KERTAS KERJA PERMAINAN KANAK-KANAK
1.0 PENGENALAN
Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu kategori
sasaran, kategori pukulan, kategori jaringan/dinding dan kategori
serangan/kawasan. Dalam permainan kanak-kanak, murid-murid dapat
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas seperti bola
sepak, ragbi, tenis, boling dan sebagainya. Selain itu, murid-murid menjadi
lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, menjadi lebih fokus terhadap sesuatu
perkara dan banyak lagi faedah yang murid-murid perolehi melalui permainan
kanak-kanak.
2.0 TAJUK
Kategori : Serangan/kawasan
Nama permainan : Rug Gal Panj
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama permainan Rug Gal Panj adalah:
1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid.
2. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial dalam diri
murid.
3. Meningkatkan tahap perlakuan motor murid.
4. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri
murid.
5. Membentuk keputusan yang bijak dan kreatif mengikut keadaan persekitaran
dalam kehidupan.
4.0 OBJEKTIF
a) Sebagai pengenalan kepada permainan utama.
b) Untuk perkembangan kualiti fizikal yang dikehendaki.
c) Untuk mengenalpasti serta mencungkil bakat-bakat sukan di kalangan murid.
d) Membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan
murid.
e) Menggalakkan murid-murid berfikir dan menyeleaikan masalah dan berkreatif.
5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN
5.1 TARIKH :
5.2 MASA :
5.3 TEMPAT :
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tahap 2 ( Tahun 6 )
7.0 BILANGAN PESERTA
Bilangan peserta seramai 16 orang dan dibahagikan kepada 4 kumpulan
yang terdiri daripada 4 orang pemain setiap pasukan.
8.0 PANDUAN PELAKSANAAN
8.1 JAWATAN KUASA KERJA
Pembimbing Permainan : Shamsul Hazli b. Abd. Wahab
AJK Peralatan : Jeganathan A/L Ganesan
AJK Keselamatan : Mohd Ibrahim b. Mohd Salleh
Shamsul Hazli b. Abd. Wahab
AJK Permakahan/masa : Jeganathan A/L Ganesan
AJK Dokumentasi : Mohd Ibrahim b. Mohd Salleh
8.2 SENARAI NAMA PESERTA
BIL NAMA PESERTA DARJAH
1 MUHAMMAD IRFAN IZDHAM B. IDRIS 6 ARIF
2 MUHAMMAD AKMAL B. MOHD. RASHID 6 ARIF
3 MUHAMMAD AIMANNUDIN B. MD. DIN 6 ARIF
4 MUHAMMAD SHAUQI B. AZHAR 6 ARIF
5 MUHAMMAD SHAHDAN B. ABDULLAH 6 ARIF
6 MUHAMMAD HASRUL HIDAYAT B. MOHD NORDIN 6 ARIF
7 MUHAMMAD IMAN HAKEEM B. ABD. NASIR 6 ARIF
8 MUHAMMAD SYAHMI B. AYOB 6 ARIF
9 MOHD. AZLEEY B. IBRAHIM 6 BESTARI
10 MUHAMMAD KHAIDIR B. ABDUL RAHIM 6 BESTARI
11 MUHAMMAD SAIFUL AZAMUDIN B. ISMAIL 6 BESTARI
12 MUHAMMAD NUR FITRI B. MAZLAN 6 BESTARI
13 MUHAMMAD FATHULLAH B. ZULKIFLI 6 BESTARI
14 NUR HAKIMI B. JAIS 6 BESTARI
8.4 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN HARGA JUMLAH
1 HADIAH
Hamper RM 20.00 X 2 RM 40.00
2 SAGUHATI PENGADIL
3 orangRM 5.00 X 3 RM 15.00
3 MINUMAN RM 10.00 RM 10.00
5 RUNCIT RM 10.00 RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 75.00
8.5 SENARAI SEMAK PERMAINAN
8.5.1 SebelumBIL SENARAI SEMAK SEBELUM PERLAKSANAAN
PERMAINANYA TIDAK CATATAN
1 Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan
/
2 Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing
/
3 Membuat kertas kerja /4 Menghantar kertas kerja kepada pensyarah
pembimbing dan diluluskan/
8.5.2 SemasaBIL SENARAI SEMAK SEMASA PERLAKSANAAN
PERMAINANYA TIDAK CATATAN
1 Memastikan keadaan kesihatan pelajar /2 Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai /3 Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa /4 Memastikan pelajar memanaskan badan dengan
cara yang betul/
5 Penyemakan alatan /6 Mengambil kehadiran pelajar /7 Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal /8 Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan /9 Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan
dijalankan/
10 Memastikan bahawa guru menjalankan demontrasi permainan
/
11 Memastikan keadaan gelanggang selamat /12 Pengadil mestilah berada di kawasan permainan
sepanjang permainan berlangsung/
8.5.3 SelepasBIL SENARAI SEMAK SELEPAS PERLAKSANAAN
PERMAINANYA TIDAK CATATAN
1 Post Mortem /2 Mengemas kawasan gelanggang /3 Menyimpan semula alatan yang digunakan /4 Membuat refleksi terhadap perlaksanaan
permainan/
8.6 SENARAI PERALATAN
Peralatan yang diperlukan untuk permainan Rug Gal Panj adalah:
1. Bola ( diperbuat daripada kertas suratkhabar lama )
2. Kapur tulis
3. Wisel
4. Jam Randik
8.7 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN.
8.7.1 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAIANAN
Gelanggang permainan adalah sama saiz dengan gelanggang
sepak takraw.
Zon kawalan
8.7.2 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN
I. Permainan ini menggunakan bola yang diperbuat daripada gumpalan
kertas suratkhabar menyerupai bola ragbi.
II. Ia dimainkan secara berpasukan iaitu 3 orang pemain sepasukan.
III. Ketua pasukan akan membuat undian bagi menentukan pasukan
mereka menjadi pemadang atau penyerang.
IV. Permainan akan dimulakan digarisan permulaan gelanggang.
V. Kumpulan penyerang boleh berlari bersama bola atau membuat
hantaran kepada pemain pasukan sendiri dengan syarat bola dihantar
selari atau ke belakang bukan kehadapan (sama seperti ragbi), jika
bola dihantar ke hadapan pasukan mereka itu dianggap batal.
VI. Kumpulan yang menjadi penyerang akan memulakan serangan iaitu
membawa bola dari garisan permulaan hingga garisan penamat
dengan membuat 'touchdown' tanpa disentuh oleh pemadang.
VII. Jika kumpulan penyerang berjaya membuat 'touchdown' tanpa
disentuh oleh pemadang,pasukan itu akan mendapat 3 mata. Jika
disentuh sekali dan berjaya membuat touchdown pasukan penyerang
akan mendapat satu markah sahaja
VIII. Apabila kumpulan penyerang berjaya disentuh sebanyak 2 kali.,
kumpulan penyerang akan bertukar sebagai pemadang pula.
IX. Kumpulan pemadang pula akan cuba menghalang kumpulan
penyerang daripada membuat touchdown dengan menyentuh pemain
penyerang yang sedang memegang bola.
X. Sentuhan dikira sah jika pemadang menyentuh penyerang yang
memegang bola didalam zon kawalan pemadang.
XI. Sentuhan pertama oleh pasukan pemadang ke atas pasukan
penyerang, pasukan penyerang akan memulakan semula permainan di
tempat tersebut dengan membuat golekan kebelakang dengan tangan
atau kaki.
XII. Sentuhan kedua oleh pemadang ke atas pasukan penyerang yang
membawa bola akan menyebabkan pasukan penyerang menjadi
pasukan pemadang pula.
XIII. Sentuhan boleh juga dibuat ke atas pemain pasukan penyerang yang
tidak membawa bola, jika pemain yang tidak membawa bola disentuh,
maka pemain tersebut akan terkeluar dari permainan.
XIV. Pemain tersebut akan dibenarkan masuk semula setelah pasukannya
membuat touchdown atau pasukannya bertukar kedudukan.
8.7.3 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN.
I. Masa permainan ialah selama 11 minit iaitu 5 minit untuk separuh
masa pertama, 1 minit untuk masa rehat dan 5 minit lagi adalah untuk
separuh masa kedua.
II. Hanya 3 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bagi
setiap pasukan.
III. Permainan hanya akan dimulakan apabila pengadil meniupkan wisel
permulaan.
IV. Permainan akan dimulakan pada garisan mula gelanggang.
V. Pemadang perlu berada di zon kawalan pemadang sahaja.
VI. Pemain mesti membuat hantaran selari atau hataran kebelakang
apabila membuat hantaran kepada pemain sepasukan.
VII. Balingan ke dalam dilakukan oleh pemain penyerang dengan
meleretkan bola dengan tangan atau kaki pemain.
VIII. 3 mata diberikan apabila penyerang membuat touchdown tanpa
disentuh oleh pemadang. 1 mata diberikan apabila penyerang
membuat touchdown setelah disentuh sekali oleh pmadang.
IX. Pertukaran posisi pasukan dibuat apabila pasukan penyerang
membuat touchdown atau pasukan penyerang yang mebawa bola
telah disentuh sebanyak dua kali.
X. Pemainan akan tamat apabila pengadil meniup wisel penamat.
8.7.4 PEMARKAHAN
3 mata akan diberikan jika kumpulan penyerang berjaya membuat
'touchdown' tanpa disentuh oleh pemadang, 1 mata jika pemain penyerang
disentuh sekali dan berjaya membuat touchdown.
Berikut adalah borang skor markah.
Separuh masa pertama
PasukanMata Jumlah
mata
Separuh masa kedua
PasukanMata Jumlah
mata
Mata
Keseluruhan
8.7.5 SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini dijalankan secara liga.2. Pasukan yang mengumpulkan mata yang paling tinggi akan menjadi
juara.3. Format pengiraan mata adalah seperti berikut:
a) Menang = 3 matab) Seri = 1 matac) Kalah = 0 mata
PASUKAN
9.0 RUMUSAN
Permainan ini adalah gabungan ragbi sentuh dan galah panjang. Gelanggang
yang digunakan adalah gelanggang sepak takraw. Peraturan permainan juga adalah
adaptasi daripada kedua-dua permainan tersebut yang ditambah baik mengikut
kesesuaian. Peralatan yang digunakan juga telah diubah suai bagi menggantikan
bola ragbi sebenar iaitu bola ragbi yang di perbuat dari kertas.
Permainan kecil ini adalah sebagai pengenalan kepada permainan sebenar.
Pelbagai kemahiran dapat diaplikasikan dalam permainan kecil ini, contohnya teknik
hantaran, mengelecek, mengacah, melompat, mengelak dan mengilas. Pelaksanaan
berbagai kemahiran ini dapat membantu perkembangan fizikal murid, mengenalpasti
sambil dapat mencungkil bakat-bakat sukan yang ada pada seseorang murid,
membina sifat-sifat kerjasama dan berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah
serta mewujudkan semangat kesukanan.
Permainan ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid setelah
mereka faham tentang undang-undang dan peraturan permainan. Keseronokan ini
juga akan membuatkan mereka lupa tentang aspek keselamatan, maka dengan itu
guru perlu memainkan peranan dalam sesuatu aktiviti bagi memastikan keselamatan
murid, kawasan dan juga peralatan sentiasa dalam kawalan.
LAMPIRAN GAMBAR
Pemain sedang mendaftarkan nama ahli asukan masing-masing
Sesi taklimat tentang undang-undang dan peraturan permainan.
Pertandingan sedang dijalankan
Top Related