KRP 3013
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
TAJUK
KUMPULAN
NEGERI SEMBILAN04( A112PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD ZAMRIN BIN JANHARI D 20102043064 013-3798598
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ROSNIDAR BT MANSOR
TARIKH SERAH: 28 APRIL 2012
REFLEKSI 5 UNIT1. Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
2. Matlamat kurikulum sekolah rendah
3. Organisasi kurikulum sekolah rendah
4. Integrasi dalam kurikulum sekolah rendah
5. Bahan pengajaran dan pembelajaran
PEMARKAHAN1. Tugasan 12. Perbincangan3. FORUM
JUMLAH
REFLEKSI UNIT PELAJARAN 1
TAJUK 1
Perkembangan kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Sebelum kedatangan penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal.
Corak pendidikan yang dijalankan adalah pendidikan tradisional. Corak pendidikan ini
merangkumi pemerhatian, penglibatan, nasihat dan teguran. Selain itu, tingkahlaku, akhlak
yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri turut dijalankan oleh
masyarakat dalam pembelajaran tidak formal ini.
Apabila penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu, sistem pendidikan vernakular telah
diperkenalkan oleh penjajah. Sistem pendidikan vernakular terbahagi kepada beberapa jenis
sekolah iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular
Tamil dan Sekolah Vernakular Inggeris.Sekolah-sekolah menggunakan bahasa pengantar
masing-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh
kaum masing-masing.Sekolah vernakular Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Pada 1871, A.M. Skinner telah merombak corak pendidikan Sekolah
vernakular Melayu kepada membentuk dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi untuk
pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran
vokasional manakala sesi petang untuk pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab. Sekolah
vernakular Cina menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Kurikulum yang
dijalankan meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Pengajaran
yang diamalkan ialah menggunakan kaedah menghafal, mengira dan menulis. Sekolah
vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Kurikulum yang
dijalankan adalah berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta
bahasa pertuturan. Sekolah vernakular Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Corak kurikulum dan pengajaran yang dijalankan lebih berorientasikan keturunan
Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada murid-
murid. Selain itu, kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik.Menerusi corak
pendidikan vernakular, maka wujud dua kesan utama iaitu sistem pendidikan yang tidak ada
keselarasan dari segi objektif, matlamat dan kurikulum serta wujudnya masyarakat majmuk
yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Pada 1951, Laporan Fenn-Wu diperkenalkan untuk membina bangsa yang bersatu padu
secara berasingan untuk sekolah vernacular Cina. Menerusi laporan ini terdapat beberapa
cadangan yang diusulkan antaranya penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa
Cina dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pelaksanaan kurikulum dan
pengajaran, mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan pengajarannya
diperbaiki, buku teks dari luar Tanah Melayu perlu disemak dan perlu dimasukkan unsur-
unsur tempatan, institusi atau kolej bagi melatih guru untuk sekolah Cina adalah diperlukan
bagi menampung kekurangan guru terlatih, serta bantuan kewangan daripada kerajaan perlu
ditambahkan untuk sekolah-sekolah Cina.
Selepas merdeka, sistem pendidikan telah menggunakan system Akta Pelajaran 1961.
Menerusi akta ini, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya bagi semua sekolah-
sekolah. Oleh itu, pendidikan selepas merdeka dapat melahirkan rakyat yang bebas daripada
masalah buta huruf serta perpaduan kaum dapat disatukan.
2. Peta Minda
Perkembangan Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
Sebelum PenjajahanBersifat tradisional dan keagamaan
Semasa PenjajahanWujudnya sekolah vernekular.
Selepas KemerdekaanWujudnya Akta Pelajaran 1961
Vernekular MelayuBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Vernekular IndiaBahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Vernekular CinaBahasa Cina sebagai bahasa pengantar.
3. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan1. Zaman sebelum
penjajahan Inggeris:
Pendidikan
Tradisional
Pendidikan yang dijalankan adalah berbentuk informal iaitu ibu
bapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan
anak-anak. Corak pendidikan ini merangkumi pemerhatian,
penglibatan, nasihat dan teguran.
2. Zaman penjajahan
Inggeris: Penubuhan
sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Corak kurikulum dan pengajaran yang dijalankan
lebih berorientasikan keturunan Inggeris daripada semua aspek
termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada murid-
murid.
3. Zaman penjajahan
Inggeris: Penubuhan
sekolah vernakular
Penubuhan sekolah ini diadakan secara terasing antara satu
sama lain. Penggunaan bahasa pengantar bagi setiap jenis
sekolah adalah berbeza iaitu mengikut bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar. Sekolah Melayu menggunakan bahasa
Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab dan bahasa
Melayu, sekolah Cina menggunakan bahasa Cina dan sekolah
Tamil menggunakan bahasa Tamil.
4. Zaman selepas
merdeka: Penubuhan
Akta Pelajaran 1961
Menerusi akta ini, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
sepenuhnya bagi semua sekolah-sekolah. Oleh itu, pendidikan
selepas merdeka dapat melahirkan rakyat yang bebas daripada
masalah buta huruf serta perpaduan kaum dapat disatukan.
4. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Penjajah Inggeris memperkenalkan sistem pendidikan Vernakular untuk memberi gambaran
bahawa pemerintahan kolonial tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem
pendidikan. Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi
pendidikan Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan yang tunggal. Selain itu, sistem ini
diperkenalkanadalah untuk mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan
tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan-keperluan penjajah dan mengawal
perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Menerusi corak
pendidikan ini juga, wujud dua kesan utama iaitu sistem pendidikan yang tidak ada
keselarasan dari segi objektif, matlamat dan kurikulum serta wujudnya masyarakat majmuk
yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.Oleh itu, sistem persekolahan yang
diperkenalkan oleh penjajah Inggeris adalah untuk kepentingan mereka dan tidak memberi
impak yang positif terhadap pendidikan negara. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan
yang berteraskan kepada Akta Pelajaran 1961 telah diperkenalkan selepas merdeka telah
membuatkan perpadua kaum dapat dibentuk menerusi pendidikan. Hal ini disebabkan, satu
bahasa pengantar telah digunakan oleh semua sekolah dan memudahkan murid-murid
daripada sekolah lain berintreksi antara satu sama lain. Justeru itu, kurikulum dan pengajaran
selepas merdeka lebih menjeruus ke arah perkembangan ekonomi negara berasaskan
pertanian dan lain-lain.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN3
TAJUK 2
Matlamat kurikulum sekolah rendah
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Matlamat pendidikan adalah berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa.
Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional tanpa premis khusus
yang dinamakan sekolah. Matlamat kurikulum menerusi pendidikan bercorak tradisional ini
adalah bermatlamatkan kesejahteraan dan kerohanian hidup di dunia dan di akhirat.
Pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan vernakular diperkenalkan.
Menerusi sistem ini, terdapat beberapa jenis sekolah ditubuhkan iaitu Sekolah Vernakular
Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Vernakular
Inggeris. Matlamat kurikulum dalam pendidikan pada ketika itu ialah memeberikan
pendidikan asas kepada kanak-kanak agar dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Selain itu, matlamat pendidikan yang diperkenalkan
oleh penjajah Inggeris adalah sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah.
Semasa zaman selepas merdeka, pelbagai pelaksaan pendidikan telah diperkenalkan.
Antaranya, Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pendidikan 1961.
Perlaksanaan pendidikan ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk mencapai matlamat
kurikulum bersepadu dalam kalangan masyarakat negara.Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1993. Melalui KBSR ini, murid-murid yang akan
dilahirkan adalah berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran kehidupan
sebenar. KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar
murid-murid sedar akan peranan mereka kepada negara. Matlamat KBSR adalah bertujuan
utuk mencapai matlamat perkembangan individu menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR
adalah berdasarkan pelaksanaa setiap mata pelajaran. KBSR terus mengalami perubahan dan
mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua
murid Tahun 1. KSSR adalah berteraskan kepada melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif. KSSR adalah bertujuan untuk melatih murid-murid supaya
mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Selain itu, murid-
murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada
guru, rakan, sumber-sumber di sekeliling mereka seperti buku, internet dan sebagainya.
2. Peta Minda
MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
SEBELUM PENJAJAHANBermatlamatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
SEMASA PENJAJAHANBermatlamatkan kesinambungan aktiviti keluarga mengikut bangsa.
SELEPAS KEMERDEKAANBermatlamatkan tiga kurikulum iaitu KLSR, KBSR dan KSSR
Kurikulum Lama Sekolah RendahOrdinan Pelajaran 1957
Kurikulum Baru Sekolah RendahMatlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KBSR adalah untuk mencapai matlamat perkembangan invidu yang menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR adalah berdasarkan pelaksanaa setiap mata pelajaran.
Kurikulum Standard Sekolah RendahMatlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KSSR adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan potensi merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
3. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Matlamat kurikulum
dalam pendidikan
sebelum penjajahan
Matlamat kurikulum menerusi pendidikan bercorak tradisional
ini adalah bermatlamatkan kesejahteraan dan kerohanian hidup
di dunia dan di akhirat.
2. Matlamat kurikulum
dalam pendidikan
semasa penjajahan
Matlamat kurikulum dalam pendidikan pada zaman penjajahan
ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak agar
dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang telah dilakukan
oleh ibu bapa mereka. Selain itu, matlamat pendidikan yang
diperkenalkan oleh penjajah Inggeris adalah untuk mengekalkan
eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja
peringkat bawah untuk memenuhi keperluan-keperluan penjajah
dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di
kalangan penduduk tempatan.
3. Matlamat kurikulum
dalam pendidikan
selepas merdeka:
Matlamat KBSR
Matlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KBSR
adalah untuk mencapai matlamat perkembangan invidu yang
menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR adalah berdasarkan
pelaksanaa setiap mata pelajaran.
4. Matlamat kurikulum
dalam pendidikan
selepas merdeka:
Matlamat KSSR
Matlamat kurikulum dalam pendidikan berdasarkan KSSR
adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan potensi
merangkumi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia.
4. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan penjajah adalah bertujuan untuk
mengekalkan eksplotasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah
untuk memenuhi keperluan-keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat
nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Menerusi corak pendidikan ini, maka wujud
dua kesan utama iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif,
matlamat dan kurikulum serta wujudnya masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-cirinya
yang tersendiri. Sistem yang diamalkan ini tidak memberi keberkesanan untuk perpaduan
kaum. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang diamalkan selepas merdeka telah
melahirkan perpaduan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sistem KBSR yang diperkenalkan telah menyelaraskan matlamat dalam setiap mata
pelajaran.
Penyelarasan ini menyebabkan KBSR dapat mencapai matlamat perkembangan
individu yang menyeluruh. Justeru itu, KBSR telah ditukarkan kepada KSSR kerana
peredaran zaman. KSSR adalah berteraskan kepada melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Menerusi KSSR, pelajar akan belajar untuk mengetahui,
belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.
Selain itu, KSSR adalah bertujuan untuk melatih murid-murid supaya mempuntai sikap ingin
tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Oleh itu, peneraju pimpinan negara pada
masa hadapan akan lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam memajukan negara.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN 4
TAJUK 3
Organisasi kurikulum sekolah rendah
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Organisasi kurikulum sekolah rendah boleh diorganisasikan mengikut penyusunan
secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan dan penyusunan secara
horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan. Organisasi KBSR dan KSSR yang
dilaksanakan menerusi penyusunan secara vertikal adalah melalui dua tahap iaitu Tahap 1
dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, manakala Tahap 2
terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Fokus pendidikan KBSR adalah 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Murid-murid Tahap 1 diberi tumpuan kepada penguasaan
kemahiran-kemahiran asas manakala murid-murid Tahap 2 pula, tumpuan terhadap
mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Fokus
pendidikan KSSR adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Tahap 1
ditumpukan kepada penguasaan asas 4M. Manakala Tahap 2 memfokuskan kepada
pengukuhan dan aplikasi 4M.
Rekabentuk kurikulum dalam KBSR berasakan kepada tiga bidang iaitu Komunikasi,
Manusia dan Alam Kelilingnya, dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi
merupakan bidang yang utama dalam KBSR kerana penumpuan terhadap penguasaan
kemahiran membaca, menulis dan mengira yang dikenali sebagai koomponen Kemahiran
Asas. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya mempunyai dua komponen iaitu Nilai,
Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala bidang Perkembangan
Diri Individu adalah menerusi komponen Kesenian dan Rekreasi.Mata pelajaran yang
dilaksanakan oleh KBSR adalah mengikut kategori komponen iaitu Kemahiran Asas (Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT) dan Matematik),
Nilai, Kerohanian dan Sikap (Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral), Kemanusiaan dan
Persekitaran (Sains, Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup), dan Kesenian dan Rekreasi
(Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan).
KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan
Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi, serta
Keterampilan Diri. Menerusi Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul
iaitu Modul Teras Asas (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina , Bahasa Tamil,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan
Matematik), Modul Teras Tema (Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi, dan
Malaysia Negaraku), dan Modul Elektif (Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
(BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban, dan Bahasa
Kadazandusun). Manakala Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata
pelajaran iaitu mata pelajaran Teras dan mata pelajaran Elektif.Mata pelajaran teras
dikelaskan kepada lima tunajang iaitu Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina , Bahasa Tamil), Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik, Sains,
Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat, dan Komunikasi), Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika (Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan
Muzik dan Pendidikan Seni Visual), Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai(Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral) dan Tunjang Kemanusian (Sejarah). Mata pelajaran Elektif pula
dikelaskan kepada satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi (Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban,
Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun).
Justeru itu, terdapat persamaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya iaitu
tahun pembelajaran adalah mengikut tahap-tahap. Selain itu, KBSR dan KSSR mempunyai
perbezaan dari sudut mata pelajaran mengikut bidang dan komponen. Peruntukan waktu
pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan perbezaan antara KBSR dan KSSR
mengikut tahap.
2. Peta Minda
ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Tahap-tahap dalam KBSR/ KSSR
ORGANISASI KBSR1. Bidang Komunikasi2. Bidang Manusia dan
Sekelilingnya3. Perkembangan diri
PERBEZAANKBSR dan KSSR mempunyai perbezaan dari sudut mata pelajaran mengikut bidang dan komponen. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan perbezaan antara KBSR dan KSSR mengikut tahap.
ORGANISASI KSSR1. Tunjang Komunikasi2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai3. Tunjang Kemanusiaan4. Perkembangan Fizikal & Estetika5. Sains dan Teknologi6. Keterampilan Diri
TAHAP 1TAHUN 1, 2, 3
TAHAP 2TAHUN 4, 5, 6
3. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Tahap-tahap dalam
KBSR/ KSSR
Organisasi KBSR dan KSSR menerusi penyusunan secara vertikal
dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1
terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, manakala Tahap 2
terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
2. Organisasi KBSR :
Bidang dan mata
pelajaran
Rekabentuk kurikulum dalam KBSR berasakan kepada tiga bidang
iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya, dan Perkembangan
Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam
KBSR kerana penumpuan terhadap penguasaan kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
mempunyai dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta
Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala bidang Perkembangan Diri
Individu adalah menerusi komponen Kesenian dan Rekreasi. Selain
itu, KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi,
Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika, Sains dan Teknologi, serta Keterampilan Diri.
3. Organisasi KSSR :
Tunjang dan mata
pelajaran
KSSR direka bentuk berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi,
Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika, Sains dan Teknologi, serta Keterampilan Diri. Terdapat 14
mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif.
4. Perbezaan antara
organisasi KBSR
dengan KSSR
KBSR dan KSSR mempunyai perbezaan dari sudut mata pelajaran
mengikut bidang dan komponen. Peruntukan waktu pengajaran dan
pembelajaran juga menunjukkan perbezaan antara KBSR dan KSSR
mengikut tahap.
4. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Pelaksanaan KBSR dan KSSR mempunyai persamaan dari segi Tahap-tahap persekolahan
iaitu TAhap 1 dan Tahap 2. Selain itu, terdapat perbezaan reka bentuk pelaksanaan KBSR dan KSSR.
Menerusi ogranisasi KBSR terdapat 3 bidang asas dalam pendidikan iaitu komunikasi, manusia dan
alam kelilingnya serta perkembangan diri individu. Manakala menerusi organisasi KSSR terdapat
beberapa tunjang asas kepada pendidikan iaitu komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal
dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan, kerohanian, sikap dan nilai serta komunikasi elektif.
Perbezaan ini menenjukkan bahawa proses pembelajaran menerusi KSSR dapat melahirkan murid
yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini disebabkan oleh corak reka bentuk
organisasi KSSR adalah lebih sistematik serta dapat mewujudkan insan yang berdaya saing untuk
memajukan negara di masa hadapan.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN 6
TAJUK 4
Integrasi dalam kurikulum sekolah rendah
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Pendidikan boleh dilihat sebagai proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat.
Pendidikan juga boleh dilihat sebagai satu pelaburan yang membolehkan seseorang mendapat
kedudukan dari sudut kewangan mahupun status sosial. Di negara ini, pendidikan merupakan
wahana bagi pembangunan insan dan pembangunan negara. Pelaksanaan pendidikan
dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai tujuan yang diimpikan. Oleh
itu, kurikulum perlu dibentuk dan disusun berteraskan beberapa objektif seperti
memperkembangkan potensi kanak-kanak secara harmonis, menyeluruh dan bersepadu
dengan membina suasana pembelajaran yang baik bagi meningkatkan daya fikir untuk
mencari kebenaran serta menyelesaikan masalah.
Konsep kurikulum bersepadu dilaksanakan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dijalankan secara kepelbagaian perkara daripada pelbagaii
aspek atau dimensi. Hal ini akan memberi impak yang lebih berkesan kepada murid-murid
dalam pembelajaran mereka. Selain itu, proses pen gajaran dan pembelajaran yang
melaksanakan kurikulum bersepadu ialah laluan untuk berlakunya konsep pembelajaran
berasaskan minda. Oleh itu, persekitaran pembelajaran harus dilaksanakan dengan pelbagai
cara rangsangan agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Pengintegrasian ialah salah satu
cara yang digunakan oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti kemahiran berfikir,
kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Konsep kesepaduan dalam KBSR ialah penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nialai murni dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu.
KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid memperoleh kemahiran,
mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap
dan amalan yang dikehendaki. Oleh itu, terdapat enam elemen penting menerusi konsep ini
iaitu kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani, pendidikan untuk semua,
penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada, meningkatkan penggunaan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa pengantar yang lain, pendidikan sepanjang hayat,
serta penekanan kepada nilai murni. Manakala proses pelaksanaan KBSR meliputi konsep-
konsep seperti pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara holistik, pendidikan
untuk semua, dan pendidikan sepanjang hayat. Selain itu, KBSR turut melaksanakan
pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu dengan menggunakan pula konsep
penggabungjalinan dan penyerapan. Konsep penggabungjalinan ialah satu proses
menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang
integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran.
Penggabungjalinan boleh dilihat menerusi tiga sudut kemahiran iaitu
penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran, dan
penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. Konsep penyerapan ialah proses
mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata
pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Menerusi konsep ini, konsep
penerapan akan terhasil. Konsep penerapan bermaksud proses menerapkan nilai-niali dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Konsep integrasi yang dilaksanakan oleh KBSR akan terus digunakan dalam KSSR. Elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR akan terus diberi
penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK). EMK diperkenalkan
dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan
sebagai pelengkap kepada uasaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Selain itu, EMK
dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif,
keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, EMK adalah penting
dalam membangunkan negara serta merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Hal ini
disebabkan konsep EMK menekankan ICT sebagai pengupaya dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran serta ICT dijadikan satu mata pelajaran di sekolah.
2. Peta Minda
3. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
Integrasi dalam kurikulum
sekolah rendah
Kurikulum BersepaduPembelajaran berkonsepkan berasaskan minda
Pengintegrasian Dalam Kurikulum Dan PengajaranSalah satu cara bagi menyepadukan pelbagai elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
INTEGRASI DALAM KBSR1. Kesepaduan unsure intelek,
rohani, emosi dan jasmani2. Pendidikan untuk semua3. Penggunaan pengetahuan
sedia ada4. Peningkatan penggunaan BM
dan BI5. Pendidikan sepanjang hayat6. Penekanan kepada Nilai Murni
INTEGRASI DALAM KSSRElemen Merentas Kurikulum (EMK) diperkenalkan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu kreativiti dan inovatif, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi.
1. Kurikulum bersepadu:
Kesepaduan dalam
KBSR
Konsep kesepaduan dalam KBSR membawa maksud
penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh dan
bersepadu. Terdapat enam elemen penting menerusi konsep ini
iaitu kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani,
pendidikan untuk semua, penggunaan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada, meningkatkan penggunaan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahsa pengantar yang lain,
pendidikan sepanjang hayat, serta penekanan kepada nilai
murni.
2. Pengintegrasian dalam
kurikulum dan
pengajaran:
Kesepaduan dalam
KSSR
Menerusi kesepaduan dalam KSSR, Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) diperkenalkan sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. EMK dalam
KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu
kreativiti dan inovatif, keusahawanan, serta teknologi
maklumat dan komunikasi.
4. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Pelaksanaan KBSR meliputi konsep-konsep seperti pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara holistik, pendidikan untuk semua, dan pendidikan sepanjang
hayat. KBSR turut melaksanakan pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum bersepadu
dengan menggunakan pula konsep penggabungjalinan dan penyerapan. Konsep
penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke
arah pembelajaran murid yang integratif dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran.Selain
itu, pengajaran melalui penggabungjalinan dengan mata pelajaran lain mampu menghasilkan
satu alternatif bagi guru dalam usahanya untuk menghasilkan pembelajaran yang
memberangsangkan di kalangan muridnya. Konsep penyerapan ialah proses mengintegrasi
atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.Melalui penggunaan konsep penggabungjalinan dan
penyerapan ini, potensi murid dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan seimbang dari
segi intelek. Oleh itu, matlamat pendidikan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat dicapai dengan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN 9
TAJUK 5
Bahan pengajaran dan pembelajaran
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran
sesuatu tajuk dalam sesuatu mata pelajaran. Manakala bahan pembelajaran ialah bahan yang
digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran diklasifikasikan kepada bahan bercetak (modul, buku teks, buku latihan, buku
aktiviti dan buku sumber) , CD-ROM dan DVD-ROM, internet, bahan siaran ( radio dan
televisyen), bahan realia, bahan replika dan sebagainya.Modul digunakan menerusi KSSR
dalam proses pembelajaran untuk mengantikan pembelajaran KBSR yang bergantung pada
buku teks serta buku latihan dan aktiviti. Penggunaan CD-ROM buku teks akan menjadikan
pembelajaran murid lebih seronok dan menarik kerana bersifat interaktif. Proses pengajaran
dan pembelajaran menggunakan internet membolehkan murid-murid mengakses maklumat
yang diperlukan dalam pembelajarannya seperti pembelajaran penyelesaian masalah,
pembelajaran berasaskan projek dan lain-lain.
Penggunaan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk nilai-
nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca, membuat penerokaan, inging mencuba
dan membuat eksperimen, menghargai sesuatu nilai dan sebagainya. Selain itu, bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu,
keyakinan diri, sifat kerjasama serta disiplin dalam kalangan murid. Terdapat beberapa pihak
yang terlibat mengurus bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan sekolah, panitia
mata pelajaran, guru pusat sumber sekolah, guru mata pelajaran, guru kelas dan murid-murid.
Pengurusan sekolah bertaggungjawab untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran dengan membuat pengagihan peruntukan untuk urusan pembelian atau
penyedian, urusan penyimpanan dan penjagaan, pelupusan dan sebagainya. Panitia mata
pelajaran perlu menyediakan stok dan inventori bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
menerusiurusan keluar masuk bahan iaitu peminjaman dan pemulangan bahan bagi
memastikan bahan tidak hilang. Guru pusat sumber sekolah bertanggungjawab memastikan
perpustakaan, bilik audio/video dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru direkod
supaya masalah kehilangan tidak beralaku dan keadaan bahan terurus dengan sempurna. Guru
mata pelajaran perlu menjaga dan mengurus bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik dan perlu melaporkan kehilangan atau kekurangan kepada panitia. Guru kelas
bertanggungjawab untuk mempamerkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai supaya suasana fizikal bilik darjah konduktif serta dekorasi menarik diwujudkan
menerusi proses pembelajaran murid-murid. Semua bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan bertujuan untuk memudahkan murid-murid mengikuti proses
pembelajaran secara berkesan.Selain itu, murid-murid perlu memberi kerjasama semasa
menggunakan bahan-bahan berkenaan dengan tidak mengoyak, merosak dan sebagainya.
2. Peta Minda
Rasional penggunaan bahanpenggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri muridbahan-bahan pengajaran dan pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi
3. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
Bahan pengajaran dan pembelajaran
Kategori bahan pengajaran dan pembelajaranbahan bercetak (modul, buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan buku sumber) , CD-ROM dan DVD-ROM, internet, bahan siaran ( radio dan televisyen), bahan realia, bahan replika dan sebagainya.
Rasional penggunaan bahanpenggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri muridbahan-bahan pengajaran dan pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi
Garis panduan penggunaanBahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan menerusi beberapa garis panduan penggunaannya.
Pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaranPenggunaan bahan perlu direkod bagi memastikan ianya dapat digunakan pada masa akan datang.
1. Kategori bahan
pengajaran dan
pembelajaran
Konsep ini menerangkan beberapa jenis bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan seperti bahan
bercetak (modul, buku teks, buku latihan, buku aktiviti dan
buku sumber) , CD-ROM dan DVD-ROM, internet, bahan
siaran ( radio dan televisyen), bahan realia, bahan replika dan
sebagainya.
2. Rasional penggunaan
bahan
Konsep ini menerangkan penggunaan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri
murid seperti gemar membaca, membuat penerokaan, inging
mencuba dan membuat eksperimen, menghargai sesuatu nilai
dan sebagainya. Selain itu, bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran turut dapat membangkitkan minat, motivasi dan
rasa ingin tahu, keyakinan diri, sifat kerjasama serta disiplin
dalam kalangan murid.
3. Garis panduan
penggunaan dalam
pengajaran dan
pembelajaran
Konsep ini bertujuan untuk memastikan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi dengan berkesan
menerusi beberapa garis panduan penggunaannya seperti
kesesuaian untuk mencapai objektif pembelajaran, praktikal
(kemudahan yang diperlukan), memupuk perhatian murid,
bersifat interaktif (sesuai dengan keadaan sekitar),
kepelbagaian (selaras dengan tajuk-tajuk berbeza) dan selaras
dengan nilai serta budaya.
4. Pengurusan bahan
pengajaran dan
pembelajaran
Semua bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
disediakan bertujuan untuk memudahkan murid-murid
mengikuti proses pembelajaran secara berkesan. Oleh itu,
Pihak-pihak yang terlibat dengan penyediaan bahan-bahan
tersebut perlu merekod penggunaan bahan dan memastikan
bahan berada dealam keadaan baik dan boleh digunakan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta murid-
murid perlu memberi kerjasama semasa menggunakan bahan-
bahan berkenaan dengan tidak mengoyak, merosak dan
sebagainya.
4. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Kaedah mempersembahkan pengajaran melalui audio atau visual yang melibatkan alat
pandang dengar seperti overhead projecter, komputer dan sebagainya. Guru akan
mempamirkan bahan-bahan yang telah disediakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau
contoh untuk kemahiran. Apabila menggunakan kaedah ini, pelajar akan lebih berminat untuk
belajar dan memudahkan pelajar memahami kandungan serta tajuk yang diterangkan oleh
guru mereka.
Selain itu, kaedah permainan atau simulasi juga dapat menarik minat pelajar. Kaedah
permainan atau simulasi adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik Ianya juga akan dapat mengurangkan
rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan
pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil
belajar '. Penyelesaian bagi beberapa masalah boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan
dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian.
Top Related