Buku Skrap Peribahasa

5
JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010 Pepatah Ada api ada pohonnya Berlakunya sesuatu hal tentu ada sebabnya. Ada gula, ada semut Orang akan berkumpul di tempat yang mudah dapat rezeki. Ada hari, ada nasi Ada nyawa, ada rezeki Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas Perbuatan jahat itu akan mendapat balasan juga. Ada padi semua boleh jadi Segala maksud akan mudah tercapai kalau seseorang itu mampu. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras Kerja akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya. Ada pasang surutnya Untung dan malang tidak tetap 风风风风风 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas Buat baik dibalas baik 风风风风风 Ada tangga hendak memanjat tiang Membuat sesuatu tanpa mengikut peraturan Ada udang di sebalik batu Maksud tersembunyi di sebalik perbuatan zahir Adakah buaya menolak bangkai? Orang jahat tetap melakukan kejahatan kalau ada kesempatan Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tak tidak berilmu Air dicincang tidak akan putus Perselisihan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan Air digenggam tiada tiris Orang yang kedekut. Air setitik dilautkan,tanah seketul digunungkan Membesarkan perkara yang kecil.风风风风 Air tenang jangan disangka tiada buaya Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut. Air yang penuh dalam tempayan tidak akan berkocak Orang yang berilmu tidak suka bercakap banyak atau membanggakan diri. Alah bisa, tegal biasa Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan. Alah jadi abu, menang jadi arang Kedua-dua pihak mendapat kerugian dalam pertikaian walaupun menang atau kalah. Alah membeli, menang memakai Barang yang dibeli mahal tetapi tahan lama dan senang dipakai. Alang-alang mandi, biar basah Kerja yang dilakukan biarkan selesai dibuat.

Transcript of Buku Skrap Peribahasa

Page 1: Buku Skrap Peribahasa

JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010Pepatah

Ada api ada pohonnya Berlakunya sesuatu hal tentu ada sebabnya.Ada gula, ada semut Orang akan berkumpul di tempat yang mudah dapat rezeki.Ada hari, ada nasiAda nyawa, ada rezeki

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas

Perbuatan jahat itu akan mendapat balasan juga.

Ada padi semua boleh jadi Segala maksud akan mudah tercapai kalau seseorang itu mampu.Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

Kerja akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya.

Ada pasang surutnya Untung dan malang tidak tetap风水轮流转Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

Buat baik dibalas baik好心有好报

Ada tangga hendak memanjat tiang

Membuat sesuatu tanpa mengikut peraturan

Ada udang di sebalik batu Maksud tersembunyi di sebalik perbuatan zahirAdakah buaya menolak bangkai?

Orang jahat tetap melakukan kejahatan kalau ada kesempatan

Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tak tidak berilmuAir dicincang tidak akan putus Perselisihan di antara adik-beradik tidak akan berpanjanganAir digenggam tiada tiris Orang yang kedekut.Air setitik dilautkan,tanah seketul digunungkan

Membesarkan perkara yang kecil.小题大作

Air tenang jangan disangka tiada buaya

Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Air yang penuh dalam tempayan tidak akan berkocak

Orang yang berilmu tidak suka bercakap banyak atau membanggakan diri.

Alah bisa, tegal biasa Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan.Alah jadi abu, menang jadi arang

Kedua-dua pihak mendapat kerugian dalam pertikaian walaupun menang atau kalah.

Alah membeli, menang memakai

Barang yang dibeli mahal tetapi tahan lama dan senang dipakai.

Alang-alang mandi, biar basah Kerja yang dilakukan biarkan selesai dibuat.Anak harimau jangan dibela pelihara

Orang yang jahat jangan dibuat kawan.

Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran

Meninggalkan urusan sendiri kerana mementingkan urusan orang lain.

Angin berputar, ombak bersabung

Perkara yang amat sulit(dirahsiakan).

Anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh

1. Orang baik walaupun dicela, takkan bianasa kebaikannya.2. Orang kecil melawan orang berkuasa.

Anjing menyalak tak akan menggigit

Mengugut dengan suara kuat tetapi tak berani buat apa-apa

Api kecil baik dipadamkan Perbuatan yang jahat hendak dibetulkan sebelum menjadi lebih serius.

Api tatkala kecil jadi kawan, apabila besar jadi lawan

Sesuatu yang baik boleh membawa mudarat apabila terlalu banyak

Arang habis, besi binasa Pekerjaan yang sia-sia.

Page 2: Buku Skrap Peribahasa

JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010

Ayam baru belajar berkokok Baru cukup umurAyam berinduk, sirih berjunjung

Orang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan

Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan

1. Orang yang hidup miskin di Negara yang kaya dan makmur2. Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau

bersuamikan orang kaya.Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang

Nasib yang malang

Ayam terlepas, tangan bau tahi Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat maluBagaimana acuan begitulah kuihnya

Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan bapanya

Bahasa menunjukkan bangsa Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa

Bakar air hendaklah abu Membuat pekerjaan yang mustahilBalik belakang lain bicara Mungkir janjiBanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan dan pendapat yang tidak sama

Bapa borek anak rintik Perangai anak mengikut perangai bapanyaBarang tergenggam, jatuh terlepas

Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain

Barang yang dikata, itulah kota janji ditepati 一诺千金Batu direbus masakan empuk Orang yang bebal, bagaimana diajar sekalipun tidak akan pandaiBaung di bawah bangkar Suka merungut kerana berasa tidak puas hatiBelakang parang kalau diasah nescaya tajam

Bagaimana bodoh sekalipun, jika diasah akhirnya pandai juga

Belum tahu lagi, ayam masih berlaga

Belum ada keputusan

Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk

Kembali ke tempat asalnya

Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Orang mulia, tidak kira di mana dia berada, tetap mulia

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian

Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan

Beranak tidak berbidan Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiriBerani kerana benar, takut kerana salah

Bertindak kerana berada di pihak yang benar

Berapa berat mata memandang, barat lagi bahu memikul

Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah.

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

Dua orang yang setaraf dan sepadan.

Beri betis hendakkan paha Sudah diberikan sedikit tetapi mahu lebih banyak lagi.Berjalan dari jalan belakang 1. Tidak jujur

2. Tidak mengikut peraturan yang ditetapkanBerkerat rotan, berpatah arang Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semulaBerlindung di balik daun lalang Cuba menyembunyikan hal dengan cara yang bodoh akhirnya hal

Page 3: Buku Skrap Peribahasa

JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010

sehelai itu diketahui orang juga.Bertali boleh diseret, bertampuk boleh dijinjing

Perjanjian yang tidak boleh dimungkiri kerana masih ada bukti yang dapat dipegang不能违背约定因为有把柄在他人手上

Bertanam tebu di bibir Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memujiBertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi daripada satu pihak sahaja.

Bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat

Kejayaan sesuatu pekerjaan adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan

Burung hantu kesiangan Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kahabisan dayaCacing hendak menjadi naga Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi.Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal berlada

Cakap dan lagak seperti orang kaya tetapi sebenarnya miskin

Carik carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Perselisihan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan

Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

Sekiranya seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan berasa susah.

Dada manusia tidak dapat diselam

Isi hati atau fikiran yang tidak dapat diketahui

Datang seperti ribut, pergi seperti semut

Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih

Datang tak berjemput, pulang tidak berhantar

Tetamu yang tidak penting

Deras datang, deras kena Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian

Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat

Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang bodoh itu sia-sia sahaja.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungi

Hendaklah menurut adat dan peraturan tempat yang kita diami

Di mana tumbuh di situ disiang Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.

Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa

Dalam keadaan serba salah.左右为难

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Sama taraf

Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau

Orang yang pendiam tetapi tangkas bekerja dan berfikir

Page 4: Buku Skrap Peribahasa

JENNY KONG YUG YING PISMP PEMULIHAN BC 2010