FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR
MENENGAH RENDAH MEMILIH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.
SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KAWASAN
SENGGARANG, BATU PAHAT JOHOR.
AB. HADI BIN MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iv
DEDIKASI
Buat nenekanda tersayang,
Pn. Fatimah Bt. Taib dan Allahyarham Abdullah bin Hamat
Terima kasih atas doamu dan segala pengorbanan serta kepayahan kalian mendidikku.
Teristimewa buat insan tersayang,
Nadzriah bt. Abd Rasid dan anak-anak Nur Farhana Nabila,
Nur Deanna Syafiyya dan Nurin Afina Hafiy
Doa dan pengorbanan kalian menjadi azimat kejayaan papa.
Jadikanlah kejayaan ini pendorong kalian semua.
Tak dilupakan buat,
Ab. Rasid Zainal Abidin, Hasnah Lebai Man (mertua)
Kakak, abang serta adik yang banyak memberi sokongan
Untuk kejayaan saya
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Pengasahani.
Allhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat allah S.W.T kerana dengan izinNya
dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda pada semester ini.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik
Shahrin Bin Hashim yang telah sudi memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta buah
fikiran disepanjang tempoh saya menyiapkan penyelidikan saya ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada panel penilai yang memberi komen dan
cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan lagi penulisan ini. Ucapan
penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu mengeluarkan pendapat dan berkongsi pengetahuan untuk menghasilkan
penyelidikan ini.
Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua dan guru-
guru sekolah dan pelajar-pelajar yang telibat dengan kajian ini kerana telah memberi
kerjasama dalam menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali untuk isteri yang tercinta, serta anak-anak yang tersayang yang mana
banyak berkorban untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Jasa kalian semuanya
akan tetap dikenang buat selama-lamanya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan tujuan bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar-pelajar menengah rendah memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Objektif kajian ini untuk mengenal pasti adakah faktor minat, faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya, faktor guru, faktor kurikulum, faktor peluang kerjaya dan peluang pembelajaran serta faktor pengetahuan sedia ada, di dalam mempengaruhi keazaman pelajar memilih untuk mengikuti aliran ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Senggarang dan SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang , Batu Pahat, Johor. Seramai 200 orang responden telah mengembalikan soal selidik untuk diproses. Data mentah dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science (SPSS) versi 11.5. Analisis dinyatakan dalam bentuk min, peratusan dan kekerapan. Hasil kajian mendapati bahawa faktor guru, peluang kerjaya, peluang pembelajaran dan kurikulum adalah merupakan faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional. Faktor minat, ibubapa, rakan sebaya dan pengetahuan sedia ada didapati kurang mempengaruhi keazaman pelajar memilih untuk mengikuti aliran teknik dan vokasional. Oleh yang demikian, adalah diharapkan satu usaha dapat dilakukan untuk menimbulkan minat dan menambah pengetahuan pelajar tentang aliran teknik dan vokasional ini.
vii
ABSTRACT
This descriptive study is conducted to indentify the factors that influence students in choosing technical and vocational education after passing Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). This, the objective of this study is to find out if factors such as students interest, their parents and family, friends, teachers, curriculum, career opportunities, study opportunities and prior knowledge play a part in choosing this discipline. The students form 3 of SMK. Senggarang and SMK. Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang, Batu Pahat, Johor were use as the sample of this study. 200 respondents have returned this questionnaires given to them to be processed and analyzed. The data is gathered and analyzed using Statistical Packages For Social Science (SPSS) version 11.5. The results of the analysis are presented in term of min, percentage and frequency. The finding show that teachers, career opportunities, study opportunities and curriculum play a dominant part in influencing students choice of this discipline. In contrast, students interest, parents, friend and prior knowledge are found to be less of an influence. It is hope that the finding of this study would provide some insight in our effort to generate interest and increase students’ knowledge of the technical and vocational education.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
ix
1.7 Batasan kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Minat terhadap pembelajaran 14
2.3 Pengaruh Keluarga dan Ibu Bapa 15
2.4 Pengaruh Guru 16
2.5 Pengaruh Rakan Sebaya 17
2.6 Pengaruh Peluang Kerjaya 18
2.7 Pengaruh Kurikulum 20
2.8 Pengetahuan Sedia Ada 21
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 30
3.8 Penganalisisan Data 30
3.9 Penutup 32
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.3 Analisis Bahagian B 36
4.3.1 Analisis persoalan Kajian Pertama:
Faktor Minat 37
4.3.2 Analisis persoalan Kajian kedua:
Faktor Guru 39
4.3.3 Analisis persoalan Kajian Ketiga:
Faktor Ibu bapa dan Keluarga 41
4.3.4 Analisis persoalan Kajian Keempat:
Faktor Rakan Sebaya 43
4.3.5 Analisis persoalan Kajian Kelima:
Faktor Kurikulum 45
4.3.6 Analisis persoalan Kajian Keenam:
Faktor Peluang Pekerjaan 47
4.3.7 Analisis persoalan Kajian Ketujuh:
Faktor Peluang Pembelajaran 49
4.3.8 Analisis persoalan Kajian Kelapan:
Faktor Pengetahuan Sedia Ada 51
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan 55
5.2.1 Latar Belakang Responden 55
5.2.2 Perbincangan Mengenai Faktor
Yang mempengaruhi Keazaman
Pelajar Memilih Aliran Pendidikan
Teknik dan Vokasional 55
xi
5.3 Rumusan 61
5.4 Cadangan 63
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Penutup 64
BIBLIOGRAFI 65
LAMPIRAN 69
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan sampel 24
3.2 Bahagian A dalam Borang Soal selidik 25
3.3 Bahagian B dalam Borang Soal Selidik 26
3.4 Jadual Skala Likert 27
3.5 Pengkelasan Skala Likert 31
3.6 Markat Skala Penyelidik 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Keturunan 34
4.2 Taburan responden Mengikut Pekerjaan
Ibu Bapa 34
4.3 Taburan responden Mengikut Elektif KHB 35
4.4 Analisis Faktor Minat 37
4.5 Analisis Faktor Guru 39
4.6 Analisis Faktor Ibu Bapa dan Keluarga 41
4.7 Analisis Faktor Rakan Sebaya 43
4.8 Analisis Faktor Kurikulum 45
4.9 Analisis Faktor Peluang Kerjaya 47
4.10 Analisis Faktor Peluang Pembelajaran 49
4.11 Analisis Faktor Pengetahuan Sedia Ada 51
4.12 Pengkelasan Tahap Penilaian 53
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
5.1 Nilai Min 53
xiii
SENARAI SINGKATAN
RMK 8 - Rancangan Malaysia Kelapan
BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
RRJPK3 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
SMT - Sekolah Menengah Teknik
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan
BBS - Borang Soal Selidik
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional
SPSS - Statistical Package For Social Science
PMR - Penilaian Menengah Rendah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Jadual 4.4, Guna Tenaga Mengikut 69
Pekerjaan Terpilih, 1995-2005 B Borang Soal Selidik 70 C Surat akuan EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia 77 D Surat Kebenaran JPNJ 78 E Analisis Data Kajian Rintis 79 F Kesahan Item Soal Selidik 80
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keperluan kepada pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia kini dilihat
sebagai satu perkara yang utama. Pendidikan teknik dan vokasional ini adalah
bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan boleh
dilatih dalam mencapai matlamat pembangunan sumber tenaga manusia dalam
pembangunan Negara.
Keperluan pendidikan ini turut dipaparkan dalam Rancangan Malaysia Ke 8
( RMK 8 ), bahawa guna tenaga dalam sektor pembuatan berkembang pada kadar
purata 4.8 % setahun dalam tempoh rancangan. Sektor pembuatan merupakan
penyumbang utama pewujudan pekerjaan, iaitu 530,800 pekerjaan baru dan ini
meningkatkan bahagiannya dalam jumlah guna tenaga kepada 27.6 % pada tahun
2000 daripada 25.3 % pada tahun 1995. Peningkatan ini adalah satu jaminan
kepada peluang-peluang pekerjaan yang luas dan terbuka kepada rakyat Malaysia
menceburinya.
Sesungguhnya pada masa ini bilangan rakyat Malaysia yang menceburi
bidang-bidang teknik dan vokasional adalah masih kecil jumlahnya. Mengikut
lapuran RMK 8, permintaan untuk jawatan jurutera pada tahun 2005 ialah 108,400
2
dan bagi pembantu jurutera peningkatan guna tenaga ialah seramai 247,739 orang,
sedangkan stok yang ada pada tahun 2000 bagi jurutera ialah seramai 55,485 dan
bagi pembantu jurutera ialah seramai 130,024 orang. Dari data di atas menunjukkan
bahawa guna tenaga bagi jurutera dan pembantu jurutera amatlah tinggi
permintaanya terutama dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik,
mekanikal, awam serta kejuruteraan kimia seperti yang dilapurkan dalam RMK 8
(lampiran A ). Manakala kenyataan dari Institut Kejuruteraan Malaysia bahawa
Malaysia sedang menghadapi krisis kejuruteraan, Malaysia memerlukan sekurang-
kurangnya 30,000 orang jurutera dalam berbagai bidang menjelang 2020 nanti.
Pendidikan merupakan suatu institusi masyarakat yang sangat penting
disamping institusi masyarakat yang lain seperti keluarga, agama, undang-undang
dan sebagainya. Melalui pendidikan, masyarakat dapat menyalurkan kebudayaan,
cara hidup dan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran daripada satu generasi kepada
satu generasi yang lain. ( Zakaria 1995).
Pendidikan merupakan satu proses pembentukkan diri seseorang individu.
Hasil pendidikan diharap dapat memberi perubahan daripada suatu keadaan kepada
suatu keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Di sini nyatalah bahawa tugas
mendidik dan membentuk personaliti seseorang individu adalah satu tugas yang
kompleks dan luas. Tugas ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh satu golongan
seperti guru-guru di sekolah saja. Semua anggota masyarakat yang mempunyai
hubungan dengan seseorang individu mempunyai pengaruh dan peranan
(Robiah,1994).
Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV) turut menyusun semula kurikulumnya pada tahun 1987 supaya
ianya lebih berkaitan dengan sains dan teknologi pada masa kini. Sistem pendidikan
teknik dijalankan di Politeknik, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional serta
3
Sek Men Akademik di seluruh negara. Kurikulum PTV yang baru bertujuan untuk
memenuhi matlamat:
1. membantu negara dalam proses pembangunan dan pemodenan
industri melalui program PTV yang mengeluarkan tenaga manusia
terlatih serta berpengetahuan teknikal.
2. menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar
melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
3. memperkembangkan minat dikalangan pelajar dalam bidang sains
dan teknologi.
4. memperkembangkan sikap yang positif, bertanggungjawab dan
berdisiplin di kalangan pelajar.
Untuk merealisasikan matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional ini
kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya iaitu dengan menambah
pembinaan sekolah teknik diseluruh negara. Oleh itu, adalah dirasakan semua pihak
seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Pentadbir sekolah, guru- guru, ibubapa
mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mendorong keazaman pelajar
memilih bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional ini. Pelajar-pelajar perlu
disemaikan minat terhadap mata pelajaran sains dan teknologi. Ini kerana sikap dan
minat yang ada pada seseorang bukanlah sesuatu yang diwarisi dari sesiapa. Ianya
wujud dalam diri seseorang apabila seseorang itu berkeinginan terhadap sesuatu
yang diingini. Minat adalah sebahagian daripada tingkahlaku dan ianya wujud
dengan sendirinya. Apabila seseorang itu berminat dengan sesuatu pekara, ia akan
berusaha untuk mempelajarinya sehingga ia dapat menguasai perkara yang diminati
tersebut.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Meskipun pada masa sekarang terdapat pelbagai institut latihan pendidikan
teknik dan vokasional yang dianjurkan samada oleh kerajaan atau pihak badan
berkanun dan swasta yang melahirkan pelatih-pelatih tenaga separuh mahir atau
mahir, namun pihak kerajaan masih lagi menghadapi masalah kekurangan tenaga
kerja dalam sektor-sektor yang tertentu, sehinggakan kerajaan terpaksa membawa
masuk pekerja asing untuk memenuhi keperluan ini. Dalam laporan kerajaan dalam
RMK 8 seramai 749,200 orang pekerja asing pada tahun 2000 dan pada tahun 2005
dijangkakan seramai 570,000 orang pekerja asing diperlukan dalam berbagai
bidang. Dari data tersebut jelas menunjukkan bahawa permintaan guna tenaga amat
tinggi. Sepanjang tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJPK3)
sektor pembuatan dan pengeluaran sahaja memerlukan penggunaan tenaga manusia
kerana terujudnya 3.543 juta pekerjaan pada tahun 2010.
Bermula tahun 1991, kesemua Sekolah menengah vokasional akan
dinaikkan taraf kepada sekolah menengah teknik. Pada tahun 2003 ini jumlah
sekolah menengah teknik ialah sebanyak 87 buah semuanya.
Kemasukan pelajar ke sekolah teknik adalah berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan PMR. Pelajar-pelajar yang terpilih akan dijuruskan ke kursus-kursus
aliran teknik dan vokasional di Sekolah Teknik. Pelajar memulakan pengajian
mereka dari tingkatan empat hingga tingkatan lima. Pelajar-pelajar di sekolah
teknik akan mengikuti pelajaran mengikut kursus yang ditawarkan. Subjek yang
ditawarkan di sekolah teknik akan menjurus pada untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang kejuruteraan di universiti dan juga menjurus kepada menceburi alam
pekerjaan. Sekolah teknik sekarang menawarkan empat kursus atau jurusan untuk
dipilih oleh pelajar, iaitu Kursus Pendidikan Teknikal, Pendidikan Vokasional,
Pendidikan Latihan Kemahiran dan Pendidikan Kursus Kemahiran Khusus.
5
Pendidikan Teknikal bertujuan untuk memberi pendidikan asas dalam
bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan
terhadap bidang tersebut dan mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkan
mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pengajian
tinggi. Pendidikan Teknikal menawarkan tiga kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal.
Kejuruteraan Awam dan kejuruteraan Elektrik.
Objektif Pendidikan Vokasional ialah menyediakan pelajar dengan
pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan ,
industri dan pertanian serta membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian
dalam bidang teknikal dan vokasional. Terdapat lapan kursus yang ditawarkan
dalam jurusan Pendidikan Vokasional ini iaitu Elektrik, Elektronik, Amalan
Bengkel Mesin, Kimpalan & Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan,
Penyejukan dan Penyaman Udara dan Pengurusan Perniagaan.
Pendidikan Latihan Kemahiran adalah kursus yang terbuka kepada pelajar
yang pencapaian rendah yang memilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang
kemahiran. Pelajar-pelajar akan mengikuti latihan kemahiran dalam kursus-kursus
Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik mengikut sukatan pelajaran yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan selaras dengan piawaian Sijil MLVK.
Pelajar dalam aliran ini akan berpeluang menceburkan diri dalam pekerjaan di
sektor swasta. Mereka juga berpeluang melanjutkan latihan kemahiran dalam
bidang tertentu di Institut Latihan Kemahiran dan sijil akan dikeluarkan oleh
Kementerian Sumber Manusia.
Jurusan seterusnya yang ditawarkan di sekolah teknik ialah Pendidikan
Kursus Kemahiran Khusus, kursus ini bertujuan untuk memberi peluang pelajar
lepasan sekolah teknik dan akademik mendapatkan latihan khusus atau lanjutan
6
dalam bidang-bidang tertentu seperti kursus Senireka Tanda dan Automotif
Lanjutan Diesel.
Pada tahun 2000, seramai 59,500 pelajar mendapat pendidikan di Sekolah
Menengah Teknik. Adalah dijangkakan pada tahun 2005, seramai 99,755 pelajar
akan berada di Sekolah Menengah Teknik di seluruh Negara. Daripada jumlah ini,
50 peratus adalah dalam bidang aliran vokasional dan 10 peratus dalam aliran
kemahiran. Enrolmen pelajar di Sekolah Menengah Teknik merupakan 8.5 peratus
daripada jumlah enrolmen di peringkat menengah atas.
Berdasarkan kepada fakta-fakta diatas, ini menunjukkan bahawa terdapat
keperluan yang tinggi terhadap guna tenaga dalam bidang teknikal. Selain dari itu
jumlah pelajar yang mengikuti pelajaran dalam bidang teknik dan vokasional juga
terus meningkat. Oleh itu pengkaji ini mengkaji faktor – faktor yang mendorong
motivasi pelajar menengah rendah untuk memilih bidang pendidikan teknik dan
vokasional bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah atas dan seterusnya
di peringkat yang lebih tinggi atau universiti.
1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu pendidikan yang
penting bagi memenuhi keperluan guna tenaga dalam bidang teknikal pada masa
akan datang. Pendidikan Teknik dan Vokasional ini dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Bilangan kemasukkan pelajar ke aliran pendidikan teknik dan vokasional
terus meningkat dari tahun ke tahun. Seramai 49,300 orang pelajar telah ditawarkan
memasuki tingkatan 4 di SM Teknik dan SM Vokasional di seluruh negara pada
tahun 2002, meningkat 3,040 orang berbanding tahun 2001( Zabidi, 2002)
7
Sungguhpun bilangan kemasukkan pelajar untuk mengikuti aliran ini
semakin meingkat, namun maklumat-maklumat mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi keazaman pelajar lepasan PMR memilih untuk mengikuti aliran
pendidikan ini agak terhad dan kurang jelas. Adakah para pelajarbenar-benar
mempunyai minat yang mendalam terhadap aliran pendidikan ini, tahu mengenai
peluang-peluang kerjaya, peluang pembelajaran yang ada atau dorongan daripada
pihak-pihak yang tertentu.?
Menurut Bakhtiar (1991), walaupun petanda-petanda baik telah mula
kelihatan, ini bukan bermakna bahawa sikap pelajar yang telah mendapat tempat di
SMT atau SMV keseluruhannya telah menjadi sangat berminat terhadap aliran
teknik dan vokasional ini, tetapi sebahagian besar mereka merasakan bahawa
bidang lain yang tiada kaitan dengan bidang vokasional lebih memberi kepuasan
bekerja.
Berdasarkan kepada situasi diatas, maka timbul persoalan, apakah
sebenarnya faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar lepasan PMR
memilih untuk mengikuti alitan pendidikan teknik dan vokasional ini.? Dalam
kajian ini pengkaji ingin mengkaji mengenai factor-faktor yang mempengaruhi
keazaman pelajar untuk memilih pendidikan teknik dan vokasional dari segi faktor
dorongan dari ibu bapa, keluarga dan guru, faktor minat, pengetahuan sediada dan
faktor peluang pembelajaran dan peluang kerjaya dalam bidang teknik dan
vokasional.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang
factor-faktor yang mendorong keazaman pelajar dalam memilih aliran pendidikan
teknik dan vokasional:
8
1.4.1. Mengenal pasti samaada faktor minat mempengaruhi keazaman pelajar
memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.
1.4.2. Mengenal pasti samaada faktor guru mempengaruhi keazaman pelajar
memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.
1.4.3. Mengenal pasti samaada faktor dorongan ibu bapa dan keluarga
mempengaruhi keazaman pelajar memilih Pendidikan Teknik dan
Vokasional.
1.4.4. Mengenal pasti samaada faktor rakan sebaya mempengaruhi keazaman
pelajar memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.
1.4.5. Mengenal pasti samaada kurikulum mempengaruhi keazaman pelajar
memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.
1.4.6. Mengenal pasti samaada peluang kerjaya mempengaruhi keazaman
pelajar memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.
1.4.7. Mengenal pasti samaada peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang
teknikal mempengaruhi keazaman pelajar memilih Pendidikan teknik
dan vokasional.
1.4.8. Mengenal pasti samaada faktor pengetahuan sediada mempengaruhi
keazaman pelajar memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah faktor minat mempengaruhi keazaman pemilihan pendidikan
teknik dan vokasional.?
2. Adakah guru faktor yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran
Pendidikan teknik dan vokasional di Sekolah Menengah Teknik.?
3. Adakah ibu bapa dan keluarga mempengaruhi keazaman pelajar memilih
aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional.?
9
4. Adakah rakan sebaya mempengaruhi keazaman pelajar memilih aliran
Pendidikan Teknik dan Vokasional.?
5. Adakah kurikulum di SM Teknik mempengaruhi keazaman pelajar
dalam pemilihan aliran pendidikan teknik dan vokasional.?
6. Adakah peluang kerjaya mempengaruhi keazaman pelajar memilih
pendidikan teknik dan vokasional.?
7. Adakah peluang pembelajaran mempengaruhi keazaman pelajar memilih
pendidikan teknik dan vokasional.?
8. Adakah pengetahuan sediada yang mempengaruhi keazaman pelajar
memilih pendidikan teknik dan vokasional.?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap dapat
a. membantu pendidik tentang beberapa faktor yang mempunyai
hubungan dengan motivasi pelajar memilih Pendidikan Teknik dan
Vokasional.
b. Membantu guru kaunseling tentang peranan mereka dalam
meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan teknik dan
vokasional.
c. Menyediakan maklumat kepada pihak yang terlibat dalam
menyediakan program yang berkaitan dengan pendidikan teknik dan
vokasional
Top Related