JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010Pepatah
Ada api ada pohonnya Berlakunya sesuatu hal tentu ada sebabnya.Ada gula, ada semut Orang akan berkumpul di tempat yang mudah dapat rezeki.Ada hari, ada nasiAda nyawa, ada rezeki
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
Perbuatan jahat itu akan mendapat balasan juga.
Ada padi semua boleh jadi Segala maksud akan mudah tercapai kalau seseorang itu mampu.Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Kerja akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya.
Ada pasang surutnya Untung dan malang tidak tetap风水轮流转Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Buat baik dibalas baik好心有好报
Ada tangga hendak memanjat tiang
Membuat sesuatu tanpa mengikut peraturan
Ada udang di sebalik batu Maksud tersembunyi di sebalik perbuatan zahirAdakah buaya menolak bangkai?
Orang jahat tetap melakukan kejahatan kalau ada kesempatan
Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tak tidak berilmuAir dicincang tidak akan putus Perselisihan di antara adik-beradik tidak akan berpanjanganAir digenggam tiada tiris Orang yang kedekut.Air setitik dilautkan,tanah seketul digunungkan
Membesarkan perkara yang kecil.小题大作
Air tenang jangan disangka tiada buaya
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Air yang penuh dalam tempayan tidak akan berkocak
Orang yang berilmu tidak suka bercakap banyak atau membanggakan diri.
Alah bisa, tegal biasa Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan.Alah jadi abu, menang jadi arang
Kedua-dua pihak mendapat kerugian dalam pertikaian walaupun menang atau kalah.
Alah membeli, menang memakai
Barang yang dibeli mahal tetapi tahan lama dan senang dipakai.
Alang-alang mandi, biar basah Kerja yang dilakukan biarkan selesai dibuat.Anak harimau jangan dibela pelihara
Orang yang jahat jangan dibuat kawan.
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
Meninggalkan urusan sendiri kerana mementingkan urusan orang lain.
Angin berputar, ombak bersabung
Perkara yang amat sulit(dirahsiakan).
Anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh
1. Orang baik walaupun dicela, takkan bianasa kebaikannya.2. Orang kecil melawan orang berkuasa.
Anjing menyalak tak akan menggigit
Mengugut dengan suara kuat tetapi tak berani buat apa-apa
Api kecil baik dipadamkan Perbuatan yang jahat hendak dibetulkan sebelum menjadi lebih serius.
Api tatkala kecil jadi kawan, apabila besar jadi lawan
Sesuatu yang baik boleh membawa mudarat apabila terlalu banyak
Arang habis, besi binasa Pekerjaan yang sia-sia.
JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010
Ayam baru belajar berkokok Baru cukup umurAyam berinduk, sirih berjunjung
Orang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan
1. Orang yang hidup miskin di Negara yang kaya dan makmur2. Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau
bersuamikan orang kaya.Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang
Nasib yang malang
Ayam terlepas, tangan bau tahi Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat maluBagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan bapanya
Bahasa menunjukkan bangsa Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa
Bakar air hendaklah abu Membuat pekerjaan yang mustahilBalik belakang lain bicara Mungkir janjiBanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan dan pendapat yang tidak sama
Bapa borek anak rintik Perangai anak mengikut perangai bapanyaBarang tergenggam, jatuh terlepas
Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain
Barang yang dikata, itulah kota janji ditepati 一诺千金Batu direbus masakan empuk Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandaiBaung di bawah bangkar Suka merungut kerana berasa tidak puas hatiBelakang parang kalau diasah nescaya tajam
Bagaimana bodoh sekalipun, jika diasah akhirnya pandai juga
Belum tahu lagi, ayam masih berlaga
Belum ada keputusan
Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk
Kembali ke tempat asalnya
Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang mulia, tidak kira di mana dia berada, tetap mulia
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian
Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan
Beranak tidak berbidan Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiriBerani kerana benar, takut kerana salah
Bertindak kerana berada di pihak yang benar
Berapa berat mata memandang, barat lagi bahu memikul
Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah.
Berdiri sama tegak, duduk sama rendah
Dua orang yang setaraf dan sepadan.
Beri betis hendakkan paha Sudah diberikan sedikit tetapi mahu lebih banyak lagi.Berjalan dari jalan belakang 1. Tidak jujur
2. Tidak mengikut peraturan yang ditetapkanBerkerat rotan, berpatah arang Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semulaBerlindung di balik daun lalang Cuba menyembunyikan hal dengan cara yang bodoh akhirnya hal
JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010
sehelai itu diketahui orang juga.Bertali boleh diseret, bertampuk boleh dijinjing
Perjanjian yang tidak boleh dimungkiri kerana masih ada bukti yang dapat dipegang不能违背约定因为有把柄在他人手上
Bertanam tebu di bibir Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memujiBertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi daripada satu pihak sahaja.
Bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat
Kejayaan sesuatu pekerjaan adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan
Burung hantu kesiangan Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kahabisan dayaCacing hendak menjadi naga Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi.Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal berlada
Cakap dan lagak seperti orang kaya tetapi sebenarnya miskin
Carik carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Perselisihan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga
Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan berasa susah.
Dada manusia tidak dapat diselam
Isi hati atau fikiran yang tidak dapat diketahui
Datang seperti ribut, pergi seperti semut
Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih
Datang tak berjemput, pulang tidak berhantar
Tetamu yang tidak penting
Deras datang, deras kena Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian
Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat
Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang bodoh itu sia-sia sahaja.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungi
Hendaklah menurut adat dan peraturan tempat yang kita diami
Di mana tumbuh di situ disiang Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa
Dalam keadaan serba salah.左右为难
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Sama taraf
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
Orang yang pendiam tetapi tangkas bekerja dan berfikir
JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010