pekerjaan menjadi sempit berikutan kriteria tambahan yang tidak dapat

dipenuhi terhadap sesuatu jawatan yang ditawarkan. Menurut Khamsiah (2002) seramai

234,648 orang belia dikenal pasti menganggur hingga ke akhir tahun 2001. Ini telah

menyebabkan ramai siswazah daripada bidang kejuruteraan menceburi bidang

pendidikan di mana profesion perguruan sebagai alternatif. Mereka menceburkan diri

dalam bidang pendidikan ini disebabkan oleh desakan keadaan yang mengharuskan

mereka bekerja untuk menampung perbelanjaan hidup seharian. Bidang pendidikan ini

juga merupakan bidang yang mencabar setanding dengan kemahiran yang mereka

miliki. Justeru itu bagi memenuhi kehendak dan keperluan perguruan para graduan perlu

mempunyai iltizam dan kesungguhan sebagai seorang guru.

Menurut Zainun (1994) peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar

dan untuk menjadi seorang guru yang unggul mereka perlu memiliki kebolehan

akademik dan profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan

berkesan. Profesion perguruan ini memerlukan individu yang efisien dan

berketerampilan dalam menghadapi era pendidikan yang global. Ianya adalah

disebabkan oleh perkembangan informasi dan teknologi negara.

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

Berdasarkan cabaran dunia pendidikan ini, para guru mestilah terdiri daripada

mereka yang betul-betul terlatih dan mampu memberikan sepenuh komitmen terhadap

tugas yang akan dijalankan. Untuk memastikan keperluan dunia pendidikan dapat

dipenuhi fenomena kemasukan para graduan kejuruteraan dalam profesion perguruan ini

merupakan suatu yang perlu diperbincangkan. Ini selaras dengan kehendak Kementerian

Pendidikan Malaysia yang menyeru agar para guru memberi sepenuh komitmen mereka

untuk mencapai pelbagai agenda yang telah dirancang oleh kerajaan. Dapat di huraikan

di sini bahawa pembanjiran guru dari golongan graduan kejuruteraan ini tidak menjadi

persoalan tetapi kemampuan, motivasi serta komitmen yang sanggup ditunjukkan oleh

mereka merupakan fokus utama. Faktor-faktor yang menjadi pendorong penghijrahan

para graduan kejuruteraan ini merupakan titik permulaan kejayaan dalam bidang

perguruan. Ini kerana ia menghasilkan satu visi dan misi yang menjadi garis panduan

kepada pencapaian para graduan dalam menjalankan tugas sebagai guru.

1.1 Latar Belakang Masalah

Falsafah Pendidikan Guru berfokus kepada melahirkan seorang guru yang berkualiti

dan profesional (Tajul Ariffin Noordin dan Nuraini Dan, 1992). Tanggungjawab seorang

guru perlu mempunyai nilai-nilai murni mengajar dan mendidik berlandaskan objektif

pendidikan negara. Seperti yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) di

mana kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu di jadikan sebagai garis panduan

dalam hala tuju bidang pendidikan. Kepentingan tanggungjawab guru ini semakin tinggi

kerana menurut Mok Song Sang (1995) selain menyebarkan ilmu pengetahuan, guru

perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada para pelajar. Oleh demikian guru

seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi serta sosial yang baik dan murni.

Hanya guru mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas mereka

iaitu mendidik dengan sempurna.

Namun menurut kajian Kidder (1990) telah berlaku kemerosotan persepsi

masyarakat terhadap guru sepuluh tahun kebelakangan ini adalah berpunca dari

pengamalan etika dalam pendidikan guru yang semakin luntur dan telah berlaku

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

fenomena yang negatif terhadap tanggapan tentang dunia perguruan di mana profesion

perguruan dianggap remeh akibat segelintir guru-guru yang tidak menjalankan tugas

dengan baik. Ini juga disebabkan profesion perguruan kini dijadikan sebagai “jaring

penyelamat” untuk orang yang mencari kerja. Apabila tidak memperoleh kerja yang

diidamkan mereka beralih ke dalam bidang pendidikan. Kerjaya guru tidak lagi menjadi

pilihan utama atau status yang tinggi. Cuma sebilangan kecil sahaja yang benar-benar

berminat dalam bidang pendidikan. (Dewan Masyarakat, Januari 2004). Kenyataan ini

disokong Daisy Ee (1974), menurut beliau salah satu sebab utama pemilihan guru

pelatih ke dalam bidang ini adalah disebabkan tiada pilihan pekerjaan yang lain.

Kedudukan dan status ibu bapa yang berpelajaran tinggi, menyebabkan sesetengah

pelajar hilang rasa hormat serta takut kepada guru. Menurut Abd. Rahim (2000)

profesion perguruan mempunyai imej serta status yang rendah jika dibandingkan dengan

suatu ketika dulu. Keadaan ini mungkin berpunca dari sikap tidak komitmen terhadap

kerja hasil tanggapan negatif yang telah dinyatakan. Dugaan guru zaman ini lebih hebat

berbanding suatu ketika dulu (Dewan Masyarakat, Januari 2004). Hal ini berlaku

disebabkan kurangnya tanggungjawab guru terhadap profesion ini. Persekitaran sekolah

di Malaysia hari ini telah jauh berubah bukan sahaja dari segi fizikal malah dari struktur

dalaman sehinggalah kepada persepsi dan sikap murid serta tenaga pengajar. Kebebasan

yang di kecapi. pelajar dapat digunakan memperluaskan sumber pengetahuan yang tidak

terbatas melalui kemajuan teknologi yang semakin rancak sama ada negatif mahupun

positif. Pelajar sudah mula peka terhadap hak dan kemampuan yang boleh dilakukan

(Dewan Masyarakat, Januari 2004). Para pelajar sudah mempunyai pemikiran bahawa

guru tidak boleh memperlakukan mereka sesuka hati.

Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang kompleks dan rumit walaupun

terdapat beribu jenis pekerjaan di dunia ini (Amir Awang, 1976). Namun dalam suasana

masyarakat yang mementingkan soal materialistik, dan ganjaran kewangan; pemilihan

kerjaya sebagai guru sebagai pilihan terakhir adalah tidak rasional. Sejauh manakah

kebenaran bahawa bidang ini akan hanya diceburi oleh mereka yang tidak berminat.

Terutamanya dalam situasi pertukaran bidang para graduan kejuruteraan ke dalam

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

bidang pendidikan. Ini kerana dengan kelulusan dan pengalaman dalam bidang yang

diceburi adalah berbeza dengan persekitaran sebuah sistem pendidikan. Apakah faktor-

faktor yang mendorong mereka membuat pemilihan menceburi bidang pendidikan.

Menurut Atan Long (1984) seorang guru perlu berjiwa pendidik dan bukan mereka yang

memilih perguruan sebagai bidang terakhir. Peranan dan tugas guru harus difikirkan.

kerana jika ia sebab dalam perjawatan sebagai guru kualiti dan keprofesionalan

perguruan akan menurun. Fakta ini disokong oleh Garrison (1965). Seorang remaja yang

mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu subjek itu akan mencapai matlamat

kerjaya mereka

Teori Kerjaya Happockk (1976) menyatakan bahawa seseorang memilih

pekerjaan adalah untuk memenuhi keperluan emosi dan nilai-nilai khas. Minat dan

motivasi mempunyai hubungan rapat mengapa seseorang remaja membuat pemilihan

kerjaya. Faktor pemilihan kerjaya ini boleh di ambil kira untuk mengenal pasti mengapa

para graduan kejuruteraan berpindah ke dalam bidang pendidikan. Ini kerana pertukaran

bidang oleh ini juga merupakan satu keputusan yang diambil oleh graduan untuk

memilih kerjaya yang dapat memenuhi keperluannya mengikut faktor-faktor yang

dirasakan penting. Tugas guru adalah amat penting dalam membentuk generasi yang

akan datang. Perjawatan sambil lewa atau tujuan yang tidak memungkinkan untuk

menjadi seorang guru yang baik atau kegagalan pada peringkat pertengahan (putus asa)

menjalankan tugas adalah satu kerugian kepada dunia perguruan dan sistem pendidikan

negara. Faktor dan tujuan seseorang itu memilih profesion perguruan sebagai kerjaya

akan memberikan kesan ke atas sikap dan tingkah laku seseorang terhadap pelajarnya

(Lajakarek Hamid, 1997).

Tahap kecekapan dan akauntabiliti yang tinggi harus dimiliki oleh seseorang dalam

menjalankan tugas untuk memastikan ke profesionalisme dapat ditunjukkan. Sumber

tenaga perlu motivasi yang tinggi sanggup bekerja kuat, sanggup meningkatkan

produktiviti (Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (RRJP2), 1991:171). Ini adalah

kerana perkara yang disebut seperti berikut:

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

“ keupayaan rakyat Malaysia dan motivasi yang sesuai untuk bekerja dan memperbaiki

produktiviti perlu dimajukan untuk memastikan Malaysia sentiasa berada di hadapan

dan mengekalkan daya saingnya dan dengan itu dapat capai matlamat untuk menjadi

Negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.” (RRJP2, 1991;171)

Bagi memastikan kepentingan bidang pendidikan ini dipenuhi adalah penting

faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ini ke dalam

bidang pendidikan ini dikenal pasti dan diselidiki. Ini adalah untuk memastikan

profesionalisme perguruan akan dapat dimartabatkan dengan keterampilan bakal guru

yang mantap khususnya graduan kejuruteraan yang menjalani sarjana muda seperti yang

dinyatakan dalam skop kajian ini.

1.2 Penyataan Masalah

Apakah faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan

ke dalam bidang pendidikan ke atas pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Matlamat Kajian

Kajian ini di dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong

pertukaran bidang oleh graduan dari semua jenis bidang kejuruteraan ke dalam bidang

pendidikan dan sedang mengambil Program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

dalam pengkhususan Pengajian Awam, Jentera dan Elektrik serta Pengajian Kemahiran

Hidup.

1.4 Objektif Kajian Kajian dijalankan untuk memenuhi objektif yang ingin dicapai seperti berikut:

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

i. Mengenal pasti pendorong faktor peribadi dalam mendorong bidang oleh

graduan kejuruteraan sedang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan ke dalam bidang pendidikan.

ii. Mengenal pasti pendorong faktor minat dalam mendorong bidang oleh graduan

kejuruteraan yang sedang mengambil Program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan ke dalam bidang pendidikan.

iii. Mengenal pasti pendorong faktor pengaruh luaran dalam mendorong bidang oleh

graduan kejuruteraan yang sedang mengambil program Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ke dalam bidang pendidikan.

iv. Mengenal pasti pendorong faktor profesion perguruan dalam mendorong bidang

oleh graduan kejuruteraan yang mengambil program Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ke dalam bidang pendidikan.

1.5 Persoalan Kajian Kajian direka bentuk bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah nilai min faktor peribadi mendorong pertukaran bidang oleh graduan

kejuruteraan yang sedang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan ke dalam bidang pendidikan?

ii. Apakah nilai min faktor minat mendorong pertukaran bidang oleh graduan

kejuruteraan yang sedang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan ke dalam bidang pendidikan?

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... · borang pengesahan status tesis judul: faktor-faktor yang mendorong pertukaran bidang oleh graduan kejuruteraan ke dalam

iii. Apakah nilai min faktor pengaruh luaran mendorong pertukaran bidang oleh

graduan kejuruteraan yang sedang mengambil program Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ke dalam bidang pendidikan?

iv. Apakah nilai min faktor profesion perguruan mendorong pertukaran bidang oleh

graduan kejuruteraan yang sedang mengambil program Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan ke dalam bidang pendidikan?