buku skrap angah.docx

22
Buku skrap Ain najihah binti nazarudin

Transcript of buku skrap angah.docx

Page 1: buku skrap angah.docx

Buku skrap

Ain najihah binti nazarudin

Page 2: buku skrap angah.docx

Apakah itu Tenaga?

Definisi tenaga diberikan oleh Kamus Oxford Fajar (Edisi Ketiga) sebagai keupayaan untuk membuat kerja. Sumber Tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Sumber Tenaga secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori;

• Sumber Tenaga Utama

• Sumber Tenaga Sekunder

• Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

• Sumber Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui.

1. Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui

Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:

Bahan Api Fosil - Minyak mentah, arang batu dan gas asli adalah contoh sumber tenaga utama yang tidak boleh diperbaharui.

Minyak mentah ataupun petroleum adalah sejenis sebatian hidrokarbon cecair yang berwarna gelap dan pekat yang biasanya didapati di bahagian asas kerak bumi.

Arang batu adalah pepejal hitam semula jadi dan digunakan sebagai bahan bakar secara meluas.

Gas Asli adalah sejenis sebatian hidrokarbon dalam bentuk gas dan terbentuk di lapisan magma bumi.

Bahan Api Mineral – Uranium semula jadi seperti Uranium-234, Uranium-235 dan Uranium-238.

Uranium adalah unsur logam radioaktif yang berwarna kelabu atau keperakan.

2. Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui

Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui terdiri daripada berikut:

Solar – Ia adalah sinaran cahaya dan haba dari matahari Angin – Ia adalah pergerakan udara Air Pasang Surut – Paras air laut yang naik turun akibat kesan putaran bumi dan

tarikan graviti bulan. Biomass – Ia adalah sisa-sisa hutan (seperti pokok-pokok mati, cawangan dan

tunggul pokok), serpihan kayu dan sisa-sisa pepejal perbandaran.Biomass juga merangkumi pertanian dan sisa haiwan.

Geothermal – Ia adalah tenaga yang tersimpan di dalam bumi. Contohnya tempat yang mempunyai tenaga geothermal adalah di kolam-kolam air panas.

Page 3: buku skrap angah.docx

3. Sumber Tenaga Sekunder

Sumber Tenaga Sekunder adalah sumber tenaga yang telah berubah bentuk daripada sumber tenaga utama melalui proses penukaran tenaga. Sumber tenaga sekunder juga merujuk kepada pembawa tenaga kerana tenaga adalah dalam bentuk yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Penukaran sumber tenaga daripada sumber tenaga utama kepada sumber tenaga sekunder adalah penting untuk penggunaan yang lebih mudah dan memberi manfaat kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Contoh tenaga sekunder adalah tenaga elektrik dan bahan bakar hidrogen. Penggunaan bahan bakar hidrogen sebagai sumber tenaga sekunder masih terhad dan penggunaannya dijangka bertambah pada masa hadapan.

Sebagai contoh Hidrogen digunakan sebagai bahan bakar dalam roket. Kapal angkasa menggunakan bateri yang berasaskan sel bahan api hidrogen untuk menjalankan sistem komputer. Tenaga sekunder yang lain adalah tenaga elektrik dan kegunaannya adalah pelbagai, misalnya untuk menjanakan perkakasan dan peralatan elektrik seperti penyaman udara, peti sejuk, ruang serta pemanasan air, lampu dan lain-lain lagi.

CARA MEMPRAKTIKAN PENJIMATAN TENAGA1) Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ºC

Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.

2) Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan

Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.

3) Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.

Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca pembaziran tenaga.

4) Padam Perkakasan Elektrik

Perkakasan, peralatan ataupun peranti elektrik di rumah seperti komputer, seterika, TV dan sebagainya perlu di padamkan untuk pengurusan elektrik yang cekap dan untuk memastikan jangka hayat peralatan elektrik lebih lama. Adalah lebih baik jikalau kamu boleh mengeluarkan kabel kuasa (power cable) dari soketnya.

5) Seterika Elektrik

Alat pemanas dalam seterika elektrik menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Cubalah sebanyak mungkin menggosok pakaian dalam satu masa daripada menggosok berulang kali

Page 4: buku skrap angah.docx

dalam sehari.

6) Peti Sejuk – Faktor Saiz

Gunakan mengikut saiz keperluan dan bukannya disebabkan minat untuk saiz besar. Peti sejuk yang lebih besar menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi. Seboleh‐bolehnya gunakan peti sejuk Kecekapan Tenaga tinggi (5 Bintang)

7) Peti Sejuk‐ Pengumpulan Fros

Ada sesetengah peti sejuk yang tidak datang dengan ‘defrost’ sistem. Jika peti sejuk anda sebegini maka sila hubungi juru teknik peti sejuk untuk mendapatkan bantuan.

8) Peti Sejuk‐ Penyusunan Bahan Makanan

Pastikan susun atur makanan membolehkan pengaliran udara yang bebas antara makanan.

9) Peti Sejuk‐ Lokasi

Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada lokasinya di simpan di dalam rumah. Di tepi dan belakang peti sejuk mestilah disediakan ruang sedikit untuk pengaliran bebas udara.

10) Peti Sejuk‐ Gegelung Pemeluwapan

Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada gegelung pemeluwapan. Penjagaan kebersihannya juga penting dalam patut dijadualkan sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

11) Ketuhar Elektrik / Gelombang Mikro

Gasket pintu gelombang mikro hendaklah selalu dalam keadaan tertutup untuk mengelakkan kehilangan tenaga.

12) Cerek Elektrik

Penggunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus dibersihkan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

13) Alat Pemanas Air untuk Mandi

Pemanas air segera dapat menjimatkan lebih tenaga daripada pemanas air jenis bertakung. Jikalau rumah kamu sedang menggunakan pemanas air bertakung, sila tukarnya kepada pemanas air segera.

14) Operasi komputer

Page 5: buku skrap angah.docx

Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.

15) Tukar kepada monitor LCD

Penukaran kepada monitor LCD yang cekap tenaga daripada menggunakan monitor CRT adalah langkah yang baik untuk penjimatan tenaga.

16) Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama

Jikalau kipas kamu telah bekerja bertahun- tahun maka pertimbangkan untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.

17) Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat

Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.

18) Tukar Lampu Pijar (Incandescent) kepada lampu CFL

Lampu Pijar tidak cekap tenaga maknanya membazirkan tenaga elektrik. Tukar kepada lampu cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Light (CFL)

19) Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam proses penyejukan.

20) Tanam Pokok

Penanaman pokok di sekitar persekitaran rumah sedikit sebanyak akan membantu dalam process penyejukan rumah kerana pokok‐pokok meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global dunia.

21) Pendingin Udara mestilah diletakkan di dalam ruang yang tiada halangan

Pastikan tiada perabot yang menghalang peredaran udara dari pendingin udara dan sensor di pendingin udara.

22) Pendingin Udara mengikut keperluan

Jika pendingin udara diperlukan di bilik yang kecil maka 1.5hp atau 2hp sudah memadai. Tidak perlulah menggunakan hp tinggi untuk kawasan kecil kerana ia akan memakan tenaga.

23) Penebatan bumbung dan siling

Page 6: buku skrap angah.docx

Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan penggunaan tenaga dalam rumah . Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah di lokasi sejuk dan panas.

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber

Kita bergantung pada sumber- sumber di sekeliling untuk terus hidup. Oleh itu, kita perlu memelihara dan melindungi serta memulihara sumber tenaga bagi memastikan bahawa sumber- sumber tersebut kekal dalam keadaan yang baik.

Kepentingan memelihara dan memulihara sumber Bumi

1. Untuk mengelakkan organisma-organisma seperti harimau dan tumbuh-tumbuhan tertentu daripada ancaman kepupusan (extinction).

2. Untuk memastikan bahawa komposisi gas di udara kekal seimbang.3. Untuk memastikan bahawa bekalan keperluan asas manusia tidak terjejas (not

jeopardized).4. Untuk memastikan bahawa bekalan logam (metal) dan bukan logam (non-metal) di

dalam kerak Bumi (Earth's crust) tidak kehabisan (not depleted).

Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber Bumi

1. Mengamalkan sikap berjimat cermat (thrifty attitude), berhati-hati dan berekonomi apabila menggunakan sumber-sumber Bumi.

2. Amalkan kitar semula (recycling), yang mana ianya adalah untuk memproses semula bahan buangan (waste products) seperti kaca, plastik dan logam timah menjadi bahan baru.

3. Amalkan penggunaan semula (reusing), yang mana ianya adalah menggunakan semula bahan-bahan seperti kertas bagi melambatkan penggunaan sumber semula jadi tersebut.

4. Cari sumber alternatif (pilihan) untuk menggantikan sumber yang terancam atau semakin berkurangan. Sebagai contoh, petroleum dan gas asli.

Page 7: buku skrap angah.docx

Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi

Kepentingan air kepada manusia dan haiwan

Melarutkan (dissolves) bahan makanan dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut (transported) oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.

Melarutkan bahan buangan (waste products) seperti urea untuk disingkirkan (expelled) dari sel-sel badan.

Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37°C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh (sweat) dan air kencing (urine). Penyejatan (evaporation) peluh akan menyejukkan permukaan kulit.

Mengawal kepekatan (thickness) darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.

Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan

Membantu proses fotosintesis (photosynthesis) pada tumbuh-tumbuhan hijau dan percambahan (germination) biji benih dan spora.

Melarutkan garam-garam mineral (mineral salts) dan bahan-bahan makanan yang akan diangkut ke bahagian-bahagian lain tumbuhan tersebut.

Mengekalkan kesegaran sel tumbuhan.

Page 8: buku skrap angah.docx

Memberikan sokongan keapungan (buoyancy support) kepada tumbuh-tumbuhan akuatik (aquatic) seperti Elodea, Cabomba, dan Hydrilla.

Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi (penyejatan air pada permukaan daun melalui stoma).

Air (water) juga penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, perkapalan dan pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi, memasak, minum, dan juga membasuh.

Kepentingan udara kepada manusia

Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting (vital) untuk pernafasan. Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan

fotosintesis yang mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan (growth of plants). Ini amatlah penting bagi manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.

Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran (combustion).

Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan

Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow). Tanpa air di dalam tanah (soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).

Akar tumbuhan memerlukan udara di dalam tanah bagi menjalankan respirasi (respiration).

Kepentingan tanah (soil) kepada haiwan

Tanah (soil) adalah habitat (habitat semula jadi) bagi makhluk-makhluk kecil seperti semut, larva serangga, bakteria, dan cacing tanah.

Makhluk-makhluk ini boleh hidup di dalam tanah kerana terdapat air dan udara yang terperangkap di dalam gumpalan tanah.

Kepentingan tanah (land) kepada manusia

Untuk menjalankan aktiviti penternakan (livestock) dan pertanian (agricultural). Untuk menghasilkan kraf tangan daripada tanah liat (clay) dan kaca (glass). Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan, bangunan, dan kilang-kilang. Sebagai sumber untuk bekalan bahan api (fuels) seperti petroleum, gas asli (natural gas), dan

arang batu (coal). Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan kimia dan mineral. Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah (tin), emas (gold), dan besi (iron). Logam-

logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.

Page 9: buku skrap angah.docx

Bahan api digunakan untuk menjalankan jentera dan enjin kenderaan bagi membantu meringankan buruh manusia.

Kepentingan benda hidup (living thing) kepada manusia

Benda-benda hidup menyediakan makanan yang diperlukan bagi membekalkan tenaga untuk menjalankan kerja dan aktiviti harian, untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran badan dan untuk pembiakan.

Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.

Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunan-bangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat perabot, kraftangan dan kapal-kapal.

Page 10: buku skrap angah.docx

TATACARA PENGURUSAN TENAGAi. Penggunaan tenaga dengan cara yang paling cekap, ekonomi dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Ini akan memerlukan kawalan dan pengurusan reka bentuk bangunan dan sistem yangdigunakan pada pemasangan. Setiap pengubahsuaian dan perluasan bangunan harusmempertimbangkan keperluan untuk bangunan tersebut dan sistem untuk beroperasipada kecekapan tenaga yang optimum.

ii. Menerapkan teknologi terkini serta amalan kecekapan tenaga di segala aspekoperasi organisasi.Hal ini dicapai melalui terus-menerus meninjau perkembangan teknologi serta amalankecekapan tenaga dan melaksanakan amalan-amalan tersebut melalui operasi syarikatsecara sistematik dan berstruktur.

iii. Untuk terus menerus mencari segala peluang pengurangan penggunaan tenaga.Hal ini dicapai melalui memantau secara berterusan dan menganalisa penggunaan tenagadan menggalakkan kakitangan dan pelajar di semua peringkat untuk terlibat menyertaipengurusan kecekapan tenaga.

iv. Untuk menguruskan kecekapan tenaga dengan mempertimbangkan keperluanundang-undang serta kebolehpercayaan operasi sistem .Pengurusan kecekapan tenaga harus mempertimbangkan keperluan anggota dan sistemkeselamatan dan kebolehpercayaan sistem tersebut. Amalan pengurusan kecekapantenaga harus memenuhi keperluan undang-undang.

v. Mengadakan latihan dan maklumat untuk kakitangan yang relevan dalampengurusan kecekapan tenaga.Latihan dan maklumat yang relevan kepada pihak pengurusan kecekapan tenaga akandisediakan untuk masyarakat kampus yang membolehkan penyertaan dan sumbanganmasyarakat secara efektif terhadap usaha organisasi dalam pengurusan kecekapantenaga.

vi. Untuk menyumbang pada usaha kerajaan dalam mengurangkan pembebasan gasberbahaya, termasuk karbon dioksida.UTM memahami dan menghargai perhatian dalam peningkatan pemanasan dunia danpenipisan bahan bakar fosil. Kebimbangan ini akan tercermin dalam semua aktivitiUTM dan masyarakat haruslah peka terhadap kemerosotan perubahan iklim yang seriusboleh mempengaruhi persekitaran dan generasi masa depan jika tidak ada usaha-usahaserius yang diambil untuk menguruskan situasi sekarang. Setiap pekerja dan mahasiswaUTM akan aktif menyertai usaha-usaha kearah kecekapan penggunaan tenaga.

Page 11: buku skrap angah.docx

1. Memahami Kecekapan TenagaKecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.

Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.

2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah.

Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah: a. Kos• Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.• Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing. b. Perlindungan alam sekitar• Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.• Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.• Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek. c. Keselamatan bekalan• Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.• membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.• Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

3. Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga?Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi. a. Kecekapan tenaga• Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain.• Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri. b. Penjimatan tenaga• Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.• Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.

Page 12: buku skrap angah.docx

TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN SUMBER TENAGA

1.Berjalan, mengayuh basikal, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk ke destinasi yang ingin dituju.

2.Gunakan peralatan jimat elektrik dan berstatus "Energy Save".

3.Guna alat pendingin hawa pada suhu yang selesa dan sesuai.

4.Tutup suis lampu dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan.

5.Tutup semua suis dan cabut plug bagi barangan elektrik yang tidak digunakan, ini kerana walaupun peralatan tersebut telah ditutup (off), masih terdapat sedikit tenaga elektrik yang masih mengalir atau sedang digunakan.

6.Tanam pokok untuk memberikan teduhan daripada matahari. Ini boleh menjimatkan penggunaan alat hawa dingin atau kipas.

7.Amalkan sikap mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula barangan (Reduce, reuse, recycle).

Page 13: buku skrap angah.docx

8.Bergerak ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini boleh menjimatkan penggunaan petrol.

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semulaBy MAB on 24 November 2010

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, manakala pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu. Dalam konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari ( tidak berubah-ubah,  kekal, tetap), berkualiti dan seimbang.

Pemimpin negara yang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia bercita-cita mencapai taraf negara maju yang mengikut  acuannya yang tersendiri menjelang tahun 2020. Pembangunan yang pesat dari segi ekonomi dan sosial telah melahirkan keperluan untuk pembangunan fizikal yang lebih besar dan lebih canggih. Namun begitu, dalam usaha untuk membangunkan negara, kita harus memastikan bahawa alam sekitar tidak sekali-kali menjadi korban.

Walaupun secara keseluruhannya, menurut Malaysian Quality of Life Report, indeks kualiti alam sekitar hampir tidak berubah sepanjang jangka 1990-2000 (iaitu sekitar 100.2 mata), namun terdapat kemerosotan dalam beberapa petunjuk yang membimbangkan. Contohnya, kemerosotan dalam kualiti air sungai dan air, seperti yang ditunjukkan dalam peratusan sungai bersih dalam negara, yang jatuh daripada 53.3 peratus pada tahun 1990 kepada 28.3 peratus pada tahun 2000.

Kemerosotan kualiti air sungai-sungai kita ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk pencemaran yang datang daripada sisa-sisa buangan isi rumah dan ladang ternakan; efluen dari sektor pembuatan dan industri berasaskan pertanian; pepejal terampai (tidak mendap, terapung), dari hakisan tanah; dan sisa logam berat dari kilang. Sedikit sebanyak, hal ini memberi gambaran bahawa ramai rakyat Malaysia masih kurang mengambil berat tentang kaedah pembuangan sisa pejal yang bersih dan teratur. Dalam hal ini, kita mempunyai infrastruktur kelas dunia, tetapi mentaliti pada tahap mentaliti rakyat dunia ketiga.  Rakyat Malaysia yang bermentaliti sedemikian yang harus berubah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa antara masalah alam sekitar yang semakin meruncing di Malaysia pada masa ini ialah jumlah sisa pepejal yang dibuang semakin banyak, ditambah dengan masalah tapak pelupusan sisa buangan yang semakin berkurangan lagi. Malaysia adalah antara negara yang paling banyak sampah, iaitu kira-kira 17,000 tan sampah dihasilkan setiap hari, atau sebanyak lebih 5 juta tan setiap tahun. Kadar penghasilan sampah negara dijangka akan terus meningkat pada kadar 2 peratus setiap tahun, selari dengan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam pada itu, menurut satu kajian,  tapak pelupusan sisa buangan akansetakat 80 peratus dalam hanya dua tahun lagi.

Page 14: buku skrap angah.docx

Kini kerajaan sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan teknologi pelupusan sampah yang canggih-canggih untuk melupuskan sisa buangan. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencukupi untuk mencapai tujuan kita. Sebenarnya, di samping pengurusan sisa pembuangan, kita juga harus menumpukan perhatianterhadap isu pengurangan sisa dan sampah itu sendiri. Di sini, pemahaman dan amalan kitar semula oleh segenap lapisan masyarat dapat memainkan peranan yang amat penting.

Kitar semula bukanlah satu perkara baru, malah banyak negara telahpun lama melaksanakannya. Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi jika rakyat Malaysia dapat menerapkan amalan kitar semula dalam rutin harian mereka.

Dari segi ekonomi misalnya, negara kita terpaksa membelanjakan lebih daripada 400 juta ringgit setahun untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh penduduk negara. Sekiranya negara berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 22 peratus daripada jumlah janaan sampah negara, adalah dijangka kita boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 88 juta ringgit setiap tahun. Jumlah ini boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat.

Dalam bidang industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak sumber ekonomi baru, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat menjana peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih, jika dibandingkan dengan industri pembuangan sisa pejal semata-mata.

Perkara yang paling pentin ialah amalan kitar semula dapat membantu  memelihara alam sekita dan dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. Cuba bayangkan keadaan jika sisa-sisa buangan yang berlebihan yang tidak dikumpulkan itu terjatuh ke dalam sungai dan longkang-longkang. Akhirnya, sisa-sisa buangan akan mengakibatkan masalah alam sekitar seperti banjir kilat, atau menyebabkan air bertakung yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sudah pasti hal ini akan membawa kemudaratan dan mendatangkan penyakit kepada rakyat Malaysia sendiri. Oleh hal itu, pendekatan pembangunan yang lebih lestari dan tidak membinasakan alam sekitar menjadi kritikal. Program kitar semula memainkan peranan yang penting menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semulajadi yang mapan. Secara spesifik, ia bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti perbandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.

Program kitar semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan telah mencecah usia 3 tahun, akan tetapi rakyat telah mencapai kadar kitar semula kira-kira 3 peratussahaja. Jika dibandingkan dengan kadar kitar semula dii negara-negara maju yang kebanyakan daripada mereka telah mencapai kadar kitar semula setinggi 30 hingga 47 peratus – prestasi Malaysia jauh ke belakang. Bilangan pusat kitar semula di negara tidak mencukupi dan amalannya tidak meluas sama sekali.

Ada orang yang berpendapat bahawa negara-negaraelah mengambil masa kira-kira 25 tahun untuk mencapai kadar kitar semula tersebut. Namun begitu, Malaysia tidak perlu mengambil masa 25 tahun untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Hal ini dikatakan demikian, adalah kerana kesedaran tentang alam sekitar telah sedia wujud sekarang, dan sebilangan rakyat Malaysia telah pun menitikberatkan keadaan alam sekitar.

Page 15: buku skrap angah.docx

Di samping itu, kita mempunyai keupayaan dan akses kepada kaedah-kaedah dan teknologi pelupusan sampah yang tidak mengotori alam sekitar berbanding dengan teknologi pelupusan sampah masa lalu. Yang paling penting, kita ada kelebihan pengalaman kerana dapat mempelajari daripada pengalaman negara-negara maju dalam pelaksanaan program kitar semula, baik dari segi mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat, mahupun dari segi menggunapakai kaedah-kaedah kitar semula yang terkini. Oleh itu, saya percaya kita boleh memendekkan tempoh pembelajaran kita mengenai pengitaran semula dan mempertingkatkan lagi kadar pengitaran semula negara dengan segera.

Sebahagian besar daripada usaha kita untuk meningkatkan amalan kitar semula bergantung kepada penerapan nilai-nilai, sikap dan amalan pro-alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia supaya kekal dengan pemikiran dan budaya negara maju, sebagai mana yang kita idamkan dalam wawasan 2020. Sesungguhnya, kita perlu menghargai, mengasihi dan menghormati alam sekitar.

Kini, dalam pemikiran ramai rakyat Malaysia, kitar semula hanya terhad kepada tong-tong kitar semula semata-mata. Namun kitar semula adalah jauh daripada itu; ia adalah satu cara hidup yang berkait rapat dengan nilai-nilai murni seperti tidak boros, sederhana dan menghargai nilai sesuatu benda. Sesungguhnya pemikiran kitar semula harus menjadi sebahagian daripada kebiasaan kita, baik di peringkat pembelian, penggunaan ataupun pembuangan.

Di samping itu, untuk menyokong dan mempermudahkan penjiwaan amalan kitar semula dalam diri setiap rakyat Malaysia, pihak-pihak berkuasa hendaklah bekerjasama dengan rakyat dan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberi dan kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah mencukupi, efisyen, konvenien, dan konsisten. Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan perlu mengkaji aspek-aspek polisi dan perundangan yang boleh membantu mempertingkat amalan kitar semula dalam negara. Hal ini, termasuklah langkah- langkah untuk memberi galakan yang bersesuaian, terutama bagi penggunaan teknologi dalam aktiviti kitar semula.

Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak- pihak berkuasa tempatan haruslah bekerjasama antara satu sama lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti dan responsif kepada pelanggan, termasuk dari segi pengurusan sisa buangan. Aspek ini amat penting kerana kita semua, sebagai penjawat awam, adalah pemegang amanah rakyat dan harus memberi tumpuan kepada tanggungjawab kita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Dalam pada itu, kementerian perumahan, pihak berkuasa tempatan, pemaju perumahan, pengurus pusat membeli belah dan pihak-pihak lain mestilah memastikan bahawa pusat pengumpulan sisa buangan serta tong-tong kitar semula ditempatkan di lokasi-lokasi yang sesuai dan mudah diakses, seperti di kawasan perumahan, di pusat aktiviti komuniti, di pusat membeli-belah, dan juga di tempat pekerjaan, untuk memudahkan dan menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula.

Untuk menyahut seruan kepimpinan melalui tauladan, dan dalam menjadi sebuah “role-model” bagi pihak-pihak yang lain, semua kementerian, jabatan serta agensi kerajaan, terutamanya yang berada di Putrajaya, mesti menempatkan tong-tong kitar semula di pejabat masing-masing dan mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan semua pegawai kerajaan mengamalkan kitar semula. Untuk mengukuhkan lagi amalan kitar semula tersebut

Page 16: buku skrap angah.docx

dalam kalangan pegawai dan keluarga mereka, setiap kawasan perumahan kerajaan, terutamanya di Putrajaya perlu dilengkapkan dengan pusat pengitaran semula.

Selain itu, kita boleh mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam penggunaan sumber-sumber di pejabat kita. Dalam usaha mengurangkan jumlah kertas yang digunakan di pejabat kerajaan dan sebagai langkah konkrit ke arah kerajaan tanpa kertas.  Dalam hal ini ketua setiausaha negara untuk mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pencetakan komputer dwi-muka, dan juga menggalakkan penggunakan bahagian belakang muka surat yang telah digunakan untuk menulis atau mencetak draf-draf dokumen bukan rasmi.

Sebagai bandar moden dan terancang Putrajaya mesti menjadi contoh amalan kitar semula bagi rakyat dan majikan lain di seluruh negara. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air.

Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua individu, kerajaan persekutuan ataupun negeri, pihak berkuasa tempatan, swasta dan institusi pengajian sama-sama menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup kita.

Perlaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak.